Anda di halaman 1dari 53

1.

2 STRUKTUR DAN FUNGSI


TISU
MAAP1114
14 JULAI 2009

MAIZATUL NEZA BINTI JUNUS


KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN

OBJEKTIF

Diakhir syarahan, pelatih akan dapat:


PEMBELAJARAN
1. Menyatakan definisi tisu
2. Menyenaraikan jenis-jenis tisu dalam badan
3.
4.
5.
6.
7.

manusia
Menjelaskan topografi struktur-struktur tisu
Menerangkan ciri-ciri am setiap jenis tisu
Mengenalpasti komponen struktur yang terdapat
dalam setiap jenis tisu
Membezakan antara satu tisu dengan tisu yang
lain
Menerangkan fungsi-fungsi tisu

TISU

Definisi: Sekumpulan sel


yang sama jenis dan saling
bekerjasama antara satu
sama lain untuk membentuk
satu unit struktur dan
fungsi

Contoh: Sel epitelium


skuamus membentuk tisu pipi

JENIS-JENIS TISU

Terdapat 4 jenis tisu utama:


1. Tisu Epitelium
2. Tisu Perantara
3. Tisu Otot
4. Tisu Saraf

TISU EPITELIUM

Ciri-ciri tisu epitelium:


Melapisi permukaan badan dari dalam

dan luar
Mengawal dan melindungi tubuh
Sel-sel tersusun amat rapat dan padat
Kurang jumlah salur darah

Terbahagi kepada 2 jenis:


Epitelium ringkas
Epitelium berstrata/kompaun

TISU EPITELIUM
RINGKAS

Jenis-jenis epitelium ringkas:


1. Epitelium skuamus
2. Epitelium kuboid
3. Epitelium kolumnar
4. Epitelium kolumnar

bersilia

EPITELIUM SKUAMUS
Nipis,

leper, licin &


permukaan bebasnya rata
Lokasi: jantung, alveoli,
kapsul Bowman, kapilari
darah, salur limfa, lapisan
peritoneum
Fungsi: Penyerapan,
pertukaran
bahan-bahan dan
pengawalan rembesan

EPITELIUM KUBOID

Tersusun rapat diatas


membran
Bentuk: segiempat sama
Nukleus bulat
Lokasi: tubul ginjal,
salur-salur kelenjar
Fungsi: Penyerapan &
perembesan

EPITELIUM KOLUMNAR

Bentuk: segiempat tepat

Permukaan
bermikrovilussalur
pencernaan
Ada sel goblet (jika di
salur pencernaan &
pernafasan)

Lokasi: permukaan salur


pencernaan, salur
pernafasan,kelenjar air
liur, kelenjar mamari,
kelenjar tiroid

EPITELIUM KOLUMNAR
Fungsi:
1.
2.

3.

Melapisi &melindungi tisu


Merembes mukus
(melindungi gaster dari
dirosakkan oleh asid&
enzim pencernaan)
Menyerap hasil
pencernaan

EPITELIUM KOLUMNAR
BERSILIA

Bentuk: segiempat tepat

Permukaan:bersilia
Lokasi: salur pernafasan
Fungsinya :
Menahan debu kuman
masuk ke saluran
pernafasan
Menyapu keluar
debu,mukus daripada
salur pernafasan ke
farinks

1.

2.

EPITELIUM BERSTRATA

Ciri-Ciri am:
Sel berlapis lapis
Tidak mempunyai dasar
membran
2 jenis:
Epitelium berstrata:
skuamus, kuboid dan
kolumnar
Epitelium transitional

EPITELIUM SKUAMUS
BERSTRATA

Terdiri dari beberapa


lapisan sel skuamus
Terbahagi kepada:
berkeratin & tidak
berkeratin
Fungsi: Perlindungan

EPITELIUM SKUAMUS
BERSTRATA
BERKERATIN

Terdapat dipermukaan kering


Lokasi: kulit, rambut &kuku
Permukaan luar: terdiri dari sel-sel epitelium
mati mengandungi protein keratin hasilkan
lapisan kalis air

EPITELIUM SKUAMUS
BERSTRATA TIDAK
BERKERATIN

Terdapat di permukaan basah

Lokasi: konjuktiva, lapisan mulut, farink,


esofagus dan vagina

EPITELIUM KUBOID DAN


KOLUMNAR BERSTRATA

Terdiri dari 2
lapisan sel kuboid
Fungsi - regangan

Beberapa lapisan sel


kolumnar
Nukleus oval
Fungsi rembesan &
perlindungan

EPITELIUM KOLUMNAR
BERLAPIS PALSU
(PSEUDOSTRATIFIED)

Satu lapisan epitelium


kolumnar tetapi kelihatan
seperti berlapis
Mengandungi sel goblet &
mempunyai silia

EPITELIUM TRANSITIONAL /
PERALIHAN

Lapisan sel berbentuk buah pear


Lokasi: ureter & pundi kencing
Fungsi:
apabila pundi kencing dipenuhi urin, lapisan sel di

dinding diregangkan sehingga menjadi satu


lapisan sel
melindungi & menghalang
kemasukan air kencing ke
dalam tisu di bawahnya

FUNGSI EPITELIUM
TRANSITIONAL / PERALIHAN

FUNGSI TISU EPITELIUM

Penyerapan lapisan dalam atau mukosa


Perembesan kelenjar
Pengangkutan tubul ginjal
Ekskresi kelenjar-kelenjar perkumuhan
Perlindungan kulit menyelaputi badan,
melindungi organ-organ dalaman dari cedera
& serangan mikroorganisma
Sensori sistem saraf & deria di dalam
tubuh

SOALAN.

Senaraikan jenis-jenis tisu epitelium

Berikan perbezaan antara jenis-jenis sel


tersebut

TISU PERANTARA

Ciri-ciri:
Sel berjauhan antara satu
sama lain
Diantara sel ada bahan
interselular
Tidak berserat
Sel-sel yang membentuk tisu
perantara:
Fibroblas
Makrofaj
Sel plasma
Sel mast
Sel lemak

SEL-SEL TISU

PERANTARA
Fibroblas

Lokasi: tisu hati & tisu limfoid


Fungsi :
Menghasilkan kalogen, fiber
elastik & matriks bahan ekstrasel,
membaiki tisu untuk mengikat luka
atau membentuk tisu granulasi
Makrofaj
Fungsi utama : sel fagosit
Sel lemak
Lokasi: tisu subkutan di bawah
kulit

SEL-SEL TISU
PERANTARA

Sel plasma
Fungsi: sintesis & sekresi
antibodi ke dalam darah
(kehadiran mikrob /benda
asing)
Sel mast
Lokasi: sekeliling salur darah
Fungsi: penghasilan heparin,
serotonin & histamin (sel-sel
tercedera)

JENIS-JENIS TISU
PERANTARA

Tisu Adipos
Tisu Areolar
Tisu Perantara Padat:

1.
2.
3.

4.
5.
6.
7.

Tisu Berfiber
Tisu Elastik Kuning

Tisu Limfoid
Tisu Rawan
Tisu Darah
Tisu Tulang

TISU ADIPOS

Sel adiposit (sel lemak) & globul lemak di


dalam matrik tisu areolar
Terdapat 2 jenis: tisu adipos putih & tisu
adipos coklat
Lokasi: diantara serat otot, di bawah kulit,
di keliling ginjal, jantung, mata
Fungsi :
memberi sokongan dan perlindungan
kepada organ-organ penting
mengawal kehilangan haba tubuh
tempat simpanan lemak

TISU AREOLAR
Paling banyak
Matriks separa pepejal
mengandungi banyak fibroblast &
sel lemak, sel mast & makrofaj,
dipisahkan oleh fiber elastik &
kolagen
Lokasi: bawah kulit, diantara otot
otot, dalam salur alimentari,
kelenjar-kelenjar, salur darah &
saraf
Fungsi:

Memberi kekuatan regangan &

elastik
Menyokong salur darah & saraf
Di kelenjar-menyokong sel
rembesan

TISU PERANTARA PADAT:


TISU BERFIBER

Terdiri dari serat kolagen yang padat


& sedikit matriks
Terdapat fibrosit diantara serat
kolagen
Lokasi: tulang, ginjal, nodus limfa,
otak
Fungsi:
Membentuk ligamen-mengikat
tulang
Lapisan perlindungan luar organ
Contoh:tulangperiosteum
Membentuk lapisan perlindungan
otot

TISU PERANTARA PADAT:


TISU ELASTIK KUNING

Boleh mengendur &


mengecut
Sedikit sel & matriks terdiri
dari fiber elastik
Lokasi: dinding salur darah,
trakea, bronkus & paru paru
Fungsi: membenarkan
pertukaran bentuk/saiz

TISU LIMFOID
Atau tisu retikular
Matriks separa pepejal,
cabangan fiber
retikular,mengandungi sel
retikular & leukosit
Lokasi: nodus limfa & organorgan di dalam sistem limfatik
Fungsi: sistem pertahanan
tubuh memusnahkan
bahan asing /
mikroorganisma

TISU RAWAN

Matriks keras tetapi fleksibel


Protein dalam
matrikskondrion
Sel rawan sel kondrosit
(terletak dalam lakuna)
Tiada salur darah
Salur darah di perikondrium
Terdiri dari 3 jenis:
Rawan hialin
Rawan elastik
Rawan berserat

RAWAN HIALIN

Mempunyai fiber kolagen (halus, putih, bersinar


dan jernih)
Warna: putih kebiruan
Fleksibel & sedikit elastik
Lokasi: Hujung tulang
panjang, hubungkan
tulang rusuk dan
sternum, menutupi hujung
sendi, membentuk sebahagian
larink, trakea & hidung

RAWAN HIALIN

RAWAN ELASTIK
Mempunyai fiber elastik
Warna: kekuningan
Lebih elastik berbanding rawan lain (boleh
berubah bentuk & kembali ke bentuk asal)
Lokasi: cuping telinga,
epiglotis & telinga dalam
(tiub auditori)

RAWAN ELASTIK

RAWAN BERSERAT

Mempunyai banyak fiber


kolagen yang kuat
Mempunyai ketahanan
terhadap kemampatan
Bertindak sebagai penyerap
tekanan & mempunyai
rintangan terhadap kuasa
penarikan
Lokasi: diska vertebra,
sendi lutut dan simfisis
pubis

RAWAN
BERSERAT

REFLEKSI..

Namakan sel-sel tisu perantara.

Apakah fungsi tisu adipos?

Nyatakan 3 jenis rawan.

TISU DARAH

Terdiri dari:
Plasma
Sel darah merah
Sel darah putih
Platlet

Fungsi: mengangkut
oksigen & karbon dioksida, regulasi suhu, pH
dan air sel, perlindungan dari kehilangan
darah dan pertahanan badan

TISU TULANG

Tisu perantara paling keras


Terdiri dari, air (25%),
bahan organik(30%),
garam tak organik (45%)
Sel-sel tulang osteosit
tersusun secara bulatan
dikenali sebagai lamella
2 jenis tisu tulang:

Tulang padat
Tulang kanselous

TISU TULANG

Fungsi:
Membentuk rangka tubuh
Memberi perlindungan kepada

organ-organ
Pergerakan-tindakan otot-otot
terkawal yang melekat pada tulang
Penghasilan sel-sel darah di sumsum tulang

TISU OTOT

Ciri-ciri:
Boleh berkontraksi
Boleh berubah bentuk
(memendek & menebal)
3 jenis utama:
Otot rangka / skeletal
(Voluntari)
Otot licin / viseral (Tak
Voluntari)
Otot kardiak
(Tak Voluntari)

OTOT RANGKA

CIRI-CIRI Panjang,
berbentuk silinder,
gentian berjalur,
nukleus
yang banyak di periferal
LOKASI

Terlekat pada tulang melalui tendon


(otot rangka kaki, tangan dan kepala)

FUNGSI

Voluntary control
Contoh: gerakan tulang bersendi,
mengekalkan postur tubuh dan
penghasilan haba

OTOT KARDIAK
CIRI-CIRI Gentian bercabang
1 atau 2 dan berjalur,
nukleus di tengah,
cakera interkalated (tebal & hitam
berbanding dengan garis lintang
biasa)
LOKASI
FUNGSI

Dinding jantung
Involuntary control : pengecutan
dan pengenduran otot jantung
Contoh: mengepam darah ke
seluruh anggota badan

OTOT KARDIAK

OTOT LICIN
CIRICIRI

Berbentuk spindle,
gentian tidak berjalur
dengan 1 nukleus di tengah

LOKAS Dinding struktur dalaman yang


I
berongga seperti salur darah, salur
limfa, trek alimentari, trek
respiratori, pundi kencing dan
uterus
FUNGS Involuntary control: pergerakan
I
(peritalsis) makanan sepanjang trek
alimentari dan mengawal diameter
arteri Contoh: pengecutan salur

TISU SARAF

Sel dikenali
sebagai sel saraf
atau neuron
Struktur sel mempunyai:
Badan sel
Dendrit
Akson
Sarung mielin

TISU SARAF

Terdiri daripada 2 jenis sel :


Sel saraf / Neuron
Sel aksesori / neuroglia

Lokasi: didalam organ


sistem saraf pusat
Fungsi : gerak balas
terhadap rangsangan dan
menghantar impuls
melalui fiber-fiber neuron

MEMBRAN

Lapisan tisu yang


membentuk pelindung
atau melapisi struktur
dalaman atau kaviti
Contoh:
Mukosa
Serosa
Sinovial

KELENJAR

Kumpulan tisu epitelium yang membentuk


kelenjar dan menghasilkan bahan
rembesan seperti hormon
2 jenis kelenjar:
Endokrin
Eksokrin

RINGKASAN JENIS-JENIS
TISU
Tisu
Jenis
Epitelium Epitelium skuamus, Epitelium
kuboid, Epitelium kolumnar,
Epitelium kolumnar bersilia
Saraf
Otot
Perantar
a

Neuron, Neuroglia
Rangka, Kardiak, Licin
Tisu Adipos, Tisu Areolar, Tisu
Perantara Padat:(Tisu Berfiber,
Tisu Elastik Kuning),Tisu Limfoid,
Tisu Rawan, Tisu Darah

IMBAS KEMBALI..

Namakan 3 jenis tisu otot dan


perbezaannya

Namakan 2 jenis tisu saraf

SEKIAN..

Anda mungkin juga menyukai