Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Terdapat pelbagai model yang telah wujud hasil daripada beberapa kajian lepas tentang sekolah
berkesan. Tujuan utama wujudnya konsep sekolah berkesan adalah untuk meningkatkan
pencapian murid di sekolah mereka. Dengan kata lain. kesemua model-model ini telah
mengalami tiga peringkat perubahan ataupun gerakan, seperti yang berikut :

 Gerakan pertama : Pengkaji menyenaraikan faktor penyumbang untuk mewujudkan


sekolah yang cemerlang tanpa menengahkan strategi kearah matlamat tersebut.
 Gerakan kedua : Mengandaikan proses penambahbaikan hanya berlaku terhadap satu
pemboleh ubah proses dan kejayaan pemboleh ubah proses tersebut dinilai dengan
dapatan akhir (Fullan, 1991).
 Gerakan ketiga :Menekankan satu slogan “kejayaan keatas perubahan hanya akan
tercapai sekiranya dapatan gerakan pertama dilibatkan bersama dalam proses
penambaikan dan setiap pemboleh ubah proses tersebut perlu bekerjasama, (Lezotte,
2001).

Setiap perubahan yang berlaku bagi model tersebut adalah kerana tuntutan oleh persekitaran
dalam dunia pendidikan pada masa kini. Justeru itu, sebagai masyarakat yang pentingkan tentang
pendidikan bagi generasi muda maka sewajarnya kita membincangkan isu ini agar pihak yang
berkepentingan dalam bidang pendidikan khususnya penggubal dan pelaksana dasar mampu
melaksankan sebarang penambah baikan dalam bidang pendidikan dengan lebih cekap dan
berkesan.

Justeru itu, menurut sistem pendidikan di negara kita, terdapat pelbagai sekolah-sekolah yang
dikategorikan sebagai sekolah terbaik. Kesemua sekolah yang terpilih ini adalah disifatkan
sebagai sekolah-sekolah yang berkesan.

2.0 ISI KANDUNGAN


2.1 Sekolah Berkesan

(PART JIHA)

2.2 Penambahbaikan Sekolah

2.2.1 P engenalan

Seperti yang sedia maklum, dunia pada hari ini mengalami satu fenomena yang besar dicetuskan
oleh proses globalisasi yang telah berlaku pada dunia hari ini. Fenomena ini telah memberikan
kesan yang jelas kepada kehidupan manusia dan persaingan yang kuat turut menjadi fenomena
dunia pada hari ini agar setiap apa yang mereka lakukan hendaklah seiring dengan
perkembangan global dunia. Oleh hal yang demikian, penerapan amalan prinsip pengurusan
yang terbaik, strategi dan juga teknologi merupakan aspek utama dalam mencapai sesebuah
organisasi yang berjaya atau berkesan tidak kira industri yang melibatkan pengeluaran produk
mahupun perkhidmatan, Bedi (2008).

Terdapat banyak kajian yang melibatkan panambahbaikan sekolah yang telah dijalankan oleh
beberapa kajian lepas. Kesemua kajian ini merupakan lanjutan kepada persoalan bagi perkara
yang melibatkan sekolah berkesan yang dibincangkan diatas. Seperti yang kita sedia maklum di
Malaysia mempunyai hampir 10,208 buah sekolah merangkumi sekolah rendah dan juga
menengah. Oleh hal yang demikian setiap sekolah mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing-masing yang perlu diambil perhatian oleh guru besar atau pengetua khususnya bagi
meningkatkan lagi prestasi sekolah yang dipimpin.

Melalui kajian penambahbaikan sekolah yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas akan
memberikan garis panduan kepada pihak pentadbiran sekolah mahupun Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk menangani masalah yang menghalang sesebuah sekolah untuk menonjol tidak
kira dari segi kokurikulum mahupun kurikulum. Kebanyakan kajian yang dijalankan bagi
penambahbaikan sekolah adalah melibatkan kaedah kualitatif iaitu melalui sesi temubual,
analisis dokumen dan sebagainya.
2.2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Sekolah Berkesan

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi sekolah berkesan yang telah diperkenalkan oleh
pengkaji-pengkaji lepas. Antaranya adalah Peter Mortimore, United Kingdom 1988 menjelaskan
ahawa terdapat beberapa faktor yang mampu mempengaruhi sesebuah sekolah itu untuk
mencapai sekolah cemerlang, antaranya adalah :
 Pengetua dan guru besar memainkan peranan yang besar dalam memimpin sekolah
dengan menunjukkan kepimpinan yang mampan dan teguh.
 Keterlibatan penelong pengetua mahupun guru besar dalam urusan pentadbiran sekolah.
 Guru yang secara aktif terlibat dalam sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pihak
sekolah.
 Mempunyai guru yang sentiasa konsisten dalam pengajaran dalam kelas.
 Mempunyai bahan pengajaran yang terseusun.
 Mengetengahkan kandungan pengajaran yang mencabar, kreatif dan juga kritikal kepada
pelajar bagi melahirkan pelajar yang lebih berfikiran yang kritikal dalam menyelesaikan
masalah.
 Pemantauan kemajuan akademik pelajar hendaklah sentiasa dipantau.
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
 Mewujudkan hubungan yang baik diantara pelajar dan juga guru agar komunikasi yang
digunakan berkesan,
 Mempunyai sistem simpanan rekod pelajar yang leih teratur.
 Menggalakkan penglibatan ibu bapa yang aktif.
 Mewujudkan iklim sekolah yang positif dan memberangsangkan.

Seterusnya bagi tokoh asia iaitu Charil Marzuki, 1977 menjelaskan bahawa terdapat lima faktor
utama yang mempengaruhi sekolah cemerlang adalah seperti yang berikut :

 Kepimpinan pengetua ataupun guru besar yang berkesan dan juga iklim sekolah yang
positif.
 Guru yang meletakkan harapan yang tinggi dalam pencapaian akademik pelajar.
 Menekankan kemahiran asas.
 Melaksanakan penilaian kemajuan akademik pelajar dengan lebih kerap.
 Mempunyai keadaan fizikal sekolah yang lebih sempurna.

Secara teoritikalnya, kesemua faktor yang diterangkan oleh tokoh-tokoh diatas adalah betul,
namun tidak semua sekolah mempunyai atau mengalami faktor yang sama dalam meningkatkan
lagi keberkesanan sekolah mereka. Oleh itu penambahbaikan hendaklah dijalankan oleh pihak
KPM, PPD dan juga sekolah bagi mengatasi setiap cabaran dan masalah yang menghalang
sesebuah sekolah untuk mencapai kecemerlangan.

2.2.3 Implimentasi Kajian Penambahbaikan Sekolah Yang Dijalankan Dalam Pendidikan


Di Malaysia

Setiap kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Malaysia yang melibatkan institusi pendidikan di
negara ini perlu melalui beberapa proses bagi memastikan setiap kajian yang dijalankan oleh
pengkaji direkod dan menjadi garis panduan kepada pihak Kementerian Peajaran Malaysia. Oleh
itu KPM telah merujudkan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan bagi
mengurus dan memantau kajian yang dilaksana melibatkan institusi pendidikan di Malaysia.

Antara kepentingan yang diperolehi pihak KPM daripada kertas ilmiah atau kajian yang
dijalankan adalah seperti yang berikut :

 Perkongsian ilmu, amalan terbaik dan penemuan baru yang diperolehi pengkaji yang
mampu memberikan kesan yang positif kepada KPM untuk menambahbaik pendidikan di
negara kita.
 Mewujudkan jalinan kepakaran bagi meningkatkan lagi imej negara.

2.2.3.1 Standard Kualiti Pendidikan Gelombang 2 (SKPMg2)

Pada tahun 2016, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 telah memasuki
gelomnbang kedua. Pelaksanaan yang terlibat dalam gelombang kedua ini adalah untuk
memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama untuk memacu peningkatan yang
telah berlaku semasa gelombang sebelum ini iaitu SKPM.
Setelah melalui penelitian dan semak semula yang dijalankan oleh pihak kementerian, instrumen
peniliaian kendiri SKPM ini akan menjadi lebih holistik dan terhasilnya SKPM Gelombang 2.
Kementerian telah menggunakan instrumen yang ditambah baik dimana, akan membolehkan
pihak pentadbir sekolah menjalankan penambahbaikan yang berterusan bagi meningkatkan lagi
prestasi sekolah.

Bagi mengelakkan pertindanan dalam penilaian, seterusnya sekaligus mampu meningkatkan


kecekapan, pihak kementerian telah menggabungkan instrumen ini dengan instrumen penilaian
sedia ada. Terdapat empat anjakan utama yang diterapkan dalam penggubalan SKPMg2 ini
adalah :

i. Berorientasikan tindakan
ii. Menitikberatkan kualiti
iii. Penekanan kepada peranan
iv. Penggunaan sepanjang tahun – tiga kali semakan

Rajah 1 : Kerangka Konsep SKPMg2


Berdasarkan rajah 1 diatas menunjukkan kerangka konsep SKPMg2 yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat beberapa perkara atau elemen yang baharu
diperkenalkan dalam SKPMg2, antaranya adalah :

 Peranan PGB dan guru


 Guru sebagai pemudah cara
 Pengurusan perpaduan
 KBAT
 PA 21
 Kecemerlangan kokurikulum
 Penglibatan komuniti/ sarana ibu bapa
 PDP modular

Jika kita perhatikan kerangka konsep SKPMg2 ini menunjukkan perbezaan warna bagi setiap
perkara yang diperkenalkan. Setiap warna yang digunakan ini mempunyai maksud yang
tersendiri :

 Merah – merujuk kepada subjek/ perkara/ orang


 Ungu – merujuk kepada tindakan
 Hijau – merujuk kepada kualiti
 Biru – merujuk kepada hasil/ impak

Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti merupakan individu yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan peantaran SKPMg2 kepada kesemua SIP+ dan SISC+, pegawai JPN dan PPD
yang berkenaan. Seterusnya, latihan khas akan turut dijalankan oleh Unit Latihan JNJK kepada
Penyelaras SKPM JNJK Negeri dan JNJK Cawangan.

2.2.3.2 School Improvement Specialist Coaches (SISC+)

Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah atau dikenali sebagai SISC+ merupakan jawatan yang
diwujudkan di Pejabat Pendidikan Daerah bagi menjayakan Program Transformasi Daerad
dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025.
Antara peranan SISC+ adalah seperti yang berikut :

i. Sebagai Pakar Pedagogi

Setelah melalui mesyuarat yang melibatkan Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bil
36/2016 peranan SISC+ telah mengalami perubahan iaitu daripada pembimbing berdasarkan
mata pelajaran kepada pembimbing pedagogi dan juga kurikulum secara lebih meneyluruh dalam
bidang pembelajaran. Hal ini adalah bertujuan bagi memastikan kepakaran dan bidang yang
lebih generik pada bahagian JPN, mahupun PPD.

Sumber : Petikan daripada buku Panduan Pengurusan DTP 3.0

Selain itu juga, perjawatan SISC+ yang diwujudkan oleh kementerian ini juga merupakan salah
satu pendekatan atau kaedah dalam melahirkan golongan pendidik yang berkemahiran tinggi dan
mampu meningkatkan lagi kualiti dalam penyampaian kurikulum.

ii. Sebagai Pembimbing Guru

Melalui SISC+ mampu membimbing guru kearah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam
bilik darjah lebih menarik dan berkesan sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku
dalam bidang pendidikan pada masa kini.

Guru akan memperolehi pengetahuan tentang bagaimana mereka hendak menggunakan elemen
didik hibur, penggunaan teknologi dan juga amalan pedagogi yang lebih menjana kekreatifan
dan inovatif murid agar guru mampu menarik minat mereka untuk mempelajari subjek yang
diajarkan tersebut.
iii. Sebagai Penyampai Dasar

Seperti yang sedia maklum, terdapat pelbagai lapisan penyampaian pelaksanaan yang berlaku
bagi seseorang guru itu untuk mengetahui sebarang perubahan sistem yang baru diperkenalkan.
Oleh hal yang demikian dengan adanya SISC+ ini akan memudahkan lagi pihak kementerian
untuk berhubung dengan pihak sekolah dan penyampauan kurikulum dan pentaksiran berlaku
dengan jayanya.

Melalui SISC+ juga mampu menghindari berlakunya keciciran maklumat dalam menyampaikan
dasar baru yang diperkenalkan oleh pihak kementerian, Sekaligus SISC+ bertanggungjawab
dalam membimbing guru untuk melaksanakan kurikulum dan pentaksiran baharu dalam bilik
darjah seterusnya memantau setiap keberkesanan pelaksanaan yang berlaku.

2.2.3.2 School Improvement Partner (SIP+)

Program SIP+ ini juga dikenali sebagai Program Rakan Peningkatan Sekolah yang pada mulanya
diperkenalkan pada tahun 2013 di negeri Sabah dan Kedah. Jawatan SIP+ adalah berpusat di
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi membimbing pemimpin sekolah dalam meningkatkan
prestasi sekolah, khususnya bagi sekolah yang berprestasi rendah.

SIP+ ini dilantik bertujuan memberikan bimbingan kepada hampir 25 hingga 30 pemimpin
sekolah dalam aspek menguruskan sekolah dengan lebih berkesan. SIP+ ini juga akan bergabung
dengan SISC+ . Setiap sokongan dan intervensi yang diberikan oleh SIP+ kepada setiap
pengetua adalah berbeza mengikut situasi yang dihadapi oleh sekolah masing-masing.
Pengkhususan bimbingan yang diberikan kepada pengetua adalah penting, hal ini kerana setiap
pengetua mengalami masalah dan kekangan yang berbeza dengan sekolah lain, Tan Shin Yi
(2015).

3.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kebanyakan kajain telah banyak mengesahkan terdapat beberapa amalan
yang boleh dikaitkan dengan penambahbaikan dan keberkesanan sekolah. Kesemua faktor yang
disenaraikan oleh pengkaji terdahulu adalah betul, namun tidak kesemua sekolah mengalami isu
atau masalah yang sama dalam meningkatkan lagi prestasi sekolah mereka. Implimentasi yang
dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut menunjukkan bahawa negara
kita sangat menitikberatkan kecemerlangan sekolah. Hal ini jelas dapat kita lihat dengan
beberapa pelaksanaan yang dijalankan oleh KPM antaranya adalah menambahbaikkan SKPM
kepada SKPMg2. Seterusnya mewujudkan beberapa jawatan khas bagi membantu sekolah yang
agak kurang prestasi seperti jawatan SIP+ dan juga SISC+.
RUJUKAN

Bedi, K. (2008). Quality management. New Delhi: Oxford University Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Panduan Pengurusan Program SIPartner. Genting


Highland: Institut Aminuddin Baki.

Kunalan Kuriaya. 2016. Pengaruh Peranan School Improvement Partner (SIPARTNER)


Terhadap kepimpinan Pengetua dan Pencapaian Sekolah Menengah di Negeri Sabah.
Fakulti Psikologi dan Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah.

Tan Shin Yi. 2015. Pelaksanaan Program SIPartner+ di Negeri Johor. Tesis Sarjana. Universiti
Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai