Anda di halaman 1dari 3

UNIT 3 - Permainan kategori serangan : (I) BOLA BALING

1 ______________________ merupakan permainan yang dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada
_________orang permain sepasukan.

2 Kemahiran bola baling melibatkan kemahiran menghantar, menangkap, mengelecek, mengadang, mengacah
dan menjaga gawang.

3 Permainan ini melibatkan aspek kecergasan fizikal terutamanya komponen ketangkasan, kekuatan otot dan
kapasiti aerobik.

4 (I) Keperluan dan peralatan yang diperlukan :


• Gelanggang bola baling
• Gol bola baling
• Bola baling ( saiz 2 – wanita, saiz 3 –lelaki )

(II) Aspek keselamatan :


(a) sebelum aktiviti - melakukan senaman memanaskan badan dan regangan.
(b) Semasa aktiviti - pastikan kawasan permainan dan alatan berada dalam keadaan selamat digunakan dan
ikut arahan guru.
(c) Selepas aktiviti - melakukan senaman menyejukkan badan

5 Balingan Juara
(I) Hantaran Atas Bahu - ( utk sasaran jarak jauh )
• Pegang bola sebelah tangan pada aras bahu
• Melangkah dan pindahkan berat badan dari kaki belakang
ke kaki hadapan.
• Baling bola ke sasaran dengan pantas.
• Ikut lajak

(II) Hantaran Bawah Lengan – (utk sasaran jarak dekat)


• Pegang bola di sisi bawah lengan
• Melangkah dan pindahkan berat badan dari kaki belakang
ke kaki hadapan.
• Baling bola ke sasaran dengan pantas.
• Ikut lajak

6 Balingan Padu
(III) Hantaran Sisi - ( utk sasaran jarak dekat)
• Pegangan bola di sisi bawah lengan
• Kilas pinggang dan badan hala ke sasaran
• Tolak bola ke sasaran dengan pantas
• Ikut lajak

(IV) Hantaran Aras Dada – (utk sasaran jarak dekat)


• Pegang bola dengan kedua-dua tangan pada aras dada
• Melangkah dan pindahkan berat badan ke kaki hadapan
• Tolak bola ke sasaran dengan pantas
• Ikut lajak

1
7 a ) Cara untuk menambahkan kelajuan dalam hantaran bola :
• Tangan yang membaling bola perlu diangkat tinggi dan tolakan perlu pantas.

7 b) Teknik lakuan untuk menangkap bola hantaran atas bahu :


• Tangan lurus ke atas, tangkap bola dengan kedua-dua tangan dan serap daya.

7 c) Cara untuk menghasilkan hantaran yang tepat:


• Tangan yang membaling bola perlu pantas menghala ke sasaran dan ikut lajak.

7 d) Cara menangkap bola pada jarak dekat :


• Hulurkan tangan ke hadapan, tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan dan serap daya.

8 a) Teknik Lakuan (V) Hantaran Lantun : (utk jarak dekat dengan cara melantun bola kepada rakan sepasukan)
1. Pegang bola dengan sebelah tangan di sisi.
2. Melangkah sambil membawa bola ke arah dada.
3. Condongkan badan dan lantunkan bola ke arah sasaran.

8b) Teknik lakuan Menangkap Bola Lantun :


4. Rendahkan badan sedikit
5. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan
6. Tangkap bola dengan renggangkan jari tangan dan serap daya.

9 Kemahiran Mengacah - bertujuan meneruskan serangan dengan mengelirukan pihak lawan untuk
membolehkan pihak penyerang menjaringkan gol.

Teknik lakuan :
1. Rendahkan kedudukan badan
2. Buka kedua-dua belah kaki untuk mendapatkan kestabilan pergerakan.
3. Berat badan dipindahkan dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut pergerakan.
4. Tangan memegang bola diayun mengikut pergerakan kaki.
5. Tukar arah pergerakan dengan pantas apabila bersedia melepaskan diri.
6. Gunakan kekuatan kaki dan kelenturan badan untuk mengacah.

10 Kemahiran Mengadang - bertujuan mengawal pergerakan pihak lawan daripada menyerang atau menjaringkan
gol.
Teknik lakuan :
1. Kedudukan badan seimbang
2. Depakan pada pelbagai aras mengikut situasi
3. Mata sentiasa mengawasi pergerakan pihak lawan
4. Bergerak mengikut arah pergerakan pihak lawan.

2
11 Kemahiran Menjaring ( Gawang = tempat untuk menjaringkan gol )
• Ketika melakukan jaringan, daya diperlukan bagi menambahkan kelajuan bola, kekuatan balingan dan
ketepatan sasaran.
• Prinsip utama dalam kemahiran menjaring ialah keyakinan diri, keseimbangan, penumpuan, menepati
sasaran dan kecekapan mencari ruang kosong.

(I) Jaringan Lantun


a) Pegang bola dengan sebelah tangan di sisi
b) Melangkah sambil bawa bola ke aras dada
c) Condongkan badan dan lantunkan bola ke arah sasaran
d) Ikut lajak

(II) Jaringan Junam


a) Pegang bola dengan sebelah tangan di sisi
b) Melonjak sambil bawa bola ke belakang kepala
c) Tolak bola ke hadapan dan ke bawah dengan pantas
d) Ikut lajak.

(III) Jaringan Atas Kepala


a) Pegang bola dengan sebelah tangan di sisi
b) Melangkah sambil bawa bola ke belakang
c) Tolak bola ke hadapan dan ke atas dengan pantas
d) Ikut lajak.

#* semasa menjaringkan gol, murid tidak boleh melepasi kawasan D pasukan lawan

Anda mungkin juga menyukai