Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOKURIKULUM

Persatuan : Sains dan Matematik


Bilangan Pelajar : 25 orang.
Tarikh : 17 Julai 2023
Hari : Isnin
Masa : 2.00 – 3.45 petang
Tajuk : Kuiz Komputer Literasi Sains & Matematik

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
Kemahiran sedia ada: Ilmu pengetahuan sains dan matematik mengikut sukatan pelajaran
yang dipelajari.
Strategi dan Pembelajaran: Demonstrasi dan Kendiri
Penerapan Nilai: Jujur, berpengetahuan luas, pemikiran kritis dan kreatif

Bahan Bantu Mengajar:


i. Kertas A4, Kalkulator
ii. Komputer
Unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT):
i. Aplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai ii. Kemahiran membuat refleksi
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
i. Kelestarian alam sekitar Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa
pelajar perlu dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran. - pengetahuan dan kesedaran
terhadap kepentingan alam sekitar dalam membentuk etika pelajar untuk menghargai alam.

ii. Nilai murni Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian.

iii. Sains dan Teknolgi Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat
meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan pelajar. Penggunaan teknologi
dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih
cekap dan berkesan.
iv. Keusahawanan penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan
amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan pelajar.

Fasa Aktiviti / Isi Fokus Catatan


Pelajaran Pembelajaran
Set Induksi Pengenalan Kuiz 1. Guru memberikan Nilai: Semangat
(10 minit) Komputer Literasi salam dan meminta
Sains & Matematik pelajar membaca
doa.
2. Guru bertanyakan
kehadiran pelajar
3. Guru
menerangkan aktiviti
yang akan dilakukan
hari ini
4. Guru bertanyakan
kesediaan pelajar
menggunakan
komputer untuk
menjawab kuiz.
Persediaan Cara menjawab 1. Guru Strategi:
(5 minit) soalan melalui menerangkan Demonstrasi
komputer penggunaan Nilai: Inkuiri
komputer untuk
menjawab soalan
kuiz.
2. Guru
menerangkan
peraturan ketika
menjawab kuiz.

Aktiviti Latihan menjawab 1. Pelajar menjawab Nilai: Jujur, Amanah,


(30 minit) kuiz Sains & soalan kuiz Sains pemikiran kritis dan
Matematik secara individu. kreatif
2. Pelajar
bertanyakan guru ABM: Komputer
sekiranya terdapat
masalah ketika
menjawab kuiz.

Penutup Rumusan 1. Rumusan Nilai: Komunikasi,


(5 minit) Pengajaran pengajaran dibuat Pemikiran Kreatif
oleh wakil pelajar. dan kritis.
2. Hadiah diberikan
kepada pelajar yang
memperoleh mata
tertinggi dalam kuiz.
Refleksi:
Pelajar memberikan tumpuan yang baik serta terlibat sepenuhnya dalam aktiviti kuiz
komputer literasi Sains & Matematik yang dijalankan. Pelajar bersungguh-sungguh
menjawab kuiz yang disediakan. Kuiz tersebut berupaya mengasah pemikiran kritis dan
kreatif pelajar apabila hasil penilaian menunjukkan markah yang memberangsangkan.

Kekurangan ialah bilangan komputer yang terhad mengehadkan masa maksimum untuk
melakukan kuiz tersebut. Pelajar perlu menjawab dengan lebih pantas untuk memberi ruang
kepada pelajar yang lain. Sikap toleransi dan kerjasama antara pelajar berjaya dipupuk.

Selain itu, guru juga boleh menyediakan komputer mudah alih yang lebih banyak di dalam
kelas bagi memudahkan pelajar menggunakannya semasa PdP.

Tindakan susulan:

a. Pemulihan: Melakukan aktiviti dengan penyokong dengan bantuan tunjukcara.

b. Pengukuhan: Pelajar diberi peluang melakukan aktiviti-aktiviti yang dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai