Anda di halaman 1dari 4

Teknik-teknik dan Prinsip Latihan

Teknik Latihan Terdapat tiga gaya utama yang digunakan dalam sukan olahraga lompat jauh iaitu teknik lompat jauh gaya layar, teknik lompat jauh gaya gantung dan teknik lompat jauh gaya kayuh. Berikut adalah gambarajah yang menerangkan perlakuan bagi ketiga-tiga gaya yang dinyatakan di atas.

Bagi setiap gaya, terdapat empat fasa yang mesti dilakukan oleh seorang atlet bagi mendapatkan lompatan yang dikehendaki dan berkualiti. Empat fasa tersebut adalah lari landas, lonjakan, layangan dan mendarat. Bagi setiap fasa, teknik dan pergerakan yang dilakukan adalah berbeza dan bergantung kepada gaya lompatan kecuali fasa lari landas yang sama bagi kesemua jenis lompatan. Berikut adalah penerangan berkaitan setiap fasa bagi setiap jenis teknik lompatan.

Fasa lari landas (untuk semua jenis lompatan) Dalam fasa ini, atlet akan berlari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal iaitu berlari 21-23 langkah atau jarak 35-45 meter. Atlet juga akan mengawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke tempat yang telah ditandakan. Seterusnya, mengatasi halangan graviti, beberapa langkah terakhir dipanjangkan supaya kedudukan badan menjadi rendah.

Lompatan gaya layar - Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan mudah dilakukan. Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.

Fasa lonjakan Dalam fasa ini,kaki lonjakan atlet dilonjakkan dengan kekuatan maksimum. Tambahan pula, lutut kaki hadapan diayunkan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan menegak. Fasa layangan Lutut dirapatkan ke dada dan kedua-dua tangan diayunkan ke atas dan ke hadapan. Fasa mendarat Kaki dirapatkan dan dihulurkan ke hadapan apabila badan mula jatuh. Seterusnya, tangan digerakkan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah dan badan dicondongkan ke hadapan seperti duduk ketika mendarat.

Lompatan gaya gantung - Teknik ini memerlukan lentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas semasa fasa layangan awal dan melunjurkan kaki ke depan diikuti badan dan kaki semasa mendarat.

Fasa lonjakan Dalam fasa ini, kuasa kaki dilonjakkan dengan maksimum. Seterusnya, lutut kaki hadapan diangkat seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan turut diangkat. Fasa layangan Kedua-dua tangan diayunkan ke belakang dan badan dilentikkan supaya kelihatan keadaan seperti tergantung. Kaki diluruskan supaya lutut diangkat ke udara dan kedua-dua lutut diangkat serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat. Fasa mendarat Tangan diayunkan ke belakang dan bawa kedua-dua kaki yang dirapatkan ke hadapan. Seterusnya, tumit didahulukan untuk mendarat dan tangan digerakkan ke hadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.

Lompatan tendang kayuh - Teknik ini lebih sukar dan memerlukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana seseorang peserta seolah-olah berkayuh satu setengah langkah atau dua setengah langkah di udara pada fasa layangan sebelum mendarat.

Fasa lonjakan Dalam fasa ini, kuasa kaki dilonjakkan dengan maksimum. Seterusnya, lutut kaki hadapan diangkat seberapa tinggi yang boleh dan pada masa yang sama tangan yang bertentangan tinggi ke hadapan turut diangkat. Fasa layangan Pergerakan tendang kayuh dilakukan satu setengah atau dua setengah langkah iaitu: Dua setengah langkah Satu setengah langkah

Langkah 1-Kaki dilonjakkan dari papan Kaki bebas dan kaki lonjakan dirapatkan lonjak dan kaki bebas di hadapan. Langkah 2-Kedua-dua kaki untuk mendarat. Badan dibongkokkan

berada sedikit ke hadapan dan tangan lurus ke

bertentangan dengan langkahan 1.Kaki hadapan. bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan bongkok sedikit ke hadapan.

Tangan lurus ke hadapan.

Fasa mendarat Badan dibongkokkan sedikit dan tangan diluruskan ke hadapan. Seterusnya, kedua-dua kaki dilunjurkan yang dirapatkan ke hadapan. Lutut dibengkokkan dan pinggul dibawa ke hadapan semasa mendarat untuk mengimbangi pergerakan badan dan tumit.

Prinsip Latihan Secara amnya, tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum. Hal ini kerana jarak ini dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Oleh yang demikian, seorang pelompat yang handal mestilah berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai kelenturan badan serta daya koordinasi yang baik. Kajian telah membuktikan bahawa larian

yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa pelompat berada di udara.

Oleh itu, semua fasa dalam lompat jauh ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatannya dapat ditentukan.Bagi mencapai matlamat ini, segala perlakuan oleh pelompat semasa berada di fasa layangan tidak dapat membantunya memanjangkan masa dia berada di udara. Hal ini kerana sebenarnya, gaya bada di fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai