Anda di halaman 1dari 1

Nurul Huda binti Karim,

2-26, Jalan Ilham,


Taman Keroma Citra 2,
Parit Keroma,
Jalan Abd Rahman,
84000 Muar, Johor

En Mohd Hazni bin Ali, 8 Mei 2023


Pengetua,
SMK Sungai Abong,
84000 Muar,
Johor.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN KELUAR PADA WAKTU SEKOLAH

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Saya ingin memohon kebenaran keluar antara pukul 12.45 tengah hari
sehingga 2.00 petang bagi mengambil anak pulang dari sekolah dan menghantar ke
sekolah agama setiap hari. Anak-anak saya bersekolah di SK Bakri Batu 2 dan
Sekolah Agama Sungai Abong.

3. Untuk makluman tuan, pada waktu tersebut, saya tidak mempunyai kelas.
Saya juga akan pastikan untuk berada semula di sekolah setelah urusan saya selesai.

4. Jasa baik dan pertimbangan pihak tuan ke arah kelulusan amat saya hargai dan
hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………. …
Nurul Huda binti Karim
012-3018221

Anda mungkin juga menyukai