Anda di halaman 1dari 25

6.

1 ASAS PSIKOLOGI DALAM


SUKAN
PSIKOLOGI SUKAN
PSIKOLOGI

• Psikologi merujuk
kepada kajian
saintifik mengenai
perlakuan, afektif
dan kognitif manusia
(Wann, 1997).
SUKAN

• Sukan melibatkan kemahiran fizikal dan mental yang


tinggi serta mempunyai unsur pertandingan dan
peraturan permainan secara spesifik.
• Aktiviti sukan melibatkan kekuatan, kemahiran,
strategi dan peluang untuk atlet menang.
• Penglibatan dalam sukan akan memberikan kesan
kepada peserta, penonton, organisasi sukan dan
rekreasi.
PSIKOLOGI
SUKAN
• Menurut pakar psikologi
barat, Weinberg dan Gould
(2015), psikologi sukan ialah
satu bidang kajian saintifik
tentang tingkah laku manusia
dalam sukan dan aktiviti
fizikal serta aplikasi
pengetahuan psikologi dalam
bidang sukan.
PSIKOLOGI
SUKAN
• Shaharudin Abd Aziz (2001)
mendefinisikan psikologi sukan
sebagai satu bidang kajian
saintifik tentang kesan sesuatu
aktiviti terhadap tingkah laku
fizikal, afektif serta kognitif
mereka yang terbabit secara
langsung mahupun tidak
langsung dengan aktiviti tersebut.
PERANAN DAN ETIKA
PSIKOLOGIS SUKAN
PERANAN DAN ETIKA
PSIKOLOGIS SUKAN

• Psikologis sukan mengkaji secara saintifik tentang


perlakuan individu dalam sukan serta
mengaplikasikan ilmu dan latihan kemahiran
psikologi sukan untuk membantu mencapai
prestasi sukan yang diinginkan.
• Terdapat pelbagai bidang kerjaya yang boleh
diceburi oleh psikologis sukan pada masa kini.
• Kerjaya dalam bidang psikologi sukan
diklasifikasikan kepada beberapa bidang
berdasarkan peranan utama yang dijalankan oleh
mereka secara profesional.
PENDIDIK

• Pendidik Psikologi
Sukan
bertanggungjawab
menyebarkan ilmu
psikologi sukan
kepada murid dan
atlet.
PENYELIDIK

• Penyelidik Psikologi Sukan


berperanan menjalankan kajian
berkaitan psikologi dalam konteks
sukan seperti motivasi, konsentrasi,
kebimbangan, keagresifan dan isu-
isu lain yang mempengaruhi prestasi
sukan serta latihan kemahiran
psikologi berkesan untuk
meningkatkan prestasi sukan.
PAKAR PERUNDING

• Perunding Psikologi Sukan berperanan melatih


individu yang terlibat dalam sukan untuk
mempelajari pelbagai teknik kemahiran mental
seperti imageri dan strategi pengurusan stres
serta memberi khidmat perundingan kepada
atlet.
• Tugas utama ialah memberi persiapan mental
kepada individu yang terlibat dalam kejohanan.
• Mereka ini juga digelar sebagai jurulatih mental
(mental trainer).
PSIKOLOGIS SUKAN
KLINIKAL
• Psikologis Sukan Klinikal merupakan golongan
terlatih dalam bidang psikologi klinikal dan
berkelayakan menjadi pakar psikologi.
• Tugas seorang ahli psikologis sukan klinikal
ialah membantu menyelesaikan masalah atlet,
misalnya masalah personaliti serta mental yang
serius seperti kemurungan melampau dan
masalah anoreksia.
ETIKA
PSIKOLOGIS
• Kompeten
• Integriti
• Tanggungjawab
profesional dan saintifik
• Menghormati hak dan
maruah individu
• Menjaga kebajikan atlet
• Tanggungjawab sosial
KOMPETEN
PSIKOLOGIS SUKAN
MELAKSANAKAN
TUGAS BERDASARKAN
KELAYAKAN,
KEPAKARAN DAN
PENGALAMAN MASING-
MASING.
INTEGRITI

• Psikologis sukan perlu jujur, adil


dan mengamalkan prinsip moral
yang tinggi semasa menjalankan
tugas.
TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL
DAN SAINTIFIK

• Psikologis sukan bertanggungjawab dan


mengutamakan atlet terlebih dahulu
dalam segala tindakan.
• Dalam melaksanakan kajian, peserta
kajian perlu diutamakan selaras dengan
garis panduan yang telah ditetapkan
oleh pihak berkaitan.
MENGHORMATI HAK DAN
MARUAH INDIVIDU
• Psikologis sukan mestilah
menghormati dan menjaga rahsia
atau maklumat yang diberikan oleh
atlet.
• Mereka tidak boleh menunjukkan
sebarang sikap berat sebelah terhadap
bangsa, jantina dan status
sosioekonomi atlet.
MENJAGA KEBAJIKAN ATLET
PSIKOLOGIS SUKAN PERLU MENJAGA KEBAJIKAN ATLET YANG
MENDAPAT KHIDMAT MEREKA.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL

• Psikologis sukan menyumbang


ilmu psikologi kepada atlet dan
masyarakat.
INTERAKSI ANTARA EMOSI,
KOGNITIF DAN FIZIKAL
TERHADAP PRESTASI ATLET
INTERAKSI ANTARA EMOSI,
KOGNITIF DAN FIZIKAL
TERHADAP PRESTASI ATLET

• Pencapaian prestasi sukan yang


optimum ialah hasil daripada
interaksi beberapa komponen penting
psikologi seperti emosi, kognitif dan
fizikal.
• Atlet yang berkebolehan untuk
mengawal emosi serta meningkatkan
kemahiran kognitif dan fizikal
berpotensi mencapai kejayaan dalam
sukan diceburi.
EMOSI

• Emosi merujuk kepada kesan dalaman yang berlaku


akibat daripada tafsiran kognitif individu.
• Sebagai contoh, apabila atlet mentafsirkan perlawanan
akhir sebagai sesuatu yang menggugat, ini akan
meningkatkan lagi kebimbangan sehingga mengganggu
prestasi.
• Sebaliknya jika atlet tersebut mentafsir perlawanan
akhir itu sebagai satu cabaran, mereka akan
menghadapi perlawanan akhir tersebut dengan
keseronokan dan kepuasan.
KOMPONEN KOGNITIF

• Komponen kognitif merujuk kepada aspek mental yang


merangkumi pemikiran, daya ingatan, kemahiran
merancang strategi dan membuat keputusan.
• Kemahiran kognitif yang dimiliki oleh atlet membolehkan
mereka menguruskan sumber yang ada pada diri untuk
menghadapi tuntutan persekitaran semasa bersukan
• . Sebagai contoh, atlet yang sering kali bimbang untuk
menghadapi perlawanan akhir akan menyusun strategi bagi
mengurangkan kebimbangan tersebut.
FIZIKAL

• Fizikal merujuk kepada fungsi tubuh dan


keupayaan atlet yang membolehkan mereka
bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih
bertenaga dan berkesan.
• Walaupun kecergasan fizikal dapat
meningkatkan prestasi sukan, namun
kestabilan emosi dan kemahiran kognitif yang
baik merupakan faktor penting dalam
peningkatan prestasi sukan.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai