Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH DATUK UNDANG ABDUL MANAP

73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN

Rujukan : duam/bolasepak/2017
Tarikh :

YANG TERAMAT MULIA DATO JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SITIAWAN,


Dato Muhamed Bin Haji Abdullah,
UNDANG LUAK JOHOL YANG KE - 15

Melalui,

En. Mohamad Zaidi Bin Ishak


Pengetua,
Sekolah Menengah Datuk Undang Abdul Manap,
73100 Johol,
Negeri Sembilan

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK MEMBELI SET JERSI BOLA SEPAK TAHUN 2017/2018

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya Wan Rafhan Zuraihi B Salleh selaku
Jurulatih Bola Sepak bagi Sekolah Menengah Datuk Undang Abdul Manap memohon
sumbangan seperti yang di nyatakan di bawah bagi kegunaan bilik Khas Panitia Matematik SMK
DUAM

Jenis Peralatan : Set Lengkap Jersi Bola Sepak


Bil yang di perlukan : 18 Set ( 16 pemain , 2 penjaga gol )
Kegunaan : Pertandingan Bola Sepak Peringkat Daerah

2. Sehubungan dengan itu kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak Tuan untuk
melancarkan perjalanan program kami. Bersama-sama ini juga kami sertakan kertas kerja untuk
program kami.

3. Sebarang bentuk sumbangan khususnya wang ringgit amat kami harapkan. Sekiranya pihak
Tuan ingin memberikan sumbangan dalam bentuk cek, cek tersebut boleh dialamatkan kepada :-

PIBG SEK MEN KEB DATUK UNDANG ABDUL MANAP


Nama Bank : Bank Islam No Akaun : 05021010002188
SEKOLAH MENENGAH DATUK UNDANG ABDUL MANAP
73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN

4. Segala sumbangan yang dihulurkan kami amatlah kami hargai dan didahulukan dengan
ucapan jutaan terima kasih.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi:-

Pejabat SMK DUAM


06 436 7216

Sekian, terima kasih

BERSATU MEREALISASIKAN IMPIAN

Yang menjalankan tugas,

............................................
( WAN RAFHAN ZURAIHI B SALLEH )
Jurulatih Bola Sepak,
Sekolah Menengah Datuk Undang Abdul Manap,
73100 Johol,
Negeri Sembilan

s.k
1. Fail Sekolah
2. PPD Kuala Pilah

Anda mungkin juga menyukai