Anda di halaman 1dari 18

Bab 1- Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Menerangkan konsep tamadun dan menyatakan enam ciri tamadun manusia


Mengklasifikasikan sumbangan tamadun Mesopotamia, Mesi, Indus dan Hwang
Ho
Menyatakan sekurang-kurangnya tiga faktor mengapa pemimpin awal memilih
sungai sebagai lokasi pembinaan tamadun awal
Makna Tamadun
i. Perabadan (BM)
ii. Madana (BAHASA ARAB)
iii. Civilization (BI)
Ciri-ciri tamadun
i. Petempatan kekal
ii. Kehidupan berorganisasi
iii. Sistem pemerintahan
iv. Pengkhususan pekerjaan
v. Bahasa dan sistem tulisan
Proses pembentukan tamadun
i. Tamadun Mesopotamia
ii. Tamadun Mesir Purba
iii. Tamadun Indus
iv. Tamadun Hwang ho

PENGENALAN
Kajian terhadap Zaman Prasejarah dan budayanya dijalankan oleh ahli arkeologi.
Terdapat empat tahap iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan
Zaman Logam (terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi).
1

Pada Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik, manusia hidup secara nomad
(berpindah randah). Mereka tinggal di tepi tasik, tepi sungai, atau di dalam gua, dan
hidup dalam kelompok keluarga atau secara kumpulan. Mereka menyara hidup dengan
memungut hasil hutan, memburu binatang, dan menangkap ikan. Alat batu ciptaan
mereka mengutamakan fungsi daripada nilai estetika atau seni.
During Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik, humans live as nomad. They normally
live beside a pond, river, or in a cave. They live in groups or families. They survive
through through collecting forest products, rearing animals, and catching fishes. Their
stone equipment have aesthetic and artistic value.
Pada Zaman Neolitik, manusia menetap sebagai masyarakat. Mereka menyara diri
dengan bercucuk tanam dan menternak binatang.Zaman ini memperlihatkan ciri
pembaharuan, contohnya, penciptaan alatan batu dilicinkan dan mempunyai pelbagai
fungsi, juga bahan tembikar. Kehidupan bermasyarakat mewujudkan pembahagian
tugas untuk menghasilkan artifak. Akhirnya, muncul individu berjaya melebur logam.
Sistem barter dilahirkan.
Kejayaan penciptaan bahan logam melahirkan Zaman Logam, terbahagi kepada dua,
iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Pada zaman ini, manusia mengetahui cara
mengebumikan mayat dengan iringan bekal kubur.
During Neolithic humans lived as a community. They support themselves through
farming and breeding animals. This age saw the renewal feature, for example, the
creation of stone tools are sanded, multi-functional materials and also pottery.
Community living create the distribution task to produce artifact. Finally, the individual
became successful through the melting of metal. Bartering was born.
The successful creation of metals to produce Metal Era, divided into two, namely, the
bronze age and iron age. At this time, humans learn how bury a body with using a tomb
grave.
QUESTIONS
1. Bagaimanakah masyarakat prasejarah berubah daripada Zaman Mesolitik kepada
Zaman Neolitik?
2. Jelaskan bagaimana masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka.

3. Terangkan keadaan masyarakat pada Zaman Logam.


MAKNA TAMDUN
Tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu perkataan mudun dan madain, dan juga
madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan dalam
BI ialah civilazationyang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud
bandar. Tamadun juga diertikan sebagai perabadan (civilization).
Bagi masyarakat barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya
dalam hal-hal kebudayaan. Menurut pandangan sarjana barat seperti Gordon Childe,
pencapaian lahirih ialah kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
Darcy Riberio dan R A Buchanan pula menolak unsur rohaniah.
For Western society, civilization has been associated with the physical development
especially in matters of culture. According to Western scholars view such as Gordon
Childe, physical performance is the benchmark of progress of civilization in a society.
Darcy Riberio and R A Buchanan did reject the spiritual element.
Menurut Islam, tamadun mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas (SNA), tamadun ialah pencapaian tahap
tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat. (such crap
-,-) Pandangan ini disokong oleh Richard Sullivan.
According to Islam, civilization must include lahiriah and spiritual development.
According to Syed Naquib al-Attas (SNA), civilization is the achievement of a high
level of decency and culture who cherished by a society. This view is supported by
Richard Sullivan.
RUMUSAN
Konsep tamadun mementingkan pencapaian berbentuk lahairah seperti kesenian &
pembinann kota dan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.
QUESTION
1. Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun ?
2. Nyatakan maksud tamadun menurut padangan islam.
CIRI-CIRI TAMADUN
Petempatan kekal
3

Corak hidup yang lebih sistematik


Kawasan yang dipilih adalah untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan
Kemajuan dalam pertaninan (penanaman, penyimpanan makanan, penternakan
binatang
Kehidupan berorganisasi
Sistem keluarga
Sistem sosial/ sistem masyarakat tamadun awal berbentuk piramid dan bersusun
lapis (paling atas ialah golongan bangsawan yang diketuai oleh raja; lapisan
kedua ialah pembesar; diikuti oleh golongan rakyat biasa; terakhir ialah golongan
hamba)
Sistem pemerintahan
Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran
Pemimpin / raja mengguanakan unsur magus dan mendakwa dirinya sebagai
wakil tuhan untuk mendapat pengiktirafan sebagai ketua pemerintah
Membawa kelahiran sistem perundangan untuk menjaga keamanan dan
kemakmuran
Pengkhususan kerja
Disebabkan oleh peningkatan dalam produktiviti manusia
Hal ini menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik
Menghasilkan penukaran barangan (Sistem Barter)
Agama dan kepercayaan
Alam sekitar mempunyai semangat untuk menjaga keamanan dan kemakmuran
hidup
Percaya akan kuasa ghaib Animisme
Kepercayaan bertukar kepada agama
Agama tamadun awal dikenali sebagai politeisme yang bermakna pemyembahan
terhadap lebih daripada satu tuhan
Bahasa dan sistem tulisan BRAD PIT
Bahasa tertua ualah Yunani dan Sanskrit
Contoh sistem tulisan awal ialah hieroglif, cunieform dan ideogram
Berperanan dalam penyebaran ilmu dan perhubungan untuk tujuan urusan
pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang, dan hal
keagamaan
4

Penting untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatatkan idea dan


pemikiran (present, improve, think) PIT
QUESTION
1. Senaraikan ciri tamadun.
2. Terangkan ciri-ciri tamadun awal manusia.
3. Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan
tamadun?
PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN
Lembah sungai dipilih sebagai lokasi petempatan kekal kerana kesuburan tanah
disekitarnya untuk pertanian dan kemudahan untuk mendapat bekalan air, makanan ,
kemudahan pengangkutan dan perhubungan.
Contohnya, tamadun Mesopotamia di lembah sungai Euphrates, tamadun Mesir Purba
di lembah sungai Nil, tamadun Indus di lembah sungai Sungai Indus, dan tamadun
Hwang Ho di lembah sungai Hwang Ho.
QUESTION
1. Senaraikan tamadun awal yang berbentuk di lembah sungai.
2. Mengapakah tamadun awal bermula di lembah sungai
TAMADUN MESOPOTAMIA (near Iran and Syria)
Lokasi
Tamadun terawal
Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermakna tanah di antara
dua sungai
Terletak di Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
Kawasan dikelilingi oleh Pergunungan Zagros dataran tinggi Arab & Teluk Parsi
Proses pembentukan
Dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan bandar Baghdad
Babylon dibahagikan kepada Akkad dan Sumeria
Pertumbuhan tamadun bermula di Sumer

Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan seta


menjalankan aktiviti pertanian melalui menebus guna tanah dengan membina
sistem pengairn
Perkembangan negara kota merupakan kerajaan yang berdaulat yang mempunyai
unit politik. Hanya bersatu tenaga untuk berperang & menentang musuh
Ciri-ciri
1. Negara kota
Setiap terbahagi kepada kawasan utama, iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota
dan pelabuhan dan mempunyai kubu pertahanan dengan pintu gerbang ( lambang
kekayaan ).
Terdapat juga istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar.
Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat.
Setiap kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
Kewujudan sungai dan kawasan tanah pamah memuahkan pengangkutan.
2. Organisasi sosial
Terbahagi kepada golongan pemerintah (raja, ketua, pendeta, ketua tentera, dan
orang bangsawan) dan golongan rakyat (rakyat bebas sperti petani, artisan,
pedagang, dan hamba yang terdiri daripada tawanan perang)

3. Sistem pemerintahan
Raja ialah pemerintah
Sistem pemerintahan beraja berbentuk teokrasi
Raja dianggap tuhan/ wakil tuhan/ pemilik negara kota
Tetapi masyarakat tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali Raja Naramsin
di Akkad
Beliau memaksa mereka (WTF) kerana dia menganggap diri terlalu agung kerana
menguasai wilayah yang luas sehinggan menggelarkan diri sebagai Raja empat
Penjuru Alam
Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera & ketua pendeta (hal keagamaan)
Raja juga menjadi ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk
memegang jawatan di zigurat serat menentukan bentuk pentadbirannya
Zigurat berfungsi sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan dan pusat
penyimpanan khazanah negara
Raja juga berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan
Dibantu oleh pegawai (bangsawan) dan mempunyai ikatan dengan keluarga
diraja
6

4. Pengkhususan kerja
Berlaku apabila wujud lebihan hasil pertanian
Menyebabkan anggota masyarakat menjadi peniaga, pedagang dan artisan
Perdagangan amat penting kerana Mesopotamia tidak menghasilkan bahan
mentah
5. Sistem tulisan
Bentuk tulisan bergambar berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang
ditulis pada tanah liat (kertas belum diwujudkan)
Tulisan ini berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform
Sumbangan tamadun Mesopotamia
1. Kod undang-undang Hammurabi
Digubal seama Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon
Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
Hukuman dan denda mesti setimpal dengan kesalahan tetapi mengikut susun
lapis masyarakat
Mengandungi kira-kira 282 undang-undang dipahat pada tembok & tiang besar
supaya rakyat dapat membaca
Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai
kaum dan di kalangan susun lapis masyarakat
Wujud perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi
Membantu perabadan
Contoh kod:
sekiranya bangsawan nematahkan tulang bangsawan lain, tulangnya akan
dipatah
sekiranya bangsawan mencederakan mata rakyat patahkan tulangnya, didenda
wang perak
2.

Sistem tulisan membawa sistem pendidikan untuk melahirkan jurutulis


Kehadiran jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat
Tradisi kesusasteraan juga dilahirkan
Hasil terkenal ialah epik Gilgamesh (tertua)

3. Sumbang kepada ilmu astronomi


Membolehkan penggunaan jalan laut dan mencipta kalendar yang
berasaskan sistem solar

4. Sumbang kepada ilmu perubatan


Semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana mementingkan kesihatan
tentera
5. Kejayaan tamadun ini ialah penciptaan roda
Digunakan dalam kereta kuda untuk peperangan atau kegunaan pada masa
aman
Mewujudkan penciptaan kincir air untuk mengalirkan air, meningkatkan
hasil pertanian dan mengawal banjir
6. Memperkenalkan cara membuat batu bata daripada tanah liat
Mencipta arca dan tiang batu
Contoh arca ialah patung Raja Gudea
7. Kepimpinan Raja Sargon mewujudkan kerajaan Akkad (empayar 1st di dunia)
Kerana berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan
Sumeria
Merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang menjadi
ikutan pemerintahan sepertu Firaun Tutmose III (Mesir Purba)
8. Membentuk masyarakat yang lebih berestetika
RUMUSAN
Walaupun di Mesopotamia wujud sistem bandar, undang-undang, tatacara jual beli, dan
sebagainya, namun ini tidak bererti kemajuan dan ilmu itu hanya dikuasai oleh mereka.
Sebaliknya, kemajuan tamadun ini boleh dicapai dan dikembangkan oleh mana-mana
bangsa di mana-mana daerah sekiranya wujud usaha yang gigih serta keyakinan diri
yang tinggi.
Even in the Mesopotamian city system exists, the law, the procedure of sale and
purchase, etc., but this does not mean progress and knowledge was just dominated by
them. On the other hand, the progress of this civilization can be accessed and developed
by any race in any district if existing efforts and high self esteem.

QUESTION
1. Di manakah terbentuknya tamadun Mesopotamia?
2. Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia?
8

3. Huraikan Kod Undang-undang Hammurabi.


4. Senaraikan kegunaan tulisan dalam masyarakat Mesopotamia
TAMADUN MESIR PURBA Ancient Egypt
Lokasi
Dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil
Sungai Nil berpunca daripada Sungai Nil Baru dan Sungai Nil Putih
Tanah lanar membentuk delta yang subur untuk pertanian dan petempatan
manusia
Proses Pembentukan
Penggunaan alat logam wujudkan pembinaan sistem perparitan dan pengairan untuk
pertanian
Hal ini wujudkan pembinaan peralatan kawalan air dan terusan untuk kesuburan
tanah
Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian
petempatan tetap berkembang menjadi perkampungan
Perkampungan Bandar nome/daerah pusat pentadbiran
Contohnya Thinis, Memphis & Thebes
Ciri-ciri
1. Petempatan kekal
Diasakan apabila Firaun Menes menyatukan semua nome menjadi sebuah
kerajaan di Thinis
Pusat ini berpindah ke Memphis
Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat ini berpindah ke Thebes
Terdapat bandar penting yang lain seperti Heliopolis, Fayoum dan Abydos
Kehidupan di bandar merupakan tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan
dan pentadbiran serta pelabuhan
juga merupakan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk
2. Kehidupan berorganisasi
Diketuai oleh firaun (raja & dianggap suci)
Jawatan firaun diwarisi secara turun temurun
Pada lamaan, firaun dianggap jelmaan Tuhan Horus
9

Selepas itu, firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa
firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaotu Amonre
Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan ketua
pahlawan
Susun lapisan : firaun > pembesar, bangsawan, pahib, jurutulis, tuan tanah >
rakyat besar (petani, pedagang, artisan) > hamba
3. Sistem pemerintahan
Firaun dibantu oleh bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga
keamanan, mengurus, dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam
negara
Rahib berperanan mentadbir hal keagamaan
Jurutulis (orang awam) menulis rekod kerajaan
Wanita diiktiraf sebagai pemimpin, contohnya Firaun Hatshepsut
Merupakan kerajaan berbentujk empayar
4. Pengkhususan kerja
Seperti penenuan dan pembuatan tembikar serta peralatan
Eksport utama ialah tekstil dan kertas
Ekonomi lain ialah perlombongan emas di Nubia
Pengangkutan di air berperanan penting
5. Agama dan kepercayaan
Percaya konsep politeisme
Tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti Re(Tuhan Matahari), Ra-Atum(Tuhan
Langit) dan Amum(Tuhan Angin)
Percaya kehidupan selepas mati
Oleh itu, mayat perlu disimpan dan makamnya mesti dipenuhi dengan peralatan dan
keperluan kehidupan selepas mati
Solekan (make-up) mayat alat kebesaran, dan jumlah barang yang dikebumikan
menunjukkan kedudukan/status mayat
6. Sistem tulisan
Dikenali sebagai hieroglif
Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi
Penting untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai
Juga untuk keagamaan dan amalan ritual kepercayaan
Sumbangan tamadun Mesir Purba
10

1. Seni bina (piramid)


Pembinaannya bermula daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek,
dan penasihat penting kepada Firaun Djoser
Dia memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan batu bata
Dia juga merupakan dan pengarang buku sains dan sastera
2. Penggunaan kertas
Mencipta kertas daripada pokok papyrus (banyak di Lembah Nil)
Penciptaannya memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan
pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa
3. Sistem tulisan
Hieroglif
4. Sistem pendidikan
Untuk keluarga atasan
Institusi pendidikan di rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran
kerajaan
Tujuan untuk melahirkan pegawai kerajaan (jurutulis)
Ilmu geometri, matematik, dan sains melahirkan golongan terlatih yang
boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta
pembinaan bangunan & piramid
Maju dalam ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan
Mereka mendapat status yang tinggi dan berkhidmat untuk firaun &
masyarakat
Kemajuannya terutamanya dalam proses memumiakan mayat
Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang kizik, kimia,
perubatan, dan pembedahan
Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi
digunakan untuk mengawal banjir Sungai Nil (berlaku sekali setahun)
Penciptaan sistem pengairan menukar kawasan padang pasir kepada tanah
pertanian
Semasa pemerintahan Firaun Senusret III, beliau membina tembok pengairan
bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk
mengairkan tanah
Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik telah mewujudkan
sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalm setahun
QUESTION
11

1. Senaraikan nama bandar yang menjadi pusat pemerintahan penting dalam


kerajaan Mesir Purba.
2. Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan dan agama.
3. Terangkan fungsi tulisan hieroglif.
4. Jelaskan pencapaian tamadun dalam bidang perubatan.
TAMADUN INDUS (at India and Pakistan) (ect. Indus River)
Lokasi
Terletak di Lembah Indus yang disalliri oleh Sungai Indus
Perpunca dari Pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab
Tamadun ini juga dikenali sebagai tamadun Harappa
Dikelilingi oleh Banjaran Makran, Pergunungan Baluchistan, Punjab dan
Rajasthan, serta Kathiawar & gujerat
Kerangka Masa
Tamadun ini mengalami kemerosotan
Sehingga hari ini belum jelas faktor yang menyebabkan kehancuran tamadun ini
Antara pendapat adalah kerana serangan orang Aryan serta bencana alam seperti
banjir, kemarau, dan gempa bumi
Proses Pembentukan
Penduduk berhidup secara nomad dan menyara diri dengan memburu dan
mengumpul makanan
Mereka kemudian membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus
dengan menyediakan sumber air dan menyuburkan tanah
Hal ini meningkatkan penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan
jumlah penduduk
Faktor ini wujudkan perkembangan bandar
Bandar utama ialah Mohenjo-Daro & Harappa manakal Lothal & Sutkagen
Dor merupakan bandar pelabuhan
Ciri-ciri
1. Petempatan kekal
Wujudkan pembentukan bandar terancang
Bandarnya terbahaggi kepada 2 bahagian dan dikelilingi oleh tembok
12

Bahagian utama ialah pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan


bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual
dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian
Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat
Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan (sewage system)bandar dihubungkan
dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan
2.

Organisasi sosial
Jumpaan arkeologi membahagikan kepada golongan atasan dan bawahan
Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
Kelas atasan yang utama ialah pendeta
Pendeta mengawal aktiviti masyarakat yang melibatkan kegiatan keagamaan
Golongan bawahan teridiri daripada petani, buruh dan hamba

3. Pengkhususan pekerjaan
Masyarakat menjalankan kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian,
pertukangan (carpentry) dan pembuatan
Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan
Mesopotamia
Hugungan dagangan mereka dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan
masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia
Hasil pertanian penting termasuk emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian
Petani menjalankan aktiviti bercucuk tanam
4.

Agama
Dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran
Antara yang paling penting ialah patung proto-Siva (Hindu)
Objek itu menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat
tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva
Masyarakat juga percaya kepada Tuhan Ibu

5. Sistem tulisan
Piktograf
Sumbangan Tamadun Indus
1. Keupayaan dan kebolehan masyarakat mengeksploitasi kelebihan yang dimiliki
untuk memudahkan kehidupan
13

Contohnya apabila masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi Sungai Indus


untuk memajukan kehidupan harian mereka
2.

Perancangan bandar
Seperti Mohenjo-daro dan Harappa
Ilmu geometri, kesenian, dan matematik diperlukan
Bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang
lurus
Berusaha meningkatkan mutu bahan binaan dengan tidak hanya bergntung pada
panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat
Perancangan bandar merupakan gabungan geometri, matematik dan teknologi
pembakaran batu bata
3. Sifat keterbukaan
Dibuktikan dengan hubungan dengan tamadun lain
Hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba membawa manfaat
RMUMSAN
Kematangan tamadun Indus terbukti melalui pencapaiannya yang cemerlang dalam
bidang perancangan bandar, kegiatan ekonomi, aspek kerohanian dan kepercayaan.
Kemampuan tamadun Indus mencapai tahap kecemerlangan ini bukan sahaja
bergantung pada kelebihan geografi seperti ai sebagai sumber asas kehidupan, tetapi
juga kreativiti masyarakatnya menjadi sumber tersebut sebagai pemacu kepada
kejayaan.
Maturity of the Indus civilization is proven through the achievements in the field of
urban planning, economic activities, spiritual aspects and beliefs. The ability of this
level of excellence achieved by the Indus civilization not only depends on the
geographical advantages such as ai as a source of basic life, but also the inspiration
from its creativity as a driver to success.

QUESTION
1. Bagaimanakah tamadun Indus terbentuk?
2. Apakah keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus?
3. Nyatakan sebabsebab masyarakat Indus dapat membina bandar yang terancang.
14

TAMADUN HWANG HO (Near Anyang)


Lokasi
Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah di Hwang Ho/Sungai Kuning
Merupakan sungai kedua terpanjang di China
Bergunung-ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat
setempat
Kerangka Masa
dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikeanli sebagai Peking
Men
Jumpaan ini membuktikan kehidupan Zaman Paleolitik
Era ini muncul pertanian dan penternakan
Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia
Namun,belum dibuktikan kewujudan Dinasti Hsia ini sebagaimana Dinasti Shang
telah dibuktikan melalui arkeologi
Pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman
pemerintahan Raja Shang
Ini mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei
Proses Pembentukan
Pembinaan tamadun ini menarik nomad untuk tinggal menetap dan membina
petempatan awal
Tapak Banpo (dekat bandar Sian) merupakan petempatan awal penduduk Hwang
Ho
Menjalankan aktiviti pertanian dan penternkan binatang selain mengumpul hasil
hutan dan memburu
Anyang ialah pusat kerajaan Dinasti Shang
Ciri-ciri
Pertanian membawa kemunculan bandar-bandar
1. Negara kota
Contohnya Anyang (di Sungai Huan)
Di bandar terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
Ketua pemerintah (raja), pembesar, dan golongan agama tinggal di bandar
Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan
musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh petani

15

2.

Organisasi sosial
Raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas
Lapisan bawahan terdiri daripada petani artisan pedagang dan hamba
Artisan wujud sebahagian besar kerana kemahiran yang muncul dalam tamadun
Shang, iaiyu pengusaan dalam teknologi gangsa
Gangsa digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta
kuda yang digunakan oleh tentera dan peralatan untuk upacara keagamaan
3.

Pengkhususan pekerjaan
Golongan pembesar mempunyai tentera
Terdapat tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki
Petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi
keperluan golongan atasan
Artisan menciptan barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan,
senjata, dan barang tembikar
Hamba berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu
kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan
4. Sistem pemerintahan
Dinasti Shang
Berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja dilantik daripada saudara
lelaki yang muda/anak raja
Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama
Percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan raja tidak perlu
mendapat pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan pemerintah
agama
Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
Bangsawan berperanan mentadbir wilayahnya dan berhak mewujudkan sistem
pentadbirannya sendiri
Dinasti Chou
Raja membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah dan melantik pembesar
tempatan
Raja mengikat pembesartempatan melalui ikrar taat setia dan memberikan hadiah
seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
Merja diminta melindungi raja dan memberi bantuan tentera
Mereka juga diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk upacara
pengorbanan

16

5. Agama dan kepercayaan


Mengamalkan kepercayaan animise dan politeisme
Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang dan juga
menyembah tuhan syuega (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), di samping
penyembahan terhadap sungai, bukit,dan gunung
Upacara penyembahan melibatkan permainan mzik, tarian, dan upacara koran
Upacara itu diketuai oleh golongan bomoh *coconut >,<
Keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di
Anyang
Tulang dikenali sebagai tulang oracle
Fungsinya adalah untuk meramal sesuatu keadaan
Bomoh meletakkan tulang di atas unggun api sehingga timbul rekahan
6. Sistem tulisan
Ideogram (simbol)
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
1. Politik
Sistem pemerintahan monarki
Konsep anak syurga dan mandat dari syarga yang berkait dengan raja dan amalan
putaran dinasti diteruskan
2. Ekonomi
Pembinaan sistem pengairan
Pemimpin perihatin terhadap pembangunan pertanian
Terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian dan mengelakkan banjir
Kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul & sabit
Petani menggunakan batas untuk penanaman
Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan besi
3.

Sistem tulis
Digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan
Diajar di sekolah
Tulisan berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

4. Kepercayaan
Emujaan roh nenek moyang masih berkekalan sehingga hari ini
Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui
5. Sistem kalendar
17

30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun


Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim
menuai
Amalan itu diteruskan untuk aktiviti harian seperti upacara perkahwinan,
perburuan dan pengkebumian
6. Falsafah perang Sun Tzu
Karya, the Art of War membicarakan tentang perang dan bagaimana menangani
musuh
QUESTION
1. Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho.
2. Mengapakah Dinasti Shang mengalami kejatuhan?
3. Apakah fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun Hwang Ho?
4. Nyatakan fungsi tulisan ideogram.
5.

Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian

18

Anda mungkin juga menyukai