Anda di halaman 1dari 15

MARKAH

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NA KURSUS

SEMESTER 2 SESI 2018/2019


KPS 3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK

KEPENTINGAN PROFESIONALISME GURU

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON


Zarol Iqmal Rozmi D20181083556 014-5468204
Richie Tam D20181083545 011-31828417
Nurfarah Liyana Binti Rahim D20181084253 017-3025632
Nur Adlina Fasya Binti Md. Azmi D20181083575 013-6106263
Mohammad Abrul Shauki Bin Johari D20181084220 017-4739115
Surainie Binti Husin D20181083277 011-63656114

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN I

KUMPULAN PEMBENTANGAN : 12B2

NAMA PENSYARAH : ENCIK ZAHARI BIN SUPPIAN


1. PENGENALAN

Profesionalisme guru boleh dipecahkan kepada dua suku kata iaitu


profesionalisme dan guru. Menurut Hisham Ahmad dan Wan Nasyrudin Wan Abdullah
(2015), perkataan profesionalisme berasal daripada kata dasar profesion iaitu pekerjaan
yang memerlukan latihan khas dan kemahiran tinggi. Profesionalisme dalam kerja adalah
faktor penting kepada prestasi dan produktiviti bagi diri seseorang yang bekerja atau
organisasi yang berkaitan dengan pekerjaan sama ada pada sektor awam, syarikat swasta,
bekerja sendiri atau selainnya. Manakala, guru dipertanggungjawabkan untuk mendidik
dan membimbing proses pengembangan ilmu pengetahuan kepada para pelajar yang
bakal memimpin negara pada masa hadapan. Pendidikan berteraskan fitrah insaniah
meletakkan matlamat pencarian ilmu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah
diamanahkan oleh Allah (S.W.T.) sebagai asas untuk membentuk modal insan yang
berkualiti (Tajul Ariffin Nordin, 2002). Daripada pembacaan dan kutipan yang diberikan
ini profesionalisme guru boleh disimpulkan sebagai seorang pendidik seharusnya
mempunyai keinginan dalam memperbaharui cara-cara semasa sesi pembelajaran
didalam mahupun diluar kelas. Hal ini kerana, pendidik yang berkualiti akan sentiasa
meningkatkan pengetahuan agar mahu melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan
mempunyai daya berfikir yang tinggi.

Profesionalisme guru adalah sangat penting kerana ianya sangat memberi


pengaruh yang positif dalam melahirkan insan yang berkualiti dan seimbang. Hal ini
kerana melahirkan seorang pelajar yang berkualiti bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Pada waktu yang sama, ianya boleh mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan pendidikan di Malaysia. Oleh itu,
kepentingan profesionalisme guru adalah sangat penting dalam pendidikan di negara ini
dan mampu untuk memberikan impak yang sangat positif.

Seterusnya, terdapat juga ciri-ciri dalam profesionalisme guru iaitu keinginan


untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal atau maksud lainya
suatu perangkat perilaku yang dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan.
Sebagai seorang guru yang berwibawa dan sentiasa berdaya saing , guru itu haruslah
mempunyai matlamat untuk dijadikan contoh teladan yang baik sekolah. Contohnya, guru
mempunyai kaedah pembelajaran yang boleh menarik pelajar untuk mempelajarinya dan
menjadi contoh dan rujukan kepada guru-guru juga. Ciri kedua ialah mahir dalam
kemahiran IT. Hal ini kerana perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun
di negara ini memberi kesan didalam bidang pendidikan. Contohnya, wujud pembelajaran
di atas talian dan juga wujud sistem pembelajaran menggunakan Frog VLE(Virtual
Learning Environment) yang telah diperkenalkan di peringkat sekolah. Oleh itu, guru
seharusnya pengetahuan dan ilmu dalam bidang IT kerana pelajar kini lebih maju ke
hadapan selari dengan perkembangan teknologi kita dan mampu meningkatkan mutu
pendidikan di negara ini.

Seterusnya, ciri profesionalisme guru ialah berupaya membuat keputusan dan


menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif. Guru haruslah bijak dalam membuat
sesuatu keputusan dan tindakan kerana tugas seorang guru bukan hanya mengajar dan
mendidik malah seorang pentadbir dan pengurus segala aktiviti disekolah. Perubahan
yang terdapat di dalam pendidikan seharusnya dikuasai oleh setiap guru.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN

a. Nama dan latar belakang sekolah

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Proton City,Tanjung Malim, Perak


Jenis sekolah : Sekolah harian biasa

Lokasi : Bandar Proton, Batang Padang, 35900, Tanjong Malim,,

Perak Darul Ridzwan, Malaysia

Bilangan murid : 764 murid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan

Bilangan guru : 54 orang guru

Pengetua : Puan Salmi Ali

Sejarah sekolah : - Dirasmikan oleh Sultan Perak , Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

- Dibina pada 2009 dan telah siap sepenuhnya pada Mac 2010

- Kawasan sekolah seluas 4.05 hektar dengan kos yang digunakan

sebanyak 12 Juta

a. Nama dan latar belakang responden

Nama: Puan Wan Nor Zaleha Binti Wan Salleh


Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan Proton City
Asal : Kelantan
Pengalaman mengajar : 26 tahun
Status : Berkahwin dan mempunyai anak 8 orang
Sekolah yang pernah berkhidmat :
1) Berkhidmat dan mengajar di kelantan
2) SK Slim River (10 tahun)
3) SK Tanjung Malim (11 tahun)
4) SK Slim Village(2 tahun)
5) SK Methodist (4 bulan)
6) SK Proton City ( Januari 2018-kini)

3. OBJEKTIF KAJIAN

 Mengetahui kepentingan profesionalisme guru


 Mengenalpasti isu- isu yang melibatkan profesionalisme guru disekolah
 Membincangkan langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
meningkatkan profesionalisme guru
 Mengenalpasti cabaran yang mempengaruhi guru didalam perkembangan
profesionalisme

4. DAPATAN KAJIAN

Temubual dijalankan dengan menemubual penolong kanan pentadbiran, SK


Proton city Puan Wan Nor Zaleha Binti Wan Salleh mengenai kepentingan
profesionalisme guru. Daripada temubual itu, responden menyatakan bahawa setiap guru
harus ikhlas dalam melaksanakan tugas mereka sebagai pendidik dan bertindak sebagai
role model. Selain itu, beliau menyatakan profesion sebagai seorang guru adalah suatu
perkara yang mulia kerana tugas guru bukan hanya mengajar tetapi juga merancangan
pemikiran dan tindakan serta memimpin perancangan dalam mata pelajaran yang
diajarnya. Guru juga mengalas tugas dalam membentuk para pelajar menjadi modal insan
yang seimbang dari segenap aspek.

Seterusnya ciri-ciri profesionalisme guru boleh dilihat apabila transformasi arus


pendidikan bertukar daripada kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) kepada kurikulum
standard sekolah rendah (KSSR) dan kemudiannya bertukar kepada transformasi sekolah
2025 (TS25). Sekolah SK Proton City merupakan salah satu sekolah pemangkin KBAT
peringkat negeri Perak. Pada pendapat beliau perubahan yang berlaku tidaklah begitu
ketara kerana konsepnya masih sama cuma terdapat sikit penjelamaan baru dari segi
perubahan sukatan pembelajaran didalam kelas. Oleh itu, guru seharusnya mencari
inisiatif atau teknik mengajar menggunakan pendekatan baru semasa didalam kelas .

Di sekolah SK Proton City terdapat 54 orang guru yang mengajar di sekolah


tersebut. Responden menyatakan setiap guru sangat memberikan komitmen yang baik
apabila transformasi pendidikan itu berlaku. Transformasi pendidikan ini juga mengikut
arus kemodenan teknologi yang semakin pesat. Contohnya, kehadiran pelajar kini perlu
dihantar secara atas talian sebelum jam 9 pagi. Oleh itu, ianya sedikit sebanyak memberi
kesan kepada guru yang berusia kerana perlu menguasai didalam bidang ICT.
Kesungguhan yang ditunjukkan oleh pendidik ini dapat dilihat menepati setiap ciri-ciri
profesionalisme guru itu sendiri.

Seterusnya, responden menyatakan isu yang melibatkan profesionalisme guru


yang sering diperkatakan adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu
bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu
lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang.
Sepanjang tempoh ini, murid – murid dan guru terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu
penyalahgunaan masa dalam kalangan guru di sekolah. Memang benar isu
penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal
ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini
daripada terus menular.

Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa
memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh,
guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian,
guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah
dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari
facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di
malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan
produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari.

Selain itu, isu tentang bebanan kerja juga adalah salah satu cabaran yang harus
guru- guru hadapi dan hal ini di rasai sendiri oleh para guru di sekolah Sk Proton City.
Hal ini kerana selain daripada mengajar, guru-guru juga membuat kerja-kerja perkeranian
dan memegang jawatan lain- lain pada masa yang sama. Perkara ini adalah satu cabaran
kepada guru-guru kerana mereka seharusnya mengajar dan menyiapkan kerja-kerja di
luar bidang mereka dan sedikit sebanyak menganggu kualiti pengajaran mereka. Sebagai
contoh, ada masa-masa tertentu guru tidak dapat masuk ke dalam kelas untuk mengajar
kerana menghadiri perjumpaan untuk jawatan lain yang disandangnya. Hal ini boleh
menjejaskan pembelajaran para pelajar.

Pengetahuan yang kurang dalam bidang ICT juga adalah cabaran bagi guru-guru
terutamnya yang telah berusia kerana di Abad 21 ini penggunaan teknologi dalam
pengajaran di dalam kelas adalah penting. Jika para guru kurang pengetahuan dalam ICT,
hal ini akan menyukarkan mereka untuk menyampaikan ilmu pembelajaran seperti yang
dikehendaki oleh KPM selari dengan PAK-21. Isu dan cabaran inilah yang dihadapi oleh
para guru seperti yang diwarwarkan oleh responden semasa wawancara.

Dari segi langkah untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme perguruan pula


para pendidik boleh mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.
Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru
menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Bagi memperkembangkan kemahiran,
guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh
kerajaan dan kementerian pendidikan Malaysia(KPM). Kursus-kursus tersebut
termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. Selain itu, melalui
penganugerahan guru cemerlang juga dapat meningkatkan motivasi guru untuk sentiasa
memperbaiki diri dan memperkembangkan profesionalisme seorang guru.

Seterunya, guru boleh membuat penyelidikan dan penulisan. Penyelidikan dan


penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan
atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru.
Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah,
penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti
berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan da n penyediaan
lembaran kerja sebagai penilaian. Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri
masing- masing. Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri
seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru. Guru yang mempunyai konsep
kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai- nilai diri
yang baikakan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih
berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru.

5. ANALISIS SWOT

5.1 KEKUATAN

Profesionalisme Keguruan menerangkan kerjaya guru sebagai kerjaya profesional


yang menitikberatkan penguasaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) daripada
aspek pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesionalisme. Peningkatan kualiti pendidikan
menjadi fokus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses transformasi
Sistem Pendidikan Negara yang bermula sejak 2013. Sejajar dengan perubahan ini, warga
pendidik perlu meningkatkan pembangunan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP)
abad ke-21. Melalui temubual yang di jalankan di Sekolah Kebangsaan Proton City,
Tanjung Malim, responden kajian menyatakan bahawa guru-guru sekolah tersebut selalu
dihantar untuk mengikuti kursus-kursus pendidikan atau bengkel untuk memantapkan diri
dalam membangunkan kualiti kemahiran dan etika pengajaran serta pembelajaran dalam
profesionalisma keguruan. Hal ini merupakan kekuatan yang ada pada sekolah ini
dimana usaha ini dilihat sejajar dengan Agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50)
untuk memantapkan kualiti warga pendidik menerusi latihan yang berterusan supaya
mereka dapat membangunkan modal insan yang cemerlang. Sebagai contoh, Pelan Induk
Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) adalah bukti komitmen KPM dalam
membantu peningkatan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan.
Seterusnya, guru- guru SK Proton City, Tanjong Malim juga didedahkan dengan
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21). PAK-21 bukanlah semata- mata berpaksikan
teknologi tetapi lebih menjurus kepada pendekatan PdP yang menggalakkan
pembelajaran yang berpusatkan murid yang berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif,
pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Dalam PAK-21, guru
hanya bertindak sebagai fasilitator dan pengurus bilik darjah supaya sesuai dengan
persekitaran. Kebanyakkan guru-guru SK Proton City, Tanjong Malim tahu dan
mengaplikasikan PAK-21 untuk memastikan pelajar tidak pasif belajar di dalam kelas
seperti zaman Pembelajaran “Spoon- feeding” atau suap sahaja semua informasi kepada
pelajar. Pelajar juga tidak lagi diminta untuk diam di dalam kelas, malahan pelajar Abad
ke-21 perlu bergiat aktif di dalam bilik darjah sepanjang sesi pengajaran dan
pemudahcara (PdPc) dilakukan. Dengan kursus-kursus yang diberi oleh KPM/ PPD/JPN
dan kemahiran para guru dalam menggunakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) di SK
Proton City, Tanjong Malim, guru-guru menjadi kekuatan kepada pihak sekolah dalam
melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

5.2 KELEMAHAN

Antara kelemahan yang dapat dilihat di SK Proton City, Tanjong Malim dari segi
keprofesionalisma keguruan ialah seseorang guru bukan sahaja bertugas untuk mengajar
subjek tertentu tetapi seseorang guru juga terpaksa memegang beberapa jawatankuasa
pada satu masa yang tidak berkaitan dengan aktiviti pengajaran di dalam kelas. Sebagai
contoh, para guru membuat kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat
dan menyediakan minit mesyuarat, menyelaras papan notis, menjadi penasihat persatuan,
sukan dan kelab. Kerja-kerja ini sedikit sebanyak membuat para guru menghadapi
tekanan dan hal ini justeru akan menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru.

Seterusnya, dalam wawancara yang dijalankan bersama responden, beliau


menyatakan bahawa antara kelemahan yang dihadapi dalam keprofesianalan perguruan
yang turut dialami oleh guru-guru di sekolah ini ialah guru- guru terpaksa menyesuaikan
diri dengan cepat dengan sistem pengajaran pada masa kini yang banyak menggunakan
teknologi dalam medium pengajaran dan pencarian maklumat. Pada zaman dahulu
teknologi dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat dan hal ini telah
menyebabkan ramai para guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada
teknologi dalam bidang pendidikan. Justeru itu, hal ini menyebabkan sebahagian guru
tidak mahir dalam menggunakan teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Mereka juga
menganggap penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu
yang komplex dan tidak mudah untuk dipelajari. Sebagai contoh, guru- guru dikehendaki
mengisi markah ujian murid- murid di dalam laman portal yang disediakan. Hal ini
mungkin kelihatan mudah tetapi sukar bagi seseorang yang kurang mahir dalam
penggunaan teknologi maklumat.

5.3 HALANGAN

Dalam wawancara bersama pihak sekolah, kami mendapati terdapat beberapa


halangan yang dihadapi oleh guru-guru melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebagai contoh, Dasar Pengajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah diperkenalkan pada tahun 2002.
Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah
sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada ta hun 2008 dan dasar ini telah
dimansuhkan pada tahun 2012. Selepas PPSMI dimansuhkan pada tahun 2012,
pengajaran Sains dan Matematik ditukar kembali kepada bahasa melayu. Perubahan ini
membuatkan para guru yang dilatih mengajar dalam bahasa melayu terpaksa mengubah
cara pengajaran kepada bahasa Inggeris mengikut dasar yang ditetapkan oleh KPM dalam
jangka masa yang singkat dan mengubah kembali pula cara pengajaran kepada bahasa
melayu selepas tahun 2012 selepas PPSMI dimansuhkan. Jika guru- guru yang mengajar
kedua-dua mata pelajaran ini tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, hal ini
akan menyebabkan proses pengajaran tidak dapat berjalan dengan lancar dan berkesan
dan sedikit sebanyak menjejaskan keprofesionalan keguruan. Hal ini turut dirasai oleh
para guru di SK Proton City, Tanjong Malim.

Seterusnya, halangan yang dihadapi dalam profesion keguruan ialah mereka


mengalami masalah untuk memahami perbezaan dialek bahasa murid- murid. Sebagai
contoh, murid daripada negeri kelantan mempunyai dialek bahasa yang berbeza dari
negeri perak, selangor dan lain- lain. Hal ini menyebabkan guru mempunyai masalah
untuk memastikan pelajar faham apa yang disampaikan di dalam bilik darjah. Pelajar
tersebut juga mungkin sukar untuk memahami apa yang diajar oleh para guru kerana
sudah terbiasa menggunakan bahasa ibunda mereka sejak dari kecil. Hal ini, dialami
sendiri oleh para guru di SK Proton City, Tanjong Malim semasa mengajar di dalam atau
luar bilik darjah. Halangan yang di hadapi oleh para guru di SK Proton City, Tanjong
Malim juga ialah kekurangan kemudahan ICT untuk membantu guru-guru dalam proses
pengajaran. Sebagai contoh, ketiadaan LCD dan bilik ICT menyukarkan guru-guru untuk
menggunakan kaedah yang berkaitan teknologi sejajar dengan tujuan PAK-21.

5.3 RUANG UNTUK PENAMBAIKAN

Dalam usaha menambah baik profesionalan keguruan, pihak sekolah boleh


mengambil inisiatif untuk mengurangkan beban para guru dengan mengupah kerani
dalam membantu kerja-kerja perkeranian. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengupah
penyelia untuk menjaga dan menyelia sesebuah jawatankuasa atau tugasan. Hal ini akan
dapat membantu mengurangkan bebanan para guru dan membolehkan mereka
menggunakan masa yang lebih banyak untuk menyediakan bahan untuk pengajaran yang
berkesan. Seterusnya, para guru haruslah diberikan masa dan ruang yang mencukupi
untuk mengurangkan tekanan yang di hadapi untuk menjamin para guru yang mampu
berfungsi secara sihat dan berkualiti. Konklusinya,kerja-kerja yang tidak berkaitan
dengan para guru harus dikurangkan untuk meningkatkan kualiti dan keprofesionalan
seseorang guru.

Salah satu usaha penambahbaikkan yang boleh di jalankan oleh pihak kerajaan
atau sekolah ialah menyediakan pelbagai kursus yang memfokuskan kepada cara-cara
penggunaan teknologi dan kursus-kursus pemantapan sahsiah dan kualiti guru. Para
guru perlu diwajibkan untuk menghadiri kursus-kursus ICT untuk memahirkan diri dalam
menggunakan kemudahan ICT yang sedia ada dalam sekolah untuk mengajar. Dengan
pendedahan teknologi kepada para guru, mereka juga dapat melengkapi diri sendiri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkini melalui internet dan hal Ini dapat
membantu para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam kelas.

Masalah guru-guru yang kurang fasih berbahasa Inggeris untuk mengajar subjek
Sains dan Matematik pula boleh di atasi dengan usaha menyediakan pelbagai buku
rujukan berkualiti yang berkaitan dengan subjek Sains dan Matematik yang berbahasa
Inggeris.Seterusnya, dalam menangani masalah kekurangan kemudahan ICT, Pihak
kerajaan boleh mengambil langkah untuk menyediakan LCD dan komputer di dalam
kelas untuk memudahkan para guru melakukan proses pengajaran di dalam kelas.

6. RUMUSAN

Konklusinya, guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan di mana standard


profesional perguruan digunakan sebagai satu set kriteria dalam menentukan
profesionalisme guru. Profesionalisme seseorang guru ditakrifkan dengan mutu
pendidikan dalam beberapa segi seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran yang akan
mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang
digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan
kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Perkembangan profesionalisme keguruan amat
penting dan harus menjadi keutamaan dalam perancangan kerjaya setiap guru.

Pihak sekolah bersama para guru boleh membina permuafakatan dengan


menganjurkan “mentor- mantee” iaitu para guru yang berpengalaman atau sudah lama
berkhidmat boleh memberi tunjuk ajar apa yang sepatutnya kepada guru-guru yang
baru. Selain itu, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan guru juga untuk
adalah salah satu dalam memperkasakan kerjaya perguruan. Dengan program-program
seperti guru- guru pelatih akan menerima latihan seperti pedagogi, kokurikulum, dan ICT,
mereka akan lebih bersedia di dalam menghadapi cabaran dalam profesi keguruan.
Profesional keguruan amat penting untuk di tingkatkan secara berterusan kerana ia amat
penting dalam melahirkan guru-guru yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang
berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan berdaya saing.
7. RUJUKAN

Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Retrieved from

https://www.moe.gov.my/index.php/menumedia/media-cetak/penerbitan/1249-dokumen-
awal-pelan- induk-pembangunan-profesionalisme-keguruan/file

Guru Sebagai Pemimpin Dan Pengamal Profesionalisme Keguruan. (n.d.). Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/98723261/Guru-Sebagai-Pemimpin-Dan-Pengamal-
Profesionalisme-Keguruan

Hisham Ahmad, & Wan Nasyrudin Wan Abdullah. (2015). Mengatasi kelemahan
profesionalisme dalam kerja melalui penghayatan karekter hamba- hamba ar-rahman. Al-
Hikmah, 7(ISSN 1985-6822). Retrieved from
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/43666/2.pdf

Mohd Syaubari Othman, & Ahmad Yunus Kassim. (2017 ). Isu Dan Permasalahan (Pdp)
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam Amalan Pengajaran Guru
Menurut Pandangan Ibn Khaldun. Human Capital Development, 10(ISSN: 1985-7012).
Retrieved from
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/60242/V10N1ART1.pdf

New Thesis SEO. (n.d.). Pengertian Profesionalisme Guru. Retrieved from


http://pustakaaslikan.blogspot.com/2012/06/pengertian-profesionalisme-guru.html

Norazlinda Saad, & Surendran Sankaran. (2018). Modul Pembangunan Profesionalisme


Keguruan Berasaskan Model Kualiti Kaizen.Profesionalisme Perguruan. (2011, April
27). Retrieved From https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-
perguruan/

Saad, N. & Sankaran, S. (2018). Modul Pembangunan Profesionalisme Keguruan Berasaskan


Model Kualiti Kaizen. International Journal of Education, Psychology and Counseling,
3(15), 95-103
Omar Abdull Kareem dan Khuan Wai Bing (2005), perkembangan profesional guru secara
berterusan: perspektif pembangunan sumber manusia, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Shariza Abdullah (2018, oktober 24), Bengkel perkasa profesionalisme guru. Utusan
Online, diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/bengkel-
perkasa-profesionalisme- guru-1.773729.

Athir Ismail (2018, mei 16), Guru patut ada masa untuk tingkat kemahiran. Utusan Online,
diperoleh daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/guru-patut-ada- masa-
untuk-tingkat-kemahiran-1.673939.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai