Anda di halaman 1dari 4

Apakah pandangan Ibnu Khaldun tentang sosiologi pendidikan?

Bagaimana pandangan beliau dengan


sosiologi moden hari ini?

Keilmuan dalam dunia Islam memaparkan perkembangan ilmu pengetahuan yang semakin
berkembang merentasi waktu dan tempat. Kelahiran ramai ulama , intelektual, pemikir dalam pelbagai
bidang telah mewariskan karya-karya hebat dalam pelbagai bidang ilmu. Antara tokoh pemikir yang
memainkan peranan penting dalam bidang keilmuan Islam ialah Abdul Rahman bin Muhammad
Khaldun al-Hadrami atau lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun. Beliau merupakan seorang ahli
penulisan sejarah dan ahli sejarah Arab abad ke 14 M serta telah diiktiraf sebagai pengasas
kajian sejarah moden, sosiologi dan ekonomi. Karya agung Ibnu Khaldun iaitu Mukadimah
merupakan sebuah karya ulung yang menjadi sumber rujukan yang penting sehingga ke hari
ini dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa untuk memudahkan kefahaman pembacanya.
Ibnu Khaldun menekankan bahawa pendidikan dan pengajaran adalah aktiviti yang merangkumi ilmu
dan akhlak. Dengan kata lain, pendidikan bukan hanya aktiviti yang tertumpu kepada memperolehi
pengetahuan (aspek kognitif) semata-mata tetapi juga aktiviti pembentukan dan pembinaan akhlak
iaitu aspek afektif dan psikomotor. Manusia memperolehi pengetahuan, akhlak dan sifat-sifat terpuji
melalui pengajaran dan pendidikan. Cara memperolehinya adalah melalui interaksi langsung dan
praktikal harian seperti meniru secara langsung watak dan tindakan guru-guru yang mengajar. Ibnu
Khaldun juga menekankan kepentingan Pendidikan dalam membentuk perilaku dan keperibadian
seseorang individu.
Berbicara mengenai sosiologi Pendidikan, Ibn Khaldun menjelaskan dalam Muqaddimah
mengenai hubungan yang kuat antara masyarakat, peradaban, kemajuan dan pendidikan. Pendidikan
merupakan asas yang penting untuk memastikan kemajuan dan berkembangnya sesebuah masyarakat.
Kemunduran pada sebahagian negara dari aspek ilmu, peradaban, ekonomi dan kebudayaan mampu
diubah dengan sistem yang berkesan dalam pendidikan dan pengajaran.
Kesimpulanya, keintelektualan perubahan pemikiran Ibnu Khaldun banyak diaplikasikan dalam
kehidupan masyarakat moden yang ingin mengimbangi antara pembangunan fizikal dan kerohanian.
Matlamat Pendidikan yang ditekankan oleh Ibnu Khaldun mencakupi kehidupan dunia dan kehidupan
akhirat serta sangat relevan dan digunapakai sehingga kini.
Apakah yang anda faham dengan sosiologi pendidikan? Apakah kepentingan sosiologi pendidikan di
sekolah?

Sosiologi Pendidikan.
Berdasarkan pemahaman saya sosiologi ialah ilmu berkaitan dengan kemasyarakatan. Sosiologi
merupakan suatu kajian yang sistematik dan saintifik mengkaji tentang manusia dan interaksi sosial
dalam masyarakat. Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk
mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Sosiologi pendidikan melihat pendidikan
dari segi perspektif sosiologi.

Sosiologi Pendidikan di sekolah.


Pendekatan kajian yang dipraktikkan dalam sosiologi pendidikan dapat dibahagi kepada dua
bentuk iaitu pendekatan mikro dan pendekatan makro. Pendekatan makro amat berkait rapat dengan
teori fungsionalisme dan teori konflik manakala pendekatan mikro melibatkan teori interaksionisme
simbolik. Antara kepentingan sosiologi Pendidikan di sekolah ialah guru dapat memahami sikap dan
tingkah laku pelajar dengan lebih mudah. Sekaligus dapat mewujudkan interaksi sosial yang baik
antara guru dan pelajar. Selain itu sosiologi Pendidikan juga dapat membantu para guru untuk
memahami tentang perbezaan sosial pelajar. Melalui pemahaman tentang perbezaan latar belakang
sosial dan ekonomi pelajar ,guru dapat merangka pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian.
Melalui sosiologi Pendidikan di sekolah, guru-guru dapat membantu mewujudkan kemahiran sosial
kepada pelajar dalam membentuk kepribadian dan jati diri pelajar.
Kesimpulannya, sosiologi pendidikan merupakan sosiologi yang melibatkan manusia dan
sosial, pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka
dalam dunia sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia
pendidikan yang dikelilingi masyarakat. Selain itu, masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi.
Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu
dengan lain. Sosiologi Pendidikan di sekolah merupakan asas utama untuk menentukan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.
FORUM 4 Apakah pemahaman anda tentang interaksionalisme simbolik? Bagaiamana
interaksionalisme simbolik berlaku dalam kelas?

Interaksionalime simbolik.

Mengikut pemahaman saya, teori Interaksionalisme simbolik merupakan teori yang mengkaji
bagaimana seseorang menginterpetasikan dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam
masyarakat. Setiap hari manusia terlibat dalam pergaulan dengan orang lain, maka hubungan antara
manusia ini melibatkan simbol. Simbol menyebabkan kita dapat mempelajari tentang diri kita dan
orang lain. Teori interaksionalisme simbolik mementingkan proses interaksi sosial manusia.
Sekiranya kita tidak bersosial maka kita tidak akan berkelakuan seperti manusia
biasa.Interaksionalisme simbolik dirumuskan melalui 3pola interaksi simbolik iaitu pertama simbol,
kedua proses interpretasi dan yang ketiga tanggapan.

Interaksionalisme simbolik di dalam kelas.

Interaksionalisme simbolik akan wujud apabila terdapat komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.
Interaksi simbolik dapat diaplikasikan dalam kelas melalui tingkah laku, mimik muka, suara dan
pergerakkan badan. Sebagai contoh apabila guru bertanya soalan pelajar menggelengkan kepala
sebagai tanda tidak tahu, atau pelajar lain mengangkat tangan tanda bersedia untuk menjawab. Selain
itu, apabila pelajar membuat bising, guru meletakkan jari di bibir sebagai simbolik supaya pelajar
diam. Pelajar yang berulang kali menguap sewaktu guru mengajar merupakan simbolik bahawa
pelajar tersebut bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Seseorang murid
yang menunjukkan unsur-unsur kesopanan apabila bersama dengan guru dan rakan-rakan dianggap
sebagai murid yang baik.
Kesimpulanya, interaksionalisme simbolik memainkan peranan penting dalam Pendidikan. Manusia
dapat berupaya untuk mengubahsuai makna-makna dan simbol-simbol yang mereka gunakan dalam
aksi dan interaksi berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi.
Apakah perubahan-perubahan sosial yang berlaku hari ini yang mempengaruhi sekolah? Bagaimana
penyelesaiannya

Masyarakat pada hari ini semakin menyedari bahawa keperluanPendidikan yang baik dan berkualiti
sangat berkait rapat dalam menentukan masa hadapan generasi anak bangsa. Fakta dan data dari
badan- badan yang telah membuat kajian berkaitan pendidikan seperti Bank Dunia, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menunjukkan pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar
kepada kadar keciciran pendidikan di dalam negara. Tidak kurang pula Malaysia antara negara yang
paling sedikit sesi persekolahan ketika pandemik. Akibatnya telah wujud pelbagai perubahan sosial
yang mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah khususnya.

Antara isu yang timbul ialah masalah pelajar yang tercicir dalam pelajaran akibat 2 tahun proses
pembelajaran atas talian. Tidak semua pelajar mempunyai kemudahan ICT yang lengkap. Kesanya
pelajar tidak dapat turut serta dalam kelas atas talian. Pelajar-pelajar tersebut tercicir dalam pelajaran
dan menyebabkan guru-guru perlu memberi fokus yang lebih kepada pelajar tersebut. Selain itu,
dalam mengejar arus pemodenan guru-guru perlu mengaplikasikan teknologi dalam bidang
Pendidikan. Kekangan utama ialah kekurangan prasarana , kemudahan fizikal dan digital di semua
sekolah terutamanya di sekolah luar bandar. Kesanya guru-guru perlu mencari dana sendiri untuk
mewujudkan penggunaan ICT dalam bilik darjah. Disamping itu, fenomena bahang cuaca panas yang
melanda semenanjung negara disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan
taburan hujan yang kurang juga memberi kesan kepada sekolah. Langkah yang sesuai perlu diambil
untuk memberi kesedaran kepada pelajar contohnya seperti kempen Kitar Semula, penanaman lebih
banyak pokok di Kawasan sekolah serta sekolah boleh mengenakan peraturan baru bagi penggunaan
air dan elektrik di sekolah. Hal ini bertujuan bagi mengawal penggunaan elektrik dan air daripada
terus dibazirkan. Penggunaan elektrik dan air yang tidak terkawal merupakan salah satu bentuk
kerosakan terhadap alam sekitar

Kesimpulanya, biarpun, sistem pendidikan negara sudah mengorak langkah dalam pembaharuan ke
arah arus pemodenan dan pendigitalan, masih terdapat ruang lompong yang boleh diperbaiki dan
dipertingkatkan agar tidak keciciran dengan kepesatan industri pendidikan dunia. Warga pendidik dan
ibu bapa tidak terkecuali perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan teknologi baharu kerana pola
pemikiran anak-anak hari ini semakin ke hadapan.

Anda mungkin juga menyukai