Anda di halaman 1dari 7

11/19/2018 Aku maafkan kamu-maksud tersirat | LoVe Phobia

30th July 2012 Aku maafkan kamu-maksud tersirat

[http://3.bp.blogspot.com/-sFr1_3aF3kU/UBY8Wix2-
kI/AAAAAAAAAl4/6uh9V4k3OHs/s1600/jamal-dan-malique.jpg]
Malique dan Jamal Abdillah..Suare depa memang best. Terbaekkk.

Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu [OFFICIAL VIDEO]

P/s- Entry ni dah lame aku simpan dari lagu ni masih panas lagi sebab masetu baru siap separuh, jadi tersimpanlah
sampai ke hari ni. Harini baru aku nak post. Ni dari pahaman aku sendiri, kalau ade salah aku cume manusia biase,
try2 je. Ok, sebenarnya, hah lama aku tunggu lagu yang buatkan kepale otak aku berfikir camni...Ramai yang kate
tak faham dengan lagu ni. Eh, yeke tak faham...? Jom kita dengar kejap.

P/s- Ok bile aku tengok video ni, mula2 je dah buat aku berfikir, kata Malique yang duet dengan Jamal Abdillah tapi

http://pijotpanadol.blogspot.com/2012/07/aku-maafkan-kamu-maksud-tersirat.html 1/7
11/19/2018 Aku maafkan kamu-maksud tersirat | LoVe Phobia

kenape mesti muka Zizan kat situ? Ok,la letak muka Zizan kat situ, mungkin lebih komersial. Malique kan dah lama tak
muncul di kaca TV. Atau mungkin Zizan tolong dari segi miming nyanyikan lagu Malique? Entah...

Ok, jom kita kaji dia punya lirik. Aku try je, k.

Ada teratak di hujung kampung


Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

P/s-punyelah panjang sampai 4baris, sebenarnya dia nak citer pasal "katak bawah tempurung". Maksud yang aku
faham...individu yang fikirannya sempit. "Katak melalak" pula maksudnya mungkin individu yang rasa dirinya saja
yang betul sampai tak mahu mendengar pendapat orang lain.

Atur sepuluh daktil batal yang batil


Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

P/s-Daktil ni mulanya memang aku tak faham, tapi bukak kamus Google...Daktil bermakdud "jari". Batil pula tak silap
aku "palsu". Jadi maksud tersirat dia mungkin, "susun sepuluh jari (mohon kemaafan) yang belom tentu lagi ikhlas.

P/s-"Detik dua usul ditutup satu lagi tampil"-maksud yang ada dalam kepala aku, dua dosa atau silap salah dah
dimaafkan, buat lagi dosa silap. Ni biasa jugak aku jumpe dalam sehari-harian aku, dah mintak maaf, esok lusa buat
lagi. Mintak maaf, punyelah nampak bersungguh-sungguh, tapi esok lusa buat lagi.

P/s-"Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil"-Rusuk kiri, bermaksud "perempuan"...satu susuk ganjil bermaksud
"individu lelaki atau maksud dia keturunan". Cuba baca betol2 ayat tu, "Dari halaman rusuk kiri satu susuk
ganjil"...Jadi aku rasa, dari 3baris atas tu maksudnya dia kata "perempuan yang datang entah dari keturunan ape
asyik pedajal dia, cari pasal...pastu mintak maaf. Pastu buat lagi, kemudian mintak maaf.

P/s-"Minta diisolasi dari dalil busuk jahil"- Diisolasi mungkin bermaksud "selesaikan atau hukuman atau kurungan".
Dalil busuk jahil, pula pada aku bermaksud "ayat yang salah, tak betul". Jadi, maksud 4baris ni mungkin bermaksud,
"tolong buatkan yang berkenaan insaf dan sedar dari kesilapan yang dilakukan".

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi


Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

P/s-"Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi"- Apa yang tersirat dalam hati atau apa yang di dambakan tak sama
dengan apa yang diluahkan.

P/s-"Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi"- Inkarserasi dari gabungan, "ingkar serasi" , penghuni dan
keluarga bumi, mungkin bermaksud "manusia". Maksud baris ni mungkin, "manusia dengan ingkar adalah serasi".
Jadi, dua baris ni menyatakan "manusia bertindak ingkar atau buat silap adalah perkara biasa, apa yang keluar dari

http://pijotpanadol.blogspot.com/2012/07/aku-maafkan-kamu-maksud-tersirat.html 2/7
11/19/2018 Aku maafkan kamu-maksud tersirat | LoVe Phobia

mulut tak sama dengan dalam hati.

P/s-"Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi"-Kalau baca betol2 aku dapat bayangkan dia nak kata "satu perjanjian
yang dah dibuat". Macam satu kontrak pon ade gak.

P/s-"Minta dikebumikan hidup2 dalam guni"-Dia dah tahu isi perjanjian tu banyak tak menyebelahi
dirinya(dikebumikan hidup2), tapi dia tak boleh nak kata apa2.(dalam guni)

P/s-"Mana cepat terbang atau warna gelang tangan"-Mana cepat terbang , mungkin maksud dia, tak kisahla apa pon,
asalkan apa yang diimpikan menjadi kenyataan.Warna, aku rasa dia nak kata "kulit individu", mungkin merujuk
'bangsa'. Gelang tangan-takdir usia. Jadi, maksud untuk 3baris ni mungkin, "Buat perjanjian pada pihak tertentu tak
kira bangsa ataupun usia untuk mencapai apa yang dihajatkan walaupun dah tahu isi kandungan perjanjian tu
banyak yang tidak menyebelahi dirinya.

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan


Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

P/s-"Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan"- Idea orang lain (buah fikiran aneh) tak tahu nak terima atau tak.
(tergantung di persimpangan)

P/s-"Halusinasi susuli ketandusan ihsan"-Perkara yang dibayangkan atau idea diri sendiri (halusinasi) tak di beri
muka atau peluang (ketandusan ihsan). Jadi, maksudnya 'Setelah jenuh apa yang diimpikan tidak di endahkan orang
lain, dia kemudiannya berfikir seolah2 impian menjadi kenyataan namun yang hakikatnya tidak.'

P/s-"Ubat parut auditori kesan artileri insan"-Ubat parut, 'penawar kisah lama'. Auditori, pentas cam auditorium tu.
Artileri, satu jenis meriam yang digunakan ketika berperang. Mungkin bermaksud 'tindakan', 'perlakuan' atau 'kuasa'.
Jadi, maksud untuk baris ni mungkin 'kedudukan yang sekarang adalah penawar kisah2 lama yang pernah dilakukan'

Aku maafkan kamu


Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam


Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

http://pijotpanadol.blogspot.com/2012/07/aku-maafkan-kamu-maksud-tersirat.html 3/7
11/19/2018 Aku maafkan kamu-maksud tersirat | LoVe Phobia

P/s-Dua baris diatas mungkin bermaksud, apa yang dipendam didalam hati penulis, kadangkala tak dapat diluahkan
dan kadangkala terlepas terserlah juga.

P/s-"Cermin muka kopak"-bedak compact, "penuh bintik hitam silam"-dosa yang lalu masih kelihatan.

P/s-"Ini bukan lagu rindu, ini madah dendam"-Perlakuan tidak baik terhadap penulis mengingatkannya, bukan rindu
tapi 'dendam' bererti belum maafkan.

P/s-"Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia, Ku dihukum masuk neraka oleh manusia"-Penulis diadili orang lain
tanpa bukti, sepertinya difitnah di usia mudanya.

P/s-"Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu"-Penulis minta pemfitnah tunjuk bukti tapi tiada jawapan
yang tepat atau tiada bukti yang dapat dikemukakan.

P/s-"Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu"- Penulis tetap dengan pendiriannya.

Maafkan mereka, mereka tidak tahu


Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

P/s-"Maafkan mereka, mereka tidak tahu"-Penulis menyindir pemfitnah dengan mengajak kita semua untuk maafkan
mereka.

P/s-"Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu"-tidak berpengetahuan (tidak ramas buku), kurang ilmu (segan
ilmu).

P/s-"Mereka tidak fasih malah fasik guna kata"-Kata2 yang dinyatakan tidak lancar/tergagap2 malah sudah tahu
perkara sebenar tapi tidak menyakini dan menyimpang dari fakta sebenar (fasik).

P/s-"Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa"-Bangsa yang sama tapi, lenggok bahasa terhadap penulis
berlainan bagi setiap pangkat dan darjat.

Maafkan mereka, mereka tiada nilai


Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

P/s-"Maafkan mereka, mereka tiada nilai, Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai, Tanpa kasih sayang, mereka suka
menyakiti "-Sekali lagi penulis menyindir dengan mengajak kita semua memaafkan mereka.

P/s-"Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati"-Maksud sama dengan "rambut sama hitam, hati lain2"..maksudnya,
warna mata kelihatan tapi warna hati (busuk atau tidak) tidak siapa yang tahu.

Atas kepala murai sekawan


Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

http://pijotpanadol.blogspot.com/2012/07/aku-maafkan-kamu-maksud-tersirat.html 4/7
11/19/2018 Aku maafkan kamu-maksud tersirat | LoVe Phobia

P/s-"Atas kepala murai sekawan"- orang2 yang mengata (murai sekawan). Yang lagi 3 baris tu, pendek kate...penulis
terlalu marah terhadap orang yang mengata memfitnah terhadapnya. Kemarahannya itu, sampai membuatkan
penulis tidak mahu mengadap muka yang memfitnah atau berkate balas.

Aku maafkan kamu


Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja


Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

P/s-"Jangan ahli sihir seru nama maharaja"-jangan biarkan orang yang sememangnya tidak baik
perilakunya/akhlaknya (ahli sihir) memilih ketua atau pihak atasan (maharaja)

P/s-"Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma"-merujuk pada pengkritik senyap seperti bloggers.

P/s-"Guna hak berfikir sebelum hak bersuara, Kalau terpelajar sila guna hak miranda"-(hak miranda) bermaksud hak
yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung di Amerika yang memberikan hak kepada pihak tertuduh untuk berdiam diri
di luar mahkamah. Pendek kate, penulis menyarankan 'kalau terpelajar baik diam je'.

P/s-"Pura2 dengar, telan tapi tidak hadam, Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham"- Maksudnya, kononnya dengar,
tapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan seperti lupa apa yang didengari, Kate sudah faham, bila di lafazkan tidak
faham maksudnya pula.

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca


Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

P/s-"Mereka mula kiri, aku kanan bila baca"-samala juga dengan "aku kate A, ko kate B" Atau 'mula kiri' bermaksud
tulisan rumi, 'kanan bila baca' bermaksud tulisan jawi.

P/s-"Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta"- 'rumi' bermaksud undang2 dunia, 'alif ba ta' bermaksud undang2
akhirat.

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)

http://pijotpanadol.blogspot.com/2012/07/aku-maafkan-kamu-maksud-tersirat.html 5/7
11/19/2018 Aku maafkan kamu-maksud tersirat | LoVe Phobia

Tersembunyi dalamnya ada tempurung


Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung


Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu


Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung


Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci


dari apa yang kubayangkan

Disiarkan 30th July 2012 oleh LoVephobia

5 Lihat ulasan

alien 30 Julai 2012 4:04 PTG


setahu aku malique mmg dah tanak kuar kat vclip,
die dah tanak liputan cam zaman dulu..
sbb tu dia ganti zizan..
Jawab

LoVephobia 30 Julai 2012 4:12 PTG


oh, yeke...La...nape...pe salahnye dapat liputan cam dulu...
Jawab

Unknown 22 Ogos 2016 1:47 PTG


bagi saya rangkap
"mereka mula kiri aku kanan bila baca"
itu kedengaran seperti kita semua kebanyakkan tidak memulakkan sesuatu dengan bismillah,jika nak diikutkan
bismillahirahmannirohim didalam bahasa jawi dan ia bermula dibahagian kanan bacaan. wallahualam
Jawab

http://pijotpanadol.blogspot.com/2012/07/aku-maafkan-kamu-maksud-tersirat.html 6/7
11/19/2018 Aku maafkan kamu-maksud tersirat | LoVe Phobia
KhairulNizarMokhtar 17 Januari 2017 4:22 PTG
Bab tang inkarserasi tu bahasa org putih. Incarcerate = memenjarakan.
Malique mmg suka terjemah ayat english ke bahasa melayu.
Peneutralisasi = naturalization

Mcmtulah lebih kurg.


Jawab

yusuv 2 Februari 2018 4:49 PTG


Atur sepuluh jari minta maaf juga walau sebenarnya tak bersalah (batal yg batil)

Dari halaman kiri satu susuk ganjil, bukan cakap pasal perempuan. Tapi 'heart' yakni jantung yg letaknya lebih ke
peparu kiri.
Minta diisolasi (diasingkan) dari dalil busuk jahil (lidah yg sering berkata kata buruk) - means: jangan cakap ikut
sedap mulut la.

Ok tu je larat..daa
Jawab

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai: bamahaiqal@g Log keluar

Terbitkan Pratonton Beritahu saya

http://pijotpanadol.blogspot.com/2012/07/aku-maafkan-kamu-maksud-tersirat.html 7/7

Anda mungkin juga menyukai