Anda di halaman 1dari 5

SESI AKADEMIK 2020/2021 (SEM1/ A202)

DIPLOMA PASCASISWAZAH (PENDIDIKAN ISLAM)


KOHOT KE-6 (SEMESTER 1)

EEA 7022 APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN

 PENSYARAH

DR. SAKINAH AHMAD

DR. SARIFAH NURHANUM SYED SAHURI

TUGASAN INDIVIDU

JURNAL REFLEKSI

NAMA : NURUL SHUHADA BINTI MOHD NOOR

NO. MATRIK : 2202614


JURNAL REFLEKSI

Pendekatan Pedagogi merupakan proses menyesuaikan pengajaran untuk


memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza yang mana ianya memerlukan guru
menyesuaikan kurikulum dan penerangan isi kandungan pelajaran kepada murid.
Maka untuk melaksanakan pendekatan pedagogi dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP), guru seharusnya terlebih dahulu menguasai konsep dan
strategi yang wajar diambil kira semasa merancang dan melaksanakan PdP.

Berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh Dr. Sarifah Nurhanum Syed Sahuri
mengikut kriteria-kriteria dalam melihat keberkesanan PdP dari pelbagai aspek yang
telah disenaraikan dalam tugasan ini, saya telah menjalankan pemerhatian terhadap
satu video PdP Pendidikan Islam yang melibatkan guru bagi subjek Pendidikan Islam
dan murid Tingkatan 4 di SMK TENGGAROH A MERSING JOHOR.

Pada permulaan kelas, guru memulakan set induksi dengan menayangkan tayangan
gambar yang berkaitan dengan pelajaran “ Perkembangan Ketenteraan Kerajaan
Bani Umaiyyah”. Kemudian guru mengajukan soalan kepada murid mengenai
tayangan tersebut dan murid dapat memberi respon yang baik serta menjawab
soalan dengan lancar.

Seterusnya guru menerangkan secara jelas tentang apa yang ditayangkan pada
slaid dan meneruskan pelajaran dengan menayangkan tayangan kedua kemudian
menerangkan pengenalan tajuk yang dipelajari pada hari tersebut. Setelah guru
selesai memberi penerangan , guru mengedarkan peta i-Think kepada murid dan
memberi arahan kepada mereka untuk menonton tayangan tersebut dan mengisi
peta i-Think serta berbincang bersama ahli kumpulan yang lain.
Maka disini dapat saya perhatikan dari aspek kejelasan arahan dan suara guru dapat
dilihat bahawa guru menggunakan bahasa yang sesuai dengan aras murid. Cara
percakapan juga tidak laju dan jelas didengari oleh murid. Dalam masa yang sama
juga guru menggunakan intonasi suara mengikut situasi keadaan semasa dalam
kelas. Teknik komunikasi yang digunakan oleh guru tersebut jelas menunjukkan
reaksi positif dari murid dan murid juga dapat memberikan sepenuh perhatian ketika
guru sedang mengajar. Oleh itu jelaslah bahawa dengan menggunakan teknik
komunikasi yang sesuai dalam PdP dapat membantu murid memahami pelajaran
dengan baik.

Dalam pada itu juga, dari aspek penglibatan murid dalam aktiviti PdP seperti dalam
video dapat saya perhatikan bahawa keseluruhan murid dalam kelas tersebut
berjaya melibatkan diri dari awal sehingga akhir proses PdP. Guru memberikan
beberapa aktiviti kepada murid berbentuk teknik perbincangan secara berkumpulan
dan juga mengadakan kuiz. Disini kita dapat lihat murid diberikan beberapa aktiviti
yang merangsang mereka untuk terlibat secara aktif dan semaksimum mungkin.
Murid mampu berbincang bersama ahli kumpulan, berkongsi idea dan pendapat
dalam aktiviti yang melibatkan kumpulan. Dalam masa yang sama nilai kerjasama
serta kemahiran berfikir turut diterapkan dalam diri murid melalui aktiviti sebegini.

Kemudian dalam video tersebut guru juga menjalankan aktiviti permainan kuiz. Guru
meminta beberapa orang murid untuk memainkan peranan sebagai juri kuiz, hakim
dan pencatat markah. Dalam aktiviti ini guru memberi peluang kepada murid-murid
berkenaan untuk mengawal aktiviti permainan kuiz dalam masa yang sama guru
sebagai fasilitator memantau murid mengendalikan aktiviti kuiz. Aktiviti ini juga
termasuk dalam konsep pembelajaran berpusatkan murid dan guru secara tidak
langsung menerapkan nilai keberanian, kepimpinan serta kerjasama dalam diri murid
apabila mereka melibatkan diri dan bertindak memainkan peranan masing-masing.

Disamping itu juga, dalam melihat keberkesanan PdPC, interaksi antara guru dengan
murid dan murid dengan murid juga turut diambil kira. Seperti yang saya perhatikan
dalam video tersebut juga berlakunya interaksi antara guru dan murid dari awal
sehingga akhir PdP yang mana murid memberikan respon yang memberangsangkan
serta bersemangat dalam menjawab soalan setiap kali disoal. Manakala interaksi
sesama murid pula dapat dilihat apabila aktiviti berkumpulan dijalankan. Mereka
saling berbincang dan bekerjasama antara satu sama lain dalam aktiviti yang
dijalankan secara berkumpulan.
Dari aspek aliran pelajaran pula, guru bijak menghubungkan antara topik dan
bahagian pelajaran. Sebagai contoh, guru menerangkan pengenalan topik
“Perkembangan Ketenteraan Kerajaan Bani Umaiyyah” pada set induksi dengan
menunjukkan gambar peralatan peperangan pada slaid kemudian guru
menghubungkan pula dengan isi utama pelajaran perkembangan ketenteraan Bani
Umaiyyah. Ini menunjukkan guru berjaya menghubungkan satu bahagian dari
pengajaran ke bahagian yang lain secara jelas. Ianya sangat penting bagi murid
untuk memahami pelajaran dengan lebih mendalam apabila setiap bahagian yang
diajar saling berkaitan.

Seterusnya dapat dilihat dalam keberkesanan sesuatu proses PdP, guru akan
mengajukan soalan kepada murid bagi menilai sejauh mana kefahaman murid
tentang pelajaran tersebut. Berdasarkan pemerhatian saya dari video tersebut, guru
menggunakan teknik penyoalan secara kognitif yang mana beliau mengajukan
soalan mengikut aras rendah,sederhana dan tinggi. Soalan berbentuk KBAT juga
turut diajukan kepada murid dan dalam masa yang sama guru membantu murid
bagaimana menjawab soalan-soalan KBAT secara jelas. Ini secara tidak langsung
juga melatih murid untuk berfikir secara kritis dan memupukkan kemahiran berfikir
secara kritikal.

Selain itu juga, pengurusan bilik darjah juga tidak kurang pentingnya bagi
memastikan proses PdP sentiasa berjalan lancar. Tindakan serta pendekatan guru
yang pelbagai perlu digunakan untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas.
Dari pemerhatian saya, pengurusan bilik darjah dalam video tersebut jelas
menunjukkan bahawa murid di dalam kelas dalam keadaan terkawal dan mereka
juga belajar dalam keadaan kondusif. Guru juga berjaya mengawal murid-murid
secara efektif disebabkan guru itu sendiri berjaya mewujudkan suasana fizikal yang
menarik dan kondusif serta mewujudkan suasana emosi yang baik di dalam bilik
darjah. Oleh demikian, guru mewujudkan suasana bilik darjah yang harmoni dan
sistematik supaya pembelajaran dapat berjalan secara berkesan.

Hubungan antara guru dan murid juga penting dalam keberkesanan PdP kerana dari
sinilah kita dapat lihat murid dapat memfokuskan perhatian dan menambahkan minat
mereka dalam pelajaran tertentu disebabkan hubungan baik antara guru dan murid.
Hal ini kerana jika hubungan antara guru dan murid renggang, keberhasilan murid
tersebut untuk memahami pelajaran sudah tentu amat sukar dan ini menyebabkan
murid tersebut mungkin akan hilang minat pada mata pelajaran tersebut. Berbeza
dengan guru di dalam video tersebut yang mana cara layanan serta komunikasinya
sebagai guru terhadap murid amat professional dan di situ terlihat bahawa murid
juga merasa senang dan bersemangat sepanjang proses PdP berlangsung. Ini
membuktikan hubungan guru dan murid-murid dalam video tersebut dalam keadaan
baik dan saling bertoleransi.

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam video diakhiri dengan rumusan
oleh guru tentang pelajaran pada hari tersebut dan guru mengimbas dan menyemak
kembali penguasaan murid melalui lisan, kuiz dan juga aktiviti berkumpulan.
Keberkesanan PdP secara keseluruhan dalam video tersebut memberangsangkan
dan memenuhi aspek-aspek yang dikehendaki.

Secara kesimpulannya, untuk memastikan keberkesanan sesebuah PdP, guru perlu


mengasah dan mendalami ilmu pedagogi dan ilmu-ilmu yang lain serta memenuhi
aspek yang dikendaki supaya kemenjadian murid itu sendiri terdorong dengan
keberhasilan guru itu sendiri dalam proses PdP yang berjaya.

Rujukan link pautan: https://youtu.be/rMtWAd1kIUQ

Anda mungkin juga menyukai