Anda di halaman 1dari 9

Mantera Beradu – M.

Nasir dan Malique

Lagu Oleh : Malique

Lirik Oleh : Malique dan M. Nasir

Masih belum sempurna..

(M.Nasir)

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…

Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)

Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal

Hanya berbual makan angin kembung perut mual

Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang

Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)

Pecah tembelang… peta dah hilang

Bangau dah pulang… suara sumbang

(Malique)

Lidahku kaku tak selicin kuku

Teman baikku buku

Bini ku pena.. tak pernah lena


Aku suka mengintai pantang ditenung

Berakhir pertelingkahan dalaman

Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang

Dilihat dua layang pandang

Tak lah sekarang

Takat meradang

Tanya.. abang gedang, apa barang?

Badan macam badang

Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol

Tradisi kekalkan adaptasi harus betul

Tujuh baris keramat tujuh garis penamat

Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)

Awan mendung yang berarak

Bawa tangis bawa resah

Rebah rindu yang terkumpul


Semua birat dan kalimah

Semua janji yang terikat

Lebur disisimu

(Malique)

Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan

Dari pengalaman bercakap dan bersalaman

Konflik motivasi cuba medatasi

Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan

sebelah Halang biar keduanya muka cantik

Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya

Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa

Testosterone testarosa

Cita-cita sosa KL KL kosa nostra

Jalan berliku ku harung roller coaster

Gah sentosa tiada penyesalan

Luas pandangan jauh dah berjalan Tak

sempurna masih ada kejanggalan

Gagal merancang, merancang kegagalan


(M.Nasir)

Awan mendung yang berarak

Bawa tangis bawa resah

Rebah rindu yang terkumpul

Semua birat dan kalimah

Semua janji yang terikat

Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau

Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau

Turun bukit pucat dengar tiga miaww

Kucing bawa tidur rimau bawa igau

Masuk tempat orang bawa otak bukan

pisau Tolak pintu gua tiga kerat tenaga

Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga

Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang

Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang


Kura-kura salah jawab pantun, naik berang

Panggil lima kawan atau biar pergi laju

Risaukan pekara remeh kita tak akan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu

Merah dah menyala pasti mati siapa mahu

Gagap tiga kali bercakap benar saja

bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M.Nasir)

Panjat pokok buluh cari tokong air terjun

Naik sampai nampak dah terpegun turun

Tiga ular ikut lompat atau paut

Kalau terus mati jika belok maut

(M.Nasir)

Awan mendung yang berarak

Bawa tangis bawa resah

Rebah rindu yang terkumpul

Semua birat dan kalimah

Semua janji yang terikat

Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi


Palu hati ku palu hatiku

(Malique)

Kulit tak besalin walau saling ganti baju Pandang sini pandang sini

Ku berbahasa baku kata kata nahu Himpun jadi satu

Mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar) Akhirnya sempurna

PENGENALAN

Pengkajian lirik yang seterusnya, lirik Mantera Beradu. Lagu ini telah ditulis oleh

Malique dan dinyanyikan sendiri oleh beliau dan M. Nasir. Menerusi lagu ini, penulis telah

menerapkan elemen-elemen puitis untuk menggambarkan kehidupan masyarakat kini. Penulis

juga menerapkan unsur-unsur nasihat, pengajaran dan sindiran dalam lagu tersebut.

TEMA

PERPADUAN

Penulis lirik Mantera Beradu turut menyelitkan elemen perpaduan dalam karyanya.

Elemen tersebut boleh didapati dalam rangkap dibawah.

Kulit tak bersalin walau saling ganti baju,

Pandang sini pandang sini,

Ku berbahasa baku kata kata nahu,

Himpun jadi satu,

Mantera beradu dengan irama dan lagu.


Didalam rangkap ini, terdapat elemen perpaduan yang dapat dihuraikan. Rangkap ini

menunjukkan maksud matlamat tidak bertukar walaupun telah bertukar pemimpin. Satu arahan

atau dasar yang ditetapkan adalah masyarakat perlu hidup bersatu padu seperti irama dan lagu.

NILAI-NILAI MURNI

Elemen nilai murni yang cuba diketengahkan dalam lirik Mantera Beradu oleh

penulis berada dalam rangkap lirik dibawah.

Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan,


Dari pengalaman bercakap dan bersalaman,
Konflik motivasi cuba medatasi,
Positif dan benci jadi inspirasi pagi.

Rangkap ini menjelaskan bahawa ilmu bukan sahaja diperolehi secara boleh diperolehi dalam

bentuk teori bahkan kita boleh menimba ilmu daripada pengalaman dan pergaulan kita dengan

orang lain tanpa mengira status, bangsa, mahupun warna kulit.

KEMASYARAKATAN

Elemen kemasyarakat dapat dikesan melalui lirik Mantera Beradu seperti dibawah.

Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal,


Hanya berbual makan angin kembung perut mual,
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang,
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang.

Rangkap ini menceritakan tentang masyarakat kini yang gemar bercakap kosong serta suka

menipu. Mereka ini akan merasa resah dan takut seandainya pembohongan mereka itu diketahui.
Sekiranya pembohongan itu diketahui maka masyarakat sekeliling akan sukar untuk menaruh

kepercayaan kepada mereka.

Awan mendung yang berarak,


Bawa tangis bawa resah,
Rebah rindu yang terkumpul,
Semua birat dan kalimah,
Semua janji yang terikat,
Lebur disisimu.

Rangkap ini menjelaskan tentang masyarakat kini yang tidak menepati janji. Ianya bertepatan

dengan peribahasa ‘janji melayu’ yang sering diungkapkan bagi menggambarkan situasi ini.

Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau,


Turun bukit pucat dengar tiga miaww,
Kucing bawa tidur rimau bawa igau.

Rangkap ini menjelaskan tentang masyarakat yang ego, sombong, degil dan sukar untuk

menerima nasihat. Apabila mereka telah ditimpa malang atau sekiranya perkara buruk berlaku

terhadap mereka maka barulah mereka ini insaf. Namun begitu setelah nasi menjadi bubur maka

kesalan atau penyesalan tersebut tidak berguna lagi.

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga,


Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga,
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang,
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang.

Bait-bait lirik ini adalah tentang keadaan politik yang berlaku pada masa ini. Walaupun

negara kita telah mencapai kemerdekaan namun isu perpaduan kaum tetap menjadi permasalahan
yang sukar untuk ditangani. Namun begitu, ia hanya boleh ditangani oleh seorang pemimpin

yang benar-benar berkaliber.

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang,


Kura-kura salah jawab pantun, naik berang,
Panggil lima kawan atau biar pergi laju,
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju,
Muka sama hijau hati siapa tahu,
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu,
Gagap tiga kali bercakap benar saja, bulan
terang ramai yang keluar buat kerja.

Rangkap ini menjelaskan tentang masyarakat yang suka mengambil tahu hal remeh. Hal

ini menyebabkan golongan masyarakat ini ketinggalan jauh dibelakang dalam menempuh arus

pemodenan dan kemajuan. Mereka juga hanya tahu mencari kesalahan orang lain dan sering

bertelagah sesama sendiri.

Anda mungkin juga menyukai