Anda di halaman 1dari 1

SURAU ANNUR

FELDA SERTING HILIR 6,


72120, BANDAR SRI JEMPOL NEGERI SEMBILAN
Peneroka / Penerokawati,
Felda Serting Hilir 6,
72120, Bandar Sri Jempol,
Negeri Sembilan Darul Khusus

22 DISEMBER 2014

Tuan/puan,
KELAS MENGAJI DAN FARDU AIN DI SURAU ANNUR
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan dan puan, ahli jawatankuasa Surau Annur akan
mengadakan kelas mengaji dan Fardu Ain antara solat Maghrib dan Isyak untuk anakanak peneroka/penorakawati Felda Serting Hilir Enam.
3. Kelas tersebut akan bermula pada 5 Januari 2015.
Justeru,
peneroka/penerokawati dialu-alukan untuk menghantar anak masing-masing untuk
menyertai kelas tersebut sekiranya berminat.
4. Peneroka/penerokawati yang berminat menghantar anak masing-masing
menyertai kelas ini diminta untuk menghadirkan diri di Surau Annur selepas waktu
Maghrib bersama anak yang ingin didaftarkan ke kelas mengaji dan Fardu Ain pada 5
Januari 2015. Hanya anak yang dihantar oleh salah seorang ibu/bapa/ penjaga sahaja
akan diterima menyertai kelas tersebut.
5. Diharapkan kelas yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada anakanak peneroka/ penerokawati. Sesungguhnya ibu bapalah yang bertanggungjawab
dalam mencorak dan menyediakan didikan agama yang sempurna buat anak-anak.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
________________________
(ZAINAL ABIDIN BIN OTHMAN)
Pengerusi Surau Annur Felda Serting Hilir 6

Anda mungkin juga menyukai