Anda di halaman 1dari 5

FORUM 7 : SOSIALISASI

Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada
pada seseorang dalam institusi sosial.Merupakan proses pembelajaran sepanjang
hayat.Sosialisasi juga suatu konsep yang dibincangkan dalam pelbagai ilmu asas
termasuk sosiologi, psikologi dan falsafah.

JENIS DAN AGEN SOSIALISASI

Terdapat beberapa peringkat dan pembahagian jenis sosialisasi, Jenis pertama


ialah sosialisasi permulaan (primer) dimana berlaku pada zaman awal kanak-kanak
prinsipnya berlaku dalam persekitaran keluarga.Sosialisais permulaan sangat penting
untuk perkembangan masa kemudian.Ia merupakan proses kanak-kanak belajar
menjadi makhluk sosial dewasa.Pada peringkat ini kanak-kanak membina konsep diri,
personaliti, kemahiran, penaakulan dan kemahiran bahasa.Keduanya sosialisasi
penyertaan (sekunder), iaitu proses sosialisasi ransangan ke dalam kumpulan di luar
keluarga.Dengan kata lain ia merupakan proses bagaimana budaya dipindahkan
kepada individu oleh agen-agen sosialisasi lain seperti rakan sebaya, guru, media
massa, sekolah, agama, tempat kerja dan lain-lain.Sosialisasi sekunder boleh
berlaku pada banyak tempat dan keadaan.Apabila seseorang berhadapan dengan
sesuatu yang baru ditempat baru, dia perlu menyesuaikan diri untuk terus sesuai
dalam kelompok sosial, sebagai contoh seseorang yang baru memasuki universiti
perlulah mensosialisasikan dirinya di sana.Ketiga ialah sosialisasi semula
(resosialisasi), sosialisasi semula bermaksud proses di mana seseorang menukarkan
atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup yang sedia ada kepada yang baru dan
berbeza secara drastik atau radikal.Perubahan ini berlaku dalam keadaan yang
terdesak atau terpaksa.

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

Penyebar ilmu kemasyarakatan.


Membentuk dan mendidik murid.
Memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid-murid.
Sebagai role model kepada murid dan masyarakat.
Pembentuk dan penggerak masyarakat penyayang.
Penghubung diantara guru, ibubapa, masyarakat serta penyumbang kepada
masyarakat.

FORUM 6 : STRATIFIKASI SOSIAL

STRATIFIKASI SOSIAL

Perbincangan ketidaksamaan berkaitan dengan stratifikasi sosial


Maksud Stratifikasi sosial adalah susun lapis Hhierarki struktur masyarakat yang
menunjukkan perbezaan antara individu-individu, kumpulan-kumpulan yang secara
umumnya berlaku dalam semua masyarakat.
Peluang dan keistimewaan tertentu diperolehi tiap-tiap orang mahupun
kumpulan dalam lapisan sosial berbanding pada yang berada di lapisan lain.

STRATIFIKASI TRADISI :

RAJA

PEMBESAR

RAKYAT

HAMBA
STRATIFIKASI MODEN :

KELAS ATASAN

KELAS MENENGAH

KELAS PEKERJA

KELAS BAWAH

KESAN STRATIFIKASI TERHADAP PENDIDIKAN

Perbezaan pencapaian akademik contoh pencapaian orang kulit putih, asia dan kulit
hitam.
Pergaulan antara murid terbatas disebabkan perbezaan kelas stratifikasi.
Layanan yang berbeza contoh pelajar daripada keluarga yang berada memberi
perhatian dan diberi perhatian.
Hubungan antara ibubapa turut terkesan apabila status pekerjaan ibubapa lebih
tinggi berbanding guru.

MOBILITI SOSIAL

Pendidikan moden mempunyai fungsi sebagai alat mobiliti.Mobiliti sosial


bermaksud pergerakan individu ataupun kumpulan antara kedudukan yang berbeza
dalam hierarki stratifikasi sosial masyarakat. Mobiliti sosial boleh berlaku secara
menegak iaitu pergerakan ke atas atau ke bawah dalam heirarki. Mobiliti mendatar
iaitu pergerakan dalam kelas sosial yang sama. Ianya boleh berlaku dalam satu
generasi atau antara generasi berlainan. Masyarakat moden dicirikan oleh stratifikasi
sosial.Kelas sosial yang lebih tinggi dianggap lebih baik daripada yang
dibawahnya.Timbul persaingan ahli-ahli masyarakat untuk menigkatkan kelas sosial
masing-masing.Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kedudukan kelas
sosial.Umpamanya mobiliti sosial boleh diperoleh melalui warisan, perniagaan,
perkahwinan, bakat dan pendidikan.Daripada pelbagai cara mobiliti sosial, maka
pendidikan merupakan ciptaan yang paling banyak membantu ahli-ahli masyarakat
moden meningkatkan kedudukan sosial.Pendidikan sebenarnya telah merasionalkan
dan mengesahkan kedudukan seseorang dala struktur sosial.Proses sosialisasi oleh
agen pendidikan berfungsi menyesuaikan individu-individu sebagaimana yang
dikehendaki oleh masyarakat moden.
Kesimpulannya, pada hari ini kedudukan kelas sosial dan pekerjaan selalu
menjadi pengukur mobiliti sosial dan lebih mudah didapati berlaku dalam
masyarakat moden berbanding dengan masyarakat tradisional terutamanya
disebabkan oleh pendidikan.

Tahniah saya ucapkan kepada saudara Aizuddin kerana telah menyiapkan slide yang
ringkas, menarik dengan jayanya. Saya bersetuju dengan apa yang telah saudara
kemukakan didalam slide tersebut tentang jenis-jenis sosialisasi, Sukanya saya untuk
menambah jenis yang ketiga daripada jenis-jenis sosialisasi. Jenis yang ketiga adalah
Sosialisasi Semula (RESOSIALISASI), sosialisasi semula bermaksud proses di mana
seseorang menukarkan atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup yang sedia ada
kepada yang baru dan berbeza secara drastik atau radikal.Perubahan ini berlaku
dalam keadaan yang terdesak atau terpaksa. Contohnya apabila seseorang ditimpa
kecelakaan, dibuang kerja, tiba-tiba cacat dan seumpamanya. Sosialisasi semula juga
boleh disebabkan berlaku perubahan yang dikehendaki oleh masyarakat. Misalnya,
seorang penagih dadah atau penyamun yang ditempatkan dipusat tahanan kerana
dikehendaki mengubah perangai. Kemungkinan lain berlakunya sosialisasi semula
ialah kerana perubahan mendadak pada masyarakat. Misalnya kesan peperangan di
Iraq telah menyebabkan mereka yang terlibat menukar cara hidup. Contah lain
adalah disebabkan berlaku bencana alam, revolusi, kemelesetan atau perubahn
sistem politik.

Saya bersetuju dengan apa yang telah dikemukakan oleh saudari, stratifikasi
menunjukkan ketidaksamaan yang berlaku dalam skala besar masyarakat.
Masyarakat moden dicirikan oleh stratifikasi sosial. Stratifikasi sosial zaman moden
hari ini juga dikaitkan dengan perkara-perkara bersangkutan dengan gender, kaum,
pekerjaan dan status sosioekonomi. Pada zaman moden kedudukan sosial seseorang
boleh ditentukan oleh kedua-dua faktor warisan dan capaian. Kelas sosial yang lebih
tinggi dianggap lebih baik daripada yang dibawahnya.Timbul persaingan ahli-ahli
masyarakat untuk menigkatkan kelas sosial masing-masing.Terdapat pelbagai cara
untuk meningkatkan kedudukan kelas sosial.Umpamanya mobiliti sosial boleh
diperoleh melalui warisan, perniagaan, perkahwinan, bakat dan pendidikan.Daripada
pelbagai cara mobiliti sosial, maka pendidikan merupakan ciptaan yang paling
banyak membantu ahli-ahli masyarakat moden meningkatkan kedudukan
sosial.Pendidikan sebenarnya telah merasionalkan dan mengesahkan kedudukan
seseorang dala struktur sosial.Proses sosialisasi oleh agen pendidikan berfungsi
menyesuaikan individu-individu sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat
moden.Kesimpulannya, pada hari ini kedudukan kelas sosial dan pekerjaan selalu
menjadi pengukur mobiliti sosial dan lebih mudah didapati berlaku dalam
masyarakat moden berbanding dengan masyarakat tradisional terutamanya
disebabkan oleh pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai