Anda di halaman 1dari 10

OLAHRAGA- ACARA LOMPAT JAUH

SEJARAH

Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun
708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan,
lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu
seorang atlit dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah
berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-
bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman
dahulu, lompatan di buat secara berkali- kali sama ada dalam bentuk
multiple, double triple atau quintriple.

Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh
telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah
diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat
dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa
sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh
dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang
lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia
boleh membawa kepada risiko kecederaan. 
PENGENALAN
1. Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet
mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju
2. merupakan acara balapan dan padang
3. menggabungkan kelajuan, kekuatan, dan ketangkasan dalam cubaan
melompat sejauh yang boleh dari tempat mula melompat
4. mengukur lompatan untuk jarak
5. mereka yang bertanding akan berlari di laluan
6. melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan
kayu mula, ke bahagian yang diisi pasir atau tanah yang bertindak
bagi menyerap lompatan dan juga sebagai penanda tempat jatuh
7. memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di
depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan tepat di
depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya
diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan
PERATURAN LOMPAT JAUH
Sekiranya peserta lebih 8 orang, setiap peserta diberikan 3 kali cubaan lompatan
untuk mendapatkan 8 orang yang terbaik di peringkat akhir.

Jika peserta berjumlah 8 orang atau kurang, maka peserta akan melompat sebanyak
6 kali. Peserta yang melakukan lompatan paling jauh diisytiharkan sebagai
pemenang.

Peserta tidak boleh kakinya melebihi papan lompatan ketika hendak melakukan
lompatan. Jika melebihi ia akan dikira batal.

Jarak lompatan dikira dari anggota badan pertama yang menyentuh pasir iaitu kaki,
tangan dan bahagian belakang badan. Sekiranya tangan jatuh ke belakang ketika
mendarat, jarak akan diukur dari kesan daratan lompatan sehingga papan
lompatan.
TEKNIK LOMPAT JAUH
Ada 4 teknik yang harus dilakukan dalam melakukan
lompat jauh

1. TEKNIK AWALAN
- suatu gerakan yang dilakukan dengan larian laju
sebelum melakukan lompatan.
2. TEKNIK MENUMPU
- teknik ini, posisi badan tidak boleh terlalu condong.
Tetapi kuat, cepat dan aktif. Keseimbangan badan juga
harus dipertimbangkan agar tidak goyang. Gerakan
ayunan lengan sangat membantu untuk menambah
ketinggian serta menjaga keseimbangan tubuh.
3. TEKNIK MELAYANG
- Gerakan melayang dalam lompat jauh dilakukan
setelah memijak papan. Ketika melakukan gerakan
melayang, keseimbangan badan harus tetap terjaga.
Ayunan kedua tangan akan membantu dalam menjaga
keseimbangan badan.

4. TEKNIK MENDARAT
- Dalam teknik ini, peserta hendaklah mendarat
dengan sebaik mungkin. Jangan sampai badan atau
lengan jatuh ke belakang. Pendaratan ketika lompatan
dimulai dengan posisi kedua tumit kaki dan kedua
kaki agak rapat.Gerakan-gerakan waktu pendaratan
perlu dilakukan dengan kedua-dua kaki.

Anda mungkin juga menyukai