Anda di halaman 1dari 3

Jelaskan konsep tamadun dan huraikan ciri-ciri tamadun berdasarkan contoh-

contoh tamadun awal manusia. (25 markah)

Pengenalan: (2M)
 Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan
rohaniyah.
 Tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan.
 Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M dan diikuti oleh tamadun Mesir
Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang Ho.
 Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap
kemajuan yang dicapai oleh sesuatu masyarakat.
 Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri seperti perbandaran, pengkhususan
pekerjaan, organisasi sosial, bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan,
petempatan kekal dan sistem pemerintahan.

 Isi: (7 X 3M)

1. Perbandaran

 Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan


kampung-kampung berkembang menjadi bandar.
 Antara bandar yang penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo-Daro dan Harappa
di Lembah Indus; Anyang, Loyang dan Cheng Chow di Lembah Sungai Kuning serta
Thinis, thebes dan Memphis Mesir.
 Bandar-bandar ini memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat
pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidikan dan pusat perindustrian.
 Bandar-bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish,
Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia.

2. Pengkhususan pekerjaan
 Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan berlaku
pengkhususan pekerjaan.
 Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian,
perdagangan, pertukangan dan pembuatan
 Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang
menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing.
 Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar yang
mempertahankan negara daripada serangan musuh.
 Pengkhususan pekerjaan melahirkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
 Kemunculan tamadun-tamadun awal di Mesir dan Mesopotamia telah
memperlihatkan kemajuan dalam bidang pertanian sehingga mewujudkan
pengkhususan pekerjaan dalam masyarakat.
 Penciptaan roda juga telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan antara
tamadun seperti Tamadun Mesir, Mesopotamia dan Mohenjo Daro yang sekaligus
mewujudkan golongan artisan dan pedagang.

3. Organisasi sosial.
 Pertambahan penduduk dan perkembangan kegiatan ekonomi telah melahirkan
masyarakat yang kompleks.
 Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid.
 Lapisan atas terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh raja.
 Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri golongan pendeta, kumpulan
pentadbir dan golongan cendekiawan.
 Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan
perdagangan.
 Lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di
atasnya.
 Di Mesir, Firaun (raja) berada di kedudukan paling atas susunan lapis masyarakat
dan di Mesopotamia raja atau pendeta mempunyai kedudukan yang tertinggi. Di
Dinasti Shang, raja mempunyai kedudukan tertinggi dan diikuti oleh golongan
bangsawan,petani, artisan, peniaga dan askar.

4. Bahasa dan tulisan


 Kewujudan bahasa dan tulisan juga merupakan ciri masyarakat bertamadun.
 Tulisan memainkan peranan penting dalam urusan pentadbiran, menyimpan rekod
aktiviti keagamaan dan kegiatan perdagangan.
 Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit.
 Sistem tulisan awal ialah hieroglif dan ideogram.
 Tulisan yang digunakan dalam tamadun-tamadun awal berbentuk gambar, simbol
dan pepaku.
 Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat
penyebaran ilmu dan pengetahuan, komunikasi dan menyampaikan serta
mengembangkan idea pemikiran manusia.
 Pendeta Mesir telah mencipta bentuk tulisan bergambar yang dinamakan hieroglif,
sementara tulisan simbol China dipanggil ideogram.

5. Agama dan kepercayaan.


 Kemunculan agama dan kepercayaan mempunyai pertalian rapat dengan adat
istiadat dan cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat tamadun awal.
 Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme,
animisme dan pemujaan roh nenek moyang.
 Kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling telah
melahirkan kepercayaan animisme.
 Secara evolusi, kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu
penyembahan lebih dari satu tuhan.
 Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir,
Mesopotamia dan China.
 Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan pengiktirafan golongan pemerintahan,
organisasi sosial, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinaan.

6. Petempatan kekal
 Kehidupan menetap melahirkan corak hidup yang sistematik.
 Petempatan awal terdiri daripada kampung-kampung yang didirikan berhampiran
sungai.
 Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar-bandar yang berperanan
sebagai pusat-pusat tamadun awal.
 Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah
Tamadun Indus (lembah Sg. Indus), Tamadun Mesir (lembah Sg. Nil), Tamadun
Mesopotamia(lembah Sg. Tigris dan Euphrates) dan Tamadun Hwang Ho (lembah
Sg.Hwang Ho/Sg.Kuning)

7. Sistem pemerintahan
 Sistem pemerintahan diwujudkan untuk menguruskan masyarakat yang lebih besar.
 Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin
keamanan sesebuah tamadun.
 Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai
kerajaan.
 Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan
pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan dalam
negara.
 Sistem pemerintahan diketuai oleh Firaun dan dibantu oleh pembesar-pembesar
negara.

Kesimpulan (1M)
 Masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri perbandaran, pengkhususan kerja,
organisasi sosial, sistem tulisan, agama dan kepercayaan, petempatan kekal,
kemajuan sains dan teknologi serta sistem pemerintahan.
 Kewujudan ciri-ciri ini menunjukkan kemajuan tinggi yang telah dicapai oleh
masyarakat dalam segala aspek kehidupan.
(Apa-apa yang berkaitan)

Anda mungkin juga menyukai