Anda di halaman 1dari 17

Kemahiran Menjaring Bola Baling Bola baling merupakan salah satu sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan

Olimpik 2008 lepas. Acara yang dipertandingkan terbahagi kepada dua kategori iaitu acara lelaki dan perempuan. Berdasarkan kajian, sukan Bola Baling ini banyak menggunakan beberapa kemahiran yang juga digunakan dalam permainan Bola Sepak, Bola Keranjang dan Bola Jaring. Seramai 7 orang pemain bagi satu pasukan diperlukan bagi bagi setiap permainan Bola Baling yang dijalankan.

Kemahiran asas dalam permainan Bola Baling, terbahagi kepada lapan iaitu bermula dengan kemahiran berlari, melompat, hantaran bola, menyambut bola, menggelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring, dan menjaga gol. Kemahiran-kemahiran ini perlu dipelajari dan dikuasai bagi setiap pemain Bola Baling sebelum boleh menjadi seorang pemain Bola Baling yang profesional. Kemahiran asas dalam sukan Bola Baling: 1. Berlari 2. Melompat 3. Hantaran bola 4. Menyambut bola 5. Menggelecek bola dengan tangan 6. Mengadang 7. Menjaring 8. Menjaga gol.

Kemahiran Menjaring Kemahiran menjaring amat penting bagi seseorang pemain bola baling bagi mendapatkan jaringan seterusnya mencapai kemenangan. Kemahiran menjaring terbahagi kepada beberapa jenis teknik dan cara iaitu: i. Jaringan bahu ii. Jaringan lompat iii. Jaringan dive iv. Jaringan rendah Berdasarkan kajian yang dibuat, sukan Bola Baling dikelaskan ke dalam sukan kemahiran luar kawal (open skill).

Sukan Bola Baling di kategorikan di dalam kemahiran luar kawal (open skill). Kemahiran luar kawal bermaksud, kemahiran yang dibina dalam persekitaran yang berubah-ubah. Luar kawal bermaksud faktor persekitaran mempengaruhi tindakan perlakuan individu (pemain). Berdasarkan permainan bola baling, faktor luar ialah pihak lawan iaitu keupayaan dan strategi yang digunakan oleh pihak lawan. Dengan kata lain, keupayaan dan strategi yang digunakan pihak lawan adalah tidak dapat diduga dan ditentukan dan hanya diketahui ketika di dalam gelanggang iaitu ketika perlawanan sedang berlangsung.

Sebagai contoh, ketika melakukan serangan. Pasukan telah merangka strategi menyerang yang dibuat ketika latihan dan diharap dapat dilaksanakan ketika di dalam perlawanan. Namun demikian, strategi bertahan pihak lawan adalah tidak dapat diduga, dengan itu pasukan perlu melakukan serangan dengan menyesuaikan rangsangan daripada pihak lawan. Biasanya, serangan dapat dilakukan seperti biasa , namun masih belum dapat diramal sama ada mampu untuk membuat jaringan ataupun tidak.

Bagi mengawal faktor luaran yang berubah-ubah, latihan perlu dilakukan sepenuhnya bagi menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang sepatutnya dikuasai. Pergerakanpergerakan lebih pantas perlu dilakukan selain kecekapan menghantar dan menyambut bola perlu diperkemas. Tindak balas daripada pihak lawan perlulah dibaca dengan pantas bagi mematahkan serangan pihak lawan. Dengan ini, faktor luaran dapat dikurangkan dan pemain berupaya mempraktikkan kemahiran yang sedia ada ketika di gelanggang kelak.

Ketepatan Lakuan ( kemahiran motor kasar dan motor halus ) Ketepatan lakuan di dalam sukan Bola Baling adalah berasaskan kepada jenis atau saiz otot otot utama yang terlibat dalam menghasilkan kemahiran seperti melakukan jaringan. Sebagai contoh, ketika membuat hantaran paras dada, otot kasar di bahagian tangan dan belakang badan memberi kekuatan yang dimahukan ketika ingin membuat hantaran manakala otot halus dibahagian jari akan menentukan ketepatan arah bola yang dilontar atau dibaling. Kemahiran ini amat memerlukan ketelitian terutama koordinasi mata-tangan dan pergerakan tangan-jari semasa membuat hantaran.

Ciri Pergerakan Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan terhadap sukan bola baling ini, terdapat dua daripada tiga ciri pergerakan yang sering diguna iaitu kemahiran diskrit dan kemahiran bersiri. Kemahiran diskrit merupakan kemahiran yang mempunyai titik permulaan dan pengakhiran yang spesifik. Kemahiran ini melibatkan pergerakan yang pantas kerana masa yang terhad. Di dalam sukan Bola Baling, kemahiran diskrit ini dapat diperhatikan ketika pemain membuat hantaran-hantaran pantas kepada rakan sepasukan. Hantaran dilakukan dengan pantas dan tepat bagi membuat serangan balas terhadap pihak lawan. Selain itu, kemahiran diskrit ini juga dapat dilihat ketika penjaga gol menjaga gawang gol iaitu ketuka menangkap atau menepis bola. Masa yang diambil untuk melakukan tangkapan atau tepisan itu amatlah cepet dan singkat. Oleh itu, iia dipanggil kemahiran diskrit.

Kemahiran bersiri pula bermaksud kemahiran yang dilakukan secara berfasa hasil cantuman beberapa kemahiran diskrit. Di dalam sukan Bola Baling, kemahiran bersiri ini dapat dilihat ketika pemain mengambil langkah untuk membuat jaringan. bermula dengan menyambut bola, pemain mengambil langkah dan melonjak keudara. Ketika di udara badan berkeadaan sedia dan tindakan menjaring diakhiri dengan pendaratan yang selamat. Kemahiran diskrit yang digabung ialah menyambut bola, melompat dan membuat balingan. Setiap jenis sukan yang dipertandingkan terdapat komponen kecergasannya yang tertentu. Berdasarakan pemerolehan ilmu yang telah kami terima, komponen kecergasan terbahagi kepada dua iaitu komponen kecergasan dari segi kesihatan dan komponen kecergasan dari segi lakuan motor. Komponen kecergasan berdasarkan kesihatan: 1. Daya tahan kardiovaskular 2. Daya tahan otot. 3. Kekuatan otot 4. Kelembutan 5. Komposisi badan Komponen kecergasan berdasarkan lakuan motor 1. Koordinasi 2. Imbangan 3. Ketangkasan

4. Kuasa 5. Masa tindakbalas 6. kepantasan Secara kesimpulannya, permainan bola baling memerlukan pergerakan motor kasar dan halus yang tinggi. Kekuatan otot amat penting bagi mencipta gerakan-gerakan yang pantas untukmenbuat jaringan gol yang diperlukan. Kemahiran motor halus ibahagian jari menvariasikan lagi jenis balingan dan arah ketepatan bola dihantar.

KEMAHIRAN ASAS MENJARING i. Jaringan Bahu Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan.

ii. Jaringan Lompat Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan lompat. Cara jaringan ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul. Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan membaling ke arah gol. Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang selamat.

iii. Jaringan Dive Teknik menjaring secara dive pula amatlah menarik sekali. Pemain akan melonjak atau dive ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat dengan pintu gol (Rajah 6.11). Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh gelanggang.

iv. Jaringan Rendah Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan.

KEMAHIRAN MENJARINGKAN GOL DALAM PERMAINAN BOLA BALING Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu perlawanan bola baling ialah 40 gol. Maka bola baling merupakan permianan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol, manakala pemain-pemain lain lebih bertangunggjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan gol. Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemainpemain ini juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah putus asa.

Prinsip-prinsip utama Umumnya, terdapat beberapa prinsip uatam dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah: a) Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain. b) Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan. c) Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan. d) Pemain mengikut lajak. e) Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu. f) Pemain cekap menilai ruang kosong dab kedudukan penjaga gol. Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan bola baling, iaitu jaringan atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan lompat dan jaringan menjunam.

1) Jaringan dari atas kepala. Jaringan dari atas kepala ialah jaringan biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari. Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah: Pemain bergerak satu langkah ke depan. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok. Tangan pamain yang memegnga bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.

Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat kearah sasaran. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat lontaran.

2) Jaringan dari bawah lengan Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut: Pemain mengambil satu langkah ke depan dangan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

3) Jaringan lompat Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara

yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemainpemain beru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan. Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut: Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jarringan ini adalah seperti berikut: Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat molpatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celahcelah kaki penjaga gol. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi peluang.

3) Jaringan pada aras paha Jaringan ini agak berkesan dalam meghasilkan gol. Namun, ia banyak memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan

dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringan ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehinggan bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke seberang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

4) Jaringan sisi Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendaratdi sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

jaringan sisi

5) Jaringan junam dan jaringan jatuh Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balinga percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokka badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan. Teknik melakukan jaringan junma adalah seperti berikut: Pemain berada di luar garisan kawasan gol. Denga menggunkan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju kawasan gol. Semasa melojak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan badan.

6) Jaringan penalti Jaringan penalty dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel. Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut: Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus kepada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan lambung (lob) untuk menjaring. Pemain melakukannya mengikut lajak.

7) Jaringan lambung Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan gol. Umunya, terdapat tiga situasi berlakunya keadaan begini, iaitu: Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan. Apabila penkaga gol gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika

terjadi serangan pantas.

8) Jaringan voli Jaringan voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan jaringan voli adalah seperti berikut: Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Ansur maju Antara latihan-latihan yang perlu dilakukan oleh setiap pemain dalam kemahiran menjaringkan gol ialah: I. Latihan bergerak. Tanpa menggunakan bola, pemain hendaklah nergerak 3 langkah ke depan. Kemudian, bergerak lagi untuk membuat lompatan. Bagi pemain tangan kanan atau kaki kiri, bermula dari kaki kanan sebanyak dua kali dan diakhiri dengan kaki kiri. Bagi

pemain tangan kiri pula, mereka hendaklah mula bergerak dengan kaki kanan, kiri dan kanan serta bertindak untuk membuat jaringan dengan pergerakan kaki kiri, kiri dan kanan. Latihan boleh dilakukan secara perseorangan ataupun bersama-sama rakan.

II. Membaling bola ke sasaran melalui gelung rotan . Pemain berlatih membaling bola menggunakan sebelah tangan ke sasaran. Pemain boleh membuat balingan berlari ke barisan belakang. Aktiviti dilakukan dalam kumpulan kecil pada jarak 2, 3, 4 m secara statik.

III. Membaling bola ke sasaran (jatuhkan skital). Pemain membaling bola dengan sebelah tangan ke sasaran. Pemain yang telah membuat balingan berlari ke barisan belakang.

IV. Menjaring dari arah hadapan, sisi kiri, dan sisi kanan pintu gol dalam kedudukan statik. A menghantar bola ke B dan B membaling bola ke pintu gol dengan sebelah tangan. Ulang aktiviti yang sama dan tukar kedudukan.

V. Menjaring dari arah hadapan pintu gol. A menghantar bola ke B dan B menggelecek bola sambil berlari dan berjalan seterusnya.

VI. Aktiviti menjaring dari pelbagai arah/penjuru dilakuakan dalam kumpulan kecil. Pelajar yang telah menjaring berlari ke barisan belakang. Ulang aktiviti yang sama dan tukar kedudukan.

VII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah tengah/hadapan. B berlari ke hadapan dan melompat menyambut boal tinggi yang dihantar oleh A dan seterusnya membaling bole ke arah pintu gol.

VIII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah sisi kiri/ kanan. B berlari ke sisi kiri dan melompat menyambut bola tinggi yang dihantar oleh A dan seterusnya membaling bola ke arah pintu gol. Undang-undang Seperti kemahiran lain, kemahiran menjaringkan gol juga mempunyai undang-undang tertentu seperti: a) Jaringan gol dilakukan apabila seluruh bola telah melepasi garisan gol pihak lawan diantara kedua-dua tiang dan dibawah palang gol. b) Selepas satu jaringan gol dibuat, permainan hendaklah dimulakan dengan balingan dari tengah gelanggang oleh pemain dari pasukan yang menerima gol tadi. c) Jika pengadil atau penjaga masa telah meniiup wisel sebelum keseluruhan bola melintasi garisan gol, jaringan gol itu tidak dikira. d) Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang. e) Perlawanan akan dikira seri jika kedua-dua pasukan menjaringkan sama banyak gol atau tidak menjariangkan sebarang gol.

Aplikasi prinsip sains Terdapat beberapa prinsip sains yang boleh dikaitkan dengan kemahiran menjaringkan gol ini. Prinsip sains yang terlibat memberi penjelasan yang jelas dalam penggunaannya semasa bermain. Anataranya ialah: Prinsip keabadian momentum Prinsip keabadian momentum menerangkan bahawa dalam suatu sistem yang terdiri daripada beberapa objek yang bertindak balas, jumlah momentum adalah malar jika tiada daya luar bertindak ke atas sistem itu. Contohnya, semasa pemain melakukan 3 langkah dan kakinya melonjak kuat ke permukaan tanah untuk melompat ke udara, momentum yang dihasilkan adalah malar jika tiada daya luar seperti tiupan angin atau halangan lain yang bertindak ke atasnya. Sistem keabadian momentum boleh dikaji melalui sistem perlanggaran objek. Jenis perlanggaran yang terhasil dalam kemahiran menjaringkan gol ini ialah perlanggaran kenyal. Dalam perlanggaran kenyal, momentum dan tenaga kinetic diabadikan. Objek-objek yang berlanggar bergerak berasingan sama ada dalam keadaan pegun selepas perlanggaran. Contohnya, semasa lonjakan kaki untuk melompat, ia melibatkan perlanggaran antara kaki dengan permukaan tanah dim na kaki pemain akan bergerak ke udara manakala permukaan tanah akan pegun di situ. Jumlah tenaga terabadi. Kesan daya dan impuls Daya tidak dapat dilihat atau dirasa. Apa yang dapat diperhatikan ialah kesan daya. Apabila sesuatu daya bertindak ke atas sesuatu objek, kesan ke atas objek itu boleh mengubah saiz, bentuk, keadaan rehat, halaju dan arah gerakan objek itu. Contohnya dalam kemahiran menjaringkan gol, daya yang dikenakan pada bola untuk menjaringkan gol tidak dapat dilihat, tetapi kesannya dapat dilihat melalui halaju dan arah bola itu bergerak iaitu sama ada menuju tepat ke arah tiang gol atau sebaliknya. Daya ialah suatu kuantiti vector yang mempunyai magnitud dan arah. Kesan daya dapat dilihat melalui hadlaju bola itu bergerak danarah gerakannya. Hukum gerakan Newton ketiga Hokum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang bermagnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Contoh dalam kehidupan seharian, apabila seseorang berjalan, tapak kakinya menolak lantai ke belakang. Lantai menolak tapak kaki orang itu ke hadapan dengan magnitud daya yang sama. Dengan ini orang itu dapat bergerak ke hadapan. Dalam permainan bola baling pula, kemahiran yeng terlibat ialah kemahiran mejaringkan gol. Konsep ini hampir sama dengan prinsip keabadian momentum. Tetapi bezanya cuma prinsip keabadia momentum melibatkan momentum manakala hokum gerakan Newton ketiga ini melibatkan daya tindak balas yang bermagnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Kerja Kerja ialah suatu kuantiti tenaga yang digunakan untuk memindahkan sesuatu objek dari satu tempat ke tempat yang lain. Kerja dikatakan berlaku apabila daya bertindak untuk mengubahkan kedudukan sesuatu objek dan bentuk sesuatu objek. Kerja yang dilakukan oleh satu daya yang malar untuk menggerakkan suatu jasad adalah sama dengan hasil darab magnitud sesaran komponen daya yang selari dengan arah sesaran itu. Setiap perlakuan yang bergerak adalah kerja.

Langkah yang diambil untuk menjaringkan gol adalah satu kerja. Momentum yang dihasilkan sewaktu berlari dan melompat merupakan daya yang bertindak untuk mengubah kedudukan pemain daripada permukaan tanah ke udara.

Anda mungkin juga menyukai