Anda di halaman 1dari 6

TENTATIF PROGRAM HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

2.00 -1.30 ptg. – 1.50 ptg. - Kehadiran tetamu/ pelajar tahun 6 Kafa Integrasi Al-
TENGAH Hijrah.
HARI Tetamu mengambil tempat duduk di Ballroom Pendaftaran murid beserta
tayangan yang menarik dengan kawalan guru sebelum majlis bermula.
2.00 ptg. - Ketibaan Perasmi dan Pengerusi KAFAI Al-Hijrah.
2.15 ptg. - Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis.
- Nyanyian Asmaul Husna.
- Nyanyian Lagu Negaraku.
- Nyanyian Lagu Negeri Selangor.
- Lagu Sekolah KAFAI Al-Hijrah.
- Bacaan doa (Al-Fadhil Ustaz Muhammad Aqram b Zainuddin)
-Bacaan Tilawah Al-Quran (Muhammad Afiq Darwish)
2.30 ptg. - Ucapan Ketua Guru KAFAI Al-Hijrah (Ustazah Nor Azizah bt
Aspan)
- Ucapan Pengerusi KAFAI Al-Hijrah (Hj. Hazmirul b Ab. Aziz)
- Ucapan Perasmi (Penyelia KAFA Daerah - Ust. Zamril Anwar b Saibon)
3.00 ptg. - Penyampaian Hadiah Kecemerlangan
• UPKK 2021
• PSRA 2022
3.30 ptg. - Persembahan murid-murid tahun 6 (1)
4.00 ptg -Penyampaian Cenderahati murid-murid Tahun 6 KAFAI Al-
HIjrah.
4.30 ptg. - Persembahan murid-murid tahun 6 (2)
5.00 ptg -Tayangan Video (Montaj Tahun 6)
5.30 ptg. -Sesi fotografi.
6.00 ptg. - Bersura

5.30 MAJLIS BERSURAI


PETANG

TEKS PENGACARA MAJLIS


SEBELUM
MAJLIS Hadirin yang dimuliakan,
BERMULA
Majlis akan bermula sebentar lagi. Untuk itu, para pelajar , guru2 serta hadirin
sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.
MARDIAH Bagi melancarkan perjalanan majlis, hadirin diingatkan supaya mematikan telefon
bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Asmaul husna, lagu Negaraku,
umairah lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.

HADIRIN DIJEMPUT DUDUK

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mendengar
MARDIAH alunan ayat suci Al Quran yang akan dibaca oleh adik Mohd Afiq Darwisy b.
Mohd Rashid. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

Kalau Pergi Tanjung Keramat,


Anak Manis Jangan Diangkat,
Bersama Kita Memohon Rahmat,
Moga Majlis Mendapat Berkat

 Dengan itu pihak majlis menjemput Al-Fadhil Ustaz Muhammad Aqram


b Zainuddin untuk memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzim
dipersilakan.
 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALU- Kuntum melati tumbuh melata


ALUAN DAN Burung merbah di pohon cemara
SELAMAT Assalamualaikum pembuka bicara
DATANG Selamat datang untuk semua

Yang Berbahagia ust Zamril Anwar Bin Saibon


Penyelia kafa daerah

Yang Dihormati Tuan Haji Hazmirul B. Ab Aziz


Pengerusi Kafa Integrasi Alhijrah Kota Kemuning.

Yang Berusaha Puan Noor Azizah Bt Aspan,


Ketua Guru Kafa Integrasi Alhijrah Kota Kemuning.

Puan Nor Halawati binti Ismail


Guru Hal Ehwal Murid Kafa intgrasi alhijrah kota kemuning

Ahli Jawatankuasa Jemaah Pengerusan kafa integrasi alhijrah kota kemuning


Para guru, , seterusnya para pelajar yang dikasihi.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadirin sekalian,

TEPAK SIRIH MEGAH DITATANG,


Adat melayu pembuka bicara
Yang dijemput sudah pun datang
Izinkan saya meneruskan acara

SELAMAT DATANG KE MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 KAFAI ALHIJRAH


MARDIAH KOTA KEMUNING SESI 2022/2023.

Alhamdullilah, bersyukur kehadrat ilahi dgn limpah kurnianya dapat kita sama2
berkumpul untuk meraikan kejayaan murid- murid tahun 6 kafai alhijrah bagi
peperiksaan UPKK DAN PSRA 2022/2023

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Hadirin sekalian,

Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu,
majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha Puan Nor Azizah bt Aspan selaku ketua guru kafa integrasi
alhijrah kota kemuning untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih kepada puan Nor Azizah bt Aspan atas ucapan alu2an

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Hadirin sekalian,
Seterusnya tanpa melengahkan masa majlis menjemput yang dihormati Tuan
HAJI HAZMIRUL B ABD AZIZ Pengerusi KAFAi Alhijrah untuk meyampaikan
sepatah dua kata. Dipersilakan

Terima kasih diatas ucapan sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari


Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.


Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majlis
menjemput dan mempersilakan,

Yang dihormati ust zamril anwar b saibon untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan MAJLIS APRESIASI kafa integrasi alhijrah kota kemuning sesi
2022/2023. Dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan


perasmian sebentar tadi.

Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenang kenangan
MARDIAH sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Hazmirul
bin ab Aziz selaku perasmi kita pada hari ini.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Nor Azizah Bt Aspan
bagi menyempurnakan agenda. Dipersilakan.

Seterusnya, dijemput pula, Yang Berbahagia, Tuan Haji Hazmirul bin ab Aziz
kerana telah sudi hadir dan menyerikan lagi Majlis Apresiasi pada kali ini
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih.

Tamatlah sudah prasekolah,


Tahun satu menggamit megah
Acara dinantikan satu anugerah
Penyampaian sijil dan juga anugerah

Hadirin yang dimuliakan,

Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini , majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan yang diiringi oleh
bagi menyampaikan Anugerah kecemerlangan upkk 2021 dan psra 2022.

- Dipersilakan penerima anugerah kecemerlangan upkk


- Psra
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian anugerah
sebentar tadi.

PERSEMBAHAN TAHUN 6

Sirih pinang sirih berlipat,


Diambil sehelai dibawa pergi,
Tampak joget indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.

Hadirin yang dihormati

Marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan nyanyian daripada pelajar-


pelajar tahun 6.

Majlis mempersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan dibawah pimpinan


guru-guru tahun 6 kafa integrasi alhijrah kota kemuning.
MARDIAH

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran

Hadirin yg dimuliakan ,

Majlis seterusnya menjemput , diiringi


oleh untuk menyampaikan CENDERAHATI
KEPADA kesemua murid TAHUN 6 KAFAI ALHIJRAH KOTA KEMUNING
BAGI SESI 2022/2023.

Dipersilakan.

Kelas 6 amanah
Kelas 6 siddiq
Kelas 6 tabligh

Terima kasih diucapkan kepada


atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

Dari kedah ke bandar perliss,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul meriah majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati,
Majlis kita akan dihiburkan lagi dengan persembahan sajak PELAJAR TAHUN
6 yang dipimpin oleh GURU2 TAHUN 6 .
Dengan itu majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.



HADIRIN YANG DIHORMATI

Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi maka selesai sudah majlis


Apresiasi tahun 6 kafa integrasi alhijrah kota kemuning bagi sesi 2022/2023.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Pihak majlis Menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata dan terlampau cara sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami akhiri majlis apresiasi dengan tayangan video montaj aktiviti2 pelajar
tahun 6 sepanjang sesi 2022/2023.

Sekian wabillahi taufik

Hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai