Anda di halaman 1dari 6

Pantang larang Perkahwinan Kaum Melayu

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang


larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman
sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari
sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia
bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu
dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih
berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk
menjaga nama baik keluarga.
Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau
oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai
berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit.
Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi
mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan
air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh
melemahkan organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri
hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah
tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri
bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak
melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan
berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pantang Larang Perayaan


Hari Raya Aidilfitri.
Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras
dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.
Memakai pakaian bersih,cantik dan juga wangi-wangian.
Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan
menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan
dan melupakan kisah silam yang lampau.
Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang
diadakan.
Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat,lemang,rendang dan
berbagai-bagai lagi.

1.
2.
3.
4.

Hari Raya Aidiladha.


Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan
juga orang ramai.
Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangi-wangian.
Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.

Perkahwinan Orang Cina


1. Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3
bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan.
2. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih,
biru tua, hitam dan hijau.
3. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan
dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
4. Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut
keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang
ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

Pantang Larang Tahun Baru Cina


Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan
tetap diamalkan sehingga kini. Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai
dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang
zaman. Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang
larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina
mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama
kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau ong yang ada.
Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika
pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu,
mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.
Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru
Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban
sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.
Biasanya bagi orang tua,mereka rasa bahawa walau sesibuk mana pun individu
terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka,
sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.
Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan
Tahun Baru Cina. Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor

amat dielakkan pada masa raya. Kaum cina mempercayai bahawa ini akan
membawa buruk sepanjang tahun tersebut.
Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti
dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan. Kami masih mengenakan
pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana
beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria. Warna
hitam akan membawa buruk bagi orang cina.
Selain itu, pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang
sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan
mereka yang belum berkahwin. Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut
usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau.
Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.
Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan
supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab .Baginya saya,
walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu,perayaan, adat resam
dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah. Adat resam
yang diperturunkan patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang
akan datang.
Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung.
1.Dilarang makan daging arnab
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2. Dilarang makan daging anjing.
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa
menyusui bayi.
3. Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
4. Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.
5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
6. DIlarang mengambil gunting atau penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.
7. DIlarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri .
8.Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

9.Dilarang menyidai baju.


Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.
10.Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.
Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi
secara tidak langsung.

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu


tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat
dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .

Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India


Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas
kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan,
bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu
disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat
kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan
lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh
dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan
terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus
mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana
keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

Pantang Larang Semasa Deepavali


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di
seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan Dipa yang
bererti cahaya dan perkataan Gavali yang bererti barisan. Perayaan ini disambut
pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud
harapan, kemenangan dan kebahagian.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada
waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli
keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi
segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang
telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa

maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di
dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari
terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan
yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan
diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala
kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah,
biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih
yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf
dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang
dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India


Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh
seorang ibu yang mengandung.
1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam
2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat
fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
4. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada
melakukan kerja-kerja yang berat.
Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh
hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi
yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan
menyebabkan dia terkejut.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG


Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya
dikenakanpelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;
1. Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
2. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana
dibimbangi akanmenghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan
anak.
3. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk
disapupada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
4. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu
kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

5. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala
besar.
6. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi
akan lumpuh.
7. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat
di dalam rahim semasa dilahirkan.
Pantang larang ibu mengandung kaum kadazan
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu


Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
Suami tidak boleh memotong rambut
Tidak boleh makan buah mengandungi air
Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu
Tidak boleh siat telinga binatang

Anda mungkin juga menyukai