Anda di halaman 1dari 21

Sukan untuk Semua (Sukan Massa)

Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Apakah itu Pergerakan Sukan untuk Semua? Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial. Sukan Massa merupakan usaha untuk melibatkan masyarakat dalam sukan secara sukarela dan memanjangkan kepada semua lapisan dalam masyarakat. Sukan Massa juga bertujuan menyedarkan masyarakat terhadap faedah-faedah sukan kepada pembangunan kesihatan, sosial, psikologi, pendidikan dan kebudayaan. Oleh itu Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah satu usaha menggalakkan penglibatan sukan dan aktiviti fizikal kepada rakyat Malaysia. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) bertujuan membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dengan mengamalkan nilai-nilai sukan tradisional dan moden. Dengan kata lain Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang sihat secara menyeluruh dan membina satu masyarakat bersatu-padu, persahabatan, aman dan sejahtera untuk semua manusia di dunia.

Konsep Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) merupakan satu idea untuk memasyarakatkan sukan. Dengan kata lain Sukan Massa mengajak seluruh lapisan masyarakat mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya suatu gaya hidup.

Aktiviti-aktiviti Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) terdiri daripada berbagai aktiviti contohnya : sukan, (bola sepak, badminton, sepak takraw dan lain-lain), kecergasan, (jogging, berjalan kaki, taichi dan lain-lain), outdoor (mendaki, berkeno, berkhemah dan mengembara).

Kegiatan sukan boleh merangsang pembinaan suatu masyarakat yang cergas dan proaktif di samping merupakan suatu alat yang berkesan ke arah perpaduan dan semangat cintakan negara. Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) menyokong kepada prinsip-prinsip am pendidikan sepanjang hayat.

Matlamat Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) melalui konsep Malaysia Cergas adalah bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Kesedaran ini akan menimbulkan minat dan akan terus dipupuk melalui pendidikan sukan. Langkah ini akan merangsang lagi penyertaan dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. Pergerakan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) juga ingin membentuk satu imej Nasional yang akan menjadikan masyarakat Malaysia sebagai suatu bangsa 'peserta' dan bukannya 'penonton'. Posted by intan_isna at 1:50 AM No comments: Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Labels: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, Pengurusan PJ, sukan massa

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 1.0 PENGENALAN Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah a) b) c) d) e) f) g) h) Merancang Menyediakan bajet Mengawal Mengarah Mengelola Menyediakan jadual pertandingan Membuat keputusan Menilai

Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:(a) Persediaan profesional (b) Sikap profesional (c) Perkembangan profesional Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik danberupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986) Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.

(a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulumpendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah: I. II. III. IV. V. VI. VII. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan Membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)

Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu: Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999) Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988).

(c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik Pengetua/Guru Besar ---->Penolong Kanan (Akademik ) ----> Ketua Panitia ----> Setiausaha ---->Ahli-ahli (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani I. Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah

II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X.

Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani Menyediakan perancangan tahunan panitia Memantau pengajaran pendidikan jasmani Memeriksa buku latihan pelajar Merancang pembelian alatan untuk panitia Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia Merancang latihan dalaman

(e) Perancangan Belanjawan Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.

Bil Murid

------------------>

Peruntukan RM 300.00 RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang) RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang) RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

Kurang daripada 100 Orang 101-250 Orang 251-500 Orang 501-750 Orang 751-1000 Orang 1001 Orang atau lebih

(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani 1) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani. 2) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan 3) kemas kini. 4) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru 5) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan. 6) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun. 7) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani (i) Ruang Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah. (ii) Rak Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang. (iii) Lokasi Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani. (iv) Tingkap Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) Siling Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai. (vi) Peredaran Udara Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara. (vii) Keselamatan Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah: 1) Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi. 2) Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan. 3) Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah. 4) Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat. 5) Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita. 6) Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. 7) Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar. 8) Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput. 9) Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa. 10) Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur 11) Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal.

(viii) Pintu Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah. (g) Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah: I. II. III. IV. Duduk di atas bola Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

1.1.2 Pengurusan Sukan Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa. Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi. Sukan melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi. Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain daripada meraih keuntungan dari aktiviti sukan. Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan

kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara, di Malaysia sukan sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang serius oleh pemimpin masyarakat. Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badanbadan amatur dan profesional. Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah Kementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. Dasar Sukan Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari 1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Dasar sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas.

(a) Dasar Sukan Negara Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubal hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhanpertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badanbadan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan.

(b) Rasional Dasar Sukan Negara Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara.

(c) Peringkat Individu I. II. III. IV. V. VI. VII. Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang sihat. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri. Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup. Interaksi sosial yang baik. Mengasah kemahiran-kemahiran asas.

(d) Peringkat Masyarakat 1) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional. 2) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. 3) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara. 4) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna.

(e) Peringkat Antarabangsa a. b. c. d. Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa. Memupuk persahabatan. Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi.

Objektif Dasar Sukan Negara Antara objektif dasar sukan negara ialah: (a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. (b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan. (c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam. (d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaandan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut : (a) Perancangan

Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program jangka panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu dipertimbangkan: - Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada. - Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

(b) Organisasi Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini untuk menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi,aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

(c) Personel Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.

(d) Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan.

(e) Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara dan mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA, biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan.

(f) Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan.

(g) Am Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah membentuk budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini

melibatkan diri dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan. Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988 merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu: sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi. Posted by intan_isna at 1:37 AM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Labels: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, Pengurusan PJ

PENGENALAN Pada 14hb Januari 1985, Majlis Sukan Negara Malaysia telah menganjurkan satu Simposium Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil daripada simposium ini para peserta telah mengesyurkan agar sistem kejurulatihan dipersusun serta dimajukan. Disamping itu pihak kerajaan diminta menubuhkan sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang akan bekerjasama dengan Badan-badan Sukan Kebangsaan. Ekoran dari simposium tersebut, sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia. Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan adalah seperti berikut:

Mewujudkan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan Menyusun dan menggubal Kurikulum Kejurulaihan Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan diantara Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan; dan Melaksanakan apa-apa tugas dari semasa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh Y.B. Menteri Belia dan Sukan.

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang ditubuhkan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum bagi menggubal kurikulum Sains Sukan dan bidang-bidang pengkhususan sukan (Sports Specific) serta Praktikum di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan. Kurikulum tersebut telah siap sepenuhnya dan menjadi matlamat Majlis Sukan Negara Malaysia melaksanakan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ke seluruh negara. KONSEP Skim Persijilan Kebangsaan ialah satu program pembangunan dan pendidikan kejurulatihan yang seragam dan berterusan yang mengandungi tiga komponen iaitu:

Sains Sukan
o

Prinsip-prinsip am kejurulatihan dan Human Performance

Pengkhususan Sukan
o

Kemahiran, Teknik dan strategi khusus kepada sukan-sukan tertentu.

Praktikum
o

Practice of Coaching.

OBJEKTIF Objektif Skim ini ialah untuk:

SKIM

melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang-bidang sains sukan, pengkhususan sukan dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi prestasi dan pencapaian atlet kebangsaan. mewujudkan satu program yang sistemaik untuk menambah bilangan jurulatih dan menyediakan peluang-peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam bidang kejurulatihan. mewujudkan sati sistem dan pendekatan yang profesional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke arah memajukan sukan negara. menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti persijilan kejurulatihan di semua peringkat.

STRUKTUR Struktur Skim Persijilan adalah seperti berikut: TAHAP KANDUNGAN PELAKSANA

SKIM

Sains Sukan

Majlis Sukan Negara Persatuan Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Sukan

II

Pengkhususan Sukan

III

Sukan

Praktikum

PERLAKSANAAN SKIM 2. 2.1 PERLAKSANAAN SKIM Skim ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan melalui dua bahagian iaitu :a) Komponen Sains Sukan Dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara di mana peserta akan terdiri daripada pelbagai jenis sukan.

b)

Pengkhususan Sukan dan

Praktikum

Dilaksanakan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan peserta daripada sukan yang berkenaan sahaja.

2.2 seseorang berikut:-

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah menetapkan bahawa kriteria kelayakan jurulatih untuk memperolehi sijil penuh di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan adalah seperti

TAHAP

SAINS SUKAN Lulus Lulus Lulus

PENGKHUSUSAN

PRAKTIKUM

SIJIL SPKK

I II III

Lulus Lulus Lulus

Lulus Lulus Lulus

Tahap I Tahap II Tahap III

2.3 Adalah menjadi matlamat jangka panang Majlis Sukan Negara Malaysia bahawa Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan ini akan menjadi sistem pendidikan jurulatih kebangsaan dalam melatih serta meningkatkan pengetahuan jurulatih tempatan ke arah mengeluarkan jurulatih yang bertauliah dan menyeluruh demi mempertingkatkan prestasi sukan negara 3. PERSAMAAN TARAF

3.1 Individu yang layak boleh memohon kepada Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) bagi mendapat pertimbangan pengecualian menghadiri kursus-kursus Sains Sukan Tahap I hingga III. Ini merupakan persamaan taraf berdasarkan kelayakan dan status pengetahuan yang dimilikki. 3.2 Jurulatih Kebangsaan juga boleh diberikan persamaan taraf berdasarkan kelayakan dan status kejurulatihannya jika mereka memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan. TAHAP I Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

a. Aktif dan diiktiraf oleh Persatuan Memilikki Ijazah dalam bidang sukan Sukan Kebangsaan sebagai Jurulatih /sains sukan atau Pendidikan Jasmani sukan prestasi tinggi (Peringkat dari mana-mana universiti yang

Antarabangsa) DAN b. Mengikuti TIGA (3) kursus kejurulatihan sukan di peringkat antarabangsa seperti IOC, IAAP dan sebagainya dan telah berjaya mendapat sijil kejurulatihan dari badan tersebut. c. Jika tidak memenuhi syarat (b) di atas hendaklah menduduki peperiksaan Kursus Sains Sukan sekali tanpa menghadiri kursus dan lulus.

diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

TAHAP II Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

a. Tidak ada pengecualian tetapi Memilikki Ijazah Sarjana (Masters) dapat dipertimbangkan setelah dalam bidang Pendidikan Jasmani atau sukan dari mana-mana Universiti memenuhi keperluan berikut:yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. b. LULUS Sains Sukan Tahap I c. Menduduki peperiksaan Kursus Sains Sukan Tahap II sekali tanpa menghadiri kursus dan LULUS

TAHAP III Jurulatih Kebangsaan Bukan Jurulatih Kebangsaan

a. Jurulatih Kebangsaan prestasi tinggi yang masih aktif dan telah memilikki Sijil Sains Sukan Tahap II akan dipertimbangkan setelah mengambil peperiksaan Tahap III tanpa menghadiri kursus. Calon dibenarkan mengambil peperiksaan sekali sahaja dan jika berjaya persamaan taraf diberi. Jika gagal hendaklah menduduki keseluruhan kursus. ATAU Menghadiri kursus dan diakhir kursus, penilaian yang sesuai dan flexible akan dibuat untuk mengesahkan kelayakan mereka tanpa menduduki peperiksaan kursus.

Akan dipertimbangkan bagi pemegang Ijazah Phd dalam bidang sukan dari mana-mana Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan setelah mengambil Peperiksaan Tahap III tanpa menghadiri kursus pada peringkat tersebut. Calon dibenarkan mengambil peperiksaan sekali sahaja. Jika berjaya, persamaan taraf diberi. .

7.

PERMOHONAN

7.1 Semua permohonan untuk mengikuti kursus-kursus di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan hendaklah dibuat kepada pihak-pihak berikut: -

a)

Kursus Sains Sukan

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur Tel: 03-89929600

Fax: 03-89966203

b)

Kursus Pengkhususan Sukan

Presiden Persatuan Sukan Kebangsaan berkenaan

PERMOHONAN Semua permohonan untuk mengikuti Kursus Sains Sukan hendaklah dibuat kepada Majlis Sukan Negara Malaysia atau Majlis Sukan Negeri yang menjadi tuan rumah untuk kursus-kursus yang dirancang setiap tahun. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya SATU BULAN sebelum bermulanya kursus. Keputusan sama ada berjaya atau tidak akan diputuskan oleh negeri yang menjadi tuan rumah. Permohonan untuk mengikuti kursus-kursus untuk Pengkhususan Sukan pula adalah di bawah kelolaan Persatuan Sukan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai