Anda di halaman 1dari 21

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN SIKAP


POSITIF

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus kepada disiplin Pengajian Sosial untuk


pemupukan domain afektif yang merangkumi nilai murni, nilai patriotik dan
nilai alam sekitar.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan domain afektif dalam pembentukan sikap positif


2. Menerangkan dengan contoh nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam
sekitar dalam kehidupan seharian
3. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan
kesedaran umum terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan alam sekitar

1.2 KERANGKA TAJUK

DISIPLIN PENGAJIAN SOSIAL UNTUK PEMUPUKAN DOMAIN AFEKTIF

Disiplin Pengajian
Sosial untuk
pemupukan domain
afektif

Nilai Murni Unsur Patriotisme Nilai Alam Sekitar

5
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

1.2.1 NILAI MURNI

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan
Tuhan. Wan Zaid (1968) menyatakan nilai murni merupakan tanggapan
berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga
menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya
diasaskan kepada agama. Menjadi tujuan semua agama untuk membentuk
kehidupan penganutnya bersikap baik dan berakhlak mulia.

Di sekolah guru-guru memainkan peranan sebagai ibu bapa dalam


membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan bermula
daripada pendidikan prasekolah hinggalah kepada proses pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan amalan murni.

Dalam Jadual berikut ialah contoh-contoh nilai murni dan subnilai yang
bukan sahaja boleh diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
malah boleh juga diterapkan secara sama ada secara langsung atau tidak
langsung melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

NILAI MURNI SUBNILAI

Baik Hati
Sikap yang sentiasa mengambil berat Belas kasihan
terhadap perasaan dan kebajikan orang lain Bertimbang rasa
secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini boleh Murah hati
dilihat dengan menilai tindak tanduk
seseorang terhadap orang lain.

Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan Bertanggungjawab
sesuatu tanpa bergantung pada orang lain Berupaya bertindak sendiri
Yakin pada diri sendiri

6
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Hemah Tinggi
Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan Kesopanan
lemah lembut serta budi bahasa yang patut Mengakui kesalahan diri
diamalkan oleh seseorang individu dalam Ramah mesra
hubungannya dengan anggota masyarakat
yang lain.

Hormat-menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan Hormat kepada ibu bapa,
institusi sosial dengan memberikan layanan guru, rakan dan pemimpin
yang sopan. Hormat kepada raja dan
negara
Patuh kepada undang-undang

Kasih Sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang Sayang kepada nyawa
mendalam dan berkekalan yang lahir Sayang kepada alam
daripada hati yang rela terhadap sesuatu sekeliling
Cinta kepada negara
Cinta kepada keamanan

Keadilan
Tingkah laku, pertuturan serta keputusan Adil
yang saksama dan tidak berat sebelah Saksama

Kebebasan
Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan Kebebasan di sisi undang-
asalkan kebebasan itu tertakluk kepada undang
peraturan dan undang-undang yang Kebebasan dalam sistem
ditentukan oleh agama, masyarakat dan demokrasi
negara.

Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi Berani dengan tidak membuta
cabaran dengan yakin dan tabah hati. tuli
Keberanian itu perlu ada pada setiap orang Berani kerana benar
tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya Berani mempertahankan
kerana keberanian yang melulu boleh Keberanian
mengakibatkan bencana Berani bertanggungjawab

Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat Amanah
baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan Bercakap benar
balasan. Ikhlas

7
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Kebersihan Fizikal dan Mental


Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh Kebersihan diri
badan yang perlu dijaga oleh setiap indvidu. Kebersihan persekitaran
Pemeliharaan alam sekeliling supaya bebas Pertuturan dan kelakuan yang
daripada kekotoran dan pencemaran. sopan
Pandangan, cadangan, pendapat, dan Pemikiran yang sihat dan
pemikiran yang bernas harus dipupuk untuk membina
kebaikan diri dan masyarakat.

Kerajinan
Usaha berterusan yang penuh dengan Cekal
semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, usaha
dedikasi dan daya usaha dalam melakukan Dedikasi
sesuatu perkara. Gigih
Tekun

Kerjasama
Semua pihak sedia bantu-membantu, Persaudaraan
berkongsi dan rela menjalankan tugas Tanggungjawab bersama
masing-masing. Usaha yang baik dan Toleransi
membina yang dilakukan secara bersama Gotong royong
pada peringkat individu, komuniti, masyarakat Kebaikan bersama
dan negara untuk mencapai sesuatu
matlamat.

Kesederhanaan
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat Sederhana dalam menimbang
pertimbangan sama ada dalam pemikiran, kepentingan diri dan orang lain
pertuturan atau tingkah laku supaya sesuai Tidak keterlaluan dalam
dengan norma dan nilai pertuturan dan tingkah laku

Kesyukuran
Kesyukuran bermaksud kita harus berterima Berterima kasih
kasih dan bersyukur di atas kemudahan- Mengenang budi
kemudahan yang kita peroleh. Kesyukuran Memberi penghargaan
merujuk kepada perasaan dan perlakuan
yang dilahirkan kerana nikmat dan
kesenangan yang diperoleh seseorang itu.

Semangat Bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan Bermuafakat
semangat kekitaan bagi kepentingan Kejiranan
bersama untuk mewujudkan keharmonian Peka kepada isu-isu sosial
hidup dalam masyarakat. dalam masyarakat-isu sosial

8
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Rasional
Rasional bererti boleh berfikir berdasarkan Sikap rasional asas
alasan dan bukti yang nyata serta dapat pertimbangan yang wajar
mengambil tindakan berasaskan Kesudian memberi teguran
pertimbangan yang wajar tanpa dipengaruhi membina dan bersedia
oleh emosi. Orang yang rasional boleh menerima teguran orang lain.
membuat pertimbangan dan penaakulan serta Pemikiran rasional penting
berfikiran secara logik dan terbuka. dalam menangani konflik

Membuat Nota

1. Nyatakan tiga domain afektif dalam


pembentukan sikap positif seseorang murid.

2. Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang


nilai murni dalam kehidupan seharian anda.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

1.2.2 UNSUR PATRIOTISME

Pada umumnya, patriotisme ditakrifkan sebagai sikap-sikap positif dan


menolong terhadap negara oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan.
Patriotisme juga berkaitan dengan bangsa dan negara itu sendiri. Patriotisme
juga merujuk sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa
melalui pemeliharaan ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, identifikasi dengan
ahli-ahli lain dalam bangsa itu. Patriotisme juga membayangkan bahawa
seseorang itu wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding
kepentingan diri dan kelompoknya.

Patriotisme boleh dikategorikan kepada patriotisme peribadi dan


patriotisme rasmi. Sebagai contoh, menghormati bendera adalah patriotisme

9
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

peribadi kerana seseorang itu berperasaan dan sukarela untuk mematuhi nilai-
nilai patriotik. Patriotisme rasmi biasanya penuh dengan simbolik dan istiadat
untuk kepentingan negara itu sendiri supaya memperoleh kesahan bersama
komuniti politik. Sebagai contoh, Hari Pahlawan dan Tugu Negara ialah
patriotisme rasmi yang diatur oleh protokol dengan tujuan tertentu.

Berikut ialah beberapa contoh unsur patriotisme yang boleh diterapkan


dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial.

CONTOH-CONTOH UNSUR PATRIOTISME

 Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri


 Berterima kasih kepada keluarga kerana menyediakan rumah yang
selesa
 Berbangga dengan keistimewaan tempat sendiri
 Bersama bertanggungjawab untuk meningkatkan imej tempat sendiri
 Menghormati ketua-ketua pentadbiran setempat
 Menyedari bahawa masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai
kaum
 Bekerjasama dengan negara jiran untuk kepentingan bersama.
 Menghormati negara-negara lain untuk menjamin keamanan dunia.
 Menghargai jasa pengasas kerajaan Melaka
 Menyedari pentingnya menuntut ilmu
 Kesedaran bersama untuk mempertahankan negara
 Bersatu padu mempertahankan negara
 Memupuk semangat kekitaan serta perpaduan menentang
penjajahan
 Menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.
 Menghormati amalan dan kepercayaan setiap kaum
 Menyemaikan semangat cinta akan negara
 Menyemaikan semangat integrasi nasional
 Bersama bertanggungjawab memelihara warisan sejarah.
 Menghargai kemajuan teknologi ke arah kemakmuran ekonomi
negara.

10
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Membuat Nota

Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang unsur


patriotisme dalam kehidupan seharian anda.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

1.2.3 NILAI ALAM SEKITAR

Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang


kualiti alam sekitar supaya generasi masa hadapan dapat mengawal kehidupan
mereka dan memakmurkan masa hadapan. Pelajar diharapkan dapat menghargai
betapa pentingnya usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Bagi mencapai matlamat tersebut maka seseorang guru khususnya guru


mata pelajaran Pengajian Sosial perlu menerapkan nilai alam sekitar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penerapan nilai alam sekitar juga
boleh dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan juga aktiviti khidmat komuniti.
Berikut ialah beberapa contoh nilai alam sekitar yang boleh diterapkan melalui
aktiviti-aktiviti tersebut.

NILAI ALAM SEKITAR HURAIAN NILAI ALAM SEKITAR

Prinsip bekerjasama Peranan kita adalah untuk memahami,


bekerjasama seiring jalan serta hidup berharmoni
dengan alam tabii dan bukan untuk menawan,
menjajah serta mengeksploitasinya.

Prinsip menghormati Semua spesis sama ada berguna atau tidak


alam / bumi kepada manusia mempunyai hak untuk hidup /
sekurang-kurangnya berjuang untuk hidup

11
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Prinsip kehidupan Kebahagiaan hidup diperolehi daripada kemajuan


seimbang dalam aspek kebendaan dan kerohanian tanpa
mengabaikan kemajuan alam sekitar.

Prinsip kerosakan Apabila kita terpaksa melakukan perubahan


minima kepada alam / bumi untuk memenuhi keperluan
kita, kita mestilah memilih cara yang
mengakibatkan kerosakan yang minima.

Prinsip rendah diri Bumi bukanlah milik manusia sahaja; kita adalah
sebahagian daripada bumi / alam ini.

Prinsip mengiktiraf hak Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan


generasi akan datang yang sama kalau tidak pun lebih baik daripada apa
yang kita temui pada mulanya

Prinsip tanggungjawab Setiap orang mestilah bertanggungjawab ke atas


setiap individu pencemaran dan degrasi alam sekitar yang
diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di
tempat orang lain, seumpama kita racuni orang
yang mendiami tempat itu.

Prinsip perlindungan Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar


dan pemuliharaan dan memperbaiki semula yang telah rosak.
ekosistem

Membuat Nota

Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang nilai


alam sekitar dalam kehidupan seharian anda.

Rehat

Latihan 1

Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi


meningkatkan kesedaran umum terhadap nilai-nilai
berikut:
1.1 Nilai murni
1.2 Unsur patriotisme
1.3 Nilai alam sekitar

12
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

TAJUK 2 PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI,


MORAL DAN ETIKA

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus kepada peranan guru dalam pemupukan nilai
moral dan etika serta pentaksiran penerapannya dalam pengajaran dan
pembelajaran, kegiatan kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

2.1.1 Menggunakan kemahiran berfikir mengenai pemupukan nilai murni, unsur


patriotisme dan nilai alam sekitar seseorang guru.
2.1.2 Mensintesis dan mencadangkan cara-cara bagi pembentukan sikap positif
semasa pengajaran dan pembelajaran.
2.1.3 Menulis refleksi kendiri sejauh manakah amalan positif ini telah diterapkan
dengan jayanya dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.1.4 Mencadangkan beberapa langkah yang boleh digunakan oleh guru bagi
menerapkan nilai, moral dan etika semasa pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.
2.1.5 Memperjelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh diserapkan dengan unsur
penerapan nilai.
2.1.6 Menghubungkaitkan aktiviti kurikulum dengan penerapan kokurikulum.
2.1.7 Menunjukkan cara bagaimana penerapan nilai boleh diaplikasikan di
dalam kokurikulum.
2.1.8 Menyusun strategi bagi memanfaatkan penerapan nilai dalam
kokutikulum.
2.1.9 Mengenal pasti beberapa langkah bagi tujuan penilaian nilai murni, unsur
patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kokurikulum.
2.1.10 Menganalisis cara membuat pentaksiran

13
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2.1.11 Mengaplikasikan beberapa aktiviti yang boleh dinilai menggunakan


kaedah temubual dan pemerhatian
2.2 KERANGKA TAJUK

PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI, MORAL DAN ETIKA

Peranan Guru
Dalam
Pemupukan
Nilai, Moral dan
Etika

Penerapan nilai Penerapan nilai Penerapan nilai


Pentaksiran
murni, unsur murni, unsur murni, unsur
Penerapan nilai
patriotisme dan patriotisme dan patriotisme dan
murni, unsur
nilai alam nilai alam nilai alam
patriotisme dan
sekitar dalam sekitar dalam sekitar dalam
nilai alam
Pengajaran & Kegiatan Aktiviti Khidmat
sekitar
Pembelajaran Kokurikulum Masyarakat

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pemupukan nilai


murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kalangan murid. Selain
daripada menerapkan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam
pengajaran dan pembelajaran, kegiatan kokurikulum dan aktiviti khidmat
masyarakat guru juga perlu membuat pentaksiran terhadap keberkesanan
penerapan nilai-nilai tersebut.

14
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2.2.1 PENERAPAN NILAI MURNI, UNSUR PATRIOTISME DAN NILAI ALAM


SEKITAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Usaha membangunkan nilai-nilai sosial di dalam diri pelajar amat penting.


Nilai sosial adalah nilai yang dianuti oleh sesuatu masyarakat mengenai apa
yang dianggap baik dan apa yang dianggap buruk oleh masyarakat itu. Sebagai
contoh, seseorang yang menolong orang lain yang berada di dalam kesusahan
diterima sebagai nilai baik, manakala mencuri harta benda orang lain adalah nilai
buruk.

M.Z. Lawang menyatakan nilai adalah gambaran mengenai apa yang


diinginkan, yang pantas, berharga, dan dapat mempengaruhi perilaku sosial
daripada orang yang bernilai tersebut. Mengikut Woods, nilai sosial sebagai
petunjuk umum yang telah lama berlaku dan mengarahkan tingkah laku dan
kepuasan dalam kehidupan sehari-hari. W.A. Green pula mengatakan nilai sosial
adalah kesedaran yang secara relatif berlangsung disertai emosi terhadap objek.
Di samping itu, Menurut Hendropuspito nilai sosial ialah segala sesuatu yang
dihargai masyarakat kerana mempunyai daya guna fungsional bagi
perkembangan kehidupan manusia.

Guru boleh membentuk sikap positif dan menerapkan nilai murni, unsur
patriotisme dan nilai alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Pengajian Sosial melalui cara-cara berikut.

Pembentukan sikap positif dan penerapan nilai boleh dilakukan melalui


aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang realistik. Isi pelajaran hendaklah
berupaya membangunkan pemikiran pelajar hasil daripda pemerolehan
pengetahuan. Sesuatu yang dipelajari itu hendaklah relevan dengan kehidupan
seharian. Di samping itu, bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

15
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

yang digunakan hendaklah berunsur stimulatif, iaitu dapat merangsang minat dan
respons pelajar.
Guru hendaklah memastikan bahawa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang dapat menggalakkan perlakuan yang bermatlamat.
Ini bererti strategi pengajaran dan pembelajaran itu berorientasikan aktiviti dan
berpusatkan pelajar serta mengambil kira aspek pencapaian matlamat selaras
dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru juga perlu melibatan pelajar
dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
supaya dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, guru perlu menyediakan ruang untuk para pelajar


membuat refleksi kendiri terhadap amalan nilai selepas sesuatu langkah
pengajaran dan juga dalam penutup.

Seseorang guru hendaklah merancang bagaimana sesuatu nilai itu dapat


diterapkan dalam mana-nama langkah pengajaran yang sesuai. Pelaksanaan
sesuatu aktiviti penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar
dalam prosedur pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial
boleh dibuat sama ada secara langsung atau tersirat.

Penerapan nilai-nilai tersebut hendaklah berpandukan hasil pembelajaran


berkaitan nilai yang ingin dicapai, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan.
Penerapan nilai perlulah berbentuk aktiviti (activity-based), berpusatkan pelajar
(student-centered), berbentuk inkuiri dan aktiviti penyelesaian masalah.

Membuat Nota
Dalam bentuk grafik, nyatakan empat cara untuk
membentuk sikap positif semasa pengajaran dan
pembelajaran.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

16
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Rehat
2.2.2 PENERAPAN DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DAN AKTIVITI
KHIDMAT KOMUNITI

Guru perlu menerapkan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam
sekitar melalui kelab dan persatuan, badan beruniform dan sukan dan
permainan serta aktiviti khidmat komuniti dan projek khas sukarelawan. Sebagai
contoh, nilai menghormati sesuatu keputusan mesyuarat harus wujud dalam diri
murid bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran. Murid hendaklah diberi
tanggungjawab untuk mengurus kelab dan persatuan, badan beruniform dan
sukan dan permainan mengikut peranan murid-murid tersebut. Contohnya,
seseorang murid yang dipilih menjadi pengerusi sesuatu persatuan harus diberi
tanggungjawab untuk mempengerusikan sesuatu mesyuarat dan membuat
keputusan berdasarkan keputusan bersama.

Penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar juga perlu
diterapkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti
berbentuk amali ke arah pemantapan nilai dan etika dalam diri murid.

Nilai murni seperti kerjasama, guru penasihat yang membuat pemantauan


terhadap aktiviti berbentuk amali hendaklah berupaya mengesan penerapan nilai
murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar menggunakan kaedah
pentaksiran yang sesuai.

Membuat Nota

Dalam bentuk grafik, jelaskan bagaimana penerapan


nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar
boleh diaplikasikan di dalam aktiviti-aktiviti berikut:

a) Aktiviti kokurikulum
b) Aktiviti khidmat komuniti

17
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

2.2.3 PENTAKSIRAN PENERAPAN NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI KO-KURIKULUM.

Pentaksiran penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran dan


aktiviti kokurikulum bertujuan untuk menilai perkembangan dan kemajuan setiap
murid secara menyeluruh dan berterusan dari segi nilai murni, unsur patriotisme
dan nilai alam sekitar.

Pentaksiran penerapan nilai hendaklah bersifat formatif dan menekankan


perkembangan individu. Maklumat yang diperoleh memberi maklum balas
tentang tahap dan kesan penerapan nilai dalam kalangan murid.

Pentaksiran dikendalikan oleh guru secara bersistem iaitu merancang,


mengurus, merekod, melapor dan membuat tindakan susulan. Pentaksiran ini
menggunakan pelbagai kaedah seperti senarai semak, rekod anekdot,
pemerhatian, temu bual dan soalan subjektif.

Membuat Nota

Terangkan secara ringkas lima kaedah yang boleh


digunakan oleh seseorang guru untuk membuat
pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur
patriotisme dan nilai alam sekitar dalam pengajaran
dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

18
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

SENARAI SEMAK

Senarai semak mengandungi aktiviti yang disusun dengan teliti bagi


membolehkan guru menilai tahap penerapan yang berlaku semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Kandungan senarai
semak berdasarkan nilai-nilai yang telah dirancang dalam prosedur pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran serta juga aktiviti kokurikulum. Senarai semak
boleh disediakan secara individu atau berkumpulan seperti contoh berikut.

Borang Senarai Semak : Sikap Murid Terhadap Jiran

Arahan : Tandakan ( √ ) pada ruang yang sesuai.

Bil. Penyataan Ada Tiada

1. Saya menyapa jiran apabila bersua dengan mereka

2. Saya tidak akan mengambil barang kepunyaan jiran

3. Saya tidak mengotorkan kawasan rumah jiran.

4. Saya berkawan baik dengan anak jiran

5. Saya berbuat bising sehingga mengganggu jiran

Aktiviti
Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Senarai
Semak untuk membuat pentaksiran terhadap nilai
murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

19
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

REKOD ANEKDOT

Rekod Anekdot ialah suatu alat pemerhatian yang menunjukkan


tahap dan kualiti penguasaan serta pencapaian tingkah laku murid dalam
perkara tertentu. Rekod ini sesuai digunakan untuk mengesan atau memerhati
tahap perkembangan murid terutamanya tahap penerapan nilai murni, unsur
patriotisme dan nilai alam sekitar yang diharapkan.

Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot – Unsur Patriotisme

Aktiviti : Perhimpunan Sekolah


Tarikh : .....................................

Bil. Nama Murid Menghormati Lagu Kebangsaan Catatan


Berdiri tegak semasa menyanyikan
1 Murid A lagu Kebangsaan
Berbual-bual dengan kawan semasa
2 Murid B menyanyikan lagu Kebangsaan
Tidak berdiri tegak

3 Murid C Menyanyi dengan penuh semangat


Berdiri tegak

Aktiviti
Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Rekod
Anekdot untuk membuat pentaksiran terhadap nilai
murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas

Rehat

20
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

TEMU BUAL

Temu bual ialah suatu kaedah untuk memperoleh maklumat tentang


pandangan, pemikiran, idea dan prinsip diri responden tentang sesuatu isu atau
perkara. Temu bual boleh digunakan oleh seseorang guru untuk membuat
pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam
sekitar yang hendak dinilai.

Aktiviti : Perkhemahan Unit Beruniform


Tempat : ________________________ Tarikh : ________
Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Soalan Temu Bual : Nilai Alam Sekitar

Bil. Soalan Jawapan Murid

1 Bagaimanakah sampah sarap


diurus sepanjang tempoh
perkhemahan?

2 Apakah peraturan berkaitan dengan


alam sekitar yang harus diikuti
semasa mendirikan khemah?

3 Nyatakan aktiviti yang dijalankan


untuk memelihara alam sekitar
sepanjang tempoh perkhemahan?

Aktiviti
Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Temu Bual
untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni,
unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

21
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

PEMERHATIAN

Amalan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar boleh ditaksir
melalui Kaedah Pemerhatian sama ada dalam atau di luar bilik darjah. Melalui
kaedah ini guru akan dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan dengan
sikap dan tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Perkara : Cara Murid Mempraktikkan Jadual Waktu


Nilai : Bertanggungjawab

Perkara Ada/Tiada

BERTANGGUNGJAWAB
 Murid menggunakan waktu belajar dengan
bertanggungjawab.
 Murid menggunakan waktu riadah dengan
bermanfaat.
 Murid memilih rancangan TV yang sesuai.
 Murid membantu keluarga dengan
bertanggungjawab.

ULASAN / KOMEN :

Aktiviti
Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah
Pemerhatian untuk membuat pentaksiran terhadap
nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

22
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

SOALAN SUBJEKTIF

Melalui soalan subjektif kita akan memperoleh banyak maklumat tentang


nilai yang ingin diketahui dengan lebih mendalam kerana responden bebas
mengemukakan pelbagai pandangan dan pendapat. Oleh itu, guru akan lebih
mudah mentaksir tahap amalan nilai yang dikehendaki.

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Tajuk : Semangat Kejiranan


Nilai : Hormat-menghormati

Bil. Soalan Jawapan Murid

1 Bagaimanakah anda
mengenali jiran?

2 Apakah aktiviti kejiranan


yang pernah anda ikuti?

3 Berapa kerapkah anda


mengunjungi rumah jiran dan
apakah tujuan anda?

4 Pernahkah anda menziarahi


rumah jiran semasa hari
perayaan? Ceritakan
pengalaman anda.

Aktiviti
Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Soalan
Subjektif untuk membuat pentaksiran terhadap nilai
murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

23
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Rehat

Latihan 2
Sediakan satu langkah pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai digunakan oleh guru bagi menerapkan
nilai-nilai berikut semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial.

2.1 Nilai murni - Kerjasama


2.2 Unsur patriotisme - Menghormati amalan dan
kepercayaan setiap kaum
2.3. Nilai alam sekitar - Prinsip kerosakan minima

Format Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Sumber P&P

2.1. Nilai murni - Kerjasama

a.

b.

c.

Peringatan

Setelah anda menyiapkan segala tugasan di dalam


modul ini anda hendaklah menyimpannya dalam
portfolio untuk tujuan semakan oleh pensyarah dan
juga digunakan untuk sesi interaksi di IPG.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan kesemua tugasan


dalam modul ini. Jumpa anda semasa sesi interaksi di IPG nanti.

24
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Tamat

25

Anda mungkin juga menyukai