Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan pengetahuan tentang psikologi dan sosiologi sukan yang dapat

membantu perkembangan individu dan masyarakat dalam memantapkan sukan


negara kita.
Menurut Weinberg dan Gould (1999), psikologi sukan merupakan satu bidang kajian
saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.
Terdapat beberapa kepentingan psikologi sukan yang dapat membantu perkembangan
individu dan masyarakat dalam memantapkan sukan negara. Antara kepentingan tersebut
ialah dapat meningkatkan prestasi dan potensi atlet di dalam sukan. Melalui psikologi sukan,
guru atau jurulatih sukan dapat membantu atlet untuk mempersiapkan diri menghadapi
lawan atau pertandingan yang bakal disertai. Bantuan ini berbentuk motivasi sama ada
intrinsik mahupun ekstrinsik yang mampu meningkatkan keyakinan dan fokus atlet.
Keyakinan ini amat penting untuk mengatasi kebimbangan yang sering menyelubungi diri
atlet apabila menghadapi lawan yang handal dan turut membantutkan peningkatan prestasi
mereka.
Selain itu, psikologi dapat membantu dalam meningkatkan keyakinan diri atlet.
Melalui teori-teori yang terdapat di dalam psikologi sukan, ia dapat membantu atlet dalam
meningkatkan keyakinan terutamanya menghadapi pertandingan. Kebiasaannya, semasa
menghadapi pertandingan, atlet akan menghadapi tahap kebimbangan yang tinggi dan
masalah ini akan membantutkan usaha atlet untuk mencapai tahap prestasi terbaik mereka.
Melalui psikologi sukan, masalah kebimbangan yang sering dihadapi atlet dapat di atasi
dengan jayanya.
Psikologi sukan juga dapat mengawal konsentrasi atlet semasa pertandingan.
Sebagai contoh, melalui Teori Imageri, atlet dapat menumpukan perhatian dan menjangka
situasi pertandingan yang bakal dihadapi olehnya. Melalui teori ini, atlet dapat menentukan
cara mereka bermain atau menunjukkan kemampuan mereka semasa pertandingan. Selain
itu, teori ini juga dapat membantu atlet dalam menumpukan perhatian terhadap
pertandingan yang bakal dihadapi dan mengelakkan pemikiran dipengaruhi oleh anasiranasir luar. Anasir-anasir ini ialah seperti reaksi penonton dan kekuatan lawan yang bakal
dihadapi. Jika seseorang atlet tidak dapat mengawal pemikiran, mereka berkemungkinan
besar akan dibelenggu oleh kebimbangan seterusnya tidak dapat bermain dengan baik
dalam sesuatu perlawanan.
Antara lain pula ialah psikologi sukan dapat membantu dalam meningkatkan
pembentukan sahsiah dan semangat kesukanan. Pembentukan sahsiah ini meliputi disiplin
yang diterapkan semasa latihan sukan oleh jurulatih. Penerapan semangat kesukanan juga
dapat dilakukan melalui psikologi sukan dengan membiasakan diri atlet menghadapi situasi

yang sering dihadapi semasa pertandingan. Antara situasi tersebut ialah bertanding atas
nama sukan atau kelab dan bukannya bersifat peribadi.
Selain itu, psikologi sukan dapat membentuk keharmonian di dalam sesebuah
pasukan. Keharmonian ini amat penting untuk mengekalkan keserasian hubungan di
kalangan pemain dalam sesebuah pasukan dan mengekalkan prestasi terbaik mereka.
Sebagai contoh, sebuah pasukan yang mempunyai hubungan atau rapport yang rapat
antara satu sama lain akan dapat menunjukkan prestasi terbaik mereka dan dapat
mengalahkan mana-mana pasukan yang lebih kuat tetapi mempunyai hubungan atau
rapport yang lemah.
Setelah keharmonian dapat dibentuk dalam sesebuah pasukan, secara tidak
langsung dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara mereka. Situasi yang
harmoni dalam sesebuah pasukan akan menggalakkan mereka untuk berkomunikasi serta
bergurau senda antara satu sama lain. Hal ini dapat menjadikan hubungan antara pemain di
dalam sesebuah pasukan menjadi lebih akrab.
Psikologi sukan juga dapat membantu atlet dalam mengendalikan stress semasa
pertandingan. Hal ini sering menyelubungi seseorang atlet apabila mereka menghadapi
perasaan stress, lebih-lebih lagi apabila menghadapi situasi bakal kalah dalam sesuatu
pertandingan. Psikologi sukan dapat mengurangkan perasaan stress tersebut dan dapat
membantu meningkatkan semangat untuk bangkit dan memenangi pertandingan tersebut.
Sosiologi sukan ialah suatu bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi
untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk
memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan
dengannya seperti penonton, pengurusan dan media.
Fungsi utama sosiologi ialah untuk menghasilkan seorang yang menyeluruh, iaitu
dari segi kebolehan berinteraksi dengan cekap di persekitarannya secara sosial mahupun
fizikal. Untuk berfungsi secara berkesan di dalam mana-mana masyarakat, seseorang itu
mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang kemahiran, pengetahuan dan
kecenderungan. Pengetahuan dan kecenderungan ini adalah pembelajaran sosial di mana
ia merupakan proses yang bertentangan dengan proses kematangan. Proses kematangan
adalah satu proses yang berlaku secara automatik, manakala pembelajaran sosial
melibatkan pembelajaran ke atas budaya masyarakat melalui proses pengulangan dan
peneguhan terutamanya peneguhan sosial, pemerhatian atau melalui model, proses
perbandingan sosial termasuk pertandingan. Keberkesanan sosiologi ini boleh dinilai melalui
kebolehan seseorang memainkan peranan sosial dalam masyarakatnya. Kecenderungan itu

didefinasikan secara berlainan oleh sesuatu masyarakat yang lain. Sebagai contoh,
merejam lembing di kalangan masyarakat Afrika sangat tinggi nilainya, tetapi bagi
masyarakat Amerika, ia tidak bermakna. Sebaliknya, di Amerika memandu adalah satu
keperluan tetapi bagi masyarakat Afrika, ianya tidak menjadi satu keperluan.
Sosiologi tidak sahaja membangunkan nilai kemahiran individu malahan ia turut
memperkembangkan kemahiran, pengetahuan dan kecenderungan seseorang untuk
menjadi seorang yang menyeluruh dalam masyarakatnya. Kecekapan Individu dirujuk
kepada kemahiran sikap dan personaliti tertentu yang diperlukan untuk perhubungan
individu. Kecekapan Sosial melibatkan kemahiran motor dan kemahiran bahasa untuk
membolehkannya berinteraksi dengan masyarakatnya dengan cekap. Proses pembelajaran
sosial ini tidak tertakluk di alam kanak-kanak dan keremajaan, malahan ianya adalah satu
proses yang berlanjutan kerana perubahan masyarakat akibat perubahan masa. Seseorang
itu perlu berubah setiap masa sesuai dengan perubahan masyarakatnya. Perubahan fizikal
dalam seseorang dewasa (perubahan kesihatan dan kekuatan) membolehkan proses
sosialisasi yang baru berlaku.
Selain itu, sosiologi juga dapat membantu seseorang individu dalam pembentukan
watak serta imej kendiri yang diinginkan. Dengan adanya pengetahuan sosiologi, ia dapat
membentuk individu berpewatakan positif seperti tenang, sabar, cekal, yakin, berani dan
lain-lain.
Kepentingan pengetahuan tentang sosiologi sukan dapat membantu perkembangan
individu dalam kualiti kepimpinan. Sosiologi dapat membentuk sikap dan daya kepimpinan
individu khususnya dalam sukan berpasukan. Sebagai contoh, ketua pasukan akan dilantik
di kalangan pemain-pemain yang dilihat berbakat besar serta berkualiti dalam memimpin
rakan sepasukan.
Melalui sosiologi juga dapat menimbulkan semangat patriotisme dalam diri
seseorang atlet. Ini dapat dibuktikan melalui seseorang atlet itu berbangga apabila terpilih
mewakili sesebuah pasukan dan berazam menaikkan nama pasukan yang diwakili.
Selain itu, proses sosiolisasi dalam sukan dapat membentuk semangat setia kawan
antara atlet yang bertanding. Melalui penglibatan dalam sukan, seseorang atlet dapat
menambah rakan baharu dengan berkenal-kenalan sesama mereka. Sebagai contoh, juarajuara olahraga di setiap daerah akan berkumpul di suatu vanue bagi sesi latihan pusat
untuk mewakili negeri dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Secara tidak langsung
mereka akan berkenalan sesama sendiri dan wujudlah semangat setia kawan dalam
sesebuah pasukan.

Melalui sosiologi, peningkatan tahap kesihatan secara menyeluruh boleh dicapai


menerusi pengetahuan yang dimiliki dan aktiviti sukan yang dilakukan dengan betul.
Kecederaan

dapat

dielakkan

sekiranya

seseorang

atlet

itu

mempelajari

serta

mengaplikasikan cara membuat regangan dengan betul sebelum memulakan sebarang


aktiviti berbentuk fizikal.
Selain itu, sosiologi juga dapat membantu proses integrasi kaum menerusi
perlaksanaan aktiviti sukan merentasi batasan kaum seperti pembentukan sebuah pasukan
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan gabungan penonton pelbagai kaum yang
menyokong sebuah pasukan yang sama. Sebagai contoh, penonton-penonton yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain akan turut sama menyokong pasukan bola
sepak Malaysia yang bertanding di Kejohanan Sukan SEA 2013 di Myanmar.
Dari sudut ekonomi pula, peningkatan sumber kewangan telah berlaku melalui
penajaan pertandingan, hak penyiaran, penganjuran pertandingan, kutipan cukai serta
kehadiran penyokong pasukan luar dan pelancongan sukan di negara kita. Sebagai contoh,
Sukan Komanwel 1998 yang berlangsung di Kuala Lumpur telah banyak memberi
keuntungan kepada negara dari sudut kemasukan pelancong asing untuk menyaksikan
sukan berprestij itu.
Selain itu, dari sudut politik juga ada impaknya. Hubungan antara negara dapat
dieratkan melalui penyertaan dalam kejohanan sukan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.
Negara-negara yang bertanding akan bertarung secara sihat untuk merebut kejuaraan
dalam sesuatu kejohanan sukan yang dianjurkan.

Anda mungkin juga menyukai