Anda di halaman 1dari 28

1.

0 Lompat Jauh

1.1 Sejarah Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali- kali sama ada dalam bentuk multiple, double triple atau quip triple. Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan. Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Acara ini diminati walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki.
1

Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan pelompat jauh perlu menjalani latihan yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah utama pelompat jauh adalah mengekalkan jangkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak, Di samping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa explosive. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halters. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling diingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm. Kini acara rekod acara tersebut telah dipegang oleh Mike Powell dari USA dengan lompatan sejauh 8.95 meter manakala bagi acara wanita rekod acara tersebut telah dipegang oleh Galina Chistyakova dari Soviet Union dengan lompatan sejauh 7.52 meter.

1.2 Pengenalan Lompat Jauh

Sebelum melakukan latihan lompat jauh,kita mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa latihan.Regangkan otot-otot utama di bahagian kaki, paha, badan dan tangan. Pastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh.Kawasan pendaratan berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar

pendaratan dapat dilakukan dengan selamat.Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul.

1.3 Peralatan

Acara lompat jauh tidak memerlukan sebarang kelengkapan. Namun, sebenarnya ia juga memerlukan peralatan khusus, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yagn diperlukan untuk acara lompat jauh.

1.3.1 Lorong Larian (Runaway)

Rajah 1 Lorong larian mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m x 1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta membuat lompatan.

1.3.2 Papan Pelepas (Take-Off Board)

Rajah 2
3

Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20 cm lebar yang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan. Papan ini biasanya diwarnakan putih seluruhnya.

1.3.3 Petunjuk Plastisin (Plasticine Indicator)

Rajah 3

Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

1.3.4 Kawasan Pendaratan (Landing Area)

Rajah 4

Kawasan pendaratan digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasa ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9 m panjang dan 2.75 m lebar.

1.3.5 Pita Pengukur (Measuring Tape)

Rajah 5 Pita pengukur digunakan unutk mengukur jaraj sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik, yang menjadikan pengukuran lebih mudah, cepat dan tepat.

1.3.5 Peengukur Halaju Angin (Wind Velocity Indicator)

Rajah 6
5

Pengukur halaju angin digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satusatu lompatan dibuat. Ia penting untuk menentukan samada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Bagaimanapun, untuk perjumpaan peringkat sekolah atau kelab, alat ini tidak digunakan.

1.3.6 Bendera Isyarat (Flag)

Rajah 7 Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis bendera yagn digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan batal.

1.3.7 kasut berpaku (spike)

Rajah 8
6

Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan juga sebagai perlindungan kepada pelompat. Kasut yang berpaku dan bertumitkan plastik sesuai digunakan untuk acara ini.

2.0 Latihan Yang Sesuai Dilakukan Untuk Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh

Lakukan bangkit tubi LTujuannya: Menguatkan bahagian abdominal.

Bergayut pada palang dinding atau seumpamanya, angkat kedua-dua kaki lurus dan

Tujuannya: Menguatkan bahagian abdominal (penting bagi lunjuran kaki semasa mendarat).

tform 8 cm tebal. Naik dan turunkan tumit pada julat yang maksimum (lakukan dengan atau tanpa beratan). Tujuannya: Menguatkan achcillies tendon.

Aktiviti naik turun bangku ketinggian 50 cm dengan ekstensi maksimum kaki (cuba naikkan badan setinggi yang bo Tujuannya: Menguatkan quadriceps.

Kemudian dengan pantas lompat ke atas dengan bantuan kaki yang bebas, tangan dan bahu. Tujuannya: Meningkatkan kuasa ekplosif kaki sewaktu lonjakan.

Lakukan aktiviti juak lentik dinamik. Posisi duduk, lutut bengkok dan tangan di belakang. Tujuannya: Meningkatkan pergerakan dan kekuatan bahu, pinggang dan kaki.

Lari, lompat ke atas kotak dengan kaki lonjak dan melonjak seberapa jauh yang

Tujuannya: Memperbaiki dan meningkatkan kebolehan lonjakan, layangan dan koordinasi badan dan tangan (imbangan).

2.1 Teknik Dalam Lompat Jauh Lompat jauh boleh didefinisikan sebagai gerakan berpindah tempat dari satu titik (tempat) ke tempat lainnya dengan cara penolakan satu kaki ke depan sejauh yang boleh. Beza jarak lompat jauh dapat diukur bergantung kepada setakat mana jarak lompatan seseorang itu. Lompat jauh memerlukan teknik, kemahiran dan asas yang kukuh bagi membiasakan seseorang melakukan persediaan yang baik sebelum melompat agar mampu melompat lebih jauh tanpa melanggar undangundang yang telah ditetapkan. Seseorang perlu mempelajari cara atau kaedah yang betul agar lompatannya bersih, sah dan yang lebih penting mencapai jarak tertentu. Terdapat empat langkah asas bagi setiap atlet lompat jauh: 1. Larian 2. Pelepasan 3. Lompatan di udara 4. Mendarat

2.2 Tahap Pertama Larian Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting dalam mengambil bahagian dalam lompat jauh. Mereka berpendapat yang penting adalah keupayaan melakukan lompatan dan bukan bergantung pada kelajuan berlari. Bagaimanapun, untuk mendapat lompatan yang baik termasuk lompatan yang kuat dan jarak yang jauh, larian yang betul adalah perlu. Kelajuan larian seseorang merapatkan factor penting dan memainkan peranan dalam menentukan keupayaan seseorang dalam acara ini. Bentuk dan cara larian adalah mengikut kesesuaian, kehendak dan

keupayaan seseorang untuk menghubung kaitkan dengan lompatan yang dibuat.


8

Larian sebegini boleh diperoleh dan dilatih dengan latihan larian secara berterusan bagi menyelaraskan tempo dan kelajuan larian serta target yang jelas. Adalah penting untuk memastikan bahawa kelajuan larian secara mendatar, stabil dan keras dapat membantu pergerakan menegak yang kuat semasa melakukan lompatan. Untuk memperoleh larian sebegini, penumpuan dan ketepatan adalah penting. Perlu diingatkan bahawa peserta perlu berlari mengikut lorong larian yang disediakan, walaupun boleh memulakan larian lebih jauh dari lorong itu. Mengikut kebiasaan yang dilakukan oleh peserta yang agak berpengalaman dalam acara ini, terdapat 18 hingga 22 langkah, atau mengikut jarak iaitu antara 25 hingga 40 meter dan permulaan larian hingga ke papan pelepas. Peserta selalunya dapat mengagak menerusi latihan yang dijalankan, jumlah langkah atau jarak yang diperlukan. Peserta hendaklah setiap larian akan menepati jarak antara permulaan larian hingga ke papan melonjak untuk membuat lompatan. Sebarang kesilapan akan mengakibatkan lompatan tidak dikira atau terbatal. Satu cara lagi bagi mendapatkan ketetapan di antara permulaan larian dengan pelepasan ialah dengan kaedah tanda-uji atau check-mark. Kaedah ini selalu digunakan oleh mereka yang sudah berpengalaman khususnya pada peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Check-mark digunakan oleh peserta untuk memudahkan serta mendapat ketepatan yang lebih tinggi untuk membuat

lompatan. Dengan ketepatan larian, mengikut kelajuan yang sepatutnya akan menghasilkan lompatan yang berkesan serta jarak yang memberangsangkan. Untuk melakukan check-mark, peserta hendaklah mendapat penumpuan serta konsentrasi menerusi larian yang diulang-ulang beberapa kali pada papan pelonjak. Peserta hendaklah membuat tanda atau titik yang paling sesuai dengan langkah yang akan dibuat. Beberapa perkara yang menjejaskan larian: 1. Corak atau jenis langkah dalam larian. 2. Kesukaran dalam mendapatkan ketepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada papan melonjak. 3. Peserta terpaksa menggunakan tenaga yang maksimum sebelum melakukan lompatan. 4. Peserta akan menjadi teragak-agak untuk membuat pelepasan.
9

2.3 Tahap Kedua Pelepasan Tolakan merupakan proses yang mencakupi perpindahan kelajuan yang sebelumnya. Tolakan dilakukan dengan sangat cepat dan kuat dengan tujuan agar tubuh terangkat ke atas dari titik satu ke titik berikutnya sejauh mungkin. Tolakan merupakan cara bagaimana posisi tubuh atlit pada saat itu melayang menuju titik terjauh lompatannya. Tolakan yang baik selalu melibatkan kekuatan kaki juga kombinasi ayunan kaki dan tangan yang dimulai dari posisi depan ke atas. Untuk mendapatkan tolakan yang sempurna, seorang atlit harus memperhatikan hal-hal berikut ini: Kaki haruslah kuat sebab ia merupakan tumpuan sebelum melayang. Saat hendak bertumpu, atlit harus mampu melakukannya saat ia tepat berada pada papan tumpuan. Dalam keadaan bertumpu, tangan sebaiknya ikut diayunkan. Demikian juga kaki. Kaki diayunkan dengan cara mengangkatnya tinggi hingga pinggul dan berada dalam posisi lutut yang di lengkuk. Perlu berhati-hati agar sentuhan kaki pada papan pelepas tidak terbatal. Tentukan kaki mana yang akan membuat pelepasan dan larian untuk lompatan mestilah sesuai dengan kaki yang dipilih. Hendaklah ada koordinasi antara kelajuan larian dengan timing ketika sentuhan kaki dengan papan melonjak. Seboleh mungkin, perlahankan larian ketika tiba di papan melonjak. Menggunakan kedua-dua bahu dan dada untuk membantu dalam membuat pelepasan iaitu dengan mengangkat bahu dan dada.

10

Rajah 9. Kaedah pelepasan yang baik. 2.4 Tahap Ketiga - Lompatan Di Udara Dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. 2.4.1) Urutan gerakan saat kaki lepas dari tanah dan saat melayang di udara 2,5 langkah. 2.4.2) Langkah ke satu berakhir dengan kaki ayun dalam posisi depan dan kaki tolak saat lepas dari tanah. 2.4.3) Pada langkah kedua berakhir dengan kaki tolak dalam posisi di depan dan kaku ayun di belakang.

11

2.4.4) Kemudian pada setengah langkah terakhir, kaku ayun bergabung dengan kaki tolak untuk mendarat. Pergerakan dalam acara lompat jauh lebih tertumpu kepada bahagian bawah anggota badan. Walau bagaimanapun bahagian lain badan turut berperanan untuk menghasilkan lompatan yang baik terutamanya ketika fasa layangan. Fasa Layangan - Otot Kuadrisep, Otot triseps dan biseps. - Bantu kayuhan sewaktu berada di udara. Gastrocnemius, Calcaneal

Terdapat tiga jenis gaya layangan: Gaya Layar pelompat melunjurkan kedua-dua kakinya ke hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga ke hujung kaki. Gaya Gantung pelmpat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang. Gaya Tendang Kayuh pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak.

2.5 Tahap Keempat Pendaratan Fasa pendaratan adalah apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan. Pada waktu mendarat, pelompat harus berusaha menjulurkan kedua lengannya sejauh mungkin ke muka dengan tidak kehilangan keseimbangan badannnya. Hal tersebut dimaksudkan agar pelompat tidak terjatuh ke belakang. Pada saat pendaratan, lutut ditekuk dan mengeper sehingga meningkatkan satu momentum membawa badan ke depan atas.
12

Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.

Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

Bahagian otot yang terlibat dalam fasa ini: Fasa pendaratan Otot Kuadrisep, gluteus medius, gluteus Maximus Calcaneal, Metatarsal, gluteus medius, gluteus Maximus

Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja mampu menghasilkan jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum menegak. Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

13

3.0 Prinsip Asas Lompat Jauh

Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak lompatan yang maksimum. Jarak ini dapat dihasilkan dengan larian pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat dan tinggi. Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak mengikut satu lingkungan parabola di mana jarak lompatnya dapat ditentukan. Sebenarnya, gaya badan semasa berada di fasa layangan adalah untuk mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan selamat dan berkesan. Gaya layar adalah suatu gaya lompatan yang popular kerana ia mudah diajar. ~Walaubagaimanapun, gaya layar kurang berkesan untuk dijadikan sebagai satu teknik lompat jauh yang dapat dicontohi kerana teknik ini menyebabkan pelompat cepat mendarat. Gaya selangkah diperkenalkan dalam pelajaran Pendidikan Jasmani supaya para pelajar mencapai objektif pembelajaran mereka. ~Gaya yang dicadangkan ini hampir sama dengan gaya tending kayuh, kecuali tindakan kayuh itu tidak dilakukan di dalam gaya ini. ~Kelebihan gaya ini ialah dapat memudahkan para pelajar mempelajari gaya tending kayuh apabila sampai masanya.

3.1 Gaya/Teknik Lompat Jauh

Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :

Gaya layar Gaya gantung Gaya tendang

14

Rajah 10. Gaya Layar

Rajah 11.Gaya Gantung

Rajah 12.Gaya Tendang Kayuh

4.0 Fasa Lompat Jauh

Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan. Keempat-empat fasa itu ialah :

fasa penujuan lari menuju ke papan lonjak fasa lonjakan melompat dari papan fasa layangan badan berada di udara.
15

fasa pendaratan (termasuk pulihan) sentuhan bahagian badan dengan tempat mendarat.

4.1 Fasa Penujuan

Fasa ini memerlukan seseorang atlet berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.

Bilangan langkah larian ini berbeza di antara setiap individu. Faktor penting ialah bilangan itu mesti membolehkan peserta mencapai kepantasan yang maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.

Gaya berlari untuk kompat jauh adalah sama dengan gaya lari pecut. Apabila hampir sampai papan lonjak, dia mesti bersedia untuk melonjak.

Pada langkah terakhir atlet harus merendahkan sedikit bahagian badannya untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah bengkok.

4.2 Fasa Lonjakan


Tumpuan utama fasa ini ialah untuk mencapai lompatan yang tinggi. Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.

Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-hujung kaki. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.

16

4.3 Fasa Layangan

Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada gaya yang hendak digunakan.

Tujuan utama ialah supaya pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya.

Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:

Bagi tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak.

Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga hujung kaki.

Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah bergantung di udara.

Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang. Bagi gaya selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang bebas ke hadapan selepas lonjakan.

Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh tidak dilakukan. Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang. Ini bererti kaki pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa membuat layangan.

Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan supaya bersama dengan kaki bebas.

4.4 FASA PENDARATAN

Ketika berada dalam fasa ini, pelompat mestilah memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.

Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayunkan ke atas.
17

Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

5.0 Latihan Ansur Maju 5.1 Latihan ansur maju Menentukan kaki lonjakan pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang. Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan. 5.1.1 Latihan lonjakan

Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak

seberapa tinggi yang boleh.


Berlari dan melonjak melepasi halangan selepas papan lonjak. Berlari 3 dan 5 langkah dan melompat. Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

5.1.2 Latihan mendarat


Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan. Lompat (dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau

peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat.

Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian).

5.1.3 Mengukur penujuan

Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan

untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut.

Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak

kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan.

Ulang dengan 9, 11 dan 13 langkah.


18

5.1.4 Latihan gaya lompatan berbeza


Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas. Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar,

gantung, tendang kayuh).

Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya laayar,

gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

5.2 Ansur maju 1 Larian menuju ke papan lonjak:

Rajah 13 Dilakukan secara berpasangan. A mula berlari dari tempat permulaan menuju ke papan lonjak manakala B berdiri berhampiran papan lonjak sambil memerhatikan kaki lonjak A menapak di papan lonjak. Sekiranya A menapak lebih atau kurang pada papan lonjakan, ubahsuai jarak ukuran di tempat permulaan. Jika kaki lonjakan menapak melebihi papan lonjakan, anjakkan tempat permulaan ke belakang satu atau dua langkah. Jika menapak sebelum papan lonjak, anjakkan tempat permulaan satu atau dua langkah ke hadapan. Ulang sebanyak 6 kali di tempat permulaan yang baru. Kawal kelajuan semasa berlari. Larian yang baik ialah lari pecut.
19

Menggunakan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.

5.3 Ansur Maju Lonjakan

Rajah 14 5.3.1 Ansur maju 1:

Lonjak dari papan lonjakan. Bengkokkan lutut dan bongkokkan badan rendah. Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan daya lonjakan. Lonjak dengan kuat menggunakan kaki lonjak dari papan lonjakan dan mendarat dengan tumit

5.3.2 Ansur maju 2:

Melonjak dari hujung bangku.

yang termampu. -dua belah tangan ke atas hadapan.

5.3.3 Ansur maju 3:

Berlari, melonjak melepasi kayu atau tali

20

Rentangkan

seutas

tali

di

atas

pasir

berjarak

1-1.5

meter

dari

papan lonjakan.

Lari sejauh lima hingga enam langkah. Melonjak melintasi tali atau kayu dan mendarat

5.4 Ansur Maju Layangan dan Mendarat

Rajah 15 5.4.1 Ansur maju 1:

Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir. Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat dengan tumit.

5.4.2 Ansur maju 2:

Mencecah bola dengan hujung tangan. Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh dicapai. Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan. Cuba mencecah bola dengan hujung tangan. Mendarat dengan tumit.

21

Rajah 16 5.4.3 Ansur maju 3:

Mencecah bola dengan dahi. Gantungkan bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan di

kawasan mendarat dengan ketinggian yang boleh disentuh. Lari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan. Lakukan tangan ke atas. Cuba sentuh bola dengan dahi. Ulang lakuan. Berlari, melonjak, lentikkan badan serta dongakkan layangan setinggi yang boleh dan lentikkan badan serta

kepala ke atas. Mendarat dengan tumit dahulu. Hulurkan tangan ke hadapan dan gerakkan badan ke hadapan.

6.0 Penutup Acara lompat jauh merupakan satu acara yang menarik minat sekiranya langkah langkah dalam acara ini dijalani dengan betul. Acara ini dipandang mudah untuk dilakukan tetapi bagi mencapai kejayaan dalam acara ini, latihan yang agak khusus diperlukan. Acara ini tidak mementingkan ketinggian dan kepantasan larian seseorang, malah ia mengutamakan jarak lompatan yang jauh dilakukan oleh seseorang atlit. Sebagai seorang bakal pendidik, bagi memperkenalkan acara lompat jauh ini kepada murid, kita harus merangka ansur maju yang sesuai mengikut peringkat umur murid murid. Bagi mengelakkan kecederaan, langkah keselamatan harus dipertimbangkan oleh guru. Fasa pendaratan patut diajar dahulu bagi

22

mengelakkan kecederaan kepada pelajar. Hal ini adalah kerana dalam semua fasa, pengakhirannya adalah mendarat. Walaupun seseorang atlet lompat jauh itu berjaya melakukan larian pecut yang baik, mereka tidak akan memperoleh jarak yang jauh bagi lompatan yang dilakukan sekiranya teknik-teknik atau pergerakan biomechanical tidak dilakukan dengan sempurna. Lompat jauh merupakan salah satu sukan yang memerlukan seseorang atlet itu bijak membebaskan anggota badannya (degree of freedom). Degree of freedom ini amat penting kerana ianya akan memudahkan sesuatu pergerakan itu dilakukan dengan sempurna. Di samping itu juga, darjah maksimum yang perlu dicapai bagi lompatan yang baik adalah sekitar 45 darjah. Ini kerana manusia mempunyai limits untuk melakukan lompatan yang lebih daripada tahap 45 darjah. Fasa-fasa yang dihuraikan di atas adalah sebahagian daripada teknik-teknik yang perlu diketahui oleh atlet lompat jauh bagi memperoleh lompatan yang jauh dan paling maksimum. Lompat jauh adalah cabang olahraga atletik yang bertujuan melompat dengan pencapaian jarak lompatan yang sejauh jauhnya. Maka untuk mencapai jarak lompat yang jauh, terlebih dahulu pelompat harus memahami unsur unsur pokok pada lompat. Dalam lompat jauh terdapat bak lompat yang berisi pasir sebagai tempat pendaratan akhir dari melompat. Yang menjadi tujuan dari lompat jauh adalah pencapaian jarak lompatan yang sejauh jauhnya. Banyak aspek yang perlu di titik beratkan dan perlu di perhatikan dalam olahraga lompat jauh, agar tidak terjadi hal hal yang tidak diingini.

23

7.0 Refleksi Tuan Muhammad Saifullah Bin Tuan Mohd Noor PISMP Pendidikan Islam 2 ( SJKC) Semester 5 2014

Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. la merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling, Olahraga balapan dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding", Sukan olahraga

dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu acara balapan; acara padang dan lainlain. Menurut sejarah, permulaan acara lompat jauh telah dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta. Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali- kali sama ada dalam bentuk multiple, double triple atau quip triple.Pada peringkat sekolah, acara ini menjadi acara utama dalam bahagian lontaran. Salah satu sebab ialah sukan lontar peluru agak mudah dan tidak memerlukan pergerakan anggota badan yang banyak, ternyata sesuai bagi mereka yang mempunyai badan yang lebih besar dari pada rakan lain. Secara amnya lompat jauh memerlukan atlit yang berbadan tegap, tinggi dan kuat, tetapi ini bukanlah syarat yang utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang atlet. Pelompat jauh harus mengenal pasti latihan yang

bersistematik di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Di samping itu, acara lompat jauh mempunyai ciri-ciri tersendiri dan peserta tidak boleh membuat lompatan secara sesuka hati tampa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan. Teknik lompatan itu memainkan peranan penting dan utama dalam menentukan pencapaian atau prestasi peserta. Tampa teknik

24

lompatan yang betul, seseorang peserta tidak akan mencapai jarak yang di harapkan walaupun mempunyai ketinggian yang ideal. Secara peribadi lompat jauh merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Untuk melakukan lompatan yang baik ia bergantung pada kesediaan, kemahiran dan keyakinan individu itu sendiri dan bukan hanya fizikal tubuh badan individu tersebut. Sekilas pandang, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Dari satu sudut pandangan ilmiah, olahraga khususnya acara lompat jauh dapat menyokong matlamat FPK. Khususnya penglibatan dalam aktiviti riadah. Seperti kata pujangga Arab Akal yang sihat, berpunca dari tubuh badan yang cergas. Melalui olahraga matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) bukan lagi mustahil khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Olahraga dan acara lompat jauh khususnya dapat

memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, faedah aktiviti riadah kepada murid ialah dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang olahraga dan acara lompat jauh khususnya mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung aktiviti riadah juga turut membentuk disiplin murid tersebut. Seterusnya, aktiviti riadah juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana beriadah boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan bertepatan dengan kata pujangga Arab di atas. Misalnya, seseorang murid yang beriadah pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif beriadah jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak beriadah.

25

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan olahraga akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap olahraga dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan lompat jauh sekolah mesti ada jadual latihan olahraga dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam olahraga juga boleh berjaya dalam pelajaran. Di samping itu, olahraga juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif dalam olahraga seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik. Oleh itu, sukan dan olahraga penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif. Tambahan pula, kegiatan olahraga di sekolah juga dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Sebenarnya amalan nilai murni ini penting kepada pelajar bagi membantu mereka menjadi pelajar yang cemerlang. Banyak nilai murni yang boleh dipupuk secara langsung atau tidak langsung. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai bekerjasama, kerajinan, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan. Amalan nilai-nilai murni ini membolehkan mereka menjadi pelajar yang baik di sekolah mahupun di rumah. Kebaikan seterusnya aktiviti olahraga di sekolah ialah dapat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, perpaduan kaum amat penting dan ia perlu dipupuk dari awal. Dengan menyertai aktiviti ini, nilai toleransi dan nilai bekerjasama antara kaum dapat dipupuk kepada semua pelajar. Dengan wujudnya perpaduan kaum, pasti negara akan terus aman dan bertambah maju serta dapat dijadikan contoh oleh negara-negara lain. Akhir sekali, murid yang aktif dalam olahraga juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang olahraga tidak berminat bermain computer game dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpelesiran di pusat beli belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat. Dengan ini akan lahirlah generasi
26

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ini sangat penting untuk masa depan negara bagi mencapai Wawasan 2020. Saya yakin dengan sepenuh hati, olahraga terutamanya acara lompat jauh dapat memberi kesan positif yang besar kepada sistem pendidikan negara bagi mencapai dan merealisasi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berdasarkan hujah-hujah yang telah saya nyatakan di atas. Sepanjang penelitian saya berkaitan tugasan ini. Saya percaya sebagai bakal guru. Apabila saya bergelar seorang Guru Pendidikan Islam satu hari nanti, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) akan saya realisasikan melalui penerapan nilai-nilai yang terdapat dalam kegiatan olahraga lompat jauh bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui aktiviti suakan, olahraga dan riadah yang diterapkan kepada pelajar secara pendekatan yang berhikmah dan islamik. Sesuai dengan keperluan, bakat dan potensi murid. Setiap perkara yang baik dan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah merupakan ibadah menurut Islam. Acara lompat jauh dapat melahirkan pelajar yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan mempunyai akal yang sihat. Kita boleh beranggapan acara lompat jauh sebahagian dari perkara yang baik dan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Kerana dalam pandangan Islam tubuh badan yang sihat dapat membantu kita untuk melakukan lebih banyak ibadah kepada Allah. Tubuh badan yang sihat juga sangat penting bagi seseorang meneruskan kelangsungan hidup seharian dalam keadaan normal dan lancar. Akal yang sihat pula dapat melahirkan individu yang dapat membezakan perkara baik dan buruk. Secara tidak langsung dapat melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi kemaslahatan agama, bangsa dan negara.

27

8.0 Rujukan 1) British Athletic Federation. (1994). Olahraga Padang. London : Penerbitan Pan Earth Sdn. Bhd. 2) Mohd Sofian Omar Fauzee. (2009). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Dril Acara Padang. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd 3) Hasbullah Ismail Mohamed & Mohd Sadek Mustaffa Borhan Yusof. (2010). Fakulti Pendidikan University Malaysia. 4) Kesatuan Olahraga Malaysia (2012). Buku peraturan olahraga KOM 2012 2013. 5) K. Mat. 22 Aprill 2011. Lompat Jauh. Diakses pada 15 Februari 2014. Diakses dari 6) http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lompat-jauh.html 7) S. Evita. 30 APRIL 2013. Lompat jauh gaya berjalan di udara. Diakses pada 15 Februari 2014. Diakses dari http://goto(Kegiatan Profesional Olahraga).Selangor : Open

sport.blogspot.com/2013/04/lompat-jauh-gaya-berjalan-di-udara.html 8) Teng Boon Tong. (1989). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd. 9) Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor Darul Ehsan : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. 10) W. Ahmad. (1996). Olahraga Padang. Goodmark Enterprise. Cetakan Pertama. 11) Wee. E.H. (2002). Panduan pengajaran olahraga. Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.

28

Anda mungkin juga menyukai