Anda di halaman 1dari 7

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

PENGAJIAN ISLAM

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM PENGAJIAN ISLAM MPU 2312

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK MODUL / MODULE 1. MEMAHAMI KONSEP KETUHANAN DAN


NO AND TITLE KERASULAN

KEBOLEHAN / ABILITIES 1.1 Menerangkan Konsep Ketuhanan.

1.1.1. Mengetahui sifat Rububiyyah , Uluhiyyah dan Asmaa


Wa Sifat

1.1.2. Menjelaskan kelebihan orang yang beragama dengan


OBJEKTIF MODUL / tidak beragama
MODUL OBJECTIVE
1.1.3. Menerangkan kepentingan menghormati agama-
agama dan kepercayaan lain.

1.1.4. Menunjukkan bukti peranan agama dalam


pembangunan tamadun manusia.

WPI 6012 Z-009 / M02 / P(1) Muka : 1 drp : 7


NO. KOD / CODE NO. / NOSS

1
KONSEP KETUHANAN
1.Tauhid Rububiyyah :
Kepercayaan yang sebenarnya bahawa Allah SWT secara mutlak mentadbir semua makhluk, tiada
tuhan selain Dia Yang Maha Berkuasa dan Maha Esa.

1.1 Dalil Al-Quran : Surah al-‘Ankabut ayat 63

1.2 Konsep Rububiyyah :


Meyakini Allah SWT pencipta,pemilik, dan pentadbir sepenuhnya di alam ini. Kita juga perlu
memahami Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya dan kekuasaan
Allah meliputi semua.

1.3 Peranan Tauhid Rububiyyah:


Agar kita dapat merasai manusia ini hina dan kerdil serta insaf akan kelemahan diri. Oleh
sebab itu manusia akan melihat kekuasaan Allah SWT.

2. Tauhid Uluhiyyah :
Menerapkan kepercayaan hanya Allah SWT sahaja yang wajib disembah,ditaati dan
dipatuhi.

2.1 Dasar utamanya ialah syahadah

2.2 Dalil : Surah Al-Anbiya’ ayat :25

2
2.3 Konsep Uluhiyyah :
Mengakui dengan sebenarnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT. Orang yang
tidak percaya dianggap kafir dan paksi utamanya ialah syahadah

2.4 Peranannya
Menjadikan ibadah kita mengikut syariat Islam. Menjauhkan manusia dari syirik dan ajaran sesat
sekaligus memastikan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

3. Asma’ wa siffat :
Allah swt memiliki 99 nama yang indah dan bersifat dengan kesempurnaan (sifat 20)

3.1 Dalil : surah Al-Hasyr ayat 22-24

3
3.2 Konsep :
Allah SWT bersifat dengan sifat yang mulia. Allah SWT sendiri yang memberi namanya yang 99.
Kita wajib beriman dengan 99 nama Allah SWT. Membandingkan sifat Allah SWT dengan sifat
mahkluk adalah haram. Seseorang yang berdoa dengan nama Allah akan dimakbulkan. Setiap
muslim wajib beriman dengan nama Allah SWT yang 99.

4. Perbezaan antara Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat :


Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma wa sifat ialah yakin Allah SWT pencipta alam ini dan yakin hanya
Allah SWT sahaja yang wajib kita sembah serta yakin Allah SWT mempunyai 99 nama.

5. Fitrah beragama
Fitrah beragama adalah naluri semula jadi yang ada pada diri manusia bahawa tuhan itu ada dan
wujud.

5.1 Fitrah kejadian manusia :


Dari segi jasmani, manusia memerlukan makan minum, tidur dan berkahwin. Dari segi rohani
inginkan kebenaran dan memerlukan pengabdian diri kepada tuhan.

4
5.2 Dalil :Surah al-Ankabut :63

5.3 Konsep fitrah beragama :


Fitrah agama wujud dalam diri manusia sejak azali. Islam adalah agama semula jadi. Ia sesuai
dan mudah untuk semua tempat dan keadaan.

6. Bukti hakikat beragama:


Sebelum datangnya Islam pada awalnya manusia menganut kepercayaan orang animisme
( percaya kepada ruh). Nabi Muhammad SAW pernah berkhalwat di Gua Hira’ ketika masyarakat
Arab Mekah banyak melakukan maksiat dan penyembahan berhala.

6.1 Bukti kewujudan Allah swt


Dalil wujudnya Allah SWT ialah wujudnya alam ini. Manusia boleh mencari lagi bukti kecanggihan
alam ini hasil ciptaan Allah SWT melalui penyelidikan rahsia alam dan memerhatikan kejadian
Allah SWT.

6.2 Beza orang beragama dengan tidak beragama


Orang yang Beragama Orang yang tidak Beragama
Reda dengan qadha dan qadar Allah SWT Keluh kesah,dan putus asa
Ikhlas diberi pahala Untuk kepentingan diri
Bersyukur Ingkar
Berakhlak Tidak berakhlak
Jiwa teguh Mudah terpengaruh ke arah kerosakan

6.3 Peranan agama dalam membina tamadun


Manusia hendaklah beramal dan berusaha membina tamadun. Oleh itu manusia wajib menuntut

5
ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai memenuhi aturan hidup . Di samping berakhlak mulia
supaya lebih kreatif dan inovatif.

6.4 Menerangkan kepentingan menghormati amalan agama dan kepercayaan lain.

Rakyat Malaysia sepatutnya lebih memahami suasana dan corak hidup masyarakat berbilang kaum
dan agama dalam negara ini. Masyarakat Islam dan bukan Islam negara ini mampu mengekalkan
keamanan berpuluh tahun lamanya hasil daripada usaha kerajaan dan kefahaman masyarakat
mengenai konsep kehidupan masyarakat majmuk.

Kepincangan dan kekeruhan yang wujud dalam masyarakat sehingga mempersoalkan hak-hak yang
diperuntukkan oleh perlembagaan kepada umat Islam disebabkan sikap segelintir golongan
masyarakat yang ingin meroboh benteng perpaduan negara.

Apabila kekuatan dan ketulenan ajaran Islam menjadi amalan masyarakat Islam dan perpaduan
kaum begitu kental maka usaha untuk melemahkan ajaran Islam dan keharmonian negara akan
gagal.

Masyarakat Malaysia dilatih dan diasuh mengenai keindahan kehidupan bersama masyarakat
pelbagai kaum dan agama tanpa sebarang kompromi dalam aspek akidah dan amalan beragama
(ritual). Mereka mampu mengekalkan keamanan walaupun tinggal di kawasan berjauhan dengan
bandar.

6.5 Menghormati Tempat Beribadat, Amalan Mulia

1. Nilai: Kebebasan Beragama

2. Penerangan nilai:Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya


seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

3. Perkara yang terkandung dalam perlembagaan berkaitan dengan kebebasan agama ialah:
I. Sungguhpun Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi tiap-tiap orang berhak
menganuti dan mengamalkan agama masing-masing.

6
II. Setiap orang juga berhak untuk mengembangkan agamanya tetapi undang-undang
negeri boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa agama,iktikad atau
kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti ajaran tersebut.
III. Kebebasan diberi untuk menjalankan kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan
Islam. Contoh tempat beribadat untuk pelbagai kaum di Malaysia:
a) Islam-Masjid
b) Buddha-tokong
c) Kristian-gereja
d) Hindu-kuil
e) Punjabi-Gudwara

4. Amalan murni yang terdapat di semua tempat beribadat ialah seperti berikut:
a. menjaga kebersihan diri
b. menjaga kebersihan persekitaran
c. berpakaian sopan

5. Kepentingan menjaga dan menghormati tempat beribadat pelbagai penganut agama ialah:
a. boleh mengeratkan perhubungan dan persahabatan antara penganut pelbagai
agama
b. menghormati hak kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembagaan

6. Rakyat Malaysia boleh saling membantu dalam menjaga kesucian tempat beribadat masing-
masing dengan cara:
a. mematuhi peraturan rumah-rumah beribadat
b. memasuki rumah ibadat penganut lain dengan izin

7. Cara-cara menunjukkan kebebasan beragama dalam kehidupan seharian ialah:


a. Tidak mengganggu rakan yang sedang melaksanakan tanggungjawab
keagamaannya walaupun ada urusan
b. tidak mengadakan mesyuarat atau aktiviti penting semasa rakan perlu
melaksanakan urusan keagamaan mereka
c. menyediakan menu yang mengambil kira pantang larang pelbagai agama

Anda mungkin juga menyukai