Anda di halaman 1dari 15

i.

Hubungkaitkan faktor-faktor berlakunya keagresifan dalam sukan dengan teori-teori keagresifan.:

Baron dan Richardson (1994) mendefinisikan keagresifan sebagai apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecerderaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecerderaan Wann (1997) pula member definisi keagresifan sebagai satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecerderaan secara fizikal, verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari di cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosotan kepada harta benda yang berpunca dari kemarahan.

Bagi menghasilkan sesuatu tingkah laku atau tindakan yang dikategorikan sebagai keagresifan, ia mesti menepati empat kriteria (Gill,1986). Pertama, Keagresifan itu adalah satu tingkah laku berbentuk fizikal semata-mata iaitu bukan perasaan, sikap atau motivasi. Kedua, keagresifan itu adalah tingkah laku yang dilakukan dengan segaja iaitu bernait melakukannya. Ketiga, keagresifan itu adalah satu tingkah laku yang ditujukan ke benda hidup bukannya benda yang tidak hidup. Keempat, keagresifan itu adalah satu tingkah laku yang dilakukan dengan niat untuk mencederakan seseorang individu sama ada dari segi fizikal atau mental.

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan oleh pakar psikologi untuk menerangkan faktor-faktor berlakunya keagresifan dalam sukan. Pertamanya ialah Teori Naluri Sigmund Freud. Teori ini menyatakan setiap individu dilahirkan dengan tenaga naluri keagresifan dan tenaga ini membina satu dorongan dalaman yang harus dipuaskan (Gill, 1986). Seringkali tingkah laku agresif merupakan satu cara bagi sesuatu dorongan keagresifan. Tingkah aku ini dipuaskan atau dikurangkan tetapi ada banyak cara lain yang tidak begitu agresif yang boleh dijadikan ejen untuk mengurangkan dorongan ini. Semua tenaga ini harus dikeluarkan dan proses ini digelar sebagai katarsis. Seseorang kanak-kanak yang merajuk dan menghentak kakinya sedang melepaskan tenaga. Semua ini adalah katarsis dan melalui cara ini, mereka akan memperoleh kepuasan buat seketika ( Gill, 1986). Salah satu contoh dalam sukan

adalah apabila bola yang dalam kawalan seseorang pemain bola sepak telah dirampas oleh pihak lawan, pemain tersebut berkemungkinan besar merampas balik bola dengan melakukan tackle yang kasar ke atas pihak lawannya bagi menghapuskan kesilapannya. Kedua, Teori Pembelajaran Sosial Bandura. Teori ini telah diperkenalkan oleh Albert Bandura (1973, 1977, 1983) yang menyatakan bahawa perlakuan agresif sebenarnya dipelajari menerusi pendedahan operan serta pemerhatian. Pendedahan operan bermaksud setiap perlakuan yang diberikan ganjaran positif berkemungkinan besar akan diulangi. Contohnya, seorang pemain telah dipuji oleh jurulatihnya kerana corak permainan yang agresif telah menyebabkan pemain lawan yang dikawalnya hilang tumpuan. Pujian yang diberikan akan memungkinkan perlakuan yang sama diulangi pada masa depan. Dalam masa yang sama, perlakuan agresif yang dipelajari menerusi pemerhatian memberikan kesan yang mendalam kepada individu terbabit jika dibandingkan dengan pendedahan operan. Menurut Bandura (1986) terdapat empat peringkat yang berkaitan dengan pembelajaran menerusi proses pemerhatian. la adalah tumpuan, ingatan, kebolehan dan motivasi. Contohnya, bayangkan seorang peminat muda menyaksikan pasukan kegemarannya beraksi dalam permainan bola sepak secara langsung di televisyen. Semasa perlawanan berlangsung, peminat muda ini menyaksikan seorang pemain pertahanan pasukan kegemarannya membuat terkaman sehingga mencederakan penyerang handalan pasukan lawan. Akibatnya, penyerang tersebut terpaksa dibawa keluar padang dan digantikan dengan pemain lain. Ringkasnya, pasukan kegemarannya menang dengan jumlah jaringan yang agak selesa kerana pasukan lawan tadi kehilangan penyerang yang berwibawa. Berdasarkan aksi tersebut, peminat muda tadi membuat kesimpulan bahawa untuk memenangi sesuatu perlSwanan, penyerang pasukan lawan mestilah dikeluarkan (dicederakan) bagi membuka peluang pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Berdasarkan pendekatan Bandura sebelum peminat muda tadi melakukan terkaman yang serupa dengan apa yang dilihatnya, beliau perlu memberikan tumpuan kepada aksi tersebut; mengingatinya; berkebolehan untuk melakukannya dan berkeinginan (bermotivasi) untuk melakukannya. Bagaimanapun, sekiranya tumpuan peminat tadi berubah (lari) semasa pemain pertahanan tersebut melakukan terkaman beliau tidak dapat

mengulangi perlakuan tersebut dalam mindanya. Kesannya, beliau tidak dapat mengingati aksi tersebut semasa beliau bermain dan beliau tidak dapat meniru aksi tersebut. Sekiranya beliau tidak dapat meniru aksi tersebut (kerana tidak

berkemahiran),beliau tidak akan mampu melakukan aksi yang sama. Akhirnya apabila beliau tidak berkeinginan (tidak bermotivasi) untuk bersikap agresif, beliau tidak akan melakukan aksi agresif tersebut. Premis utama teori ini ialah melihat perlakuan yang agresif akan membawa kepada keagresifan pada masa depan. Gagasan "lingkaran keagresifan" ini mendapat sokongan dari ramai penyelidik yang mendapati bahawa pendedahan perlakuan yang agresif kepada pemain muda akan meningkatkan kemungkinan perlakuan yang sama dilakukan oleh pemain muda tersebut. Lingkaran ini hanya boleh diatasi jika individu berkenaan keluar dari lingkaran tersebut ataupun

wujud tentangan dari luar sama ada secara positif mahupun negatif. Selagi perlakuan agresif dalam kejohanan di peringkat tertinggi tidak dapat diatasi, sehingga itulah pemain muda akan terdedah melakukan aksi agresif ini dalam permainan mereka. Ketiga, Teori Pemahaman Moral Bredemeier. Teori ini telah diperkenalkan oleh Bredemeier (1994) yang melihat perlakuan agresif berdasarkan Teori Pembangunan Kognitif Piaget. Menurut Bredemeier (1994), kemahuan seseorang individu untuk melibatkan diri atau melakukan tindakan yang agresif bergantung kepada tahap pemahaman moral. Individu yang tinggi tahap pemahaman moral lazimnya tidak akan melakukan sesuatu tindakan yang agresif secara melulu jika dibandingkan dengan mereka yang rendah tahap pemahaman moralnya. Oleh kerana keagresifan dianggap sebagai satu tindakan yang menyalahi etika kehidupan manusia, maka terdapat perkaitan di antara tahap pemahaman moral manusia dengan perlakuan agresif dalam sukan. Bagaimanapun, tahap pemahaman moral serta pembangunan kognitif manusia sebenarnya dicabar dalam konteks sukan. Ini kerana sukan membenarkan perlakuan yang agresif, khususnya sukan yang berbentuk kombat seperti tae kwan do, karate, silat olahraga dan tinju. Justeru itu, tahap moral dalam kehidupan harian manusia "digantung" buat seketika (tidak digunakan) apabila individu terbabit melibatkan diri dalam bidang sukan. Perlakuan yang agresif seperti menumbuk, menendang, menjatuh dan mencederakan lawan (individu) dibenarkan dalam sukan tetapi menyalahi etika dan undang-undang kehidupan manusia di luar konteks sukan. Bredemeier (1994)

mendefinisikan situasi ini sebagai "moraliti dalam kurungan" (bracketed morality). sebagai tambahan, pasukan sukan juga merupakan tempat yang menentukan "persekitaran moral" kepada para ahlinya. Kadangkala persekitaran moral yang wujud dalam pasukan tersebut menyumbang kepada keagresifan dalam sukan (Shaharudin, 1998, 2000; Stephen & Bredemeier, 1996). Justeru itu, tahap pernahaman moral manusia adalah kritikal apabila membincangkan tentang keagresifan dalam sukan. Keempat, Teori Frustrasi-Agresif atau Teori Kekecewaan-Agresif. Teori

Frustrasi-Agresif yang mula-mula diperkenalkan oleh Dollard, Miller, Doob, Mourer dan Sears (1939) menjelaskan bahawa keagresifan merupakan kesan semula jadi frustrasi dan perlakuan agresif yang terhasil dari perasaan marah dan kecewa yang berfungsi sebagai katarsis. Bagaimanapun, kelemahan teori yang diperkenalkan oleh Dollard dan rakanrakannya ini kerana wujudnya prasyarat iaitu perlakuan yang agresif mesti didahului oleh rasa marah. Dalam kehidupan kita seharian, perlakuan yang agresif boleh berlaku tanpa individu berkenaan perlu berasa marah dan kecewa terlebih dahulu. Perasaan yang negatif seperti putus asa dan kecewa boleh menjadi pencetus tindakan yang agresif tanpa perlu menunggu individu berkenaan berasa marah terlebih dahulu. Justeru itu, pendekatan Dollard dan rakanrakannya menjadi tidak popular. Berdasarkan kelemahan yang wujud dalam pendekatan asal teori Frustrasi Agresif ini, Berkowitz (1958, 1993) telah mengubahsuai teori ini dengan menjelaskan bahawa kekecewaan tidak semestinya menyebabkan keagresifan, tetapi ia bertindak sebagai pemangkin (perkara yang boleh mencetuskan tindakan) kepada keagresifan. Menurut Berkowitz (1993) lagi, beberapa stimulus perlu ada bagi mencetuskan sesuatu tindakan yang agresif. Stimulus ini bertindak sebagai kiu yang menyuntik tindakan agresif kepada individu yang kecewa. la samalah seperti kain merah yang dikibarkan oleh matador dalam sukan raga lembu di Mexico. Kain merah tersebut menjadi kiu yang menyebabkan lembu tadi marah serta bertindak agresif dengan menyerang dan mengejar matador tersebut. Dalam konteks sukan pula, ejekan dari penonton mungkin menjadi kiu (penyebab) kepada para pemain untuk bertindak kasar terhadap lawannya. Perasaan atau emosi yang negatif apabila bercampur dengan kekecewaan menjadi asas utama keagresifan. Contohnya, pemain dari pasukan yang sedang ketinggalan diejek oleh para penonton. Ini menyebabkan mereka marah serta berasa tertekan

(emosi negatif), tambahan pula beberapa keputusan pengadil dilihat sebagai berat sebelah iaitu menyebelahi pasukan lawan. Ini akan meningkatkan lagi rasa kecewa mereka. Akibatnya mereka menjadi semakin marah dan sedikit kesilapan sama ada daripada pengadil, pemain lawan ataupun para penonton akan mencetuskan keagresifan di padang atau gelanggang permainan. Menurut Cox (1998), kemarahan merupakan punca kepada tindakan agresif tetapi tekanan juga boleh menjadi penyebab berlakunya perlakuan yang agresif. Kecenderungan bertindak secara agresif

sebenarnya merupakan satu proses yang agak kompleks tetapi pengaruh persekitaran khususnya ibu bapa, rakan-rakan serta media yang lain merupakan pengaruh besar yang perlu diawasi. Cabaran bagi kita untuk cuba mengurangkan pengaruh serta pemangkin yang mungkin menyebabkan berlakunya tindakan dan keagresifan dalam sukan agar mereka yang terlibat dengan sukan, mendapat satu pengalaman yang manis dan berguna untuk diri mereka. Kelima, perbandingan Teori dengan Kekecewaan-Keagresifan Teori Pembelajaran Yang Dikaji Tidak Semula. semua Membuat

Sosial.

kekecewaan

semestinya diakhiri dengan keagresifan tetapi boleh berubah menjadi agresif dengan syarat wujudnya rangsangan tertentu yang mencukupi (Berkowitz 1965, 1969, 1993). Keagresifan akan berlaku apabila beberapa rangsangan, terutama rangsangan negatif bergabung dengan kekecewaan yang akhirnya keagresifan hadir bersama.

Rangsangan ini merupakan tanda atau isyarat yang menghubungkaitkan antara kekecewaan dan keagresifan. Perasaan marah merupakan asas keagresifan dan faktor-faktor lain seperti kemuraman dan kedukaan juga merupakan antara rangsangan negative yang boleh mencetuskan tingkah laku agresif. Atlit yang mengambil bahagian dalam pertandingan berada dalam keadaan arousal (kebangkitan psikologi) dan sekiranya kekecewaan yang berterusan akan menyebabkan tahap arousal akan meningkat sehingga ke satu tahap di mana tingkah laku keagresifan akan timbul. Dengan adanya tanda atau isyarat persekitaran yang relevan seperti situasi yang boleh meningkatkan tahap arousal, pemain akan cuba mencapai matlamat, melakukan kekasaran dengan sengaja dan menyekat pencapaian matlamat lawan secara tidak adil.

ii.

Cara-cara mengatasi keagresifan dalam sukan.

Terdapat beberapa cara boleh dilakukan untuk mengurangkan keagresifan di kalangan atlet atau pemain. Antaranya Menggalakkan role model yang bersih kepada atlet atau pemain. Terdapat ramai atlet profesional yang berpotensi serta sesuai untuk diketengahkan sebagai idola kepada pemain-pemain muda. Ini akan membuka masa pemain bahawa kejayaan boleh dicapai secara "bersih". Pihak penganjur juga boleh menghukum pemain yang beraksi secara agresif. Atlet yang melakukan kesalahan yang sama berulang kali perlu dihukum dengan hukuman yang berat kerana bukan sahaja mereka mencederakan atlet yang lain (kerugian dari segi kos), malahan mereka menjadi contoh yang negatif kepada pemain-pemain muda. Hukuman juga boleh dikenakan terhadap jurulatih yang menggalakkan keagresifan. Bukan sahaja pemain yang bersalah perlu dihukum, malahan jurulatih yang menggalakkan penggunaan taktik atau strategi yang bersifat agresif juga perlu dikenakan hukuman. Semangat bermain secara adil bukan lagi menjadi pegangan jurulatih sedemikian. Justeru itu, memang layaklah mereka ini dikenakan hukuman yang setimpal. Apabila pemain berasa kecewa disebabkan mengalami kekalahan, kesakitan fizikal, kesilapan pengadil, keaiban atau bermain dibawah kemampuan sebenar. Jurulatih perlu memainkan peranan agar keagresifan dapat dikawal. Apa yang perlu dilakukan adalah meleraikan kekusutan yang dialami atau dirasai oleh pemainnya daripada menimbulkan keagresifan. Oleh itu, pemain-pemain akan mempunyai kemahiran mengawal emosi dan tindak balas hasil daripada kekecewaan tersebut. Jurulatih juga disarankan supaya

tidak memberikan tekanan yang terlalu tinggi seperti memastikan kemenangan setiap kali bermain (Widmeyer, 1984). Selain itu, Kurikulum sukan perlu diperkenalkan diperingkat sekolah rendah lagi. Dalam kurikulum ini terdapat modul yang mengajar etika penonton dan bermain dalam sukan. Dengan pengajaran secara memperkenalkan pelbagai jenis program sukan secara terus akan dapat menyemai nilai-nilai murni dan dapat membentuk semangat kesukanan tulin sejak dibangku skolah rendah lagi. Dengan adanya program-program tersebut, adalah diharapkan sikap mulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk melalui Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum di peringkat awal sekolah. Melalui pendidikan sukan kita bukan hanya mendidik atlet malah jurulatih-jurulatih juga perlu menghadiri program seperti ini kerana seseorang jurulatih perlu tahu bagaimana untuk membentuk seorang atlet yang bernilai murni dan beretika. Pemain juga harus didedahkan tentang teknik-teknik mengawal perasaan semasa pertandingan dan dapat menerima sesuatu keputusan secara rasional dan sentiasa menyedari keupayaan diri sendiri dan menghargai orang lain. Sentiasa menamkan sikap bahawa kemenangan bukan segalanya. Kursus-kursus motivasi juga perlu diadakan lebih kerap. Kursus ini boleh dijalankan pada bila-bila masa sebagai salah satu program kesedaran terhadap pentingnya semangat kesukanan dikalangan pemain. Setiap individu mempamerkan satu tingkah laku alternatif yang perlu dipraktikkan secara berulang kali supaya ia menjadi lazim pada dirinya. Antara tingkah laku tersebut adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan pendiriran, uruskan konflik yang dihadapi secara terbuka dan secara langsung tanpa berselindung, elakkan tingkah laku menyalahkan orang lain, berikan tindak balas positif kepada orang lain, nilai semula matlamat dan harapan, berehat dan relaksasi buat sementara waktu. Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan keagresifan dalam diri seseorang (Adam, 1980). Selain itu juga, memberikan ganjaran kepada pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih adalah satu cara yang berkesan. Pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih khususnya dalam keadaan tertekan perlu diberikan ganjaran kerana ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk berbuat demikian. Ini akan menjadi iktibar untuk pemain atau pasukan yang lain di masa clepan. Dalam masa yang sama,

anugerah Fair Play kepada pasukan perlu diberikan kepada pemain juga. Dengan wujudnya anugerah pemain paling "bersih", kita menggalakkan sikap yang sama di kalangan pemain. Keagresifan di kalangan pemain sebenarnya berkait rapat dengan, keagresifan penonton. Ini adalah kerana penonton merupakan di antara faktor yang boleh mencetuskan keagresifan di kalangan pemain semasa perlawanan berlangsung dan kadangkala menjadi pencetus keagresifan. apabila wujudnya konfrontasi di antara pemain dan penyokong. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Antaranya, memastikan tiada senjata atau perkara yang membahayakan dibawa masuk oleh penonton ke dalam stadium.Pihak pengurusan stadium perlu memastikan agar penonton tidak membawa masuk barang-barang yang membahayakan. Di luar negara, penjualan arak di stadium juga dikurangkan untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini. Penyokong kedua-dua pasukan juga perlu dipisahkan agar tidak berlakunya pergaduhan atau perkara yang tidak diingini di dalam stadium. Kita perlu elakkan situasi seperti di beberapa negara Eropah di mana ramai penonton yang mati kerana pergaduhan di antara penyokong. Mempromosikan acara sukan sebagai aktiviti keluarga juga boleh

diterapkan di kalangan masyarakat. Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti keluarga, maka kita akan menjaga kesopanan serta perlakuan agar aktiviti tersebut dapat dinikmati dalam suasana yang selamat. Selain itu, Media tidak menjadi batu api kepada kedua-dua pasukan. Pihak media perlu memastikan agar laporan atau publisiti yang diberikan terhadap perlawanan tersebut tidak ada sentimen yang negatif. Ini adalah kerana kewujudan sentimen yang negatif di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar api dendam di antara pemain, malahan di antara para penyokong. Ini akan menyebabkan suasana perlawanan menjadi tegang dan merbahaya seperti yang berlaku dalam pertandingan separuh akhir Piala Eropah di antara Kelab Leeds United dari England dan Kelab Galatasaty dari Turki. Kesimpulannya, keagresifan dalam sukan tidak mustahil untuk diatasi jika mereka yang terlibat mempunyai niat yang positif untuk sama-sama mengatasi keadaan ini.

Penggiat sukan sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan atlet-atlet muda di bawah didikan masing-masing dapat bertanding dalam suasana yang selamat dan kondusif.

iii.

Sejauhmanakah aspek keagresifan boleh mempengaruhi prestasi dalam sukan.

Terdapat dua bentuk keagresifan yang berlaku dalam sukan iaitu instrumental dan bermusuhan. Keagresifan instrumental menyebabkan berlakunya kecederaan kepada pemain-pemain pihak lawan. Bukan untuk melihat pemain lawannya teraniaya dan mengalami kecederaan tetapi untuk mencapai matlamat sama ada sebagai ganjaran atau maruah diri. Dikenali sebagai tingkah laku assertif dalam psikologi sukan (Husman dan Silva, 1984) kerana pemain bermain mengikut peraturan dengan intensiti dan emosi yang tinggi tanpa berniat untuk mencederakan sesiapa. Dikatakan tidak agresif kerana matlamatnya adalah untuk mencapai kemenangan seperti melakukan tackling untuk mendapatkan bola dalam permainan bola sepak. Keagresifan bermusuhan pula berniat untuk menyakitkan seseorang secara fizikal atau psikologikal (Dollard, et al., 1939). Pemain menetapkan matlamat untuk mencederakan pemain pihak lawan dan menyebabkan pemain tersebut teraniaya. Satu siri perlakuan secara sengaja dengan

mengasari pemain lawan

dan ia

adalah

terkeluar daripada

peraturan

atau

undangundang perlawanan. Banyak berlaku dalam sukan seperti hoki, ragbi dan tinju. Ramai jurulatih berpendapat bahawa sikap agresif kadangkala

diperlukan apabila bertanding dalam sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, bola keranjang, bola faring serta sukan kombat (silat olahraga dan tae kwan do). Bagi kebanyakan jurulatih, bermain secara agresif dalam sukan sedemikian memberikan kelebihan untuk mengatasi lawan. jika kita melihat persoalan ini dari sudut kebangkitan (fisiologi dan emosi) dengan menggunakan pendekatan U-Terbalik, jelas sekali bahawa individu yang terlalu tinggi tahap kebangkitannya khususnya mereka yang terlalu agresif akan mempunyai tumpuan yang semakin kecil jika dibandingkan dengan mereka yang sederhana tahap kebangkitannya. Sudah pasti individu yang tinggi tahap kebangkitannya akan kehilangan beberapa kiu penting sepanjang perlawanan tersebut. Kesannya, pemain tersebut akan melakukan kesilapan yang mungkin membawa padah kepada pasukannya. Satu perkara yang perlu kita ingat adalah setiap jenis sukan memerlukan tahap kebangkitan yang sesuai serta berbeza dari sukan yang lain untuk mendapatkan tahap prestasi yang terbaik. Dalam kajian yang melihat kesan gangguan serta provokasi penonton ke atas pemain bola keranjang, Silva (1979) mendapati pemain yang tidak terganggu dengan gangguan tersebut menunjukkan prestasi serta kemahiran motor yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang terganggu. Prestasi pemain yang terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitan yang keterlaluan menyebabkan mereka menjadi lebih agresif sehingga mengurangkan tumpuan terhadap permainan. Namun, keagresifan juga boleh menyebabkan atlet meningkatkan kebangkitan dalam dirinya untuk bermain dengan lebih bersemangat. Kebangkitan ataupun juga disebut sebagai arousal, drive, activation, readiness dan excitation adalah keperluan dalaman yang diperlukan atlet dalam sesuatu persembahan sukan yang optimum. Pergerakan, pemikiran dan tindak balas yang mencukupi boleh didapati sekiranya atlet mempunyai kesediaan dari aspek fizikal dan psikologi. Apabila seseorang atlet menjadi agresif, dua faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kebangkitan iaitu fungsi struktur otak dan juga sistem saraf autonomik yang melibatkan cerebral cortex,

hipotalamus dan reticular formation. Setelah perkara ini terjadi maka keagresifan mengaktifkan kelenjar adrenal lalu merembeskan hormon epinephrine yang memberi tenaga kepada atlet. Sebagai contoh, apabila seseorang atlit menjadi agresif, arousal akan mula dibangkitkan dalam dirinya menyebabkan peningkatan dalam prestasi persembahannya. Bila diperhatikan perlakuan agresif yang ditunjukkan oleh pemain yang terlibat dalam sukan, kita akan dapati perlakuan tersebut didorong oleh beberapa sebab tertentu. Untuk memudahkan pemahaman kita tentang keagresifan dan kaitannya dengan peningkatan prestasi atlet, perlulah kita melihat jenis-,jenis keagresifan yang wujud dalam sukan. Jenis keagresifan yang pertama adalah keagresifan ketara. Keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca dari rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) adalah melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya (Silva, 1984). Contohnya, seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang ini telah menyiku muka pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan). Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan tersebut. Niatnya pula, untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya (kepuasan) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita (seksa) kesakitan akibat tindakannya itu. Keagresifan seperti ini tidak member kesan yang baik dalam peningkatan prestasi, malah prestasi permainan akan merudum kerana pemain tidak memberi tumpuan kepada permainan dan tidak fokus kepada permainan tersebut. Jenis keagresifan yang kedua adalah keagresifan instrumental. Keagresifan instrumental merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan

individu lain bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti

kemenangan, hadiah atau pangkat. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut sebagai "instrumental" (perlu dilakukan) untuk mencapai matlamatnya. Contohnya tindakan agresif seorang pemain pertahanan ke atas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain. Matlamat utama pemain pertahanan ini untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Dalam contoh ini, niat untuk

mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut untuk memenangi perlawanan itu. Perlu ditegaskan di sini bahawa kedua-dua jenis tindakan agresif tersebut sebenarnya salah serta tidak boleh diterima dalam konteks sukan. Ini kerana niat untuk mencederakan pemain pasukan lawan masih ada sedangkan tindakan ini bersalahan dengan peraturan mans-mans jenis sukan. Penggunaan strategi ini dalam permainan di semua peringkat, khususnya di peringkat profesional (tertinggi) perlu dibanteras kerana tindakan pemain profesional ini lazimnya akan menjadi ikutan pemain muda. Jenis tindakan agresif yang ketiga ini sering kali disalahtafsirkan maksudnya kerana kita jarang sekali menggunakan istilah ini dalam konteks sukan. Tindakan yang dimaksudkan ini dikenali sebagai tindakan asertif. Tindakan asertif merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali. Jika kecederaan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak, boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan permainan dan tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan. Contohnya, penggunaan tackle untuk mengehadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan tersebut selagi cara tackle tersebut dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlakunya kecederaan kepada pemain pasukan lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan bersih serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.

Dalam situasi pertandingan, tugas untuk memastikan sama ada sesuatu perlakuan itu dianggap sebagai perlakuan yang agresif atau asertif terletak di tangan pengadil. Adalah sesuatu yang amat sukar untuk menilai niat seseorang pemain apabila mereka melakukan sesuatu tindakan dalam konteks permainan kerana ia berlaku dengan pantas, khususnya dalam sukan yang bercorak dinamik serta kemahiran terbuka (open shills). Jika sesuatu tindakan yang asertif dilakukan tetapi dinilai oleh pengadil sebagai satu tindakan yang agresif, maka pemain tadi akan dihukum walaupun beliau tidak berniat untuk mencederakan lawannya. Sebaliknya, jika seseorang pemain memang berniat untuk mencederakan pernain lawan tetapi tindakan beliau tidak dianggap sebagai keterlaluan oleh pengadil, maka beliau terlepas dari hukuman.

BIBLIOGRAFI

Bandura, A., 1973. Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs, N J: Prentice Hall. Baron. R. A. dan Richardson, D. R., (1984). Human Aggression. New York: Plenum Dollard, J., Doob, J., Miller, N., Mowrer, O. dan Sears, R. (1939). Frustration and Aggression. New Haven, CT: Yale Universiti Press. Gill, D. L, (1986). Psychology of Sports: A Social Psychology Approach. Dubuque, IA: William C. Brown. Mohd Taib Bin Harun, Dr.Norlena bt Salamuddin. (2007).HBPE 1203 Kecergasan Fizikal. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd Paish, W. (1974). Introduction to Atheletics. London: Faber & Faber Peter JL Thomson. Introduction to Coaching Theory. International Amateur Atheletic Federation. England: Marshallart Print Servises LTD. Seyle, H. (1982). History and present status of the stress concept. In S. Breznitz & L. Goldberger (Eds), Handbook of stress: Theoretical and clinical aspects. New York: Free Press. Silva, J. M., (1980). Understanding aggressive behavior and its effects upon athletics performance. In W. F. Straub (Ed.), Sport Psychology: An Analysis o Athlete Behavior. Edisi Kedua. Ithaca, NY: Mouvement. Thirer, J., (1993). Aggression, In R. N. Singer, M. Murphey, L. K. Tennant (Eds.), Handbook of Research on Sport Psychology, hlm. 368-378. New York: Macmillan. Widmeyer, W. N., (1984). Aggressionperformance relationships in sport. In J. M. Silva dan R. S. Weinberg (Eds.), Psychological Foundations of Sport, hlm. 274286. Champaign, IL: Human Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai