Anda di halaman 1dari 15

I

20 M

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJONG MALIM, PERAK

BMW3032

WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SECARA


KOLABORATIF DALAM KALANGAN MAHASISWA UPSI

BIL NAMA PELAJAR NO.MATRIK


1. MUHAMMAD NURHISYAM BIN SHAHAMAN D20181082481
2. AISYAH BINTI RAZALI D20181082491
3. LATIFAH BINTI MAHAMOD D20181084307
4. NUR AIZZAD IZZUDIN BIN ZAKARIA D20181084205
5. HANNAN MURSYIDA BINTI SURADI D20181084216
KUMPULAN KULIAH GROUP AP
HARI/MASA/TEMPAT KULIAH ISNIN/10-12 PAGI/B03-ARAS 2-BK05
NAMA PENGAJAR PUAN NOR SAHARA BINTI MESMAN
TARIKH PENGHANTARAN 10-05-2019
II

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1.0 Pengenalan 1

2.0 Kesan Positif Pembelajaran secara Kolaboratif 2

2.1 Merangsang pembelajaran pelajar dan pencapaian

akademik

2.2 Membantu pelajar membangunkan kemahiran dalam

komunikasi lisan

2.3 Memupuk amalan bekerjasama dalam kalangan pelajar

3.0 Masalah- masalah dalam Menjalankan

Aktiviti secara Berkumpulan 5

4.0 Langkah Pembelajaran secara kolaboratif 7

5.0 Rumusan 10

Rujukan 11
3

1.0 Pengenalan

Kaedah Kolaboratif merupakan salah satu situasi pembelajaran yang

membolehkan para pelajar bekerja dalam satu kumpulan kecil yang saling

berinteraksi, bantu-membantu antara satu sama lain dalam usaha mencapai

objektif pembelajaran. Pembelajaran kolaboratif boleh dilihat sebagai situasi yang

memerlukan pelajar dalam kumpulan yang kecil bekerjasama sebagai satu

pasukan yang saling membantu dalam pembelajaran mereka. Selain itu, pelajaran

kolaboratif adalah melebihi aktiviti bekerjasama, kerana cara ini melibatkan

perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati daripada pembelajaran baru.

Dalam proses pembelajaran pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),

para pelajar telah mengamalkan budaya pembelajaran secara kolaboratif.

Pendekatan pembelajaran kolaboratif bermatlamat untuk membantu para pelajar

UPSI supaya dapat belajar dengan lebih berkesan. Sebagai pelajar, strategi

pengajaran hendaklah berbagai bagai untuk memastikan sesuatu pembelajaran

tersebut berkesan. Pembelajaran secara kolaboratif dapat dibahagi kepada tiga

bahagian iaitu penglibatan, kerjasama berpasukan dan tanggungjawab.

Penglibatan bagi pembelajaran kolabaratif adalah menekankan penglibatan sosial

pelajar UPSI walaupun berbeza agama bangsa dan keturunan. Manakala,

kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar UPSI pula dapat memberi pendapat

yang berbeza beza dan memerlukan kata sepakat dalam membuat keputusan.

Tanggungjawab komuniti pula dapat melahirkan sifat tanggungjawab dalam

kalangan pelajar UPSI di dalam bilik kuliah mahupun di luar bilik kuliah.
4

2.0 Kesan Positif Pembelajaran Secara Kolaboratif

Terdapat beberapa kesan positif dalam pembelajaran secara kolaboratif, iaitu:

2.1 Merangsang pembelajaran pelajar dan pencapaian akademik

Menurut Rafiza Abdul Razak (2013), “pembelajaran secara kolaboratif telah

menjadi satu metadologi dalam Pendidikan. Ia menggalakkan penglibatan pelajar

secara aktif dalam proses pembelajaran” (m.s 35). Dalam hal ini, pelajar-pelajar

akan bekerjasama dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan. Hal ini kerana

kaedah pembelajaran ini lebih efektif jika dibandingkan dengan pembelajaran

secara sendirian. Pelajar yang cemerlang akan memanfaatkan kaedah

pembelajaran secara kolaboratif ini bagi mendapatkan hasil yang

memberansangkan.

Melalui kaedah ini, pelajar mampu untuk meransang pembelajaran dan

pencapaian akademik mereka dengan berkongsi ilmu antara satu sama lain.

Mereka boleh bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu topik yang sukar

difahami. Hal ini demikian kerana kebolehan setiap pelajar adalah berbeza-beza.

Pelajar yang menguasai sesuatu topik boleh memberi tunjuk ajar kepada pelajar

yang lemah. Sebagai contoh, pelajar-pelajar boleh membuat pembahagian topik

ketika mengulang kaji pelajaran supaya dapat menjimatkan masa.

Pembelajaran secara kolaboratif ini juga dapat menaikkan lagi semangat

pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran. Kebiasaannya, pelajar-pelajar yang

belajar secara bersendirian akan mengalami kesukaran sekiranya mereka tidak

mahir mengenai sesuatu topik. Dalam pada itu, pelajar yang belajar bersendirian
5

ini juga tidak dapat mengalami suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Proses menuntut ilmu ini bukanlah melibatkan aktiviti belajar semata-mata tetapi

ia juga berperanan untuk mengembangkan kemahiran sosial pelajar. Oleh itu,

kaedah pembelajaran secara kolaboratif merupakan antara kaedah terbaik yang

boleh digunakan oleh pelajar bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam

pelajaran.

2.2 Membantu pelajar membangunkan kemahiran dalam komunikasi lisan

Kemahiran komunikasi lisan sering dipandang mudah oleh orang ramai. Mereka

tidak sedar bahawa kemahiran berkomunikasi ini dapat memberikan banyak

manfaat terutamaya kepada pelajar univerisiti dan graduan yang ingin mencari

pekerjaan. Dalam hal ini, pembelajaran secara kolaboratif merupakan salah satu

langkah yang bagi sesiapa yang ingin meningkatkan tahap kemahiran

berkomunikasi mereka. Menurut Rafiza Abdul Razak (2013), “Dengan

menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif, kemahiran

berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar secara tidak langsung” (m.s 35).

Melalui kaedah pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar didedahkan

dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menggalakkan mereka untuk saling

berkomunikasi dan bertukar pandangan antara satu sama lain. Antara aktiviti

tersebut ialah aktiviti pembentangan dan perbincangan secara berkumpulan.

Semasa menjalankan pembentangan, pelajar-pelajar dilatih untuk berkomunikasi

tanpa menunjukkan kegugupan ketika membentang. Sesi soal jawab selepas akhir

pembentangan juga dapat membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih

baik.
6

Selain itu, perbincangan bersama ahli kumpulan juga dapat memberikan

peluang kepada pelajar untuk memantapkan kemahiran komunikasi lisan mereka.

Misalnya, setiap ahli kumpulan boleh mencurahkan segala pendapat yang mereka

ada ketika sesi perbincangan dijalankan. Segala idea yang diberi akan dinilai

terlebih dahulu. Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar tidak akan mengalami

masalah untuk berkomunikasi lebih-lebih lagi di depan khalayak ramai.

2.3 Memupuk amalan bekerjasama dalam kalangan pelajar

Amalan bekerjasama merupakan nadi utama bagi sesebuah kejayaan. Secara

umumnya, pembelajaran secara kolaboratif sangat mementingkan aspek

kerjasama. Hal ini demikian kerana pembelajaran kolaboratif melibatkan lebih

daripada seorang individu. Dalam hal ini, pelajar akan saling bekerjasama dalam

satu kumpulan kecil bagi mencapai matlamat yang sama. Pelajar-pelajar perlu

sentiasa peka terhadap ahli kumpulan yang lain dan bersedia untuk membantu

mereka sekiranya mereka mengalami masalah dalam melaksanakan tugasan yang

diberikan. (Mohd Amerul Akmal Mohd Yunos dan Noor Azean Atan, 2014).

Di samping itu, tugasan juga dapat dilakukan dengan lebih mudah. Hal ini

disebabkan oleh kerjasama yang ditampilkan semua ahli kumpulan menerusi

pembelajaran secara kolaboratif. Dalam hal ini, ketua kumpulan perlu memastikan

semua ahlinya menjalankan tugas masing-masing. Tiada seorang pun ahli yang

dibenarkan untuk tidak menjalankan tugas. Pelajar-pelajar mesti mengambil berat

mengenai amalan bekerjasama ini kerana ia merupakan komponen penting dalam

pembelajaran secara kolaboratif. Jelaslah bahawa pembelajaran secara kolaboratif

dapat menyemai sikap bekerjasama dalam diri pelajar.


7

3.0 Masalah- masalah dalam Menjalankan Aktiviti secara Berkumpulan

Dalam zaman yang penuh persaingan ini, mahasiswa sentiasa berusaha

melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu demi mencapai kejayaan

cemerlang dalam bidang akademik. Menetapkan matlamat, menyediakan jadual

waktu yang praktikal, menghadiri kelas dan mengulang kaji pelajaran setiap hari

merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh mahasiswa demi mencapai kejayaan.

Belajar secara berkumpulan boleh dikatakan sebagai batu loncatan ke arah

kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada

pelajar-pelajar. Namun tidak dinafikan belajar secara berkumpulan juga terdapat

pelbagai masalah bagi menjalankannya dengan lancar dan baik.

Antaranya, pengurusan masa menjadi masalah dalam menjalankan aktiviti

secara kolaboratif Setiap ahli kumpulan di dalam kumpulan kadangkala tidak

sehaluan dan mempunyai masa lapang yang berbeza dan tidak sama yang

menyukarkan bagi melakukan aktiviti secara berkumpulan. Belajar secara

berkumpulan memakan masa yang banyak sekiranya pelajar lebih banyak berbual

kosong berbanding secara sendirian yang tidak melibatkan perbualan kosong.

Seterusnya, interaksi ahli kumpulan menjadi masalah dalam menjalankan

aktiviti secara kolaboratif. Hal ini kerana, ahli kumpulan yang tidak ada

kesepakatan akan menjadikan perbincangan menjadi membosankan dan hambar.

Setiap ahl perlu memupuk keserasiaan bagi melancarkan proses perbincangan di

dalam kumpulan. Kadangkala, sikap ahl kumpulan yang tidak bertolak ansur juga

menghalang interaksi yang baik antara setiap ahli kumpulan kerana

masing-masing pentingkan diri yang membawa kepada keburukan dalam proses

pembelajaran secara berkumpulan.


8

Di samping itu, kandungan perbincangan juga menjadi masalah dalam

mewujudkan pembelajaran secara kolaboratif. Setiap ahli kumpulan mempunyai

pendapat dan pandangan yang tidak sama dan berbeza. Hal ini mampu

mewujudkan jurang antara mahasiswa dan percanggahan pendapat yang

menyebabkan pembelajaran dan perbincangan berlanjutan lebih lama dan

memakan masa yang agak panjang, hal ini secara tidak langsung menyebabkan

pembaziran masa.

Selain itu, masalah dalam melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif

ialah ketua kumpulan. Tidak dinafikan dan harus diakui setiap aktiviti

berkumpulan mesti diketuai oleh seseorang yang dilantik secara bersama. Namun

pemilihan ketua perlulah teliti agar tidak tersalah memilih ketua kumpulan yang

malas, suka berfoya-foya dan tidak bertanggungjawab. Hal ini kerana boleh

menyebabkan kepincangan dalam aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan.

Ketua kumpulan perlulah yang bijak dalam melakukan dan mengetuai gerak kerja

kumpulan.
9

4.0 Langkah Pembelajaran secara kolaboratif

Proses pembelajaran secara kolaboratif memerlukan beberapa langkah yang lebih

tersusun bagi memastikan proses pembelajaran tersebut dapat membuahkan hasil

yang menarik. Belajar secara berkelompok sememangnya amat mencabar dan

memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Langkah yang lebih proaktif

hendaklah disusun dengan baik dan berbincang terlebih dahulu sebelum

memulakan sesuatu tugasan.

Langkah pertama yang perlu dilakukan semasa melakukan pembelajaran

secara kolaboratif adalah menjelaskan tujuan utama pembelajaran tersebut dan

membuat pembahagian tugas dalam kumpulan masing-masing. Hal ini amat

penting bagi memastikan setiap ahli kumpulan dapat memahami secara jelas

tujuan pembelajaran tersebut dan dapat membuatkan kerja dengan baik. Setiap

ahli kumpulan juga perlu memahami secara jelas tajuk tugasan yang telah

diberikan. Pembahagian tugas sememangnya amat penting bagi memastikan setiap

ahli kumpulan membuat kerja masing-masing dengan baik. Sebagai contohnya,

ketua mengagihkan tugas setiap ahli kumpulan untuk membuat subtopik dalam

tugasan yang telah diberikan seperti setiap orang perlu membuat satu bahagian.

Hal ini amat penting bagi memastikan setiap ahli kumpulan mendapat markah

dalam tugasan yang telah diberikan.

Setelah langkah pertama selesai, setiap ahli kumpulan hendaklah

melaksanakan langkah yang kedua iaitu setiap ahli hendaklah mencari maklumat.

Dalam langkah ini, setiap pelajar hendaklah membuat pencarian secara teliti untuk

mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan.

Melalui langkah ini, pelajar boleh mencari maklumat-maklumat yang berkaitan


10

dalam buku rujukan, jurnal, tesis, majalah ilmiah, dan juga sumber rujukan.

Setelah menemui segala maklumat yang berkaitan, pelajar perlu mengumpul

untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dalam penulisan tugasan nanti. Langkah ini

sememangnya amat penting bagi memastikan tugasan yang bakal dihasilkan kelak

mempunyai sumber rujukan yang mencukupi dan tepat.

Langkah yang seterusnya adalah setiap ahli perlu menganalisis dan meneliti

kembali segala maklumat yang telah dicari. Langkah ini semamangnya

memerlukan kerjasama setiap ahli kumpulan untuk meneliti dan menganalisis

kembali maklumat-maklumat yang dijumpai bersesuaian atau tidak dengan

objektif sebenar tugasan yang telah diberikan. Tambahan pula, langkah ini

bertujuan untuk meneliti ketepatan hasil carian maklumat setiap ahli kumpulan.

Contohnya, ahli kumpulan mengadakan perbincangan dengan semua ahli untuk

sama-sama menganalisis dan meneliti maklumat lalu membetulkannya

bersama-sama sebelum memulakan penulisan. Kerjasama setiap ahli kumpulan

sangat membantu untuk mengatasi langkah ini supaya segala maklumat untuk

menulis nanti membuahkan hasil yang tepat.

Langkah keempat bagi pembelajaran secara kolaboratif adalah setiap ahli

kumpulan mengambil bahagian masing-masing untuk menulis esei dengan

lengkap. Setelah segala maklumat yang dicari telah dianalisis dan diteliti, setiap

ahli boleh memulakan sesi menulis untuk menyelesaikan tugasan sebelum

dihantar kepada pensyarah. Setiap bahagian seperti pengenalan, isi yang

merangkumi setiap objektif dan juga kesimpulan hendaklah diagihkan dengan

betul dan sama rata supaya setiap ahli kumpulan membuat kerja yang sama rata

dan tidak berlaku persengketaan dari segi pengagihan tugas tersebut. Ketua

kumpulan hendaklah mengumpulkan setiap bahagian ahli masing-masing untuk


11

disatukan sebelum dihantar ke pensyarah. Tugas ketua kumpulan pula hendaklah

meneliti satu per satu hasil penulisan ahli kumpulannya sama ada menepati

objektif tugasan tersebut.

Di samping itu, proses pembentangan untuk pensyarah menilai hasil tugasan

tersebut merupakan antara langkah pembelajaran secara kolaboratif. Langkah ini

hanya akan dinilai oleh pensyarah dengan memberikan markah berdasarkan

pembentangan yang dilakukan oleh setiap individu dalam masa 20-30 minit.

Dalam proses ini, setiap ahli hendaklah menyatakan refleksi dan menghuraikan

setiap isi yang telah ditulis dalam tugasan tersebut. Tambahan pula, dalam

pembentangan ini biasanya ada sesi soal jawab sama ada ahli kumpulan

pembentang dengan pensyarah atau pelajar lain. Sesi ini secara tidak langsung

dapat merangsang interaksi yang lebih berkesan dalam proses pembelajaran secara

kolaboratif.

Langkah pembelajaran secara kolaboratif yang terakhir adalah menghantar

tugasan yang telah disusun dan diteliti dengan baik kepada pensyarah. Tugasan

yang dihantar tersebut akan dinilai sendiri oleh pensyarah tersebut dan

memberikan markah berdasarkan hasil yang telah dibuat oleh kumpulan pelajar.

Markah yang diperolehi adalah berdasarkan tahap penghasilan yang baik dalam

kumpulan tersebut.
12

5.0 Rumusan

Kesimpulannya, Pembelajaran kolaboratif menggalakkan mahasiswa-mahasiwa

untuk membina sifat bertanggungjawab terhadap diri, kumpulan dan komunitinya.

Penglibatan dan peranan mereka dalam aktiviti berkumpulan boleh membantu

mereka berhadapan dengan cabaran apabila berada dalam persekitaran komuniti

yang lebih luas. Namun begitu, mereka juga perlu mengambil risiko dalam

menjalankan pembelajaran secara kolaboratif ini yang kadangkala penuh dengan

konflik dan suasana yang tidak menyenangkan. Justeru, pelbagai inisiatif yang

bijak perlu diambil dalam mengatasi segala masalah yang hadir setiap kali

melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif agar sesi pembelajaran akan lebih

berkesan dan menyeronokkan bagi setiap mahasiswa.


13

Rujukan

Ali Muhtadi. (2007, May). Teknik dan pendekatan penanaman nilai dalam proses

pembelajaran di sekolah. Majalah Ilmiah Nomor 1, 1(3), 60-63.

Retrieved from journal.uhy.ac.my

Amani Abd Karim. (2010). Strategi belajar berkumpulan dan pengaruhnya

terhadap prestasi akademik. Universti Teknologi Malaysia.

Daliyanie Mat Saaid. (2011). Pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM)

dalam matematik di peringkat sekolah menengah (Unpublished doctoral

dissertation). Universiti Teknolohi Malaysia, Johor Bharu.

Mohd Amerul Akmal Mohd Yunos & Noor Azean Atan. (2014). Strategi

pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik bagi pembentukan

kemahiran proses sains asas prasekolah menerusi teknologi apps.

Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014. Diperoleh daripada

https://academia.edu/

25363082/Strategi_Pembelajaran_Kolaboratif_dalam_Persekitaran_Autenti

k_bagi_Pembentukan_Kemahiran_Proses_Sains_Asas_Prasekolah_Mener

usi_Teknologi_Apps

Osman Affan. (2009). Menjadi remaja smart study. Batu Caves, Selangor: PTS

Millennia Sdn Bhd.

Rafiza Abdul Razak Rahman. (2013). Strategi pembelajaran aktif secara

kolaboratif atas talian dalam analisis novel bahasa Melayu. Juku: Jurnal

Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(3), 34-46. Diperoleh daripada

http//: juku.um.my.
14

Rossyahida Abd Rahman, & Mohamad Hisyam Mohd Hashim. (2012, September).

Teknologi mudah alih dalam pembelajaran kolaboratif. Paper presented at

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Sistem

Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (CIETVET 2012),

Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Retrieved from

eprints.uthm.edu.my/3395/1/Teknologi_Mudah_Alih_Dalam_Pembelajara

n_Kolaboratif.pdf
15

Anda mungkin juga menyukai