Anda di halaman 1dari 5

Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula

sebentar lagi.

UCAPAN PENGUMUMAN

Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin sekalian ke Majlis Makan Malam
Strilla, Setahun Bersama Seabad Terasa.

UCAPAN PEMBUKAAN

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambut


Manisnya senyuman secantik ratu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut di pintu

UCAPAN PROTOKOL

Yang Berusaha Tuan Haji Fakhrul Arifin Bin Kambali, Yang dihormati Encik Saipul
Anuar Bin Sayuti, Pengetua SMK Tun Sri Lanang, Puan Hajah Mariam Binti Mohd,
Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran, Tuan Haji Rahim Bin Md Husin, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zulkifle Bin Abdullah Penolong Kanan Kokurikulum

Para pendidik dan staf sokongan Strilla,

serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah.


Selamat datang ke Majlis Makan Malam Strilla , Setahun Bersama Seabad Terasa.

Bersyukur kita kepada Allah swt kerana dengan keizinanNya dapat kita sama-
sama berada dalam Majlis Makan Malam di Kemunting beach Resort yang serba nan
indah pada malam ini.

Moga majlis ini dapat dijadikan wadah untuk kita bersatu , bekerjasama dan bantu-
membantu demi membangunkan dan memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan
Tun Sri Lanang persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.

BACAAN DOA

Ilmu ibarat cahaya penyuluh


Berkatnya penuh dengan rahmat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon agar selamat

Dengan itu , majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz Hairee Bin Othman untuk memimpin
bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Hairee bin othman atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Moga majlis ini dimulai dengan rahmat , pertengahannya barakah , dan disudahi
dengan keampunan , insyaallah.

Seterusnya, Majlis mempersilakan Tuan Haji Fakhrul Arifin Bin Kambali Pengerusi
Kelab Guru & Staff untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Fakhrul Arifin di atas ucapan beliau
sebentar tadi.

Para hadirin yang dirahmati Allah.

Tiada sempurna bacaan al Quran


Tanpa tajwid dan taranumnya
Tiada sempurna kata bicara
Tanpa ucapan Tuan Pengetua
Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Saipul Anuar Bin Sayuti,
Pengetua SMk tun sri lanang untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis mengucapkan terima kasih kepada di atas ucapan beliau sebentar tadi.

JAMUAN MAKAN

Bagus rupanya bunga melur


Putih warnanya sibunga pinang
Berukir, bertangkai perak
Perhiasan si anak dara
Cawan cerek sudah teratur
Pinggan mangkuk sudah terhidang
Hidangan juadah sudah terletak
Bersamalah duduk menjamu selera..

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan dif kehormat, guru-guru dan staf, serta
para hadirin menjamu selera . Dipersilakan..
(Jamuan makan….)

hadiah

Kalau dilipat sebesar kuku


Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.
Hidangan sudah dijamu. Makanan sudah dijamah.
Kini tibalah masanya untuk acara Pemberian hadiah,
Untuk acara bowling strilla 2018

Dipersilakan Tuan Haji Fakhrul Arifin selaku pengerusi kelab strill untuk mnyampaikan
hadiah, diiringi oleh tuan haji abdul Rahim bin md husin.dipersilakan

Untuk acara bowling individu


1.Tn. Haji Md Hairee Bin Othman
2._____________________________(balqis)

Untuk acara kumpulan pula


Juara 1
Encik saiful anuar bin ahmad sayuti
_________________Rosliza
Tn Haji Jamil bin bakeri

Naib Juara

Encik Fahmi Bin Ngatiran


Encik Hafni Bin
Pn salwana Binti Ibrahim

Tempat ke 3

Balqis
Liyana
Zafira

Untuk acara Cabutan Bertuah ini , saya mempersilakan


______________________untuk mengendalikannya.

Bagi Cabutan Bertuah Sesi Pertama, Majlis mempersilakan


__________________________________untuk mencabut cabutan undi undi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....


Terima kasih diucapkan kepada ______________di atas cabutan bertuah tadi. Dan
Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang bertuah.

Dengan berakhirnya acara cabutan hadia sebentar tadi maka tamat sudah acara makan malam
kita pada mala ini. Kami memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, tersalah
bahasa, Moga kita berjumpa lagi di acara yg sama pada tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai