Anda di halaman 1dari 5

Tajuk 9:Olahraga(Lompat Kijang)

Aspek Keselamatan
Lakukan akitiviti memanaskan badan dan regangan sebelum
memulakan latihan atau pertandingan.
Bagi mengelakkan daripada risiko kecederaan, lakukan aktiviti
regangan secukupnya yang melibatkan julat pergerakan yang
maksimum.
Melakukan aktiviti heel raise dengan mengangkat bar bell untuk
meningkatkan kekuatan otot pergelangan kaki.
Lakuan lompat selang-seli dengan mengangkat bar bell untuk
meningkatkan kekuatan kumpulan otot kaki dan kuasa eksplosif.
Melakukan aktiviti lantunan melepasi pagar rendah dan tinggi
dengandua kaki untuk meningkatkan kekuatan otot dan kuasa
eksplosif.
Melompat dengan bola segar di atas dengan badan dilentikkan
untuk menguatkan otot belakang badan dan kuasa eksplosif.
Bergayut pada palang , ayunkan kedua-dua kaki ke sisi dan ke
depan untuk meningkatkan kekuatan dan kelembutan badan.
Bounding ( lari langkau lompat ) untuk menguatkan dan
meningkatkan kuasa eksplosif.

Undang-undang dan peraturan


1. Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan hendaklah
ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan
bermula.
2. Kedudukan dalam menentukan pencapaian peserta harus ditentukan
menerusi lompatan yang paling jauh daripada sejumlah lompatan
yang dilakukannya.
3. Dalam sesuatu pertandingan lompat kijang ,jika terdapat lebih
daripada lapan orang peserta yang mengambil bahagian ,setiap peserta
diberikan tiga lompatan dan mana-mana peserta yang mempunyai
lompatan terbaik dipilih ke pusingan akhir.Dalam pusingan ini
mereka diberikan tiga lompatan lagi.Jika terdapat lebih daripada
seorang yang mempunyai jarak yang sama dalam menetukan peserta
kelapan terbaik,tiga lompatan tambahan diberikan .Sekiranya jumlah
peserta yang mengambil bahagian kurang daripada lapan
orang,mereka diberikan enam lompatan setiap seorang.Peserta yang
membuat lompatan paling jauh tanpa batal dikira pemenang.
4. Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas
menggunakan kaki yang sama dengan kaki yang mendarat untuk
lonjakan kedua.Pada lompatan selepas lonjakan kedua,peserta
hendaklah menggunakan kaki yang sebelah lagi untuk mendarat dan
melonjak untuk lompatan sebenar.Jika peserta tidak mematuhi aturan
ini lompatan dikira batal.
5. Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang
disediakan di lorong larian dan lompatan.Jika peserta membuat
lompatan melepasi atau melebihi papan pelepas ,lompatan dikira
batal.
6. Ketika pertandingan berlangsung,peserta tidak dibenarkan
menggunakan loronglompat kijang untuk membuat lompatan
percubaan atau latihan.
7. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau
pendaratan paling dekat dengan garisan atau paling dekat dengan
papan melonjak ,tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi
pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta.
8. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan
tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras
dengan permukaan papan melonjak.
9. Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong yang telah
disediakan.
10. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyrat diberikan
oleh pegawai pertandingan.
11. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan peserta adalah
dilarang ,kecuali kasut atau spikes.

Teknik Kemahiran(Fasa)
Fasa Penujuan
Fasa Meloncat ( hop)
Fasa Melangkah ( step)
Fasa Melompat (jump)
Fasa Pendaratan

Fasa Penujuan
Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum
bagi tiga fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi
untuk pelompat peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan
lonjak.

Fasa Meloncat (Hop)


Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan
mendarat pada kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan
pada fasa ini.Semasa menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak
seharusnya mengurangkan kelajuan untuk melonjak tetapi menggunakan
kelajuan yang telah diperoleh itu untuk meloncat seberapa jauh yang boleh.
Pendaratan kaki lonjak padapapan itu diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung
kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki menyentuh bumi, lonjakan dilakukan
dengan mengangkat tumit terlebih dahuludiikuti oleh tolakan kuat dari hujung
kaki sehingga kaki itu terkedang lurus kedepan. Setelah melepasi papan
lonjakan, kaki melonjak (sebagai contoh kaki kiri)itu digerakkan ke
depan dalam keadaan bengkok.

Fasa Melangkah (Step)


Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang
samalutut kaki kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan
kuat ke belakang untuk menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa
berada di udara (iaitu fasa penerbangan), kaki kanan yang berada di hadapan,
diayun sedikit ke belakang (bengkok pada lutut) dan kaki kiri digerakkan ke
depan supaya beradadi
bawah badan. Kedudukan kaki terbuka (split) ini dikekalkan seberapa lama
yang boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan dibawa ke depan dan ianya
menyentuh bumi. Semasa berat badan dipindahkan ke depan, kaki kanan
sebenarnya menyentuh bumi sambil ia bergerak ke arah belakang. Ketika kaki
kanan memijak bumi ianya dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut.
Kedua-dua tangan berada di belakang.

Fasa Melompat (Jump)


Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan (bengkok pada lutut). Kaki
lonjak menolak dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik
penerbangan lompat jauh seperti gaya bunting atau sail boleh digunakan
semasa berada di udara.

Fasa Pendaratan
Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan untuk
mendarat. Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera
dibengkokkan dan ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan.

Anda mungkin juga menyukai