Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Dalam aktiviti sukan, kecederaan terutamanya kecederaan otot dan


kekoyakan tisu kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan
(sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Tidak kurang
juga dengan sukan yang melibatkan aktiviti kardiovasular yang tinggi seperti
marathon, renang dan berbasikal boleh memberi kecederaan yang tinggi dan
mungkin boleh membawa maut.

Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akibat daripada


faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan
dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.

Kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen


yang juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon
dan koyakan pada otot boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam
keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta
melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya.

Begitu juga dengan kejadian seperti lemas dan kegagalan jantung untuk
berfungsi bagi sukan berintensiti tinggi.

Pertolongan Cemas seperti R.I.C.E dan CPR adalah bantuan permulaan atau
rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera akibat
kemalangan atau sakit cedera secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor
atau pakar perubatan. Ia boleh menjadi penentu perbezaan antara hidup atau mati.

1
RAWATAN R.I.C.E

Definisi R.I.C.E?

RICE merupakan salah satu teknik rawatan kecemasan yang boleh dilakukan
kepada atau oleh mangsa yang mengalami kecederaan sebelum rawatan susulan
yang lebih lanjut boleh dilakukan. RICE adalah singkatan bagi perkataan berikut:

Secara ringkasnya, rawatan R.I.C.E terbahagi kepada beberapa langkah yang


utama antaranya adalah:

1) R : Rest - Rehat
2) I : Ice - Ais
3) C : Compression - Tekanan / Balut
4) E : Elevation - Meninggikan

2
Langkah rawatan kaedah R.I.C.E

a) Rest
Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang
pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan
pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi
kecederaan.

b) Ice
Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang
cedera.Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan
ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan
mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang
cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami
kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

c) Compression
Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak
yang keterlaluan.

d) Elevation
Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan
mempercepatkanpengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan
pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih
tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48
jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus
dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak
digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak
komplikasi.

Konsep

3
Kecederaan yang boleh dirawat dengan RICE ialah:

1. Luka
2. Terseliuh
3. Kekejangan otot
4. Bengkak

Faedah R.I.C.E

Antara faedah rawatan R.I.C.E ialah

 Mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan.


 Mengurangkan kesakitan yang dialami.
 Mengurangkan bengkak.
 Mengekalkan kecergasan sementara merawat bahagian yang cedera.
 Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang cedera.
 Mencegah berlaku semula kecederaan yg sama

RAWATAN CPR

Definisi CPR
4
CPR atau “cardiopulmonary resuscitation” adalah gabungan khidmat
pertolongan cemas pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada. Ia merupakan
teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa
tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut.

Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi
dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti
jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak
dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya
selepas 5 minit pertama.

Kepentingan CPR

Menurut Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross), terdapat


lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung ataupun
jantung terhenti.

Kedaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung,


tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik. Di Malaysia 30%
daripada kematian yang yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah
disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.

Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya
dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung.

Konsep CPR

5
Jika seorang tidak bernafas atau aliran darahnya tidak cukup, CPR boleh membantu
melancarkan perjalanan aliran darah berserta oksigen ke otak. Tanpa oksigen,
kerosakan otak kekal atau kematian boleh terjadi dalam masa kurang lapan minit.

Tekanan di dada berfungsi menstimulasi pam jantung dan membekalkan aliran


darah ke organ penting.

CPR juga seakan memberi peluang seseorang pesakit yang diserang sakit jantung
untuk ‘hidup’ sementara menanti rawatan. Bagi kanak-kanak, CPR boleh menjadi
pertolongan paling bermakna di dalam situasi kemalangan, hampir lemas atau
tercekik.

CPR yang dilakukan oleh mereka yang tidak berkelayakan boleh mendatangkan
bahaya kepada pesakit. Oleh itu untuk memperoleh kemahiran pertolongan cemas,
seseorang itu selalunya berlatih dengan patung terlebih dahulu.

Tujuan CPR

Ianya bertujuan untuk

 Mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan


 Mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan
 Mengekalkan aliran udara masuk dan keluar dari paru-paru

Prinsip
6
Prinsip asas yang perlu diambil kira sebelum memberi CPR kepada mangsa.

 D = danger (bahaya)

 R = response (tindak balas)

 A = airway (saluran pernafasan)

 B = breathing (pernafasan)

 C = circulation blood (peredaran darah)

1. Danger

- Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian

- Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelaku dan

mangsa

- Pelaku boleh minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan

2. Response
- Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan jeritkan “ awak
ok ke?”
- Letakkan pesakit berbaring terlentang diatas permukaan yang padat
- Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans (999 atau 991)

3. Airway
- Aliran udara mangsa haruslah dibuka untuk membantunya bernafas.
- Selalunya, aliran udara tersekat apabila mangsa tidak sedar atau mungkin
disekat oleh makanan atau objek asing.

4. Breathing

7
- Pertolongan pernafasan bermula apabila mangsa tidak boleh bernafas. Orang
yang membuat pertolongan cemas akan bernafas untuk mangsa dengan
‘memasukkan’ udara ke dalam paru-parunya.

- Prosedur ini termasuk bernafas ke dalam mulut mangsa pada laluan yang

betul dan memeriksa tanda-tanda adakah mangsa masih hidup.

5. Circulation Blood

- Tekanan pada dada kadang-kala membantu aliran darah.


- Dua pertolongan pernafasan harus diberi sebelum diikuti dengan menekan
dada mangsa sebanyak 30 kali.
- Prosedur ini membabitkan tekanan pada dada bagi membantu aliran darah
dan mengekalkan alirannya kepada organ utama.

Langkah-langkah melakukan rawatan CPR

CPR Peringkat Awal

A) Saluran udara

1. Baringkan mangsa
2. Buka saluran udaranya (dongakkan kepala mangsa)
3. Tolak dagunya ke atas dengan menggunakan satu tangan dan tolak dahi mangsa ke
4. bawah dengan menggunakan tangan yang lagi satu.

B) Pernafasan

1. Pastikan samaada mangsa masih bernafas atau tidak


a. Lihat pergerakan dada mangsa
b. Dengar bunyi pernafasan
c. Rasa nafas mangsa dengan menggunakan pipi anda

2. Jika mangsa masih bernafas dan tiada bukti-bukti kecederaan berlaku


a. Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan
b. Letakkan mangsa mengiring. Gunakan tangan dan kaki mangsa untuk
menstabilkannya

8
3. Jika mangsa tidak bernafas
a. Berikan dua hembusan (1= hingga 2 saat bagi setiap pernafasan)
b. Picit hidung mangsa sehingga tertutup sepenuhnya
c. Lekapkan mulut anda ke mulut mangsa
d. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut
e. Lihat kenaikan dada
f. Biarkan paru-paru mengempis di antara dua hembusan

C) Edaran darah

1. Tentukan kehadiran nadi


a. Letakkan satu atau dua jari pada halkum(peti suara) mangsa.
b. Gerakkan jari anda ke lekukan di antara halkum dan otot.
c. Rasai nadi untuk 5-10 saat

2. Jika nadi mangsa masih ada


a. Lakukan bantuan pernafasan (mulut-ke-mulut) sahaja
b. Berikan lebih kurang 12 pernafasan dalam seminit (satu nafas dalam setiap 5
saat)

3. Jika nadi mangsa sudah tiada


a. Lakukan pusingan pertama pernafasan dan penekanan dada
b. Dapatkan kedudukan di bahagian ketiga di bawah sternum (tulang dada)
c. Tekan menggunakan kedua-dua belah tangan (lurus dengan mengunci
pergerakan siku) dan berat badan ditujukan tegak ke bawah
d. Kira dengan ritma (irama)yang tetap –“Satu dan dua dan tiga”
e. Tekan sternum sebanyak 1 = sehingga 2 inci pada kadar 80 hingga 100
tekanan dalam seminit.

Untuk CPR, setiap 15 tekanan, berikan 2 hembusan (pernafasan bantuan). Lakukan


di dalam 4 kitar, kemudian periksa nadi dan pernafasan. Jika tiada nadi, teruskan
CPR, bermula dengan tekanan dada. Jika ada nadi tanpa pernafasan , berikan satu
pernafasan setiap 5 saat.

REFLEKSI

9
Sepanjang menjalankan tugasan ini saya mendapat pengalaman baru dalam
menyediaan diri untuk sesuatu perkara yang tidak dijangka iaitu kecederaan
ketika bersukan. Sebelum ini, perkara tersebut langsung tiada dalam fikiran saya
kerana selama ini saya kurang dilanda kecederaan semasa bersukan.

Semasa membuat rujukan saya dapati ilmu pertolongan cemas ini perlu
dipelajari oleh semua guru, murid serta sesiapa sahaja yang terbabit dalam
sukan secara langsung atau tidak, supaya kita bersedia sekiranya sesuatu
perkara yang tidak baik menimpa murid-murid yang sedang bersukan sebelum
rawatan susulan di lakukan atau dihantar ke hospital

Mempelajari kaedah rawatan RICE dan CPR dengan prosedur dan prinsip yang
betul membuatkan saya berasa yakin jika perlu untuk mengaplikasikannya bagi
menyelamatkan mangsa dan mengurangkan risiko kecederaan.

Kebaikkan yang saya dapat dari tugasan ini ialah, saya dapat mempelajari
ilmu-ilmu pertolongan cemas yang boleh membantu sekurang-kurangya
meringankan risiko kecederaan sekiranya tidak di rawat dengan cepat. Ilmu ini
juga boleh dibawa dan di ajar kepada murid-murid apabila memasuki
persekolahan kelak.

Kesipulannya say mencadangkan agar guru-guru pelatih dan guru-guru untuk


mempelajari teknik pertolongan cemas ini dan perlu melihat demostrasi daripada
anggota-anggota yang berkemahiran, professional dan diiktiraf bagi menunjukan
prosedur yang betul dan boleh menyelamatkan mangsa daripada kecederaan
yang lebih teruk.

Lampiran

CD
10
11

Anda mungkin juga menyukai