Anda di halaman 1dari 1

Mohd Redzuan bin Sajali

L8-3005 Taman Mutiara


Kampung Sungai Bedaun
Wilayah Persekutuan Labuan

Pengarah
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tingkat 8, Blok 4, Ujana Kewangan, Peti Surat 82197
87209 Wilayah Persekutuan Labuan
Tarikh: 28 Julai 2023

Tuan,

RAYUAN UNTUK BANTUAN PEMBAYARAN SEWA RUMAH BAGI GOLONGAN


ASNAF

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.

2. Saya, Mohd Redzuan bin Sajali No. Kad Pengenalan : 990112-15-5011 adalah
penerima bantuan pembayaran sewa rumah MAIWP selama ini. Walau bagaimanapun, saya
dimaklumkan, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan tidak meluluskan permohonan
saya untuk bantuan penyambungan bayaran sewa rumah bagi golongan kurang mampu.

3. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri ingin memohon rayuan daripada pihak
tuan, agar dapat mempertimbangkan rayuan saya untuk bantuan penyambungan bayaran sewa
rumah kerana kos sara hidup yang tinggi dan saya baru diterima bekerja secara tetap baru-baru
ini, Gaji bulanan yang saya terima juga tidak mampu untuk bayaran rumah sewa
memandangkan hanya saya yang bekerja menyara keluarga.

4. Semoga rayuan saya ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan untuk
membantu golongan asnaf menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna dengan
mendiami rumah yang selamat dan selesa.

Perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian dan terima kasih.

Yang Benar,

……………………………..
Mohd Redzuan bin Sajali
990112-15-5011

Anda mungkin juga menyukai