Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS:

PROGRAM SENAMROBIK SERENTAK 2012


Masa Cue Ann
7.15 Pensyarah dan
pelajar
mengambil
tempat
Para hadirin diminta bersedia kerana acara akan dimulakan sebantar
lagi
7.30 pg Ketibaan
Timbalan
Pengarah diiringi
Pengerusi
Sambutan Hari
Guru
Mengumumkan ketibaan Tn. Hj. Hassan bin Pardi, Timbalan Pengarah
IPG Kampus Perempuan Melayu, diiringi Cik Khatijah bt hj Tompang
ketua jabatan pendidikan jasmani dan kesihatan, Dr. Hj Mihat bin
Dolah, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan para pensyarah.


Kata-kata aluan
Para tetamu dipersilakan mengambil tempat.

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t..

Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu


1)Yang berusaha Tuan Haji Hassan bin Pardi, Timbalan
Pengarah, merangkap Penasihat Sambutan Hari Guru
peringkat IPG Kampus Perempuan Melayu.
2) Yang berusaha, Cik Khatijah binti hj Tompang, Ketua Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

3)Yang Berusaha, Dr. Haji Mihat bin Dolah, Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Perempuan
Melayu.
4)Yang berusaha, Pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua
Jabatan, Ketua-ketua Unit, Para pensyarah, staf-staf sokongan,
seterusnya rakan-rakan guru pelatih Ipg Kampus Perempuan
Melayu.

Salam bahagia, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia


Tampak sihat si anak watan,
Wajah berseri senyum ceria;
1 murid 1 sukan,
Badan bertenaga cerdaskan minda.

Selamat datang ke program senamrobik serentak 1 murid 1 sukan.
8.20 pg Bacaan Doa Sinaran suria tampaknya indah,
Cahaya memancar menyeri buana;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk maksud itu, marilah kita sama-sama mengaminkan bacaan doa
yang akan diketuai oleh ustaz Mohamad Nasri bin Abdullah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
8.30 pagi Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian,
Pada pagi yang permai lagi indah ini, marilah kita memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-
Nya, kita diberikekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan
program senamrobik serentak satu murid saru sukan satu malaysia


Acara senamrobik ini akan dijalankan secara serentak bersama-sama 4

9.55 pagi Ucapan Timbalan
Pengarah
Majlis mengucapkan terima kasih kepada cik khatijah bt hj tompang,
ketua jabatan, jabatan pendidikan jasmani dan kesihatan yang telah
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan mempersilakan
Tn. Hj. Hassan bin Pardi, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan
Melayu untuk menyampaikan ucapan seterusnya melancarkan
program senamrobik serentak satu murid satu sukan satu malaysia .

Majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan.
10.30



Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Hassan bin
Pardi, Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu atas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi
Baiklah siding hadirin,
juta orang pelajar di seluruh Malaysia dan program ini akan
disenaraikan sebagai salah satu rekod dalam Malaysian Book of
Record. Aktiviti Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.
Antara objektif dasar ini ialah meningkatkan kecergasan jasmani,
membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dan memupuk
perpaduan kaum.

Majlis sekali lagi mengucapkan selamat datang kepada sidang hadirin
ke program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


9.45 pagi Ucapan YDP

Hadirin sekalian,
Sebagai pembuka tirai persada ucapan, majlis dengan ini
mempersilakan cik khatijah bt hj tompang, ketua jabatan, jabatan
pendidikan jasmani dan kesihatan untuk meberikan ucapan. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.
Kini, tibalah kita pada acara yang sememangnya dinantikan oleh semua
dan bakal tercatat dalam Malaysia book off record. Sebelum kita
meneruskan acara yang akan menhangatkan suasana pagi yang sejuk
ini, saya ingin menyampaikan satu pesanan penaja. Kepada rumah
sukan yang paling .Baiklah, majlis
mempersilakan cik khatijah bt hj tompang untuk menjemput tn hj
Hassan bin pardi turun padang untuk bersama-sama melakukan
senamrobik . Majlis juga turut mempersilakan para pensyarah dan
staf-staf untuk bersama-sama menyertai senamrobik di padang.
Senamrobik kita pada pagi akan diketuai oleh guru pelatih semester 6.
Baiklah, nampaknya sudah bersedia. Dengan ini, saya menyerah kan
majlis kepada Th hj Zulhisham untuk meneruskan acara.


Jamuan Demikianlah tadi acara senamrobik satu murid satu sukan satu malysia.
Nampaknya seluruh warga IPGK Pm begitu bersemangat dan
bersungguh untuk mengikut setiap pergerakan yang ditunjukkan.
Tahniah diucapkan atas komotmen dan kesungguhan yang
ditunjukkan. Anda memang hebat!!! Yeahhhhhh!!!!!!!

Baiklah. Kita sedang menunggu keputusan rumah sukan manakah yang
akan terpilih sebagai rumah sukan terbaik. Agak ssukar sebenarnya
untuk juri-juri untuk menilai rumah mana yang terbaik kerana semunya
memang terbaik. Berikan satu tepukan yang gemuruh atas semangat
yang ditunjukkan.

Sekarang keputusan sudah pun berada ditangan saya. Sebelum itu
majlis mempersilakan th hj hasan bin pardi dengan diiringi oleh cik
khatijah bt hj tompang untuk menyampaikan hadiah kepada
pemenang.....pemenang..................

Tahniah diucapkan. Terima kasih diucapkan kepada tn hj hassan bin
pardi atas kesudian menyampaikan hadiah sebatar tadi.

Sidang hadirin sekalian,
Kita sudah pun berada dipenghujung acara. Diharapkan program ini
seperti memberi 1001 manfaat kepada seluruh warga ipgk pm dan
menjadi wadah mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga
kampus.

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini .


Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon maaf andai ada tutur
bicara mengguris jiwa sepanjang kami mengacarakan majlis ini.

Saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabilah............

Mengumumkan dif-dif jemputan meninggalkan majlis..


p/s:.....................

Anda mungkin juga menyukai