Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

- Pendidikan Islam merupakan satu proses penyampaian ilmu


yang berterusan sehingga ilmu itu dapat dijiwai dan
meresap dalam pemikiran, kelakuan dan tindakan manusia.
- Pendidikan merupakan satu cara untuk melahirkan
masyarakat berilmu dan berbudaya, dengan adanya konsep
dan prinsip pendidikan akan dapat mencapai matlamat akhir
pendidikan Islam iaitu untuk memakmurkan seluruh alam
berdasarkan kesepaduan dan kesempurnaan hidup di dunia
dan di akhirat.
- Falsafah Pendidikan Islam menjelaskan bahawa manusia
adalah makhluk Allah dan manusia mempunyai batasan
dalam tindakannya, ini sepadan dengan objektif penciptaan
manusia sebagai khalifah dan hamba Allah yang tunduk dan
patuh kepada perintah Nya.
- Falsafah Pendidikan Islam dapat mengatur pendidikan bagi melahirkan pemikiran
yang baik, disamping itu juga dapat menilai sistem pendidikan negara secara
menyeluruh serta dapat memberikan asas pendidikan khususnya dalam cara atau
strategi pengajaran di sekolah.
- Falsafah Pendidikan Islam yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dapat
menghasilkan sikap, keperibadian serta pandangan hidup seseorang yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar
dan Negara ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.

Anda mungkin juga menyukai