Anda di halaman 1dari 1

No 115,

Taman Simfoni II,


09600, Lunas,
KEDAH

YB Azman Bin Nasrudin


Pusat Khidmat ADUN Lunas

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KETUHAR UNTUK BERNIAGA

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya telah mula berniaga menjual Nasi Arab secara online di rumah
dan tempahan saya telah meningkat dari masa ke semasa. Oleh disebabkan itu juga saya berhasrat
untuk berniaga ketika bulan Ramadhan.

3. Sehubungan dengan itu, saya memerlukan bantuan sumbangan sebiji ketuhar lagi bagi
menampung tempahan pelanggan memandangkan saya masih lagi tidak mampu untuk membeli yang
baru kerana masih lagi kekurangan modal.

4. Saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan saya. Jasa baik pihak tuan
amat saya hargai dan dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………..
NOORHASHILA BT ABDUL HAMID

Anda mungkin juga menyukai