Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS MAKAN MALAM

Pergigian Daerah Jempol

Tarikh : 14 Oktober 2022.


Masa : 8.00 – 11.00 malam
Tempat : Grand Riverview Bahau

Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian,


majlis akan bermula sebentar lagi.

UCAPAN PENGUMUMAN

 Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin sekalian  ke


Majlis Makan Malam,  Setahun Bersama Seabad Terasa, SEMADAH.

UCAPAN PEMBUKAAN

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambut


Manisnya senyuman secantik ratu
        Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut di pintu

UCAPAN PROTOKOL

Yang Berbahagia Datuk Hj Omar b Osman, Yang Dipertua PIBG,


SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail dan isteri.

Yang Berusaha Tuan Saiful Bahrin Bin Abu, Pengetua SMKA Dato
Abu Hassan Haji Sail, Pn Maimun bt Bahari, Penolong Kanan
Akademik dan Pentadbiran, Ust Jamaludin B Yusof, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, Ust Nor Iskandar B Muhammad, Penolong Kanan
Kokurikulum,

Para pendidik  dan staf sokongan SEMADAH,

serta hadirin  hadirat yang dirahmati Allah.

Selamat datang ke Majlis Makan Malam , Setahun Bersama


Seabad Terasa.
       
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah swt  kerana dengan 
keizinanNya dapat kita sama-sama  berada dalam Majlis Makan
Malam SEMADAH di Ballroom Alson Klana Resort yang serba nan
indah  pada malam ini.

Moga  majlis ini dapat dijadikan  wadah untuk kita bersatu ,


bekerjasama dan bantu-membantu  demi membangunkan dan
memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Abu
Hassan Haji Sail di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan
negara.

BACAAN DOA

Ilmu ibarat cahaya penyuluh


Berkatnya penuh dengan rahmat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon  agar selamat

Dengan itu , majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz Abd Aziz B Harun


untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Abd


Aziz B Harun  atas pimpinan bacaan doa sebentar  tadi.
Moga majlis ini  dimulai dengan rahmat , pertengahannya barakah ,
dan disudahi dengan keampunan ,  insyaallah.

Seterusnya, Majlis mempersilakan Puan Salina Bt Ujang, Pengerusi


Kelab Guru & Staff untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Salina bt Ujang di atas


ucapan beliau sebentar tadi.

Para hadirin yang dirahmati Allah.


                

Tiada sempurna bacaan al Quran


Tanpa tajwid dan taranumnya
Tiada sempurna kata bicara
Tanpa  ucapan Tuan Pengetua

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Saiful Bahrin


bin Abu, Pengetua SMKA Dato Abu Hassan Haji Sail untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Saiful Bahrin bin Abu
di atas ucapan beliau sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Dato, Datin dan para hadirin yang dirahmati Allah,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Abu Hassan Haji Sail


atau lebih dikenali dengan panggilan SEMADAH, yang telah dibina
sejak tahun 1996 merupakan sekolah aliran agama yang sentiasa
mempunyai iltizam yang tinggi untuk mencapai kegemilangan dalam
bidang kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan sahsiah.
Kini, di bawah payung pimpinan Yang Berusaha Tuan Saiful Bahrin
B Abu, diharap sekolah ini akan terus berjaya mencapai visi dan
misinya.

Persembahan multimedia yang akan disaksikan sebentar lagi


memperlihatkan harapan kita untuk memperkasakan pendidikan anak
–anak SEMADAH.  Maka dengan itu, marilah kita sama-sama
menyaksikan persembahan multimedia ini.
Dipersilakan…

Terima kasih atas persembahan multimedia sebentar tadi.

JAMUAN MAKAN

Bagus rupanya bunga melur


Putih warnanya sibunga pinang
Berukir, bertangkai perak
Perhiasan si anak dara
Cawan cerek sudah teratur
Pinggan mangkuk sudah terhidang
Hidangan juadah sudah terletak
Bersamalah duduk  menjamu selera..

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan dif kehormat, guru-


guru dan staf, serta para hadirin menjamu selera . Dipersilakan..
(Jamuan makan….)

CABUTAN UNDI
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hidangan sudah dijamu. Makanan sudah dijamah.

Kini tibalah masanya untuk acara selingan Cabutan Bertuah. Untuk


acara Cabutan Bertuah ini , saya mempersilakan Puan Hanizah bt
Satin untuk mengendalikannya.

Bagi Cabutan Bertuah Sesi Pertama, Majlis mempersilakan Ust Nor


Iskandar B Muhammad untuk mencabut cabutan undi sebanyak 38
undi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....

Terima kasih diucapkan kepada Ust Nor Iskandar di atas cabutan


bertuah tadi. Dan Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang
bertuah.

********************************************************
***********

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk hari


lahir, kelahiran cahaya mata, guru mengaji dan perpisahan. Dengan
ini, majlis mempersilakan Puan Maimun bt Bahari, Penolong Kanan
Akademik dan Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah kepada
penerima-penerima hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

1)  Hadiah Hari Lahir

2)  Hadiah Kelahiran Cahaya Mata Puan Khalidah bt Khalid diwakili


oleh Ustazah Syafiqah Muda

3)  Hadiah guru mengaji


-      Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru mengaji di atas
aktiviti tahfiz,tahsin dan iqra yg telah dijalankan sepanjang tahun ini.
Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

4)  Hadiah perpisahan Puan Zubaidah bt Jaafar kerana melanjutkan


pelajaran ke Universiti Malaya di peringkat Sarjana.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Maimun bt Bahari di atas


penyampaian hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan pertukaran hadiah Para guru dan Staf


SEMADAH. Dengan ini, Majlis mempersilakan Ust Jamaludin b
Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan
hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ust Jamaludin B Yusof di atas


penyampaian hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan CABUTAN BERTUAH SESI


KEDUA.Dengan ini, Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk
Haji Omar B Osman, Yang Dipertua PIBG SEMADAH untuk
mencabut cabutan undi sebanyak 37 undi. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.  

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk di


atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Semoga hubungan mesra
PIBG dan Sekolah akan terus terjalin dengan baik demi
kecemerlangan anak-anak SEMADAH.

Anugerah Kualiti

Hadirat hadirat sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah bagi anugerah
khas para guru dan staf atau lebih dikenali dengan nama Anugerah Q.
Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Saiful Bahrin Bin Abu,
Pengetua SEMADAH untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah beserta


sijil Ahli Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SEMADAH 2016.
Dipersilakan...

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Saiful Bahrin


Bin Abu di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Seterusnya Sebagai tanda ingatan dan kasih, majlis mempersilakan


Yang dikasihi Puan Salina bt Ujang, Pengerusi Kelab Guru dan Staf 
bagi menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Datuk dan
Tuan Pengetua atas kesudian untuk bersama-sama kami pada malam
yang penuh bermakna ini.
 

 Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Haji Omar


B Osman, Yang Dipertua PIBG SEMADAH untuk menerima sedikit
cenderamata dari Kelab Guru dan Staf SEMADAH.Majlis
mempersilakan.
Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk di
atas komitmen, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada warga
SEMADAH selama ini.

Seterusnya, kepada pemimpin dan murabbi kita, Majlis dengan ini


mempersilakan Tuan Saiful Bahrin Bin Abu, Pengetua SEMADAH
untuk menerima sedikit cenderamata dari Kelab Guru Dan Staf.
Majlis mempersilakan.
RIbuan Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas usaha
keras,komitmen dan dedikasinya dalam membangunkan SEMADAH
serta tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada warga
SEMADAH supaya terus maju ke hadapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Salina binti


Ujang atas penyampaian cenderamata sebentar tadi

PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara


Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Dengan kata-kata ini maka....Selesailah sudah Majlis Makan


Malam ,Setahun Bersama Seabad Terasa, SMKA DATO ABU
HASSAN HAJI SAIL 2016.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih  atas


kehadiran Dato’,datin, tuan-tuan,  puan-puan, serta anak-anak  ke
Majlis Makan Malam Setahun Bersama Seabad Terasa yang diadakan
pada malam ini.
Semoga pertemuan kita ini merupakan pertemuan yang diberkati dan
dirahmati Allah. Semoga  perpisahan kita juga selepas ini sebagai
perpisahan yang  dipelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Akhir kata, kami memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan


sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari
Allah, yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri.
Kami sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah
hi wabaratuh.

Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai