Anda di halaman 1dari 5

Kemahiran

mikro Tujuan/objektif Komponen-komponen kemahiran

Kemahiran Guru dapat membina aliran fikiran serta  Menarik perhatian


induksi set menimbulkan minat murid-murid supaya  Motivasi
menumpukan perhatian terhadap aktiviti  Membuat perkaitan
pengajaran yang hendak dijalankan. Lebih  Menstruktur
banyak unsur suspen/teka teki maka lebih
berkesan/menarik set induksi tersebut

Kemahiran Guru dapat mencungkil fikiran murid untuk  Pembentukan soalan


penyoalan membantu mereka mengikuti pelajaran  Fokus (tunggal)
dengan lebih berkesan  Fokus (pelbagai)
 Sebaran
 Hentian
 Melayani jawapan
 Memberi petujuk
 Mencungkil fikiran

Kemahiran Guru dan murid-murid melakukan pelbagai  Perubahan pergerakan


variasi pergerakan mata, kepala, suara yang langkah guru
rangsangan bersesuaian dengan tajuk/tema yang  Perubahan pergerakan
mengarah kepada proses pengajaran dan anggota badan guru
pembelajaran. Ransangan boleh dirancang  Perubahan fokus deria
dan diubah secara spontan mengikut tahap murid
respon murid.  Perubahan bentuk
pengucapan lisan
 Perubahan bentuk fizikal
murid
 Perubahan nada suara
guru

Kemahiran Menyampaikan maklumat atau menjelaskan  Arah permulaan


menerang isi pelajaran dengan cara yang paling  Kemahiran ilustrasi
berkesan untuk memudahkan murid  Penyusunan idea
memahami konsep  Penutup

Kemahiran Kecekapan guru merancang dan menyusun  Kejelasan


penggunaan tulisan, nota, gambar rajah di ruang papan  Susunan
papan tulis tulis dapat membantu murid-murid  Penonjolan/penekanan
membaca, ,memahami dan menyalin  Teknik persembahan
nota/maklumat guru dengan tepat.

Kemahiran Guru dapat menggalakkan murid terlibat  Lisan positif


Pengukuhan dalam aktiviti pembelajaran. Kemahiran ini  Gerak isyarat positif
juga dapat memotivasikan murid dalam  Dampinagan
pelajaran. Pengukuhan yang dibuat secara  Sentuhan
lisan dan sentuhan amat dinanti-nantikan oleh  Lisan negatif
murid-murid.  Gerak isyarat negatif
Kemahiran Guru membantu murid-murid supaya  Perkaitan kognitif
Menutup mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan  Perkaitan sosial
Pelajaran menyeluruh tentang isi pelajaran yang baru  Perkaitan motivasi
dipelajari.
Dapat menilai pencapaian pencapaian objektif
pengajaran.
PERSEMBAHAN PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

4.0 Pengenalan

Persembahan pengajaran mikro dan makro oleh guru pelatih memberi peluang kepada
mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut perancangan
yang telah dibuat. Dalam melaksanakan pengajaran mikro dan makro, seorang guru
pelatih perlu melalui 4 langkah asas iaitu:

Pengajaran semula 4

Penilaian 3

Pengajaran 2

Perancangan 1

4.1 Perancangan

Pada peringkat perancangan, guru pelatih perlu membuat persediaan mengajar. Di


samping itu, aspek-aspek perancangan termasuklah penyediaan alat/bahan bantu
mengajar dan aktiviti pengajaran yang memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan
dalam pengajaran mikro dan makro.

4.2 Pengajaran

Guru pelatih melaksanakan pengajaran yang telah dirancang dengan mengambil kira
semua kemahiran mikro yang dipelajari. Rakaman video jika digunakan dapat
membantu guru pelatih untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka dalam
aspek-aspek kemahiran yang tertentu.

4.3 Penilaian
Selepas selesai rakaman pengajaran, rakaman video perlu dipertontonkan semula.
Semasa menonton rakaman video guru pelatih akan menilai pengajaran dengan
menggunakan borang penilaian yang diedarkan oleh pensyarah.

Dalam sesi perbincangan, guru-guru pelatih yang lain boleh memberikan komen serta
cadangan penambaikkan. Pensyarah boleh merumuskan komen-komen guru pelatih
dan memberikan cadangan bagaimana pengajaran yang lebih positif dapat dijalankan.
Rakaman itu juga boleh disimpan sebagai bahan sumber sewaktu pensyarah mengajar
topik mikro dan makro bagi tujuan penerangan dan penilaian.

Berikut ialah contoh borang Refleksi Kendiri yang boleh digunakan oleh guru
pelatih sewaktu menjalani sesi mikro/makro.

Contoh Format Borang Refleksi Kendiri

Kekuatan /
Langkah Sebab/Punca Cara Membaiki Catatan
Kelemahan

Set Induksi

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3
Penutup

* Borang ini sesuai digunakan untuk penilaian pengajaran mikro dan makro oleh
rakan sebaya atau pensyarah

4.4 Pengajaran Semula

Selepas mengambil kira komen dan teguran, guru pelatih dikehendaki merancang
semula pengajaran dengan pindaan untuk kali kedua sesi mikro/makro. Hasilnya sudah
tentu ada peningkatan kerana guru pelatih tidak akan mengulangi kelemahan yang
sama.
n.b. Guru pelatih biasanya bergilir-gilir dalam mempersembahkan pengajaran
mikro/makro ini. Persembahan pengajaran mikro dan makro biasanya dijalankan
serentak untuk mejimatkan masa. Guru pelatih dalam kumpulan kecil membuat
persediaan untuk satu waktu mengajar, persembahan kemudiannya dilaksanakan
dengan setiap orang guru pelatih mengajar satu atau dua langkah. Maklum balas
pengajaran mikro/makro dibincangkan dan pengubahsuaian dilakukan mengikut
keadaan.

Anda mungkin juga menyukai