Anda di halaman 1dari 22

KECEDERAAN DALAM SUKAN

PJM 3182

Pendekatan Rawatan Kecederaan Pertolongan Cemas - TOTAPS, DR. ABC dan RICE

1.0. Pengenalan

Pertolongan cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan atau rawataan pertama


yang diberikan kepada seseorang yang tercedera daalam sebarang kemalangan
sebelum ketibaan bantuan perkhidmatan kecemasan atau doktor.

Pertolongan cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE merupakan langkah rawatan
pertama yang diberikan kepada pesakit yang mengalami kecederaan. Keadaan ini juga
terjadi kepada seseorangan yang cedera / sakit secara tiba-tiba. Pertolongan cemas
bantu mula datang sebelum mendapatkan pertolongan pakar atau doktor. Dengan
demikian, Pertolongan cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE perlu diberikan secara cepat
walaupun rawatan tidak berapa sempurna. Dengan kata lain Pertolongan Cemas
TOTAPS, DR. ABC dan RICE harus tepat agar boleh membantu meringankan mangsan
kecederaan / kemalangan . Dalam hal ini, kita bukan menambah sakit mangsa.

Sebagai orang awam tindakan Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan
RICE, perlu mengenal prinsip-prinsip asas bagi Pertolongan Cemas Bantu Mula
(TOTAPS. Prinsip-prinsip antara lain ialah Lihat dahulu keadaan sekeliling, adakah
dalam keadaan selesa. Jangan sampai kita tidak menghiraukan keadaan sekeliling
sehingga kita mengalami kecederaan pula.

Gunakan cara pendekatan rawatan kecederaan Pertolongan Cemas TOTAPS,


DR. ABC dan RICE yang mudah dan efesien. Gunakan bahan yang ada di sekeliling
(manusia, alat, atau bantuan lain). Jangan jadi hero oleh kerana dorongan naluri atau
kemanusiaan ingin menolong dengan cara atau upaya sendiri sehingga tidak
memperdulikan hal lain.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE seperti
tajam perhatian, pantas Ikhtiar, tidak kasar berakal, berbudi bertimbang rasa, sentiasa
tersenyum, buat apa yang tahu dan akhir sekali paling penting tidak Panik

ruzdisadiman/PJM 3182 1
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

Tujuan Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE adalah memberi
pertolongan bantu mula untuk menyelamatkan orang yang cedera untuk menyembuhkan
segera dengan kata lain sekurang-kurangnya untuk mencegah bertambah parahnya
luka, kecederaan akibat sesuatu kemalangan.

Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE juga ingin mengurangkan rasa
ngeri dan cemas pesakit, menjaga ketenagan fizikal dan mentalnya sebelum pesakit
dibawa berjumpa pakar atau ke hospital untuk rawatan lanjut.

Selain itu juga, sebagai pembantu Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan
RICE jaga emosi dan kondisi kita sendiri. Pertolongan harus dilakukan dengan fokus dan
tenang, jika panik ini akan menambah penderitaan pesakit. Sebagai pembantu yakinkan
bahawa anda adalah penyelamat dan bukan menambahkan panik pesakit tersebut.

2.0. Objektif Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE


2.1. Menyelamatkan Nyawa
Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan.
Setiap saat adalah penting
Berhentikan pendarahan
Pulihkan renjatan.

2.2. Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk


Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja.
Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi.
Jangan memberi apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan
bibir sekiranya perlu.

2.3. Memberi kelegaan dan keselesaan


Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar.
Jangan tinggalkan pesakit berseorangan.
Pastikan keadaan pesakit periksa nadi dan pernafasan

3.0. KECEDERAAN SUKAN


3.1. Kecederaan Pada Sistem Tubuh
ruzdisadiman/PJM 3182 2
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

Sistem Rangka
Sistem Otot
Sistem Sendi

3.2. Sistem Rangka


Fraktur ( retak dan parah
Fraktur tertutup ( patah yang terjadi dalam badan tidak menyebabkan
kulit terkoyak ).
Farktur terbuka ( patah yang menyebabkan tulang terkeluar pada pada
permukaan kulit )

3.3. Sistem Otot


Kontusi (hentakan )
Kekejangan otot
Otot terkoyak
Kecederaan tendon ( otot ke tulang )
Kecederaan ligament ( tulang ke tulang )

3.4. Sistem Sendi


Dislokasi ( tulang sendi terkeluar dari mangkuk sendi)
Miniskus terkoyak.

4.0. KLASIFIKASI KECEDERAAN DALAM SUKAN.

Punca-punca kecederaan dalam sukan

i. Kecederaan langsung -
kecederaan yang disebabkan oleh sentuhan / hentakan /pukulan pada otot
atau tulang

ii. Kecederan tidak langsung


kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri contoh: tidak memanaskan
badan sebelum aktiviti , pemakaian pakaian atau alatan yang tidak sesuai.

iii. Kecederaan di tempat yang digunakan terlalu kerap


sesuatubahagian/ anggota badan digunakan tanpa rehat yang mencukupi

ruzdisadiman/PJM 3182 3
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

5.0. JENIS-JENIS KECEDERAAN DALAMAN

Boleh dibahagikan kepada dua iaitu :

i. Kecederaan Luar
ii. Kecederaan Dalaman

5.1. KECEDERAAN LUAR

Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit.
Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :

a) LUKA:
kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang
berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh
menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih
serius.

b) MELEPUH:
Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan
yang lain . Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.

c) MELECET:
Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan
epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.

5.2. KECEDERAAN DALAMAN

a) TERSELIUH:
Berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak, teregang atau terpulas
disebabkan bebanan yang kuat atau secara tiba-tiba.

b) OTOT TERKOYAK:

ruzdisadiman/PJM 3182 4
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendon disebabkan pengecutan otot-


otot secara drastik, ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban ang
dikenakan atau dihentakkan terus ke otot.

c) OTOT KEJANG:
Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot Kehilangan sifat kontraksi otot
buat sementara. Kekejangan berlaku disebabkan ketidak seimbangan atau
kekurangan air dan elektrolit ( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat
perpeluhan dan kurang daya tahan.

d) DISLOKASI:
Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari kedudukan asalnya. Dislokasi
disebabkan pergerakan anggota badan luar daripada julat pergerakan yang
biasa. Hal ini mengakibatkan ligamen dan tisu bahagian sendi terengang dan
koyak.

e) FRUKTUR:
Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan daya hentakan tepat ,
sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur tertutup dan
fraktur terbukan.

f) KONTUSI:
Berlaku kecederaan pada salur darah atau saluran darah halus terputus
disebabkan daya hentakan. Akibatnya kesan lebam pada permukaan kulit
atau pendarahan dalaman
g) KONKUSI:
Berlaku dibahagian kepala disebabkan daya hentakan atau pukulan yang
mengakibatkan mangsa tidak sedar diri atau pengsan. Konkusi boleh
menyebabkan kecederaan otak yang serius.

6.0. TANDA -TANDA SIMPTOM KECEDERAAN

ruzdisadiman/PJM 3182 5
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

Tanda dan simptom kecederaan penting untuk :

Mengenalpasti jenis kecederaan


Membantu memberi pertolongan cemas

6.1. Amaran tubuh badan:


Tubuh badan memberi amaran apabila masalah berlaku pada otot atau sendi.

a) KESAKITAN (pain )
Penbentukan asid laktik
Otot terkoyak
Keradangan pada sendi

b) BENGKAK (swelling)
Pengumpulan cecair di sekeliling sendi atau otot
Cara tubuh mengawal kecederaan
c) KAKU (stiffness)
Berlaku dari dalam: sendi bengkak, cartilage koyak.
Faktor luran sendi: ketegangan otot atau tendon.

d) BUNYI (noise)
Bunyi dan sakit tanda ada masaalah
Chondromalacia : kekasaran pada permukaan sendi
Osteoarthritis : keradangan sendi.
Maniskus koya
Ketidakstabilan (Instability)
Otot dan ligamen mengawal sendi
Sendi dalam lutut/ligamen : anterior cruciate ligament
Otot sekeliling sendi : otot quardriceps lemah

6.2. MENGENALPASTI TANDA DAN SIMPTOM KECEDERAAN


Pemerhatian dan sentuhan
Maklumat mangsa

6.2.1. Pemerhatian dan sentuhan


Kecacatan kepada anggota yang cedera
Lebam
ruzdisadiman/PJM 3182 6
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

Pendarahan
Pucat
Berpeluh
Bengkak
Radang
Takstur kulit berubah
Cara bernafas tidak normal
Suhu badan tidak normal
Kadar denyutan jantung tinggi/rendah.

6.2.2. Maklumat Mangsa


Sakit
loya
haus/dahaga
anggota lemah
pening
bahagian yang cedera tidak boleh bergerak
6.3. Tanda dan Simptom Kecederaan

Jenis Kecederaan Tanda Simptom

LUKA Berdarah, lebam, bengkak Sakit tempat yang


cedera

Perit pada tempat yang


MELEPUH Gelembung berair cedera

MELECET Kulit tergeser, berdarah, lebam, Sengal


bengkak, berubah bentuk

DISLOKASI Hilang daya pergerakan, Sakit tempat cedera


bengkak sekeliling sendi

ruzdisadiman/PJM 3182 7
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

FRAKTUR Hilang daya pergerakan, Sakit tempat cedera


( patah / retak ) Bengkak, perubahan bentuk.

Bengkak, lebam, pergerakan Sakit tempat cedera


KONTUKSI terhad.

KONKUSI Tidak sedarkan diri, denyutan Loya, pening, hilang


nadi lemah, pergerakan terhad. ingatan buat sementara

7.0. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Langkah- langkah keselamatan yang diambil dapat mengelakkan berlakunya


kemalangan atau kecederaan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya perlu di ambil
oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet mereka selamat ketika
menjalankan aktiviti sukan atau fizikal. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan
yang perlu diambil:

i. Latihan yang sistematik


ii. Mengenalpasti tahap dan kecergasan murid
iii. Undang-undang dan peraturan permainan atau sukan
iv. Kemudahan alatan
v. Faktor persekitaran
vi. Penyeliaan , arahan dan bimbingan.

8.0. PRINSIP & PROSEDUR BANTU MULA


Berikut adalah tiga (3) prinsip dan prosedur bantu mula yang boleh diguna dalam
menghadapi situasi kemalangan atau kecederaan.

D.R. A.B.C
R.I.C.E
T.O.T.A.P.S

ruzdisadiman/PJM 3182 8
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

8.1. D.R. A.B.C

D - Danger ( bahaya )
R - Response ( tindakbalas)
A - Airways ( saluran udara )
B - Breathing ( pernafasan )
C - Curculation ( peredaran darah )

8.2. Langkah-langkah D.R. A.B.C


D : Danger ( bahaya )
Pastikan kawasan sekitar mangsa selamat
Sekiranya mangsa boleh berjalan bawa mangsa ketempat redup.
Sekiranya mangsa pengsan akibat kecederan pada kepala atau
leher, JANGAN alihkan mangsa. Minta bantuan dan bawa mangsa
ke hospital.

R : Response ( tindakbalas)
Pastikan mangsa dalam keadaan sedar dengan menepuk bahu
mangsa dengan lembut
Sekiranya mangsa sedar, cuba berinteraksi dengan mangsa. Tanya
nama atau keadaan dirinya.
Sekiranya mangsa tidak sedar, mengiringkan mangsa untuk
membantu membuka ruang pernafasannya dan minta bantuan.

A : Airways ( saluran udara )


Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada objek yang
menghalang pernafasan seperi lidah stau gigi palsu.
Sekiranya saluran pernafasan terhalang , keluarkan objek tersebut.

B : Breathing ( pernafasan )
Pastikan mangsa bernafas dengan cara berikut:
- pergerakan turun naik dada
- bunyi semasa bernafas.
Sekiranya mangsa bernafas dengan baik, pastikan kedudukannya
stabil .
Sekiranya tidak bernafas berikan bantuan pernafasan mulut ke
mulut.
ruzdisadiman/PJM 3182 9
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

C : Curculation ( peredaran darah )


Pastikan nadi mangsa berdenyut
Sekira nadi berdenyut, teruskan bantuan pernafasan dengan kadar
1 hembusan setiap 5 saat EAR
Sekiranya tak berdenyut, lakukan pemulihan pernafasan kaedah
CPR

8.3. R.I.C.E
Berikut adalah prinsip dan prosedur bantu mula yang boleh diguna dalam menghadapi
situasi kemalangan atau kecederaan.

R - Rest ( rehat )
I - Ice ( Ais )
C - Compression ( Pembalutan)
E - Elevation ( meninggikan )

8.4. Langkah langkah R.I.C.E

R - Rest ( rehat )

Letakkan atlet dalam posisi yang selesa ( berbaring)


Elakkan menggerakan bahagian yang cedera
Pergerakan akan menyebabkan pendarahan disebabkan
peningkatan pengaliran darah.
I - Ice ( ais )
Kaedah:
Letakkan ais dalam tuala/beg plastik
Rendamkan dalam air
Elakkan meletakkan ais terus ke kawasan cedera tanpa lapik/alas.
Ais mengurangkan bengkak/kesakitan/kekejangan otot.

C - Compression (pembalutan
Balut bahagian yang cedera dengan bandage dengan selesa.
Pembalutan boleh mengurangkan pendarahan/bengkak dan
membantu menyokong bahagian yang cedera.

ruzdisadiman/PJM 3182 10
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

E - Elevation ( meninggikan/elevasi)

Tinggikan bahagian yang cedera melebihi aras jantung sepanjang


masa.
Meninggikan bahagian yang cedera dapat mengurangkan
pendarahan/bengkak dan kesakitan.

8.5 T.O.T.A.P.S

T.O.T.A.P.S adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap keadaan kecederaan


mangsa.

T = Talk (Bercakap)

Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap?


Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan
keadaan mangsa seperti : Di mana bahagian yang sakit / tempat tercedera? .....
peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ... boleh
dengar atau tidak !

O = Observe (Melihat Keadaan)


Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di
bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan
serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan
darjah kecederaan mangsa.

T = Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang
bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa
sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa
terkejut dengan sentuhan tersebut.

A = Active Movement (Pergerakan Aktif)

ruzdisadiman/PJM 3182 11
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yang cedera seperti
tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan
melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya
mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera

P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)


Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya
sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk
menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara
perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yang
diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak
serius

S = Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan
melompat sambil melakukan kemahiran permainan yang mudah untuk memastikan
tahap kecederaan yang dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik
untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya
kecederaan yang khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

8.6. Langkah-langkah T.O.T. A. P.S

T - Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera
Apa yang berlaku?
Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?
Apa yang kamu rasa?
Bahagian mana yang cedera?
Adakah bahagian lain yang cedera?
Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?

O - Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan atlet
ruzdisadiman/PJM 3182 12
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

Adakah atlet/mangsa tertekan ?


Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?
Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?

T - Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan secara
perlahan bergerak ke kawasan yang cedera.
Adakah terdapat kelembutan?
Adakah terdapat kecacatan?
Adalah kawasan cedera panas?

Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi fraktur dan dislokasi.

A - Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.
Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih
dahulu.
Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan
yang penuh atau terhad?
Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut
dirasai?

P - Passif (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakkan yang normal.
Berhenti jika kesakitan berlaku.
Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan
yang penuh?
Bilakah kesakitan berlaku?
Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.

ruzdisadiman/PJM 3182 13
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

Berhenti disini bila atlet / mangsa mengadu kesakitan atau hilang/bertambah julat
pergerakan

S - Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa
kesakitan, suruh atlet / mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.
Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan

REMEMBER ! !

WITH SOFT TISU INJURIES, YOU SHOULD AVOID THE HARM FACTORS

H - HEAT INCREASES BLEADING


A - ALCOHOL INCREASES SWELLING

R - RUNNING OR EXERCISING TO SOON CAN MAKE THE INJURY


WORSE

M - MASSAGE INTHE FIRST 48-72 HOURS INCREASES SWELLING AND


BLEEDING

9.0. KESIMPULAN.

Pendekatan rawatan kecederaan bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE yang
diambil dapat mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan jika langkah-
langkah keselamatan dititikberatkan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya perlu di
ambil oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet mereka selamat ketika
menjalankan aktiviti sukan atau fizikal. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
seperti latihan yang sisitematik, mengenalpasti tahap dan kecegasan murid dapat

ruzdisadiman/PJM 3182 14
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

mengelakan dari sebarang kecederaan. Di samping itu undang-undang dan peraturan


permainan atau sukan juga dapat mengelakan kecederaan berlaku terhadap murid atau
atlet. Kemudahan alatan sukan yang baik dan faktor persekitaran yang selamat dapat
mengelakkan kemalangan jika diselia dengan sempurna.

Sebagai seorang jurulatih kita perlu tahu bantuan awal yang sepatutnya
digunakan dalam membantu atlit kita yang mengalami kecederaan. Prosedur DR ABC
dan TOTAPS perlu diikuti dengan langkah-langkah yang betul agar keselamatan atlit
lebih terjamin. Kita kena cepat mengetahui keadaan pesakit terutama untuk memastikan
kaedah mana yang patut dimulakan. Jika pesakit tidak pengsan boleh kita memulakan
dengan bantu mula TOTAPS. Jika pesakit tiada respon atau pengsan, keadah
seterusnya ialah DR ABC di mana kita mula dengan AB jika pesakit tiada bernafas boleh
gunakan (EAR) dan akhir sekali gunakan C jika tiada denyutan nandi (CPR). Walau
bagaimanapun yang penting kita mesti tenang untuk menangani masalah ini.

10.0. RUJUKAN BUKU

Ab. Alim Abdul Rahim (1998). Buku Pertolongan Cemas. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd. Shah Alam.

Aris Fazil bin Haji Ujang, Borhan bin Yusof, Abd. Halim bin Md. Salleh (2008),
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5, Penerbit Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

ruzdisadiman/PJM 3182 15
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

Aris Fazil bin Haji Ujang, Mohd. Khairi bin Zawi , Salleh bin Mohammad Sheh, Teh
Loh Hoong (2008), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5,
Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Shamsuddin bin Mohd. Sharif, Shahrizad bt. Yusof Zakaria, Mohd. Sofian bin
Omar Fauzee (2009), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 4,
Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Teng Boon Tong (1989) , Panduan Pengajaran Olahraga: Siri Pendidikan


Longman

Unit Skim Persijilan Kejurulatihan Kebagsaan, Nota Sains Sukan Tahap 1 : Majlis
Sukan Negara Cawangan Kejurulatih

11.0. Rujukan dari internet (web)

SPORT-SCIENCE-STPM-NOTES-N-SYLIBUS
http://www.docstoc.com/docs/55107456/

Pengenalan-Pertolongan-Cemas
http://www.scribd.com/doc/27994363/Pengenalan-Pertolongan-Cemas

Bab-4-proses-penilaian-kecederaan-sukan
http://www.slideshare.net/KhairulTaib/bab-4-proses-penilaian-kecederaan-sukan

Pengenalan-first-aid
ruzdisadiman/PJM 3182 16
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

http://www.slideshare.net/drcd2009/pengenalan-first-aid

Kecederaan -otot
http://www.slideshare.net/cgnizam/kecederaan-otot

prinsip-dan-tujuan-pertolongan-pertama.html
http://www.aminudin.com/2013/02/prinsip-dan-tujuan-pertolongan-pertama.html

PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN-Pro Squad Ppt ...


http://www.authorstream.com/Presentation/leisfatwa-1361343-pertolongan-
pertama-pada-kecela.

Panduan Pertolongan Cemas & CPR


http://www.pertolongancemas.com/
Ketahui kaedah pertolongan cemas dan teknik CPR yang terkini disini agar anda
mampu untuk ... Bab 2) Prinsip Dan

Pertolongan Cemas
http://www.cert.sarawak.gov.my/modules/web/download_show.php?id=4
SKOP DAN PRINSIP. PERTOLONGAN CEMAS. 1.Difinisi. 1.1. Pertolongan
cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan

12.0. REFLEKSI

Bersyukur saya kepada Allah kerana dengan bantuan-Nya saya dapat


menyiapkan Kerja Kursus Pendek PJM 3182 Kecederaan Dalam Sukan bertajuk
Pendekatan Rawatan Kecederaan - TOTAPS, DR. ABC dan RICE dengan jayanya. Saya
juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah En. Ahmad Latfi bin Ahmad Latifi, kerana memberikan tunjuk ajar yang amat
berguna kepada saya untuk membuat persediaan dan menyiapkan Kerja Kursus
tersebut.

ruzdisadiman/PJM 3182 17
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

PJM 3182 - Kecederaan Dalam Sukan bertajuk Pendekatan Rawatan Kecederaan


- TOTAPS, DR. ABC dan RICE banyak membantu saya dalam menjalankan tugas
sebagai jurulatih di sekolah. Pengetahuan serba sedikit dalam pertolongan cemas dapat
juga membantu saya menyiapkan kerja kursus ini kerana sebahagianya adalah melalui
pengalaman yang saya dapati sepanjang bertugas sebagai jurulatih Kriket MSS
Selangor.

Pengalaman di sepanjang tempoh saya menyiapkan KKP ini, pelbagai masalah


telah saya kenal pasti. Antaranya ialah semasa mencari dan menyediakan bahan-bahan
yang sesuai untuk KKP ini timbul masalah kerana tidak banyak mengenai pendekatan
rawatan kecederaan TOTAPS, DR. ABC dan RICE dalam Bahasa Melayu. Berbekalkan
bahan bacaan dan bahan dari internet saya akhirnya berjaya membuat satu nota yang
agak sesuai untuk dijadikan bahan Kerja Kursus Pendek ini. Nota-nota pendekatan
rawatan kecederaan pertolongan cemas / bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE
telah saya pindahkan ke dalam solfware microsoft powerpoint untuk sesi pembentangan
yang telah di buat pada interaksi ke 2.

Dalam penyediaan bahan pembentangan, saya tidak mengalami masalah kerana


bahan yang telah diperolehi dari buku dan internet banyak membantu menyelesaikan
bahan pembentangan saya . Saya menggunakan bahan media pengajaran microsoft
office powerpoint. Draf terlebih dahulu telah dibuat untuk melancarkan pembinaan bahan
slaid pembentangan ini. Slaid pembentangan dimulakan dengan pengenalan
pertolongan cemas, objektif dan tujuan pertolongan cemas TOTAPS, DR. ABC dan
RICE sebelum saya menerangkan tentang jenis-jenis kecederaan yang berlaku dalam
sukan seperti kecederaan pada sistem rangka, sistem otot dan sistem sendi.

Aspek yang ditekan dalam pembentangan ini ialah pendekatan rawatan


kecederaan sukan bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE yang digunakan kepada
mangsa cedera sebelum menanti kedatangan pakar. TOTAPS membawa maksud
T -Talking ( Bercakap ), O - Observe ( Memerhati), T - Touch ( Sentuhan), Active
(Aktif), Passive ( Pasif), dan Skill ( Kemahiran ), DR. ABC . D-Danger ( bahaya ),

ruzdisadiman/PJM 3182 18
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

R-Response (tindakbalas), A- Airways ( saluran udara ), B- Breathing ( pernafasan ) dan


C-Curculation ( peredaran darah ) dan RICE R - Res ( rehat ), I - Ice ( Ais ),
- Compression ( Pembalutan) dan E - Elevation ( meninggikan ) Langkah-langkah atau
prosedur untuk menjalankan kaedah TOTAPS, DR. ABC dan RICE juga telah
diterangkan di dalam slaid microsoft office powerpoint.

Pada akhir slaid pembentangan ini saya selitkan 2 tayangan video yang telah di
muat turun dari perisian software YOUTUBE. Tayangan Video berjudul Stem 3 TOTAPS
dan TOTAPS yang masing-masing mempunyai durasi 3:30 minit dan 3:00 minit ini. Saya
berharap video-video tersebut dapat menambah kefahaman saya dan rakan-rakan
dalam pertolongan cemas bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE. Saya telah
mengunakan kaedah dari mudah kepada yang susah, sebagai contoh saya telah
memberi pelbagai jenis-jenis kecederaan dalaman dan luaran yang di alami oleh murid
atau atlet sebelum menerangkan tentang pertolongan bantu mula TOTAPS, DR. ABC
dan RICE dan di sokong dengan tayangan video untuk mengukuhkan lagi kefahaman
tentang TOTAPS, DR. ABC dan RICE.

Semasa saya menyediakan nota dan slaid ini, terdapat masalah bahan-bahan
bacaan yang terdiri dalam bahasa Inggeris. Kalau ada pun hanya bahan yang didapati
dari nota sains sukan tahap 2 dan buku teks tingkatan 3, 4 dan 5. Masalah ini saya atasi
dengan menggunakan perisian google translate. Walaupun terjemahannya tak berapa
sempurna namun dapat juga saya memahami serba sedikit tentang bahan bacaan
tambahan yang dibaca yang selebihnya saya rujuk guru bahasa Inggeris sekolah iaitu
Tn. Hj. Alias bin Jasmin. Walau pun beliau sibuk namun dapat juga membantu saya
memahami maksudnya.

Bahan-bahan bacaan dan bahan dari internet hanya banyak menyentuh tentang
kecederaan dan jenis-jenis kecederaan sahaja. Amat kurang buku-buku yang menyentuh
secara langsung tentang pendekatan rawatan bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE.
Saya terpaksa mengaitkan TOTAPS, DR. ABC dan RICE dengan jenis-jenis kecederaan

ruzdisadiman/PJM 3182 19
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

yang berlaku samada kecederaan dalaman atau pun kecederaan luaran yang berlaku
kepada murid atau atlet.

Video-video yang berkaitan dengan pertolongan cemas TOTAPS, DR. ABC dan
RICE agak sukar didapati secara percuma melainkan perisian YOUTUBE, selainya
perisian bagi bahan tugasan ini terpaksa dibeli melalui on-line jika ingin memuat turun
bahan yang dihendaki. Rakaman video yang berkaitan dengan pendekatan rawatan
kecederaan bantu mula TOTAPS, DR ABC dan RICE hanya terdapat dalam bahasa
Inggeris sahaja.

Bahan-bahan bacaan yang amat kurang dan terhad telah menghadkan


pembinaan slaid pembentangan dengan lebih baik. Saya cadangkan agar lebih banyak
bahan-bahan bacaan berupa kecederaan dan kaedah-kaedah rawatan pertolongan
cemas bantu mula di perpustakaan dan dipasaran untuk memudahkan orang ramai
mencari bahan dan membaca serata mengaplikasikan dalam kehidupan seharian
mereka. Selain nota Sains Sukan Tahap 2 dan buku teks Tingkatan 3, 4 dan 5, agak
sukar untuk memperolehi bahan bacaan tersebut dipasaran.

Akhir sekali PJM 312 Kecederaan Dalam Sukan bertajuk Pendekatan Rawatan
Kecederaan - TOTAPS, DR. ABC dan RICE banyak membantu saya dalam ilmu
pertolongan cemas. Ilmu ini akan saya aplikasikan di dalam kehidupan seharian dan
sebagai jurulatih , ilmu pertolongan cemas ini amat berguna untuk memastikan murid
atau atlet mendapat rawatan awal sebelum.kedatangan pakar. Segala ilmu yang di
didapati dapat saya aplikasikan di sekolah sebagai jurulatih.

ruzdisadiman/PJM 3182 20
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

12.0. Borang kolaborasi

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR RUZDI BIN SADIMAN NO. MATRIK 701006106079

KUMPULAN PJK 1 SEMESTER LAPAN

MATA PJM KECEDERAAN DALAM KOD PJM 3182


PELAJARAN SUKAN

PENSYARAH EN. AHMAD LATFI BIN LATIF


ruzdisadiman/PJM 3182 21
KECEDERAAN DALAM SUKAN
PJM 3182

PEMBIMBING

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN T/TANGAN

4 Ogos 2015 Penyerahan dan penerangan


tugasan yang akan
dilaksanakan pada semester 8.

Membuat pembentangan tajuk


8 Ogos 2015 tugasan

Kerja Kursus Pendek (KKP)


29 Ogos 2015 PJM 3182 Kecederaan Dalam
Sukan.

19 Sept 2015 Membuat pembetulan atau


penambahan pada tugasan

27 Sept 2015 Pelajar menghantar tugasan

Catatan:
Sediakan dalam dua salinan. Satu salinan untuk perhatian pensyarah pembimbing yang
diketepikan bersama tugasan dan satu salinan untuk simpanan pelajar.

ruzdisadiman/PJM 3182 22

Anda mungkin juga menyukai