Anda di halaman 1dari 7

Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Unit 2.6. Adaptasi Sistem Tubuh Manusia

2.6.1. Adaptasi Sistem Tubuh Terhadap Latihan

Prestasi dalam sukan bergantung pada program latihan yang dijalankan secara sistematik dan berterusan.

Tindakbalas Sistem Tubuh Manusia

Sistem-sistem tubuh badan seperti sistem kardiovaskular, sistem otot, sistem respiratori, sistem saraf dan sistem endokrina akan
menerima adaptasi daripada program latihan.

bil Sistem Adaptasi daripada Kesan Latihan


1. Kadar denyutan jantung meningkat
1 Jantung perlu mengepam darah yang kaya oksigen ke seluruh badan untuk kegunaan sel tisu
badan apabila atlet sedang melakukan aktiviti kecergasan fizikal.
2. Keluaran jantung meningkat
Kardiovaskular Apabila atlet sedang melakukan latihan kecergasan fizikal yang berintensiti tinggi, maka
jantung didesak untuk bekerja bagi membekalkan oksigen ke seluruh badan.
3. Kelikatan darah meningkat
Darah yang dipam mengandungi kandungan oksigen yang tinggi dan bergabung dengan
hemoglobin di dalam sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin.
Kadar kelikatan darah yang meningkat menyebabkan tekanan darah semakin tinggi.

2 1. Pernafasan menjadi lebih dalam dan kadar pernafasan meningkat


 Oleh itu, kadar pernafasan turut meningkat bagi menampung keperluan oksigen dan
Respiratori
nutrien bagi kegunaan untuk penghasilan tenaga.
3 1. Peningkatan isipadu darah ke otot
 Kesannya menyebabkan vasodilation iaitu pembesaran pembuluh darah agar darah
yang kaya oksigen dapat dihantar segera ke sel tisu organ bagi tujuan badan
melakukan aktiviti fizikal.
Saraf
2. Pengurangan penghantaran darah ke sistem lain
 Vasoconstriction menyebabkan penyempitan pembuluh darah di mana ia mengurangkan
aliran darah ke sesuatu bahagian badan yang lain untuk memberi keutamaan aliran
darah ke otot.
3. Merangsang stimulasi untuk berpeluh semasa latihan jangka masa panjang
 Untuk bertujuan untuk menyejukkan badan dalam usaha mengawal suhu badan akibat
pemanasan kesan latihan.
4 1. Menggunakan simpanan karbohidrat, protein dan lemakyang disimpan dalam otot sebagai
sumber tenaga
Otot
 ATP tersebut digunakan sebagai sumber tenaga bagi kebanyakan fungsi sel tubuh badan.

5 1. Rembesan hormon tumbesaran (GH) meningkat


 dapat meningkatkan pertumbuhan otot, kekuatan dan prestasi atlet. & dapat membantu
memulihkan tubuh badan dari kelesuan, kecederaan dan dapat melawan penyakit.
Endokrina 2. Rembesan hormon adrenalina dan noradrenalina meningkat
 merangsang peningkatan kadar denyutan jantung, kadar penafasan dan aras gula dalam
darah dalam menghadapi situasi kecemasan atau rangsangan bahaya untuk
mempertahankan diri.
 Baik untuk meningkatkan motivasi & semangat juang altet

Faktor yang Mempengaruhi Adaptasi Sistem Tubuh terhadap Latihan

Bil Faktor Huraian


1
Frequency Frekuensi Menjadikan latihan sebagai rutin harian & kekerapan latihan
F I T T (kekerapan) kan menjamin peningkatan kecergasan fizikal
latihan
Intensity Intensiti Berkaiatan dengan kekuatan bebanan latihan berdasarkan
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Faktor Lain:
amalan pemakanan, fungsi sistem saraf pusat, kekuatan fizikal dan kemahiran sukan, persekitaran dan sistem tenaga

Adaptasi sistem tubuh terhadap latihan Anaerobik


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Adaptasi sistem Tubuh Terhadap Latihan Anaerobik


Definisi  Latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kapasiti anaerobik di
mana atlet dapat melakukan aktiviti dengan berkesan dan cekap tanpa kehadiran oksigen.
 Sebaliknya, tubuh badan akan menggunakan tenaga yang sedia ada dalam sel-sel otot semasa melakukan
aktiviti.
 Sistem peredaran darah tidak dapat membekalkan oksigen untuk keperluan sel-sel otot dalam jangka masa
yang pendek.
Latihan  Latihan yang mempunyai ciri peningkatan sistem tenaga anaerobik seperti latihan jeda jarak dekat, latihan
jeda jarak sederhana, latihan pecutan berulang dan latihan pliometrik.
Kesan 1. Kuantiti penyimpanan ATP, PC, kreatin dan glikogen meningkat.
Adaptasi 2. Kuantiti dan aktiviti enzim yang tinggi menyebabkan proses katabolisme giukosa bertambah efektif bagi
menghasilkan tenaga.
 Katabolisme giukosa adalah tindak balas kimia yang berlaku bagi menghasilkan tenaga dalam fasa
anaerobik di mana pemecahan molekul kompleks bertukar kerada molekul yang lebih ringkas.
3. Kapasiti tubuh meningkat dalam keadaan tahap asid laktik yang tinggi.
 Hasil kesan adaptasi latihan, atlet dapat memahami cara untuk melengahkan kehadiran asid laktik dan
dapat bertahan dalam jangka masa yang lebih lama & dapat mengelakkan kelesuan atlet.

Adaptasi sistem tubuh terhadap latihan Aerobik

Adaptasi sistem Tubuh Terhadap Latihan Aerobik


Definisi Latihan aerobik merupakan sistem latihan yang mengaplikasikan penggunaan sistem tenaga
yang membekalkan tenaga badan dengan menggunakan oksigen.
Latihan jenis ini memerlukan tenaga dibekalkan secara berterusan kerana jangka masa aktiviti
adalah lama, iaitu melebihi dari tiga minit.
Hasil daripada menjalani latihan ini menyebabkan berlaku adaptasi di dalam sistem tubuh
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Pertubuhan dan Kematangan Biologi

Adaptasi sistem Tubuh Terhadap Latihan Aerobik

Definisi  Proses pertumbuhan dan kematangan biologi manusia bermula dari peringkat bayi dalam kandungan, selepas
bayi dilahirkan, kanak- sanak, remaja dan sehingga ke peringkat dewasa.
 Keseluruhan fasa pertumbuhan dan kematangan biologi ini merupakan satu proses perkembangan yang
melalui perubahan-perubahan struktur matomi dan fisiologi pada diri seseorang.

Latihan
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Soalan pengukuhan

1. Antara yang berikut merupakan kesan adaptasi sistem tubuh manusia terhadap Latihan
kardiovaskular kecuali…
A. Kadar denyutan jantung meningkat
B. Peningkatan isipadu darah ke otot
C. Keluaran jantung meningkat
D. Kelikatan Darah Meningkat

2. Nyatakan kesan Adaptasi sistem tubuh manusia terhadap latihan pada rajah 1
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Rajah: 1

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

3. Jelaskan faktor jantina yang mempengaruhi latihan rajah 1

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Bahagian Esei

11. Rajah 11 menunjukkan acara-acara yang dipertandingan dalam Triathlon


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Rajah 11

a) Nyatakan ciri-ciri sistem tenaga yang dominan dengan acara di atas.

( 2 markah )

b) Terangkan adaptasi daripada kesan aktiviti terhadap sistem endokrina atlet tersebut semasa
melakukan latihan sebagai persediaan untuk kejohanan Triathlon.

( 2 markah )

c) Atlet di atas mengambil sumber karbohidrat sebanyak 80 gram dan protein sebanyak 45
gram dan 10 gram lemak dalam menu makan tengah hari. Kirakan jumlah pengambilan kalori atlet
tersebut.

( 3 markah)

Anda mungkin juga menyukai