Anda di halaman 1dari 10

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK:

PENGEJARAN KOPERATIF LEARNING

KUMPULAN KULIAH: N

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
PEH SUE JING L20222014572 DPLI (MOD CUTI)

PENSYARAH: DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI

Tarikh : 11 OKTOBER 2023


ANALISIS ARTIKEL

TAJUK : PENGEJARAN KOPERATIF LEARNING


TAJUK VIDEO : PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN:
PEMBELAJARAN ABAD 21 SUBJEK BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
SUMBER VIDEO : YOUTUBE
(https://www.youtube.com/watch?v=Slqx0S-Q9-4)

1.0 Pengenalan
Saya telah memilih satu video pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu Tahun
3 di youtube dengan tajuk “Pengajaran & Pembelajaran Berkesan:
Pembelajaran Abad 21 subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah”. Pengajaran
yang dilaksanakan oleh guru tersebut berkaitan dengan aktiviti pembelajaran
abad ke 21 yang kini sudah biasa digunakan oleh para pendidik, iaitu peta i-
think. Guru tersebut juga menjalankan aktiviti melukis peta i-think secara
berkumpulan demi memupuk sikap bekerjasama antara murid serta
meningkatkan kemahiran berfikir mereka.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-


2025), generasi yang menuju abad ke-21 akan dilahirkan melalui enam ciri
yang digariskan, seperti mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir (Kerajaan Pendidikan Malaysia, 2014). PPPM (2013-2025)
diperkenalkan sebagai pelan pendidikan Malaysia selama 13 tahun untuk
memastikan sistem pendidikan di Malaysia lebih stabil dan cemerlang pada
masa depan. Dengan ini, semua murid mesti menikmati peluang yang sama
dalam pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan amat penting diamalkan serta pedagogi pembelajaran abad ke 21
perlu diperluaskan di semua sekolah sama ada di kawasan bandar ataupun di
luar bandar bagi menjayakan PPPM (2013-2025).

Nurul Ain, Mohamad Nasir dan Abdul Manaf (2019) berpendapat


bahawa pembelajaran koperatif dan kolaboratif selalu dikenal sebagai
1
pembelajaran abad ke 21. Hal ini kerana pembelajaran koperatif merupakan
sesuatu pendekatan bekerjasama bagi memenuhi matlamat kumpulan yang
tidak dapat dicapai jika bekerja sendiri. Ini juga dapat membolehkan murid aktif
dalam proses pembelajaran. Selain itu, pembelajaran koperatif memberikan
banyak faedah kepada murid, iaitu membina kemahiran personal dan
interpersonal murid, menerapkan nilai murni dan etika, kerja berkumpulan serta
mewujudkan komunikasi yang efektif (Nurul Ain, Mohamad Nasir dan Abdul
Manaf, 2019). Shukeri Hamzah (2012) merumuskan pembelajaran koperatif
mementingkan kerjasama secara berpasukan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah, memberi maklum balas serta berkomunikasi dan berinteraksi antara
satu sama lain.

2.0 Teori Atau Model Yang Berkaitan


Dalam video yang telah saya analisis, guru tersebut telah menggunakan model
koperatif apabila menjalankan pengajaran dan pembelajarannya. Slavin (1982)
mendefinisikan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan kaedah
pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama
dalam kumpulan kecil bagi mencapai satu matlamat yang sama. Ini juga
bermaksud murid belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai
kebolehan, saling interaksi dan membantu dalam aktiviti pembelajaran demi
mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang.

Kini, model koperatif telah dipilih sebagai salah satu strategi


pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk merealisasikan kaedah pembelajaran abad ke 21. Melalui strategi
pembelajaran ini, murid boleh menyiapkan kerja secara berpasukan, berkongsi
idea, saling membantu untuk mengatasi masalah serta memastikan semua ahli
kumpulan dapat menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada
guru. Selain itu, model ini juga dapat membina pemikiran kritis dan kreatif
dalam kalangan murid serta membantu mereka menjawab soalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini dapat melahirkan generasi yang berkualiti
pada masa yang akan datang.

2
Tambahan pula, guru dalam video tersebut juga melibatkan teori
pembelajaran sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori
pembelajaran sosial diperkenalkan sebagai pembelajaran melalui proses
permodelan, iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini
dikembangkan oleh Albert Bandura pada tahun 1986. Bandura (1988)
merumuskan pembelajaran sosial menekankan bagaimana perilaku manusia
dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan dan pembelajaran peniruan
iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan
menghasilkan peneguhan dan peluang bagi diperhatikan oleh orang lain.

Pembelajaran melalui pemerhatian boleh dilaksanakan dengan


peneguhan guru. Murid akan mengubah tingkah lakunya apabila ternampak
murid lain diberi ganjaran atau denda. Contohnya, guru dalam video tersebut
memuji murid-murid yang menyiapkan kerja mereka dengan baik maka murid
lain yang memerhatikan penghargaan akan mendapat sesuatu motivasi untuk
melaksanakan kerja mereka yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Pembelajaran pemerhatian melalui peniruan pula membolehkan murid


sebagai pemerhati yang bertindak untuk meniru tingkah laku model walaupun
model tersebut tidak diteguh ataupun didenda oleh guru apabila pemerhatian
sedang dilakukan. Sebagai contoh, murid yang aktif dalam menjawab soalan
selalu dijadikan model yang ingin dipelajari oleh murid yang tidak aktif dan
berlakunya peniruan tingkah laku antara murid.

3.0 Ciri-ciri/bentuk/jenis/kepentingan/matlamat/tujuan berdasarkan


tajuk kajian ini
Pembelajaran koperatif mempunyai satu matlamat yang penting terhadap
murid iaitu kejayaan dalam mencapai kecemerlangan dalam menguasai
sesuatu konsep yang diajar oleh guru. Dalam pelaksanaan pembelajaran
koperatif, guru perlu memastikan matlamat sering dicapai.

Terdapat pelbagai ciri yang akan dikemukakan dalam pembelajaran


koperatif. Antaranya adalah saling bergantungan secara positif untuk mencapai
objektif gerak kerja. Murid harus diingatkan bahawa kejayaan kumpulan
3
bergantung kepada setiap sumbangan individu bukan salah seorang individu
sahaja. Oleh itu, kewujudan sikap saling pergantungan antara murid jika murid
menganggap bahawa dia memerlukan bantuan orang lain bagi menyiapkan
tugasan kumpulan. Selain itu, interaksi sosial ditekankan apabila menjalankan
pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah. Interaksi berlaku apabila murid
memberi bantuan dalam proses pembelajaran murid lain melalui perkongsian
maklumat dan galakkan mereka demi mencapai kejayaan yang lebih baik.
Tindakan murid yang berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan
termasuklah menerang, berbincang dan mengajar apa yang diketahui kepada
murid lain. Dengan ciri-ciri tersebut, murid dapat diberi banyak manfaat dalam
pembelajaran mereka.

Di samping itu, jenis pembelajaran koperatif yang digunakan dalam


pengajaran dan pembelajaran, iaitu Penyiasatan Berkelompok, Jigsaw II, Team
Individualization (TAI), Student Teams Achievement Division (STAD) dan
sebagainya. Melalui kaedah Penyiasatan Berkelompok, semua ahli kumpulan
perlu melibatkan diri dalam aktiviti mengenalpasti topik yang disiasat,
merancang dan menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan maklumat.
Selepas itu, maklumat yang didapati akan dianalisis dengan terperinci untuk
dipersembahkan. Ini boleh mengintegrasikan interaksi dan komunikasi antara
murid dan murid ataupun murid dan guru dalam bilik darjah. Manakala, kaedah
Jigsaw II melibatkan setiap ahli kumpulan sebagai “juru” dalam sub-unit
sesuatu topik dan mendapatkan maklumat. Sesiapa yang dijadikan “juru” akan
mengajar bahagian masing-masing kepada ahli kumpulan lain dan ini memberi
peluang kepada pelajar kurang baik mengajar ahli kumpulan yang berpretasi
akademik baik serta meningkatkan keyakinan mereka secara tidak langsung.

Justeru, pelaksanaan kaedah Team Asisted Individualization boleh


memberi peluang kepada murid yang berpencapaian rendah bagi
meningkatkan tahap pencapaian seiring dengan murid yang tinggi
pencapaiannya. Guru yang menggunakan kaedah ini harus memberikan aktiviti
yang sesuai dengan kemahiran murid. Selain itu, kaedah Student Teams
Achievement Divisions merupakan salah satu pembelajaran dalam kumpulan
kecil bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan dalam STAD boleh
4
menggunakan kaedah Jigsaw II ataupun pendekatan lain. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kuiz akan diberikan secara individu bagi uji
pemahaman murid dan mendapat markah individu. Markah kumpulan akan
didapatkan setelah markah individu dikumpulkan.

Tujuan menjalankan kajian ini adalah untuk menganalisis strategi


pengajaran guru berkaitan dengan pembelajaran koperatif antara murid. Ini
membolehkan saya mempelajari kaedah melaksanakan aktiviti koperatif yang
berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa yang akan
datang daripada guru tersebut.

4.0 Cara Pelaksanaan


Pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula daripada set induksi yang dipilih
oleh guru amat sesuai dengan tajuk pelajaran yang akan dipelajari. Murid
diminta mencari kertas suku kata yang telah disembunyi oleh guru di dalam
bilik darjah bersama-sama ahli kumpulan. Setelah mendapat kertas tersebut,
seorang murid dari setiap kumpulan diminta menyebut perkataan dalam kertas
masing-masing. Hal ini dapat memupuk kerjasama antara ahli kumpulan dan
menarik perhatian murid untuk belajar pada awal sesi pembelajaran. Sebelum
bermula langkah pertama pengajaran, guru memperkenalkan objektif pelajaran
dan kriteria kejayaan yang akan dicapai oleh murid selepas PdP tersebut.

Pada langkah pertama pengajaran, guru menayangkan slaid untuk


membuat pengenalan tentang kata sendi nama kepada murid. Seterusnya,
guru juga memberikan beberapa contoh perkataan kata sendi nama,
termasuklah di, ke, dari, oleh, pada dan sebagainya serta contoh ayat yang
sesuai. Murid juga diminta untuk membaca contoh ayat tersebut.

Selepas itu, guru telah melanjut ke langkah pengajaran yang kedua


dengan menggunakan teknik pelakonan bagi memudahkan para murid lebih
memahami kandungan dialog. Guru memperkenalkan watak-watak yang biasa
dinampak dan akan dilakon oleh murid dengan gambar yang berkaitan. Dua
orang murid telah dipilih untuk melakon watak tersebut dengan dialog yang
disediakan oleh guru.
5
Langkah seterusnya adalah pelaksanaan kerja kumpulan. Murid
menjalankan aktiviti kumpulan mengikut kumpulan kecil masing-masing yang
telah dibahagikan pada awal pengajaran. Ketua kumpulan diminta
mendapatkan kertas soalan, pen marker berwarna dan papan putih kecil
daripada guru. Setiap kumpulan diminta melukis peta buih tentang kata sendi
nama yang terdapat dalam dialog dengan tempoh masa 2 minit. Selepas murid
menyiapkan lukisan peta buih, setiap kumpulan bergilir-gilir membentangkan
hasil kerja mereka. Untuk memperingatkan murid tentang kata sendi nama
yang telah dipelajari, guru minta murid menampalkan semua perkataan
tersebut dengan bentuk peta buih pada papan putih serta menyebutkannya
lagi.

Bagi mencapai kriteria kejayaan kedua dalam pengajaran ini, murid


diminta membuat latihan membina ayat dengan menggunakan empat daripada
dua belas perkataan kata sendi nama yang dipelajari. Setelah menyiapkan
latihan tersebut, beberapa murid telah dipilih untuk membaca ayat yang ditulis
dalam buku latihannya. Pengajaran ini ditamatkan dengan sesi nyanyian “Rasa
Sayang”.

5.0 Dapatan dari Pemerhatian Video


Saya telah membuat analisis mengenai kekuatan dan kelemahan pengajaran
tersebut berkaitan dengan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
yang dilaksanakan. Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang dibuat, saya
mendapati proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan lebih
menekankan pendekatan berpusatkan murid. Untuk memastikan pengajaran
guru berkesan, guru memberikan segala tumpuan kepada keseluruhan murid
yang ramai dan melibatkan keseluruhan murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Jelas dapat dilihat bahawa guru hanya bertindak sebagai
fasilitator bagi memberi bantuan murid dalam pembentukan pengetahuan
mereka. Misalnya, guru tersebut sering menyoalkan soalan berkaitan tajuk
pembelajaran tanpa menyebut perkataan sahaja. Ini juga dapat menggalakkan
murid aktif dalam berfikir dan meningkatkan interaksi antara murid dan guru.

6
Pada awal pengajaran, guru tersebut menjalankan aktiviti kecil sebagai
set induksi, iaitu pencarian suku kata yang telah disembunyi. Melalui aktiviti ini,
saya mendapati murid amat suka pada aktiviti tersebut dan dapat menarik
perhatian mereka pada waktu tersebut. Hal ini telah menunjukkan cara ini
sangat sesuai bagi murid Tahap 1 di sekolah rendah. Seterusnya, guru tersebut
memperkenalkan kata sendi nama dahulu secara ringkas melalui slaid yang
jelas. Bagi mengelakkan murid tidak fokus dalam pembelajaran, beberapa
murid telah dipilih untuk membaca perkataan kata sendi nama pada slaid
tersebut.

Selain itu, saya juga mendapati model pengajaran guru dalam video
tersebut adalah model koperatif yang menyiapkan kerja dalam kumpulan kecil.
Tidak dapat dinafikan, saiz kumpulan telah menjadi penentu untuk penglibatan
murid. Oleh itu, semakin kecil saiz kumpulan, semakin banyak peluang bagi
murid berinteraksi dalam tugasan kumpulan. Guru telah membahagikan
kumpulan kecil yang tidak melebihi 6 orang murid. Apabila aktiviti dijalankan,
guru sentiasa memastikan interaksi antara ahli kumpulan berlaku dan tiada ahli
kumpulan yang dipinggirkan. Justeru, aktiviti model koperatif dapat memupuk
murid bersikap kerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan tugasan
kumpulan.

Dalam pemerhatian saya, sesuatu kaedah yang guru sering gunakan


iaitu peneguhan. Contohnya, guru memuji murid yang melaksanakan tugas
dengan baik dan minta murid lain memberikan tepukan kepada murid tersebut.
Manakala guru menasihati murid yang menyiapkan kerja dengan kurang
memuaskan agar tidak merasa sukar hati dan memberi keyakinan kepada
mereka untuk menyelesai tugasan dengan lebih baik pada masa akan datang.
Tambahan pula, guru mengawal kelas dengan teratur juga saya dapati melalui
pemerhatian video tersebut. Walaupun terdapat beberapa murid tidak memberi
perhatian dan kerjasama apabila pembentangan dijalankan di dalam kelas,
guru boleh memberi tindakan segera supaya pembentangan murid dapat
dilaksanakan dengan lancar. Sebagai contoh, guru menggunakan kaedah
membaca secara berulangan bagi mengambil perhatian murid.

7
Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom, saya mendapati guru tersebut
merancangkan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut pemikiran aras
rendah yang mudah difahami dan dicapai oleh murid. Oleh itu, kebanyakan
murid telah mencapai kriteria kejayaan pada akhir pembelajaran itu.

6.0 Cadangan Penambahbaikan


Pada pendapat saya, saya bercadang bahawa guru tersebut boleh
melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan disebabkan tahap
penguasaan murid dalam kelas berbeza, ada murid yang lemah dan juga ada
murid yang cemerlang. Aktiviti pemulihan bertujuan untuk memastikan
kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya.
Namun, aktiviti pengayaan bertujuan untuk memperkukuh dan
mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai. Oleh
itu, murid yang lemah perlu menjalankan aktiviti pemulihan manakala murid
yang cemerlang dikehendaki menjalankan aktiviti pengayaan. Sebagai contoh,
murid yang lemah diberikan contoh ayat dan dibimbing oleh guru semasa
membina ayat dengan perkataan kata sendi nama. Murid yang cemerlang pula
diminta membina ayat yang lebih canggih.

Seterusnya, saya memberikan cadangan tentang penentuan kriteria


kejayaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam video pengajaran, guru
cuma menyebutkan kriteria kejayaan yang ingin dicapai tanpa menyatakan
tingkah laku yang diukur. Guru perlu menentukan kriteria kejayaan dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terperinci. Misalnya, murid dapat
menyenaraikan sekurang-kurangnya 8 daripada 12 perkataan kata sendi nama
pada akhir pembelajaran ini.

Cadangan akhir yang saya berikan ialah mengurangkan bilangan


perkataan kata sendi nama yang ingin diajar. Saya berpendapat guru dalam
video pengajaran itu memperkenalkan seramai 12 perkataan kata sendi nama
kepada murid pada masa yang sama. Walaupun sebahagian perkataan
tersebut agak mudah, tetapi murid Tahap 1 sukar memberi perhatian terhadap
perkataan yang terlalu banyak dalam jangka masa yang pendek. Ini akan
menyebabkan mereka berasa keliru dengan kegunaan perkataan masing-
8
masing. Contohnya, guru harus menentukan 5 perkataan kata sendi nama
sahaja yang ingin dipelajari oleh murid pada waktu yang sama.

7.0 Penutup
Kesimpulannya, semua murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
koperatif secara aktif. Hal ini kerana strategi pembelajaran koperatif
memberikan ruang kepada murid bagi mengembangkan kemahiran berfikir
mereka. Namun, strategi pembelajaran konvensional hanya menjadikan murid
sebagai penerima maklumat sehingga murid tidak ingin berusaha untuk
mengatasi masalah dalam pembelajaran dengan menggunakan kemahiran
berfikir. Pada pembelajaran abad ke 21, para guru berperanan untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan strategi yang sesuai
demi melahirkan model insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani,
rohani dan sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

8.0 Rujukan
Bandura, A. (1988). Organisational applications of Social Cognitive Theory.
Australian Journal of Management, 13(2)
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen KBAT dalam Pedagogi.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. https://doi.org/10.1007/s13398-
014-0173-7.2. Diakses pada 4 April 2018.
Nurul Ain, S. U., Mohamad Nasir, I. & Abdul Manaf, B. (2019). Amalan Aktiviti
Pembelajaran Koperatif dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)
Pendidikan Seni Visual Di Sekolah. Journal of Educational Research &
Indegenous Studies, 2(1), 1-15
Shukeri Hamzah. (2012). Pembelajaran Kooperatif.
http://shukerihamzah.blogspot.com/2012/07/pembelajaran-
kooperatif.html
Slavin, R. E. (1982). Cooperative Learning: Student Teams. National
Education-Association of the United States.

Anda mungkin juga menyukai