Anda di halaman 1dari 21

TAJUK PEMBENTANGAN

Tajuk:
TINJAUAN LITERATUR

Pembentang:
Amran bin Mat Arriffen

Pensyarah:
Dr. Mohd Isa bin Hamzah
1. DEFINISI

Tinjauan Literatur merupakan ulasan maklumat


yang diperoleh daripada jurnal, buku, dokumen
(laporan, prosiding), penyelidikan lepas (tesis),
atas talian (laman web) dan sebagainya.

Semua bahan bercetak mahu pun atas talian yang


ada kaitan dengan perkara yang hendak dikaji
atau ditulis dinamakan sebagai bahan Tinjauan
Literatur.
Samb…

 Menulis Tinjauan Literatur bererti memahami sebuah topik


yang telah dipelajari, diteliti oleh orang lain dan apa yang
menjadi isu-isu kuncinya.

 Tinjauan Literatur adalah pilihan dokumentasi yang ada,


baik yang telah diterbitkan ataupun tidak diterbitkan
mengenai suatu topik, yang mengandungi maklumat, idea,
data dan bukti yang ditulis dari sudut pandangan tertentu.

 Tinjauan Literatur dapat memberikan idea dan hala tuju


mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Ianya ditulis
mengikut susunan subtopik tertentu mengikut pemboleh
ubah kajian.
Samb…

 Kesimpulannya ulasan tinjauan merupakan suatu


proses meneroka, mengenal pasti, dan
menganalisis maklumat berkaitan dalam perkara
yang dikaji, sama ada maklumat tersebut sudah
sedia ada sama dalam bentuk bercetak kulit keras
ataupun yang baharu ditemui di atas talian.
2. TUJUAN

1. Membentuk sebuah kerangka teori untuk topik


atau bidang yang dikaji. Justeru bahan bacaan yang
dicari mestilah berkaitan dengan kerangka teori
tersebut.

2. Menjelaskan definisi, kata kunci dan terminologi.


Ia membantu pelajar ketika memberi penghuraian
dan penjelasan bagi subtopik Definisi Operasional.
Samb….

3. Menentukan kajian, model dan lain-lain


yang mendukung topik dan menentukan
apakah kajian, teori atau model yang boleh
dijadikan landasan teori kajian.Teori dan
model perlu disesuaikan dengan
permasalahan kajian, kerangka kajian, tujuan
dan objektif kajian supaya kajian yang
dijalankan dapat dikaji dengan berkesan.
Samb…

4. Menentukan ruang lingkup penyelidikan. Ia


membantu pengkaji untuk memilih dan
mengenal pasti mana satu bahan bacaan
tinjauan literatur yang sesuai untuk kajiannya
atau tidak.

5. Tajuk penyelidikan. Ia membantu pengkaji


mengenal pasti dan mengecam jurang
penyelidikan (research gap) yang belum
dijalankan.
3. KOMPONEN DALAM TINJAUAN LITERATUR

1.Kerangka Teori

Kerangka teori bermaksud teori yang


mendasar kajian yang ingin dijalankan.

Dalam sesebuah kajian akademik, pengkaji


biasanya menggunakan dua atau lebih teori
yang menjadi asas kepada kajian yang
hendak dijalankan.
Samb…

Sesetengah kajian, pengkaji tidak


menggunakan teori, sebaliknya
menggunakan model yang menepati
kajiannya. Dengan kata lain, teori atau
model perlu ada dalam sesebuah kajian
akademik.

Persoalannya, adakah teori atau model yang


dipilih itu sesuai dan relevan dengan
kerangka kajian?
Samb….

 Justeruteori tersebut perlu dihuraikan


dengan sebaik mungkin bersama-sama
dengan pemboleh ubah kajian.

 Tujuannya supaya teori atau model yang


dipilih menepati keperluan kajian,
terutamanya untuk menjawab tujuan,
objektif dan soalan kajian.
Samb…..

2. Kajian Berkaitan
 Dalam Bab 2 terdapat tajuk yang mengkhusus
kepada kajian berkaitan.

 Kebiasaannya, pelajar membahagikannya kepada


dua subtajuk iaitu, Kajian Berkaitan Dalam Negara
dan Kajian Berkaitan Luar Negara. Namun
pembahagian subtajuk bukanlah suatu yang tetap,
sebaliknya ia adalah anjal dan fleksibel sifatnya.
Samb…..

Tajuk Kajian Berkaitan ditulis berdasarkan


pemboleh ubah kajian.

Kajian Berkaitan memerlukan komiten


pelajar supaya banyak membaca. Dengan
banyak membaca, pelajar menemui pelbagai
kajian berkaitan yang sesuai atau tidak
dengan kajian yang bakal dijalankan.
4. KEBAIKAN TINJAUAN LITERATUR

1. Kenal pasti teori: Mengenal pasti teori dasar


dan konsep yang telah dikemukakan oleh pengkaji
terdahulu sama ada teori yang digunakan itu masih
sesuai dan relevan ataupun tidak dengan pemboleh
ubah yang dikaji.

2. Penyelidikan terkini: Mengenal pasti mana


satu tajuk yang sudah dan belum kaji, mana satu
pemboleh ubah yang sudah dan belum dikaji dan
mengenal pasti jurang penyelidikan.
Samb….

3. Sumber data: Memanfaatkan data sekunder


(sumber kedua) untuk menyokong data premier
(data utama).

4. Pencegahan: Menghindarkan daripada terjebak


gejala plagiat, fotokopi dan fabrikasi.

5. Luas pembacaan: Pembacaan kritis yang


relevan dengan masalah kajian untuk
mengungkapkan buah fikiran secara sistematik,
kritis dan analitis.
5. OBJEKTIF PENULISAN TINJAUAN LITERATUR

1. Membezakan apa yang telah dikaji dengan yang


belum dikaji.

2. Menemui pemboleh ubah yang relevan dengan


tajuk penyelidikan yang baharu.

3. Menggabungkan bahagian-bahagian penulisan


pelbagai bahan rujukan yang berasingan dan
mendapat perspektif baharu dalam topik yang sama.
Samb…

4. Menunjukkan hubungan antara idea dan amalan


berkaitan penyelidikan yang hendak dijalankan.

5. Memahami struktur latar belakang penyelidikan yang


dijalankan.

6. Menghubungkan idea dan teori dengan amalan


berkaitan suatu topik penyelidikan.

7. Mengenal pasti perkembangan penyelidikan yang telah


dijalankan berkaitan dengan topik dan masalah
penyelidikan yang akan dijalankan.
6. FUNGSI TINJAUAN LITERATUR

1. Meningkatkan kefahaman.
2. Asas Kerangka Teori.
3. Gagasan penyelidikan.
4. Menganalisis kritis teori.
5. Menjelaskan latar belakang.
6. Meningkatkan keyakinan pengkaji.
7. Meningkatkan kemampuan.
8. Merangka konseptual kajian.
9. Pelbagai sumber rujukan.
7. CONTOH TINJAUAN LITERATUR:
PENDIDIKAN ISLAM

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
2.2 Konsep Guru Cemerlang
2.2.1 Konsep guru cemerlang di Malaysia
2.2.2 Guru cemerlang dari segi bahasa
dan istilah
2.2.3 Guru cemerlang pada pandangan
sarjana pendidikan
Samb…

2.3 Konsep Guru Cemerlang Pendidikan Islam


2.4 Model Guru Cemerlang
2.4.1 Model guru cemerlang sarjana Islam
2.4.2 Model guru cemerlang sarjana Barat
2.5 Ciri Guru Cemerlang Pendidikan Islam
2.5.1 Pengajaran dan Pembelajaran berkesan
2.5.2 Sifat keperibadian
2.5.3 Ilmu Islam dan pengalamannya
2.5.4 Motivasi
2.5.5 Kemahiran
Samb….

2.6 Faktor Luaran yang Membantu Kecemerlangan


Guru Cemerlang Pendidikan Islam
2.6.1 Latar belakang guru cemerlang pendidikan
Islam
2.6.2 Latar belakang pelajar
2.6.3 Latar belakang bilik darjah dan sekolah
2.7 Kajian-kajian Berkaitan
2.7.1 Kajian luar negara
2.7.2 Kajian dalam negara
2.8 Kesimpulan
8. Kesimpulan

Tinjauan literatur merupakan proses berterusan


dalam sesebuah kajian akademik. Setiap bahan dan
maklumat mestilah dikategorikan mengikut teori
dan kajian. Bahan dan sumber yang tidak berkaitan
dengan kajian dibuang atau ditapis sebelum
dijadikan sebagai bahan penulisan tinjauan literatur.
Oleh itu, tinjauan literatur merupakan tajuk yang
perlu diberi perhatian bagi seseorang yang ingin
membuat sesuatu kajian akademik.

Anda mungkin juga menyukai