Anda di halaman 1dari 18

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

1.0 PENGENALAN

Tugasan ini adalah bertujuan untuk mengupas tentang usaha pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya meliputi konsep, objektif dan rasional pendidikan pemulihan dan pengayaan serta masalah pembelajaran

Tugasan ini juga menerangkan tentang cara mengesan kesukaran pembelajaran serta cara mengelola dan menggunakan stratergi pengajaran pemulihan yang sesuai dalam kelas biasa dan kelas khas. Dalam tugasan ini juga disertakan contoh rancangan pengajaran harian bahan bantu mengajara yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Sebelum mengupas tentang pendidikan pemulihan, saya ingin menyorot tentang latar belakang yang menjadi tunjang kepada dasar pendidikan di Malaysia iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dasar inilah yang menjadi satu kewajipan bagi pendidik untuk melaksanakannya. Ianya diwujudkan adalah untuk memastikan setiap warganya diberikan peluang untuk maju dalam kehidupan khususnya bidang pendidikan. Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

yang

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. -Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, setiap daripada murid di dalam kelas mempunyai hak untuk dikembangkan bakatnya secara menyeluruh dan bersepadu. Mengambil kira tentang perbezaan individu, satu program khas telah diadakan bagi memenuhi keperluan mereka berkaitan bidang pengajaran dan pembelajaran.

Slavin(1997) menyatakan bahawa kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Menurut Papalia (2001) manusia juga berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh badan, gaya hidup, status sosio-ekonomi, suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah, masyarakat setempat dan sebagainya.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

2.0 KONSEP

Pendidikan Pemulihan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 200: 1245 ,1246 ) pulih bermaksud

perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuau kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Pendidikan pemulihan amat penting dalam sistem pendidikan Negara pada masa kini kerana terdapat hampir 20% daripada kanak-kanak iaitu golongan yang lemah, yang terpaksa bersaing dengan kanak-kanak biasa atau cerdas untuk menguasai kemahirankemahiran yang perlu dicapai mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama.

Seterusnya, O.C. Simpson ( 1975 ) berpendapat aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusatpusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah ntuk pengajaran pembelajaran biasa.

Manakala menurut Syarifah Alawiyah Alsagof ( 1983 ) pula pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 : 693 ) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal ( usaha, proses dan sebagainya ). Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

Mok Soon Sang ( 1990:55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas,sederhana atau lambat. Menurutnya lagi aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas Justeru, tujuan program pengayaan 2

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari.

Penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas 3M perlu dikuasai lebih awal bagi membolehkan murid-murid

berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan sebahagian mereka agak lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebaya.

Menurut Mat Nor Husin Dan Jais Sahok (1990 :6),pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak bermasalah. Koh Boh Boon (1982 :2) pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana tujuannya membaiki kelemahan pembelajaran yang melibatkan murid-murid lambat,iaitu mereka yang lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain).

Aktiviti pemulihan dalam kelas biasa ialah satu usaha untuk menolong murid-murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran

lampau.Dengan adanya pendidikan dalam kelas biasa,murid-murid yang lemah akan merasa diri mereka mendapat perhatian khas daripada guru. Kesedaran ini merupakan satu bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Mereka tidak akan berasa diri mereka tersisih. 3

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, pemulihan dalam kelas biasa adalah aktiviti tambahan yang lebih kompleks,menarik dan mencabar yang bertujuan untuk kemahiran yang dipelajari. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang pengajaran dan pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari-hari biasa.

Murid-murid yang cerdas, sederhana dan lemah disatukan di dalam sebuah kelas. Pengajaran guru berpusat kepada kaedah kelas. Pemulihan hanya dijalankan pada waktuwaktu tertentu iaitu 20- 30minit sebelum pengajaran selesai. Ini bermakna murid-murid yang menerima pelajaran pemulihan belajar semasa murid-murid lain membuat latihan mereka. Guru boleh menggunakan pengelolaan secara perseorangan atau berpasangan dan juga boleh menggunakan bantuan murid-murid cerdik untuk mengendalikan aktiviti pengukuhan.

Pendidikan Pengayaan

Program pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran

yang disediakan untuk

semua murid sama ada cerdas, sederhana atau lemah. Mereka boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti 32qyang sesuai untuk mereka. Aktiviti-aktiviti ini dibentuk supaya menarik dan mencabar selaras dengan peringkat pembelajaran murid-murid itu.

Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka Berjaya menguasai kemahiran asas tertentu.Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan.

Program Pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

3.0 OBJEKTIF PEMULIHAN DAN PENGAYAAN Aktiviti pemulihan membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka. Aktiviti ini juga dapat memberi khidmat layanan individu dari segi pembelajaran mengikut kaedah perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Selain itu aktiviti pemulihan boleh memperkembangkan potensi murid-murid

semaksimum mungkin. Aktiviti ini dapat menjadi pendorong kepada bakat yang terdapat dalam diri murid. Bakat ini akan muncul dengan bimbingan dan perangsang yang baik. Sebagai salah satu cara bagi meneruskan pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa. Maka, dengan cara ini murid lemah juga berpeluang untuk mendapatkan pendidikan yang sama dengan murid perdana. Melalui aktiviti ini juga, guru dapat membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran. Murid yang lemah dalam pelajaran tidak akan tersisih dan akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran. Objektif lain pendidikan pemulihan ialah untuk menyuburkan emosi, mental, sosial dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah. Aktiviti pemulihan mampu membuktikan bahawa ilmu boleh dikuasai oleh mereka yang lemah. Akhir sekali, aktiviti pemulihan bertujuan memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan berasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai. Keseronokan inilah yang menjadi pendorong bagi murid tersebut untuk mencuba dan terus mencuba. Pelaksanaan Pendidikan Pengayaan juga mempunyai beberapa objektif seperti membolehkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. Ianya juga dapat menambah minat dan pengalaman yang boleh membantu kearah perkembangan diri. Aktiviti pengayaan juga melatih murid menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan,minat dan bakat mereka. Murid akan meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. Murid

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

juga akan lebih berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan murid meneruskan pembelajaran seumur hidup. Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kegiatan serta kebolehan mereka menilai hasil kerja sendiri. Akhir sekali, aktiviti pengayaan mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.

4.0 RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Dari sudut falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Ini selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua.

Dari sudut teori, pendekatan pengajaran seperti Clinical Teaching telah terbukti berjaya dan ia merupakan asas kepada pelaksanaan program ini. Rasional seterusnya ialah ia diwujudkan kerana apabila dilihat dari sudut pencegahan masalah yang dialami oleh setiap murid akan sulit dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.

Rasional pengayaan pula, pada peringkat permulaan persekolahan, semua murid didedahkan kepada pengalaman pembelajaran yang sama. Pada hakikatnya,murid-murid adalah berbeza dari segi fizikal, emosi, minat,mental, bakat,latar belakang sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, pertimbangan yang wajar harus diberikan

dalammenentukan corak layanan yang diperlukan oleh murid-murid tersebut.

Kesilapan dalam memberikan perhatian dan menyediakan wadah yang sesuai dengan cirri-ciri murid dan tahap kemampuan mereka boleh menjadi punca masalah kerana ini berkemungkinan akan membantutkan minat belajar murid. Contohnya,mereka berasa bosan kerana saban hari dan waktu dihidangkan dengan corak pembelajaran yang sama. Aktiviti yang dijalankan sama untuk keseluruhan kelas juga boleh menghilangkan keghairahan untuk belajar terutama bagi murid yang cerdas yang merasai aktiviti tersebut tidak mencabar kemampuan mereka.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

5.0 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan tentang perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas tentangnya. Sebagai contoh aktiviti mendengar ialah, mendengar audio, radio, menonton video dan sebagainya. Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran mendengar aktif.

Kemahiran mendengar secara pasif ialah sejenis komunikasi sehala iaitu murid mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi maklum balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran. Manakala kemahiran mendengar aktif pula ialah sejenis komunikasi dua hala iaitu murid memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu yang diterima.

Tujuan kemahiran ini adalah untuk mengenalpasti dan mengecam linguistic, tekanan, intonasi, jeda, dan nada. Memahami pertuturan, arahan dan pesanan orang lain, mengenal dan mengecam bunyi serta menajamkan pendengaran.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

Terdapat dua peringkat pertuturan murid-murid di sekolah iaitu pertuturan tinggi dan pertuturan rendah. Pertuturan tinggi ialah pertuturan yang mengujarkan tentang menganalisis, membuat inferen, ramalan, pandangan, dan justifikasi. Manakala pertuturan rendah pula ialah bertutur tentang situasi disekeliling dan pengalaman murid.

Tujuan kemahiran bertutur adalah supaya murid boleh bercakap dengan jelas dan betul, berani dan yakin serta dapat difahami oleh orang yang mendengarnya. Ianya juga bertujuan 7

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

supaya murid dapat bertutur dengan tatabahasa yang betul dan perbendaharaan kata yang sesuai.

6.0 MASALAH PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Murid-murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran mendengar berpunca daripada pelbagai kesukaran. Di antaranya ialah sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi termasuklah bunyi vokal, konsonan, dan diftong. Pada lazimnya murid yang berbangsa asing akan mengalami kesukaran dalam kemahiran ini. Bahasa ibunda mempengaruhi kelaziman mereka mendengar beberapa bunyi vokal seperti bunyi [i] dengan bunyi [e]. Bunyi huruf diftong seperti bunyi [P] dengan bunyi [B] serta bunyi [D] dengan bunyi [T].

Mereka juga tidak berupaya mengajuk sesuatu bunyi, contohnya bunyi kucing. Murid yang mengalami masalah untuk mendengar bunyi kucing tidak akan dapat mengajuk dengan tepat bagaimana bunyi itu terhasil. Kedudukan bunyi di dalam mulut juga tidak tepat akibat kelemahan untuk mengecam bunyi tersebut.

Selain itu, kelemahan murid dari segi pendengaran ialah tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar, sukar mengingat fakta, sukar memahami dan mentafsir maksud, sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situasi komunikasi, gagal mengikut aliran idea dalam perbualan, lemah ingatan pendengaran dan gagal mematuhi arahan.

Manakala masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur adalah seperti pengetahuan kosa kata yang terhad, penggunaan dialek yang berbeza mengikut negeri asal mereka. Contohnya persekitaran di sekolah saya terdapat pelbagai dialek campuran seperti dialek Selangor, Kelantan, Perak, Kedah dan sebagainya. Mereka juga terpengaruh dengan pengggunaan bahasa ibunda di rumah.

Di samping itu terdapat juga murid yang lemah dalam kesantunan bahasa. Mereka lebih cenderung menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan harian. Apatah lagi anak zaman siber kini lebih terdedah dengan bahasa-bahasa campuran yang tiada langsung

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

kesantunannya. Semua masalah tersebut dapat dikesan melalui pemerhatian dan ujian formatif sepanjang tempoh pembelajaran di dalam kelas.

7.0 CARA MENGELOLA DAN MENGGUNAKAN STRATERGI PENGAJARAN

Setiap murid mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang baik. Justeru, murid yang lemah pula harus diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang setara dengan murid arus perdana. Kesilapan mereka harus dibetulkan dan diberi rangsangan serta merta agar mereka tidak putus asa dan terus berusaha untuk mendapat kejayaan dalam bidang pelajaran mereka.

Peruntukan waktu amat terhad dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru juga harus bijak untuk membahagikan masa ini kepada aktiviti-aktiviti sambil mengesan pencapaian objektif pembelajaran di dalam kelasnya. Ekoran itu, guru harus tahu dan mahir cara untuk mengelola dan menggunakan strategi pengajaran untuk menjayakan aktiviti ini.

Mengenal Pasti Murid Guru mengenal pasti tahap kebolehan murid yang berbeza. Justeru itu, memudahkan pengurusan guru untuk membuat pemulihan terhadap murid yang kurang berjaya atau gagal dalam menguasai sesuatu kemahiran matapelajaran tertentu.

Menganalisis Masalah Guru perlulah menganalisis masalah berdasarkan aspek mental,emosi, fizikal dan sosial agar mereka tidak tercicir.Contohnya, murid yang menghadapi masalah pendengaran tidak dapat menyebut dan bertutur dengan baik.

Membuat Perancangan Kebijaksanaan guru amat dititikberatkan dalam strategi mengesan murid yang bermasalah melalui pemerhatian, pentafsiran, rekod prestasi, pentafsiran rekod profil, ujian kertas dan pensel, temubual dengan ibubapa atau guru darjah.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

Melaksanakan Pengajaran Pengajaran yang dirancang hendaklah berdasarkan masalah yang hendak diatasi oleh guru selepas selesai proses penilaian. Aktiviti yang dirancang juga haruslah memenuhi keperluan kanak-kanak yang ingin diberikan pemulihan.Tahap aktiviti kesukaran haruslah pada aras yang rendah

Membuat Penilaian Dan Tindakan Susulan. Langkah -langkah selepas megesan masalah dan punca masalah ialah merancang pengajaran berdasarkan aktiviti pemulihan yang dirancang,melaksanakan aktiviti, menilai keberksanan pelaksanaan aktiviti, dan mengambil tindakan susulan yang sesuai. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran bagi mengatasi masalah pembelajaran yang khusus. Contohnya pada akhir pelajaran murid dapat menyebut bunyi r dan bunyi d dengan betul. Objektif pembelajaran haruslah reallistik dan sejajar dengan kebolehan dan minat murid.

CARA MENGELOLA DAN MENGGUNAKAN STRATERGI PENGAJARAN

Melaksanakan Pengajaran Membuat Perancangan Menganalisis Masalah Mengenal Pasti Murid

Membuat Penilaian Dan Tindakan Susulan

10

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 1 Permata

Bilangan Murid

38 orang (30 lelaki 8 perempuan) 8:30 9:30 pagi

Masa

Tema

Mari Bertani

Tajuk

Buah-buahan tempatan

Standard Pembelajaran : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid dapat menceritakan tentang buahbuahan tempatan dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan 5 ayat tunggal.

EMK

: :

Keusahawanan

Bahan Bantu Mengajar

LCD, komputer riba, CD, powerpoint, gambar pegun, pupet dan topeng buah-buahan.

11

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi (5 minit)

Pengenalan tajuk 1. Tayangan video Upin dan Ipin Buahbuahan Tempatan 1. Murid menonton video Upin dan Ipin tentang buah durian dan rambutan BBM : video upin ipin, komputer riba, LCD TMK: Tutorial Pengisian kurikulum: Ilmu Kemahiran Hidup

2. Soalan daripada guru. Apakah buah yang terdapat dalam video tadi? Siapakah yang menjual buah tersebut? Siapa di kalangan kamu yang suka makan buah durian dan rambutan?

2. Murid bersoal jawab tentang buah-buahan yang terdapat dalam video bersama guru.

Langkah 1(10 minit) BBM : Gambar buah durian

Membina ayat tunggal berdasarkan gambar.

1.

Murid membina satu ayat tunggal dengan bimbingan guru berdasarkan gambar yang ditunjukkan.

12

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

Contoh ayat : Buah durian rasanya manis. Kulit buah durian tajam. Isi buah durian berwarna kuning. Buah durian berbau wangi.

2. Murid menyebut ayat yang telah dibina secara kuat.

Pengisian Kurikulum: Ilmu : Kemahiran Hidup Nilai bersyukur Kemahiran Bernilai Tambah: KB menjana idea, Konstruktivisme

Langkah 2 (10 minit) BBM : borang KWLH, gambar buah delima

1. Soalan soal jawab Apakah nama buah itu? Apakah rasanya? Adakah ia buahbuahan tempatan? Bolehkah ia dimakan atau perlu dimasak dahulu?

1. Murid bersoal jawab tentang gambar buah yang ditunjukkan oleh guru untuk mendapatkan maklumat.

Pengisian Kurikulum: Nilai bekerjasama

Kemahiran Bernilai Tambah: KB menganalisis, KP verbal-linguistik, interpersonal

2. Membina ayat tunggal berdasarkan gambar buah-buahan lain.

2. Murid menyatakan ciri-ciri buah yang ditunjukkan oleh guru menggunakan ayat tunggal.

Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual

13

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

Langkah 3 (15 minit) BBM : 4 keping gambar bersiri Pengisian Kurikulum : Ilmu Kemahiran Hidup Nilai jujur Membina perenggan mudah berdasarkan gambar. 3. Murid membina perenggan tentang gambar yang diberi menggunakan ayat tunggal secara berkumpulan. Kemahiran Bernilai Tambah: KB menjana idea Pembelajaran Membentangkan hasil perbincangan kumpulan 4. Murid memilih wakil kumpulan masingmasing untuk membentangkan perenggan ayat berdasarkan gambar diberi. Konstruktivisme Pembelajaran Kontekstual

Membentuk kumpulan dan mengedarkan gambar bersiri setiap satu.

1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

2. Murid meneliti gambar yang diedarkan oleh guru.

5. Guru mencatat perenggan-perenggan ayat yang dibentangkan oleh murid di papan putih. 6. Murid menyusun perenggan yang ditulis oleh guru dan menyalinnya semula di dalam buku tulis.

Menyalin perenggan karangan

Peneguhan (15 minit)

Pengayaan : 1. Murid membuat lakonan bersama rakan lain.

BBM : Topeng polisterin berupa buah-buahan tempatan EMK : Kreatif dan inovatif, keusahawanan. KBT:interpersonal, verbal

Situasi : Di pasaraya. Promosi makan buahbuahan tempatan.

2. Murid melafazkan dialog lakonan berdasarkan kreativiti sendiri bersama kawan-kawan.

14

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

Pemulihan: Soalan Guru 1. Siapa awak? 2. Apakah rasa awak? 3. Bagaimana rupa awak? 4. Mengapa awak mahu orang memakan awak? 1. Murid membuat persembahan pupet dengan bimbingan guru. 2. Murid melakonkan pupet bersama guru. 3. Guru menyediakan soalan-soalan untuk murid menjawab dengan ayat tunggal.

linguistik BBM : pupet buah-buahan dari stokin

KBT : interpersonal Konstruktivisme, verbal linguistik

Penutup (5minit) BBM : lakaran gambar buah-buahan, krayon Pengisian Kurikulum : Ilmu PSV Nilai bersyukur

Refleksi pembelajaran

1. Murid menyebut tentang aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh pengajaran guru. 2. Murid menyatakan perasaan tentang pembelajaran yang telah diajarkan di kelas.

Mewarna gambar.

3. Murid mewarna gambar buah-buahan tempatan.

15

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

8.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulan, pendidikan pemulihan dan pengayaan merupakan satu usaha yang sangat murni dan penting. Menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai, aktiviti ini bukan sahaja akan membentuk satu masyarakat yang berdaya saing, bahkan dapat memberi peluang kepada yang kurang berkeupayaan menikmati taraf pendidikan yang sama rata.

Keperihatinan guru dalam mentafsir keupayaan murid akan mampu membantu usaha ini dan dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tahap keupayaan murid ini dapat diukur dengan pemerhatian dan penilaian formatif yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran pada masa itu.

Sebelum melakukan pemulihan, guru harus tahu punca kelemahan murid pemulihan supaya dapat memperbaikinya dan membantunya untuk mencapai objektif pengajaran. Menggunakan pelbagai bahan sumber dan aneka aktiviti dapat merangsang murid untuk terus belajar memperbaiki diri. Bahan sumber pula haruslah selari dengan kemahiran yang perlu diberi perhatian.

Melalui pengayaan pula, murid berpeluang untuk mengembangkan potensinya. Aktivitiaktiviti yang dapat mencabar minda mereka membuatkan mereka berupaya untuk menyelesaikan masalah dengan cara sendiri. Justeru aktiviti yang dipilih haruslah benarbenar dapat mencabar keupayaan mereka meneroka dan menyelesaikan masalah.

Sebagai kesimpulannya, aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan satu langkah penting yang perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan

pembelajarannya. Ianya merupakan usaha awal untuk memastikan tidak ada murid yang tercicir pelajaran. Aktiviti yang dijalankan haruslah mendukung objektif asal manakala aras kesukaran haruslah direndahkan sedikit. Maka, dengan ini diharapkan tiada lagi murid yang bermasalah dalam kemahiran bahasa serta dapat bersama-sama mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

16

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

REFLEKSI
Alhamdulillah, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan Pemulihan dan Pengayaan Dalam Bahasa Melayu(WAJ3106) ini dengan sempurna. Saya telah mendapat tugasan ini daripada Cik Hajjah Fatimah bt Idris pada 16 Februari 2013 iaitu pada interaksi yang pertama lagi. Semasa mendapat soalan tugasan, tidak banyak yang dapat kami bincangkan bersama pensyarah kerana kami belum lagi merasai pengalaman membina tugasan ini. Walaubagaimanapun saya mula mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Bahan tersebut termasuklah buku-buku yang berkaitan, jurnal-jurnal serta bahan dari internet.

Semasa mencari bahan, saya mengalami kesukaran mendapatkan buku-buku berkenaan Pemulihan Dan Pengayaan ini. Saya cuba mencari judul buku tentang itu di Google Book. Apa yang saya dapat ialah sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1985 oleh Utusan Publication. Namun masalah timbul lagi kerana buku tersebut sudah tiada di pasaran. Carian demi carian saya lakukan, akhirnya saya mengesan buku tersebut terdapat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mujurlah saya mempunyai kenalan yang belajar di situ. Setelah dapat meminjam buku tersebut, saya mula membaca dan memahami isi kandungannya.

Saya amat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekerja yang sangat memahami serta banyak memberikan idea-idea dan contoh-contoh dalam pemulihan dan pengayaan. Guru pemulihan khas di sekolah saya juga banyak membantu untuk saya memahami tentang pemulihan dan pengayaan. Selain itu, saya juga ada merujuk kepada Guru Cmerlang Bahasa Melayu di sekolah.

Saya juga mencari pengertian pemulihan dan pengayaan daripada buku-buku panduan pengajaran serta buku Kandungan Standard Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu KSSR. Hasil pembacaan, saya dapati saya lebih memahami tentang bagaimana hendak mengesan murid yang perlu diberikan pengayaan dan pemulihan. Saya juga tahu dan faham kaedah yang sesuai untuk mengendalikan dan mengelolakan aktiviti ini.

17

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU BMM3106

2013

Semasa menyiapkan tugasan ini, saya juga cuba mengaplikasikan apa yang saya ketahui dan faham tentang pemulihan dan pengayaan di dalam kelas. Hasilnya murid saya lebih memahami dan impak pengajaran saya ialah kesemua murid saya menguasai kemahiran yang saya ajarkan.

Apa yang saya buat dalam tugasan ini telah pun saya praktikkan di dalam kelas. Saya amat bersyukur kerana tugasan ini membolehkan saya menjadi seorang guru yang bertanggungjawab memberikan sepenuh perkhidmatan untuk memastikan anak bangsa saya dilayan dan diberikan peluang yang sama rata dalam pembelajaran tidak kira sama ada mereka pintar atau lemah.

Saya juga amat berterima kasih kepada Cik Hajjah Fatimah bt Idris kerana dengan ilmu yang dicurahkan membuat saya lebih tahu dan faham tentang tugas saya sebagai seorang Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Tanpa beliau, mungkin saya tidak dapat faham, menghayati serta mewujudkan pembelajaran berkesan dalam pengajaran saya.

Tugasan saya lengkap pada 5 April 2013. Saya berharap dengan tugasan ini, saya dapat memenuhi kehendak soalan yang diberikan dan yang penting sekali ianya dapat memberi manfaat kepada pembacanya kerana ianya adalah tugasan yang telah saya uji di dalam kelas.

Sekian. Terima kasih.

18

Anda mungkin juga menyukai