Anda di halaman 1dari 13

SULIT

_
·jt J ,.
:�'
�UI!AJ'-J ID81�
,

�--.� . ..
__ .... -.- .. --.-- ....
r::.;,\I;_,'..U':'__"';.j-:.:/:'.';;.J"S-:::''';_;-',.;i
,--.---.- .... ""--- ... --.��-.-.-,.---->-.-

SC'lT,\i\ lDRiS LDUC/.,TiOt-; Ui'HVE!�S!.T\,

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN lORIS

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 1 SESI 2015/2016

KOD : HNH2012 KURSUS : TIT AS

TARIKH: 0 9 JAN lOtS MASA : 1 JAM 30 MINIT

ARAHAN

1. Kertas soalan ini mengandungi EMPAT PULUH (40) soalan objektif.

2. Jawab SEMUA soalan pada kertas OMR yang disediakan.

3. Pastikan borang OMR DIHITAMKAN dengan JELAS sebelum menghantar kertas jawapan.

4. Anda DILARANG membawa kertas soalan ini keluar dari dewanfbilik peperiksaan.

5. Kertas soalan akan DlPUNGUT selepas peperiksaan tamat.

Kertas soalan ini mengandungi 13 muka surat termasuk muka hadapan

PROGRAM:

TAHUN: KUMPULAN KULIAH :

NO. PENDAFTARAN : I I I I I I I
NO. KAD PENGENALAN :
I I I I I I I I I I I I I
PENSYARAH:

TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT

l�l�,i]�,,�l���J
HNH 2012 TITAS 2

1. Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan pengertian tamadun KECUALI

A. manusia mengalami perubahan dalam kehidupan.


B. masyarakat yang mempunyai aktiviti ekonomi yang pelbagai.
C. manusia mempunyai agama sebagai panduan dalam kehidupan bertamadun.
D. perbezaan latar belakang sesebuah tamadun tidak mempengaruhi pengertian
tamadun.

2. Pilih pernyataan berikut yang menerangkan tentang interaksi antara tamadun.

I. Interaksi boleh mengelakkan sesebuah tamadun bersifat jumud.


II. Interaksi memerlukan masyarakat bersikap terbuka tanpa ada batasan.
III. Interaksi wujud apabila sikap toleransi diamalkan oleh sesebuah
tamadun.
IV. Interaksi boleh memajukan sesebuah tamadun dalam pelbagai aspek
kehidupan masyarakat.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

3. Pilih pernyataan yang BENAR tentang ciri-ciri asas pembinaan tamadun.

I. Jangka hayat yang stabil dan panjang.


II. Kehidupan manusia berpindah randah.
III. Sistem pemerintahan yang teratur dan adil.
IV. Peningkatan penciptaan sains dan teknologi.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, !II dan IV sahaja.

4. Kesan interaksi positif antara tamadun yang berbeza boleh berlaku jika

I. sesebuah tamadun itu bersifat statik.


II. masyarakat sentiasa berdialog sesama sendiri.
III. interaksi yang berlaku bukan bertujuan untuk menguasai yang lain.
IV. masyarakat mementingkan perkongsian yang memberi manfaat bersama.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

[Lihat Sebelah
HNH 2012 TITAS 3

5. Kemerosoton dan keruntuhan sesebuah tamadun dikaitkan dengan faktor-faktor


berikut KECUALI

A. berlaku bencana alam.


B. pemerintah meninggal dunia.
C. wujudnya ketidakadilan sosial.
D. berlakunya penindasan dan kezallman,

6. Pernyataan berikut mengambarkan tamadun berbeza daripada budaya iaitu

I. setiap masyarakat dalam sesebuah tamadun hanya mempunyai satu


budaya sahaja.
II. budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang
bertamadun.
III. pengaruh daripada natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding
pengaruh daripada natijah budaya.
IV. tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan
budaya sering dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu sahaja.

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. III dan IV sahaja.

7. Pengertian Tamadun Islam merangkumi ciri-ciri berikut iaitu

I. penciptaan sains dan teknologi diterima sebagai satu unsur tamadun.


II. pencapaian dalam tamadun hanya terhad kepada kemajuan material.
III. hubungan dengan Tuhan merupakan as as kepada pembinaan tamadun.
IV. manusia diberi hak untuk mengekploitasi anugerah alam dengan sebaik
mungkin.

A. I,!! dan I!! sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

8. Pernyataan berikut menunjukkan ciri-ciri masyarakat berilmu dalam Tamadun


Islam KECUALI

A. menggunakan akal semaksima mungkin.


B. menjelmakan ilmu dalam pelbagai bidang.
C. melibatkan diri dalam kegiatan ilmu agama dan akademik.
D. menunaikan hak ilmu dan menjaga hubungan dengan agen llmu,

[Lihat Sebelah
HNH 2012 TITAS 4

Soalan 9 merujuk kepada rajah di bawah.

• Berusaha mencapai kemajuan dan pembangunan material

dengan keyakinan terhadap pertolongan Allah S.W.T.



Menjadikan segala usaha semata-mata beribadah kepada
Allah S.W.T berlandaskan syariat yang ditetapkan oleh Islam.

9. Penyataan di atas berkaitan pandangan semesta dalam Tamadun Islam iaitu

A. Ihsan.
B. Akhlak.
C. Syariah.
D. Akidah Tauhid.

10. Pilih
pernyataan yang SALAH tentang ciri-ciri pandangan semesta Islam bagi
membentuk akhlak masyarakat Islam.

A. Setiap am alan manusia di dunia akan diadili di hari akhirat.


B. Manusia dicipta sebagai hamba dan khalifah untuk beribadah kepada Allah
S.W.T.
C. Sumber rujukan bagi masyarakat Islam dalam kehidupan hanya didapati dalam
al-Quran.
D. Islam merupakan agama yang mengandungi panduan untuk segala aspek
kehidupan manusia.

11. Tiga hubunganberikut penting untuk dijaga oleh manusia bagi mencapai matlamat
Tamadun Islam KECUALI

A. hubungan manusia dengan alam.


B. hubungan manusia dengan haiwan.
C. hubungan manusia dengan man usia.
D. hubungan manusia dengan Allah S.W.T.

12. Kemajuan yang perlu dicapai menurut Tamadun Islam perlu bersepadu dari aspek

A. keilmuah dan keagamaan.


B. kerohanian dan kebendaan.
C. keagamaan dan kebudayaan.
D. kepercayaan dan perundangan.

[Lihat Sebelah
HNH 2012 TITAS 5

Soalan 13 merujuk kepada rajah di bawah.


Menggalakkan dan menekankan kepentingan dialog dan

interaksi antara tamadun.


• Menerima sesuatu unsur daripada tamadun lain yang tidak
bercanggah dengan ajaran Islam.

Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan
Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan kepercayaan
mereka.

13. Penyataan di atas berkaitan dengan salah satu ciri keistimewaan Tamadun Islam
iaitu

A. efektif.
B. realistik.
C. fleksibel.
D. toleransi.

14. Pernyataan berikut menerangkan Syariah sebagai prinsip asas Tamadun Islam
KECUALI

A. berkuatkuasa setelah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah.


B. ikatan yang menghubungkan dengan ajaran para nabi dan rasul terdahulu.
C. berkaitan dengan kehidupan manusia seperti sistem politik, ekonomi dan sosial
Islam.
D. berbentuk fleksible berdasarkan kesesuaian dan keperluan masa, tempat,
budaya dan bangsa sesebuah masyarakat Islam.

15. Pilih pernyataan yang BENAR tentang Tamadun Islam adalah sebuah tamadun
yang lengkap dan menyeluruh.

I. Mementingkan aspek kerohanian tanpa aspek kemajuan.


II. Konsep ibadah rneliputi seluruh aspek kehidupan man usia.
III. Meletakkan peraturan yang menjaga segala keperluan manusia di dunia.
IV. Tujuan manusia diciptakan untuk menperoleh kesejahteraan di dunia dan
di akhirat.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

[Uhat Sebelah
HNH 2012 TITAS 6

16. Pernyataan berikut merupakan pendorong kepada tertegaknya prinsip keadilan


dalam Tamadun Islam KECUALI

A kehidupan manusia yang sejahtera tanpa sebarang penindasan.


B. pengagihan kekayaan hanya berlegar di kalangan masyarakat tertentu.
C. manusia berhak mernillkl harta tanpa had menurut undang-undang Islam.
D. perbezaan kemuliaan manusia di slsi Allah S.W.T adalah berasaskan nilai
ketaqwaan.

17. Faktor-faktor asas penyatuan orang Melayu-Islam adalah disebabkan oleh

I. migrasi.
II. agama Islam.
III. perdagangan.
IV. budaya Melayu.

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. III dan IV sahaja.

Soalan 18 merujuk kepada rajah di bawah.


Berpegang kepada kepercayaan animisme dan
dinamisme.

Percaya kepada roh nenek moyang yang
dikenali sebagai hyang, poyang atau moyang.

18. Penyataan di atas berkaitan dengan tentang pandangan semesta Melayu ketika
zaman pengaruh

A. agama Islam.
B. agama Kristian.
C. agama Hindu dan Buddha.
D. pra agama Hindu dan Buddha.

[Lihat Sebelah
HNH 2012 TITAS 7

19. Penyebaran agama Islam di Alam Melayu mudah diterima oleh masyarakat Melayu
kerana

I. pengaruh raja yang menjadi ikutan rakyat.


II. ajaran Islam rasional dan mudah difahami.
III. peranan golongan pedagang Arab dan bangsawan.
IV. kekuatan kuasa ketenteraan kerajaan Melayu Melaka.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

Soalan 20 merujuk kepada rajah di bawah.

• Batu nisan Sultan Malikul Salleh Pasai sebagai


bukti.

Pendapat ini dikemukakan oleh S.Q Fatimi, R.A
Kern dan Snouck Hugronje.

20. Penyataan di atas berkaitan teori kedatangan Islam dari negara

A. India.
B. Arab.
C. China.
D. Pakistan.

21. Pilih pernyataan yang BENAR tentang Tamadun Malaysia yang sedang
mengalami proses pemantapan pada masa kini adalah hasil daripada proses
sejarah yang berkesinambungan.

I. Malaysia merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-kerajaan


Melayu awal.
II. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan adalah antara sumbangan
tamadun Melayu.
III. Sistem perundangan tradisional tidak lagi diamalkan di dalam
perundangan tamadun Malaysia kini.
IV. Islam kekal sebagai agama persekutuan di Malaysia tetapi agama-agama
lain masih boleh diamalkan dengan bebas.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

[Uhat Sebelah
HNH 2012 TITAS 8

22. Unsur interaksi yang paling penting membantu pembinaan Tamadun Melayu-Islam
di Malaysia ialah

A. budaya.
B. geografi.
C. sistem politik.
D. perdagangan.

23. Bangsa Cina dalam Tamadun Cina merupakan gabungan lima kaum terbesar yang
dikenali
sebagai

A. Zhingxia Maichu.
B. Zhenghia Maizu.
C. Zhonghua Minzu.
D. Zhunghan Manza.

24. Pilih nilai berikut yang berasaskan konsep Wu Cang bagi menjelaskan sistem nilai
masyarakat Cina.

I. Han (Ketaatan).
II. Li (Kesopanan).
III. Yi (Kesaksamaan).
IV. Ren (Kemanusiaan).

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

25. Dinasti berikut pernah wujud dalam sejarah pemerintahan Tamadun Cina
KECUALI

A. Dinasti Xia.
B. Dinasti Han.
C. Dinasti Chin.
D. Dinasti Senho.

[Lihat Sebelah
HNH 2012 TITAS 9

Soalan 26 merujuk kepada rajah di bawah.

• Salah satu kitab dikenali sebagai Analekta


• Menekankan kejujuran dan kebaikan,
menghalang huru-hara dan pecah belah

26. Penyataan di atas merujuk kepada salah satu falsafah yang terdapat di dalam
Tamadun Cina iaitu

A. Taoisme.
B. Legalisme.
C. Buddhisme.
D. Konfucianisme.

27. Interaksi antara tamadun Cina dan tamadun Melayu telah mewujudkan masyarakat
Baba dan Nyonya yang mempunyai ciri-ciri unik berikut.

I. bertutur dalam bahasaMelayu dengan gayanya yang tersendiri.


II. kepercayaan masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai pengaruh
tamadun Melayu-Islam.
III. masakan Baba dan Nyonya merupakan campuran masakan Cina dan
Melayu.
IV. kain sarung dan baju kebaya merupakan pakaian tradisional masyarakat
Baba dan Nyonya.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

rI"" .... "'"' .... "'0'"'


28. Ko ....
II..,"'e'"'
t-' xieo (berbakti)
Ai V
\Uvel 1'''11 YC;;;UI
".\,J'II�""'tJ LoI' II
I., dalarn Tamadun Cina meruoakan
7hong (taat) \.A I�U II '-'......,
1"'" I
-

II

asas kepada sistem-sistem berikut.

A. Sistem ekonomi dan sistem politik.


B. Sistem pendidikan dan sistem perundangan.
C. Sistem kekeluargaaan dan sistem kenegaraan.
D. Sistem kemasyarakatan dan sistem ketenteraan.

[Lihat Sebelah
HNH 2012 TITAS 10

Soalan 29 merujuk kepada rajah di bawah.

• Berbahasa Tamil.

Menetap di Selatan India.

Kepercayaan, pemikiran serta amalam

masyarakat berasaskan ajaran mazhab


Saivisme dan Vaisanavisme.

29. Penyataan di atas merujuk kepada salah satu masyarakat yang menyumbang
kepada pembinaan Tamadun India

A. Venda.
B. Dravida.
C. Atharva.
D. Indo- Arya.

Soalan 30 merujuk kepada rajah di bawah.


Segala perbuatan fizikal, fikiran dan percakapan
yang bermaksud perkara buruk akan membawa

kepada balasan yang buruk.



Segala perbuatan fizikal, fikiran dan percakapan
yang bermaksud perkara baik akan membawa
kepada tindak balas yang baik.

30. Penyataan di atas merujuk kepada salah satu kepercayaan dalam Tamadun India
India iaitu

A. Kasta.
B. Karma.
C. Mokhsa.
D. Ashrama Dharma.

31. Pernyataan berikut menerangkan ciri-ciri agama Hindu dalam Tamadun India
KECUALI

A. dipercayai merupakan agama tertua di dunia.


B. Tuhan dalam agama Hindu mempunyai pasangan.
C. agama yang ada permulaan mahupun pengakhiran.
D. Tuhan yang satu dijelmakan dalam tiga nama dikenali sebagai Trimuti.

[Lihat Sebelah
HNH 2012 TfTAS 11

32. Susun empat kasta utama dalam Tamadun India ini menurut urutan yang betul.

A. Ksatriya, Sudra, Vaisya dan Brahmin.


S. Sudra, Ksatriya, Brahmin dan Vaisya.
C. Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra.
D. Vaisya, Brahmin, Sudra dan Ksatriya.

33. Upacara pengorbanan berikut merupakan amalan paling penting bagi penganut
agama Hindu iaitu

A. Upanishad.
B. Swadhyaya.
C. Aprigrahanam.
D. Brahmacharman.

34. Susunan empat peringkat kehidupan berkeluarga dalam masyarakat India


mengikut keutamaan.

A. Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta dan Sannyasa.


B. Grahasta, Brahmacarya, Sannyasa dan Vanaprasta.
C. Vanaprasta, Sannyasa, Grahasta dan Brahmacarya.
D. Sannyasa, Vanaprasta, Brahmacarya dan Grahasta.

Soalan 35 merujuk kepada rajah di bawah.


pengaruh atau penguasaan
• dominasi sesebuah negara ke atas negara lain

merangkumi pelbagai aspek seperti politik,
ekonomi, sosial dan budaya

35. Penyataan di atas merujuk kepada tindakan yang diiakukan oleh Tamadun Barat
iaitu

A. Idogomi Barat.
B. Trigomoni Barat.
C. Militanomi Barat.
D. Hegemoni Barat.

[Uhat SebeJah
HNH 2012 TITAS 12
.

36. Pilih pernyataan berikut yang menerangkan tentang sekularisme Barat.

I. Islam menerima fahaman falsafah sekularisme.


II. Mengehadkan agama hanya di rumah ibadah sahaja.
III. Fahaman falsafah yang memisahkan agama dengan kehidupan
dunia.
IV. Muncul kesan daripada pertembungan antara para saintis dan
ilmuan dengan pihak gereja.

A I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

37. Pernyataan berikut menerangkan kepentingan dialog pada era sekarang


KECUALI

A. perebutan kuasa politik dan ekonomi terutama antara dunia Islam dengan
Barat.
B. keganasan dan ketidakstabilan yang gagal diselesaikan melalui meja
rundingan.
C. kejahilan tentang tamadun lain yang mencetuskan keganasan dan
permusuhan antara tamadun.
D. keperluan manusia mempunyai kehidupan yang harmoni tanpa mengira
bangsa yang mewakili masyarakat seluruh dunia.

38. Pilih pernyataan yang SALAH tentang tujuan-tujuan dialog antara tamadun
diadakan.

A. Untuk mewujudkan toleransi dan keharmonian ketika dialog dilakukan.


B. Untuk mengetahui pihak yang benar dan salah ketika dialog diadakan.
C. Untuk mernberi rnaklumat, membuat perbandingan ketika dialog diadakan.
D. Untuk mempelajari, memahami dan bertukar-tukar fikiran ketika dialog
dilakukan.

39. Faktor-faktor berikut menjadi cabaran dan penghalang kepada berlakunya dialog
antara tamadun KECUALI

A. rendah diri.
B. kemunduran.
C. sindiran sosial.
D. syak wasangka.

[Uhat Sebelah
HNH 2012 TITAS 13

40. Pernyataan berikut merupakan pnnsip-pnnsip dialog yang perlu diikuti oleh
pendialog supaya dialog dapat berjalan dengan lancar dan sempurna KECUALI

A. pendialog jujur dan ikhlas.


mestilah bersifat
B. pendialog hendaklah mengikut perasaan mereka sernata-mata.
C. pendialog mestilah boleh mendefinisikan dengan jelas pendiriannya.
D. mestilab mempunyai perasaan saling mempercayai antara satu
pendialog
sama lain.

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai