Anda di halaman 1dari 39

KEJURULATIHAN

Tujuan jurulatih dalam sesuatu permainan ialah untuk memberi manual latihan kepada pasukannya. Tujuan manual latihan ialah: a. Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip mekanik secara berterusan. b. Mendedahkan pemain kepada satu sistem latihan yang rapi dan berobjektif. c. Menjadi satu paduan kepada jurulatih mengendalikan satu sistem latihan yang bersistematik. d. Melahirkan pemain yang bersikap positif dan melahirkan pemain yang berbakat.

Objektif manual latihan


Manual latihan ini pada keseluruhannya memuatkan contohcontoh sukatan latihan, gerak kerja serta latih tubi yang bersesuaian, ia dibuat untuk jurulatih-jurulatih menjalani satu sesi pengajaran hoki ke atas kumpulan pelajar.

Secara umumnya, manual latihan ini merangkumi konsep dan sistem , cara pengolahan yang bersesuaian dengan tahap pencapaian permain. Dari segi kejurulatihan, manual ini diharapkan :a. Dapat membantu jurulatih mengetahui kelebihan-kelebihan yang diperolehi dalam menjalankan latihan berdasarkan sukatan yang diberi. b. Dapat memberi tunjuk cara dan menjalankan latihan dengan lebih berkesan.

Dalam memulakan rancangan latihan, beberapa persediaan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengkaji keperluan-keperluan penting dari segi tempat, peralatan dan jumlahnya, jadual latihan, bilangan peserta dan corak latihan. Persediaan ini penting supaya penyusunan organisasi dan jadual latihan dapat di rangka dan menjamin latihan berjalan lancar.

A. Pertimbangan Latihan Beberapa pertimbangan hendak diambilkira oleh jurulatih untuk persedian latihan. Berikut disenaraikan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian. i. Pelatih Apakah umur pelatih yang perlu diajar ? Apakah tahap kemahiran yang ada ? Berapakah bilangan pelatih yang hendak diajar ?
ii. Tempat Latihan Dimanakah latihan hendak dijalankan ? Berapakah keluasannya ? Apakah terdapat grid latihan ? Adalah kemudahan yang terdapat itu berkongsi ? Adakah padang permainan itu sesuai ?

iii.Peralatan Berapakah bilangan kayu hoki dan bola hoki yang ada ? Adakah penanda yang hendak digunakan mencukupi ? Adakah perlu disediakan bip ? Bagaimana alatan itu diperolehi ? Adakah peralatan penjaga gol mencukupi dan sesuai ?
iv. Masa Berapa lamakah jangkamasa latihan dijalankan ? Berapa bilangan sesi latihan yang perlu ? v. Kandungan Latihan Adakah tajuk latihan dinyatakan ? Adakah tujuan latihan dikenalpasti ? Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan ? Adakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan berkaitan

vii. Organisasi Semasa Latihan Adakah organisasi itu dirancang dan teratur ? Adakah pelatih memahami organisasi itu ? Adakah keluasan tempat latihan memadai ? Adakah pasukan atau individu dikenali melalui jersi atau bip? Adakah semua alatan terletak di tempat yang sesuai ? Adakah atalan sesuai mengikut umur dan saiz badan ? Adakah kemudahan pertolongan cemas disediakan viii.Kedudukan Jurulatih Bolehkah jurulatih mengawasi pelatih keseluruhannya ? Bolehkah pelatih melihat dan memahami jurulatih ? Bolehkah mereka mendengar arahan jurulatih ? Bolehkah jurulatih mengadakan tunjukcara yang berkesan

vv. Corak Latihan Adakah corak latihan dapat menggerakkan dan menggiatkan pelatih ? Adakah masa latihan sesuatu kemahiran mencukupi ? Adakah pelatih memahami arahan yang diberi ? Adakah jurulatih menjelaskan butir latihan mengikut logik dan tepat pada waktunya ? Adakah objektif latihan sesuatu kemahiran dicapai

B. Peratalan 1. Kayu Hoki dan Bola


a. Setiap pusat berhasrat mendapatkan kayu hoki dan bola hoki dengan kadar seorang pelatih sebatang kayu dan sebiji bola.Pemberian dan pengawasan yang terkawal dan mengatasi kehilangan bola. b. Catatkan nama pelatih pada kayu hoki dan bola jagaannya. c. Bergantung kepada pelatih maka saiz kayu hoki dan peralatan lain yang sesuai hendaklah diambilkira.

2. Penanda
a. Kon yang mencukupi adalah ideal untuk membuat penanda. b. Sebagai gantian boleh juga digunakan tiang kayu, skital atau lain bahan yang selamat.

3. Bip a. Bip adalah ideal untuk mengenalpasti dua kumpulan pasukan.


b. Bilangan bip yang berlainan warna perlu berlandaskan kepada bilangan pelatih yang ada.

4. Pakaian a. Galakkan pakaian yang sesuai untuk permainan hoki seperti yang perlu mengikut peraturan dan undang-undang.

b. Pelatih diingatkan memperolehi satu rupa pakaian yang standard . c. Pelatih dinasihatkan untuk menyalin pakaian selepas latihan atau permainan.
5. Gol a. Jika boleh dapatkan beberapa pasang gol yang lengkap dengan jaring dan juga mudah digerakkan.

6. Latihan Grid a. Untuk memudahkan latihan adakan grid latihan. b. Saiz grid latihan 60m x 40m adalah memadai. c. Tiap satu kotak ialah 10 ela x 10 ela d. Mudah ditandakan kawasan latihan

Sesi latihan
Setiap sesi latihan itu dicadangkan mengandungi aspek berikut : 1. Aktiviti-aktiviti regangan dan aktiviti -aktiviti memanaskan badan.

2. Perkembangan teknik asas perlakuan kemahiran ke arah situasi permainan menerusi aktiviti ansur maju.
3. Gerakerja kumpulan. 4. Permainan kecil. 5. Penutup.

Kadar jangkamasa untuk melatih fasa tesebut boleh dijalankan seperti berikut : Kadar jangka masa untuk melatih fasa tesebut boleh dijalankan seperti berikut : Fasa i Objektif latihan aktiviti regangan dan aktiviti-aktiviti memanaskan badan. (15 20 min) Fasa ii Perkembangan Latihan . (35 40 min) Fasa iii Gerakerja kumpulan ( 15 20 min) Fasa iv Fasa v Permainankecil atau permainan bersyarat Penutup (25 30 min) (5 - 10 min)

Objektif latihan
Jurulatih hendaklah menyatakan objektif latihan dengan jelas. Biarlah objektif itu dapat diukur. Objektif perlakuan adalah tepat dan mudah dikesan. Contoh : Latihan kemahiran hantaran. 1.1 Objektif Psikomotor Adalah diharapkan pelatih-pelatih dapat membuat pukulan jarak 25 ela tepat pada sasaran dengan kadar 80%. 1.2 Objektif Kognitif Adalah diharapkan pelatih-pelatih dapat mengenalpasti akan daya untuk menghantar bola dari satu kedudukan ke sasarannya.

1.3 Objektif Efektif Adalah diharapkan pelatih-pelatih akan bekerjasama melakukan aktiviti latihan seperti aktiviti regangan dan memanaskan badan, dimana aktiviti ini hendaklah aktif, mudah dan menyeronokkan. Galakkan pelatih mencabar dengan mengemukakan kemahiran yang beransur imaginatif. Gerakerja keregangan diadakan bersama.

Kemahiran asas
Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan, kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dan kemahiran-kemahiran asas. Kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada pemain untuk mempamerkan kreativiti dan gaya individu. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainan hoki, iaitu:

Menggelecek
Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakan untuk melepaskan diri dengan bola apabila di kawal oleh pihak lawan.Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu: Menggelecek longgar : Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkanbola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihaklawan dan memiliki bola sambil bergerak. Menggelecek longgar :

Mengelecek rapat :
Ia digunakan apabila pemain hendak mengawal bola denganrapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasibola semasa bermain sama ada selamat atau tidak. Menggelecek rapat:

Mengelecek indian
Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan kekiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapatmelepaskan diri daripada pihak lawan.
Menggelecek indian:

Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menggelecek:


Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tanganmenghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala kehadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu danlonggarkan sedikit pergelangan tangan. Badan- bongkok sedikit dan lutut dibengkokkan. Mata- memandang pada bola semasa membuat tolakan.

Bola berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 450 dari tanah.

memukul
Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki. Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantardengan cepat dan jauh.

Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiranmemukul:

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam denganlonggar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satubentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan adalah selari dengan kayu hoki.

Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arahpukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kakibersudut tegak dengan bahu. Berat badan seimbang semasahayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasahayunan ke bawah.
Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu kayu hoki.

MENOLAK
Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cepat tanpa disedari pihaklawan terutamanya untukclearance dan jaringan gol. Kelebihankemahiran ini dapat melindungi niat pemain kerana pihak lawan sukar menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menolak:

Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.
Badan berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibukaseluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran

Pastikan kepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kaki belakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasa menolak bola. Bola diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada dibelakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arah mana bola bergerak.

menguis
Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untuk melepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantar hantaran jauh kepada pemain pasukan.
Berikut adalah tunjuk caradalam kemahiran menguis: Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat. Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh bola dan menghadap ke atas sedikit. Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan

menguis

Menahan atau menyerap


Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalam permainan hoki.

Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menahan:


Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tangan menghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala ke hadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu dan longgarkan sedikit pergelangan tangan. Mata- memandang pada arah bola. Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.

menyerkap

Merebut (tackle)
Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan bola daripada pihak lawan dengan cara yang betul.
Terdapat beberapa jenis tackle iaitu:

Tackle jab Kayu hoki di pegang dengan tangan kiri dengan sisi kayu yang rata menghadap ke atas. Pemain perlu menerpa ke hadapan dengan tangan kiri memegang kayu dan mencucuk(jab) bola supaya bola bergerak ke belakang kayu pihak lawan. Ia mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain berada pada jarak yang baik untuk melakukan tackle.

Tackle forehand
Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan badan dan ia dilakukan semasa berhenti atau semasa berlari dengan pemain penyerang. Pegangan kayu dengan tangan kiri dihujung kayu dan tanagan kanan di bahagian tengah kayu.

Tackle fore head

Tackle reverse stick Kemahiran ini agak sukar dilakukan kerana ia dimainkan disebelah kiri pemain pertahanan iaitu merupakan sisi yang lemahbagi sesetengah pemain. Ia dilakukan dengan menyerkap bolamenggunakan belakang kayu hoki dan memaksa pemainpenyerang berlari melepasi bola.

Tackle reverse stick

Berikut adalah perkara yang perlu diketahui dalam kemahiran merebut:

Mata sentiasa memerhati ke arah bola. Kekalkan kayu hoki di atas tanah supaya mengurangkanjaraknya dari bola dan penahan dapat bergerak dengan cepatapabila mendapat peluang. Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya penyerang melakukan kesilapan. Berdiri dengan sebelah kaki berada di hadapan supaya dapat bergerak dan bertukar arah dengan mudah dan cepat: Mata sentiasa memerhati ke arah bola Kekalkan kayu hoki di atas tanah supaya mengurangkan jaraknya dari bola dan penahan dapat bergerak dengan cepat apabila mendapat peluang.

Aktiviti mingguan jurulatih


Komponen/masa Minggu pertama (sejam) Aktiviti/latihan Perbincangan antara jurulatih dengan pemain; mengenali antara satu sama lain. Memberi penjelasan tentang undang-undang hoki. Mengenali kayu hoki,cara memegang, cara membuat timbangan bola selama 10 kali. organisasi Secara individual atau berpasangan Tumpuan latihan Membentuk kumpulan yang saling berkenalan antara jurulatih dengan pemain. Perhatian kepada teknik asas hoki.

Komponen/masa Minggu kedua (sejam) Taklimat : (10 minit) Menggelecek longgar: (20 minit)

Aktiviti/latihan Menggelecek bola menjelaskan maksud menggelecek bola . 1.Tunjuk cara-cara menggelecek longgar 2. Memberi masa selama 10 minit untuk mereka mencuba dengan sendiri dan dengan pasangan mereka. 1.Menunjuk cara menggelecek rapat. 2. Memberi masa selam 10 minit untuk mereka mencuba dengan sendiri dan pasangan mereka

Organisasi Secara berkumpulan

Tumpuan latihan Mengenali dan mengkuasai konsep asas hoki.

Secara individual dan juga pasangan.

Mengenali salah satu konsep asas iaitu meggelecek bola secara longgar.

Menggelecek rapat: (20 minit)

Secara individual dan pasangan

Menggelecek bola secara rapat. Memahami perbezaan antara menggelecek longgar dan rapat.

Komponen/masa Minggu ketiga (sejam) Latihan: 20 minit.

Aktivit/latihan Latihan menggelecek longgar dan rapat.

organisasi

Tumpuan latihan

Secara berpasangan Untuk menguasai teknik menggelecek longgar dan rapat. Mengenali perbezaan antara teknik menggelecek longgar dan rapat. Teknik menggelecek Tunjuk cara Secara individu dan Menggelecek Indian (indian bagaimana juga pasangan Indian merupakan gribal) menggunakan teknik yang penting 30 minit teknik menggelecek dalam permainan Indian. hoki. Oleh yang demikian perlu memastikan pelajar betul-betul mengkuasainya.

Komponen/masa Minggu keempat(sejam) Teknik memukul: (30 minit)

Aktiviti/latihan Teknik memukul: Menunjukkan cara pemukulan yang betul dan strategik. Kegunaan teknik tersebut dalam permainan.

organisasi Secara individual semasa mengkuasai caranya. Secara berpasangan semasa latihan bagi menguasai teknik memukul.

Tumpuan latihan Teknik memukul penting bagi skop permainan hoki dimana perlu memastikan pelajar betul-betul menguasainya.

Teknik menolak (30 minit)

Teknik menolak: Menjelaskan Secara berpasangan kegunaan teknik tersebut dalam permainan . Menunjukkan perbezaan antara memukul dan menolak. Cara menghalangan bola apabila ditolak oleh ahli pasukan

Membelajari teknik penolakan yang betul bagi permainan hoki. Mengkuasai teknik tersebutdengan cara yang betul. Memahami perbezaan antara teknik memukul dan menolak.

KOMPONEN/MASA AKTIVITI/MASA
Minggu kelima (sejam) Teknik menguis (30 minit)

ORGANISASI

TUMPUAN LATIHAN
Menguasai teknik menguis yang merupakan salah satu teknik yang penting.

Mengajar teknik Secara individual menguis kepada atau pasangan pelajar.memberi masa untuk mereka menguasainya.

Teknik menahan atau menyerap (30 minit)

Mengajar bagaimana menguasai teknik menahan dengan menggunakan teknik ini. Melatihkan pelajar dengan menggunakan teknik ini.

Secara individual dan pasangan

Teknik menahan harus dikuasai oleh pemain bagi memainkan permaianan ini. Pemain perlu menguasai teknik menahan bagi mengusai perlawanan

Komponen/masa
Minggu keenam (sejam) Teknik merebut (20 minit)

Aktiviti/latihan
Memberi taklimat tentang teknik merebut.

Organisasi

Tumpuan latihan

Antara jurulatih dan Teknik merebut pemain terbahagi kepada 3 jenis.

Teknik merebut jab (35 minit)

Mengajar pemain untuk menggunakan teknik ini semasa bermain. Perlu memastikan pemain menguasai teknik tersebut.

Secara individual dan berpasangan.

Memastikan pemain menguasai teknik ini dengan menggunakan peralatan hoki yang betul.

Komponen/masa Minggu ketujuh (sejam) Teknik tackle forehead (25 minit)

Aktiviti/ latihan

Organisasi

Tumpuan latihan Jurulatih perlu memastikan pemain mengenali perbezaan antara teknik tackle jab dan teknik tackle forehead. Jurulatih perlu memastikan pemain mengenali teknik ini dengan sepatutnya. Akhirnya, mengenali perbezaan antara teknik jab, teknik tackle forehead dan teknik tackle reverse stick.

Jurulatih Secara individual melatihkan pasukan dan berpasangan. mereka dengan menggunakan tenik forehead.

Teknik tackle reverse stick (25 minit)

Jurulatih perlu memastikan pemain menguasai teknik ini dengan menggunakan kayu hoki dengan cara yang baik.

Secara individual dan berpasangan

Komponen/masa
Minggu kelapan (sejam) Mengadakan perlawanan sesama mereka.

Aktiviti/latihan
Perlawanan dengan menggunkan semua teknik yang diajar.

Organisasi
Secara berpasukan

Tumpuan latihan
Memastikan pemain menggunakan teknik-teknik yang betul semasa memain dan tidak melanggar peraturan yang sedia ada dalam permainan hoki ini

Anda mungkin juga menyukai