Anda di halaman 1dari 22

KELAS: JBA1112G

TAJUK:
NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK
FADHILAH SAKINAH BINTI MOHAMED AMIR 2022881158
AFAF HUSNIYAH BINTI HASRIN 2022875554
FARISAH IWANI BINTI SAHRUL RASID 2022618028
MIRRAH NASHIHIN BINTI AZWAN 2022614172
NURUL FARHANA BINTI ZAINUDIN 2022465178
SITI NUR QISTINA BINTI ARMAN 2022880152

SEMESTER: 1 MAC-OGOS 2023


KERTAS KERJA INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS CTU152
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH: MDM. SITI NOOR AIN AZIZ
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN....................................................................................................................................2
ABSTRAK................................................................................................................................................3
LATAR BELAKANG KAJIAN..................................................................................................................4
ISU PERMASALAHAN KAJIAN.............................................................................................................5
OBJEKTIF KAJIAN................................................................................................................................5
2.1 DEFINISI KONSEP.........................................................................................................................6
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN.................................................................................................................6
3.1 INSTRUMEN KAJIAN.....................................................................................................................7
BAB 4 PERBINCANGAN / ANALISA KAJIAN.............................................................................................7
4.1 ANALISA KAEDAH FIQH DAN MAQASID SYARIAH........................................................................8
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN...................................................................................................8
5.1 KESIMPULAN................................................................................................................................9
5.2 CADANGAN..................................................................................................................................9
RUJUKAN...............................................................................................................................................9
LAMPIRAN...........................................................................................................................................12
DEKLARASI PENULIS

“Kami mengakui bahawa kertas kerja ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh
kami sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan
akan sumber-sumbernya.”

NAMA NO PELAJAR TANDATANGAN

Tarikh:

TANDATANGAN PENSYARAH

……………………………………

MDM. SITI NOOR AIN AZIZ


ABSTRAK

Kajian ini akan mengkaji dan meninjau persepsi masyarakat di Malaysia tentang
Pengaruh Filem Keganasan dan Seksual yang menjadi punca jenayah dalam masyarakat.
Kehidupan dalam era terkini banyak terdedah dengan persekitaran yang mementingkan
aspek hiburan dalam kehidupan. Dunia media hiburan ini menyebabkan para penerbit
berlumba-lumba untuk menjadi kaya sehingga mengeluarkan filem yang tidak relevan atau
tanpa memikirkan kesan yang boleh didapati daripada filem mereka terhadap pemikiran
masyarakat kita. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana besar impaknya
teori fahaman dan pemikiran terhadap pengaruh filem yang berunsurkan keganasan dan
seksual ini dalam masyarakat di negara kita pada masa kini. Selain itu, kajian ini dapat
mengenal pasti tahap keberkesanan tentang teori fahaman dan pemikiran filem kegansan
yang membawa impak negatif dengan mengukur tahap kesedaran dan kefahaman
penduduk Malaysia. Dari kajian ini kita dapat lihat sejauh manakah masyarakat di dalam
Malaysia peka terhadap kesan-kesan yang diperoleh sama ada baik atau buruk.
BAB 1 PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG KAJIAN

Tujuan mengkaji kajian ini adalah untuk menganalisis filem yang berunsurkan keganasan dan
seksual. Hal ini kerana isu ini telah diwar warkan sehingga hangat dan menjadi bahan bualan
masyarakaat sekarang. Tidak hairanlah ia telah menjadi satu topik bualan hangat di warung
kopitiam.Filem yang berunsurkan keganasan dan seksual ini telah berlaku sejak dek lapuk lagi,
bezanya ia tidak menjadi bahan bualan kerana tiada bahan yang boleh mengakseskan perkara
tersebut. Berbanding dengan zaman sekarang yang terlalu mudah untuk diwar-warkan.

Sejak akhir ini telah menghangatkan satu Malaysia kerana mesej yang cuba ingin disampakian
melalui satu filem ini telah menimbulkan persalahfahaman terhadap semua pihak. Terutama kepada
mereka yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan sebagainya. Pada pendapat sesetengah pihak
filem genre seperti ini akan menaikan nama Malaysia ke puncak global, malah sesetengah pula
berkata ia akan mempengaruhi minda remaja sekarang. Akibatnya, akan memakan diri sehingga
menyebabkan kegiatan agresif serta tidak bermoral keada setiap pihak.

Oleh yang demikian, setiap pihak perlu cakna akan permasalahan ini. Hal ini data mengurangkan
lagi isu sensitive seperti pembuangan bayi, vandalisma dan rogol. Sekali gus, dapat menjaga nama
baik Malaysia yang bebas daripada sebarang isu negatif serta filem yang kurang sihat. Tambahan
pula, remaja kini merupakan cerminan akhlak terhadap generasi yang akan datang.
ISU PERMASALAHAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian lapangan yang telah kami laksanakan adalah bertujuan untuk menerokai Pengaruh
Filem Keganasan dan Seksual yang menjadi punca jenayah terhadap masyarakat Malaysia.
Terdapat beberapa objektif kajian yang dapat diperoleh dan dijadikan sebagai subjek utama.
Antaranya ialah :

 Mengkaji kesan pengaruh filem keganasan terhadap masyarakat


 Menjelaskan faktor yang menyebabkan pengaruh negatif berlaku
 Mengkaji langkah pencegahan pengaruh filem negatif secara lebih terperinci

Berdasarkan kajian ini, kami berjaya mengemukakan definisi Filem yang berunsur keganasan
dengan lebih tepat dan mendalam. Malahan, kami turut menyingkapkan latar belakang
ideologi teori tersebut melalui kajian ini. Berlandaskan sudut pembacaan bahan-bahan dan
sumber yang dipercayai, hal ini dapat kami simpulkan dalam konteks yang lebih mudah
difahami.

Seterusnya, kajian ini juga dapat menjadikan teladan dan iktibar malah menyedarkan kita
betapa besarnya isu-isu pengaruh filem keganasan terhadap masyarakat di negara kita.
Selain itu, ia dapat mengajar kita bahawa masyarakat harus bertanggungjawab memberi
kesedaran serta mengubah cara pemikiran kita serta dapat membukaminda kita untuk
berfikiran lebih kritis supaya ianya tidak menjadi masalah pada masa akan datang terhadap
negara.

Akhir sekali, kami akan menyatakan rumusan berkenaan kesan pengaruh filem yang
memberi impak negatif dalam masyarakat berdasarkan dapatan kajian. Cadangan dan
pandangan akan dikemukakan bagi memberikan pemahaman yang lebih mendalam dan
terperinci tentang ideologi filem keganasan yang berunsurkan jenayah dan seksual ini
bergantung kepada situasi semasa yang sesuai untuk diaplikasikan pada masa kini. Hal ini
adalah untuk menilai bagaimana masyarakat kita mengatasi dan menghadapi impak dari
segi fahaman dan kesedaran yang dapat dibuat agar tidak tersasar jauh dan berfikiran lebih
realistik.
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 DEFINISI KONSEP


BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan beberapa reka bentuk kajian untuk mengumpul maklumat
yang diperlukan bagi menjayakan kursus ini seperti yang dirancang. Ini termasuk
menggunakan kaedah pemerhatian, data sekunder, dan analisis data. Tujuan utama kajian
adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji kesan filem ganas terhadap masyarakat. Selain
itu, pengkaji juga berminat untuk memahami faktor-faktor yang menyebabkan pengaruh
negatif berlaku. Akhir sekali, pengkaji sedang mengkaji langkah-langkah untuk mencegah
pengaruh filem ganas.

KAEDAH PEMERHATIAN

Dalam usaha menjalankan kajian ini , kaedah pemerhatian telah dipilih untuk mengukur
pembolehubah penyelidikan ini kerana kaedah pemerhatian sesuai digunakan untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan pengaruh negatif berlaku .Ini kerana
melalui kaedah ini penyelidik dapat mengamati tingkah laku sesuatu subjek berdasarkan
pemboleh ubah – pemboleh ubah yang telah dikenal pasti .Tanggungjawab penyelidik
sebagai pemerhati adalah merekod setiap perubahan yang berlaku sama ada dekat atau
jauh .

KAEDAH ANALISIS DATA

Kaedah ini telah dipilih sebagai salah satu kaedah yang digunakan dalam menjayakan
kajian . Hal ini adalah kerana pengkaji dapat mengumpul maklumat-maklumat yang
dikumpulkan secara teliti dan bersih untuk melakukan analisis untuk mengenal pasti kesan-
kesan yang terdapat dalam berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan
tersebut .Di samping itu, pengkaji perlu mengikut kesesuaian untuk menggunakan kaedah
yang terbaik bagi memahami rumusan masalah penyelidikan agar kesilapan data tidak
berlaku kemudian .

KAEDAH DATA SEKUNDER


Data sekunder merupakan data yang telah dikumpulkan oleh mana-mana sumber maklumat
yang sedia ada seperti Komersial Televisyen , Akhbar atau mana-mana institute lain yang
telah mengeluarkan data untuk tujuan tersendiri. Dengan menggunakan kaedah ini ianya
dapat membantu pengkaji mengetahui langkah-langkah untuk mencegah pengaruh filem
ganas dan dapat membantu pengkaji melakukan rumusan dengan lebih tepat untuk
merumuskan kajian .
BAB 4 PERBINCANGAN / ANALISA KAJIAN

CARA-CARA PENCEGAHAN PENGARUH FILEM NEGATIF DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari semakin menghampiri ambang 2030. Keadaan ini
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Di sini
terdapat beberapa inisiatif yang boleh diambil untuk membendung pengaruh filem negatif ini. Hal ini
dikatakan demikian kerana, hampir semua filem di Malaysia membawa pengaruh yang buruk.
Contoh pengarah filem terkenal yang membawa kesan buruk adalah filem daripada Syamsul Yusof,
Datuk Yusof Haslam dan Mohd Syafiq. Pengarah filem yang tersenarai merupakan ahli keluarga
mereka tersendiri. Pengaruh filem keganasan ini perlu dibendung daripada awal supaya remaja tidak
terjebak dan peratus pengaruh filem keganasan pada masa hadapan tidak meningkat dengan
jayanya. Persoalannya, apakah cara untuk kita membendung pengaruh keganasan filem ini? Oleh itu
mari kita memberi sedikit ulasan tentang ini.

Inisiatif yang pertama yang boleh kita ambil ialah pihak ibubapa perlu mengawasi anak
mereka ketika mereka sedang menonton filem. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah ibu
bapa tidak mengambil peduli tentang anak-anaknya dan tidak mempunyai masa untuk mengawasi
anak mereka yang disebabkan oleh ibu bapa terlalu sibuk dengan dunia pekerjaan mereka. Hal ini
juga ibu bapa memberi kebebasan terhadap anak-anaknya tanpa halangan apa-apa. Hal ini berlaku
disebabkan anak-anak mudah terkesan dengan pengaruh filem seperti kata filem keganasan dan
filem berunsurkan 18 ke atas. Dengan bukti yang jelas, ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai
seorang ibu bapa yang bertanggungjawab kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya untuk
memantau anak-anak mereka seperti mengelakkan tontonan filem yang berunsurkan kotor dan
tidak baik untuk anak-anak. Oleh disebabkan itu, ibu bapa tidak akan tahu perkembangan anak-anak
di rumah dan mereka mudah mempelajari sesuatu yang baru di fasa-fasa awal ini.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengambil alih untuk mencegah kegiatan ini dalam kalangan
remaja kini. Pihak sekolah boleh mengadakan kempen pencegahan jenayah yang bertajuk Hindari
Diri daripada Melakukan Jenayah. Program ini boleh dimajukan kerana dapat menghalang remaja
sekarang daripada terjebaknya jenayah seperti menonton filem 18 tahun ke atas, aksi-aksi ganas
yang boleh menyebabkan mereka ini merasa ingin membuat benda baharu yang mereka tidak
pernah mencuba. Seandainya, remaja kini dapat pengetahuan awal sejak mereka sekolah ini
menyebabkan mereka dapat mencegah diri mereka melakukan perkara-perkara yang boleh
mendatangkan keburukan kepada mereka. Kempen ini amat penting kepada remaja sekarang kerana
pengarah-pengarah filem selalu mengeluarkan filem-filem yang berunsurkan jenayah ini. Hal ini
dikatakan demikian kerana remaja sekarang terlalu suka dengan perfileman aksi-aksi yang ganas.
Contoh aktiviti yang sekolah boleh ajukan ialah menayangkan satu montaj atau video tentang
pencegahan aksi jenayah ini yang diisi dengan akta-akta jenayah serta hukuman jika mereka
membuat jenayah ini. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menjemput Ketua Polis setiap daerah
untuk memberi pendedahan tentang pencegahan jenayah ini. Oleh yang demikian, kempen ini
penting diajukan kepada setiap sekolah kerana seperti cendawan tumbuh selepas hujan untuk
meningkatkan kesedaran mereka terhadap bahayanya melakukan jenayah.
Seterusnya, di dalam negara Malaysia mempunyai spesifik undang-undang tentang pencegahan ini.
Di dalam Malaysia mempunyai AKTA PENAPISAN FILEM 2002 iaitu AKTA 602 yang diterbitkan oleh
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN
UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006. Akta ini dikhaskan sebagai pengeluaran penfileman di Malaysia ini. Segala filem perlulah
ditapis jika hendak dikeluarkan ke tayangan umum. Antara penfileman yang ditapis ialah
mengandungi aksi lucah atau bertentangan dengan kesopanan awam, mana-mana pengarah filem
atau masyarakat Malaysia sendiri yang melanggar subsyeksen(1) melakukan suatu kesalahan dan
boleh disabitkan kesalahan dengan didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak
lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya sekali. Apa yang boleh kita sampaikan disini ialah semua masyarakat jika
berkemahuan membuat filem perlulah ada kelulusan daripada Lembaga Penapis. Jika masyarakat
sendiri yang tidak boleh mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan, kerajaan boleh
menguatkuasakan undang-undang ini serta merta. Hal ini dikatakan demikian kerana dapat
mengurangkan lagi kes-kes jenayah dalam Malaysia ini. Di Malaysia terkenal dengan masyarakat
kaum Melayu dan beragama Islam, tidak manis dipandang oleh negara lain jika negara Malaysia
mengemukakan aksi-aksi filem yang boleh mendatangkan keburukan kepada remaja dan masyarakat
di Malaysia. Di Malaysia dikayakan dengan masyarakat yang penuh santuninya, jika Malaysia dapat
mengatasi masalah ini dan mengikut undang-undang yang telah diaktakan, negara Malaysia boleh
dinobatkan sebagai negara contoh kepada negara lain yang bebas daripada jenayah.
PUNCA-PUNCA MASYARAKAT MALAYSIA TERPENGARUH DENGAN FILEM YANG BERUNSURKAN
NEGATIF

Dalam era yang penuh canggih ini, filem berunsurkan keganasan serta seksual kian
menghangatkan dunia perfileman. Ianya boleh dikatakan berlaku atas sebab yang kurang
munasabah dan tidak masuk akal pada sesetengah pihak sehingga menyebabkan pergaduhan mulut.
Terdapat beberapa punca yang dikatakan ia boleh dianggap sebagai satu alasan yang boleh diterima
pada pihak yang demikian. Perenggan seterusnya akan membincangkan dengan lebih dalam lagi
tentang punca tercetusnya filem berunsurkan keganasan serta seksual.

Dengan itu, kami telah memberi kata putus bahawa ia kebanyakannya berpunca daripada
beberapa pihak yang terlalu mengejar populariti sehingga terlupa asbab yang sebenar. Ianya terbukti
dengan kemunculan beberapa filem yang yang dikatakan sebentar tadi. Seperti yang kita sedia
maklum, filem daripada pengarah Syamsul Yusof kebanyakannya menerbitkan filem yang mudah
mempengaruhi segelintir masyarakat. Walau bagaimanapun, filem beliau turut memberikan
informasi yang mudah untuk difahami serta diambil iktibar. Oleh dengan itu, pihak yang terlibat
mestilah bijak dalam menyusun jalan cerita. Ianya adalah untuk kebaikan setiap individu, janganlah
hanya sebab untuk popular dan menaikkan nama menjesakan diri serta pihak yang terlibat sama.

Punca yang kedua ialah masyarakat Malaysia yang menonton filem yang tidak ditapis dan
ditayangkan secara haram di atas talian. Hal ini dikatakan demikian kerana boleh menyebabkan
mereka mudah terjebak untuk melakukan perkara-perkara itu dengan serta merta. Seperti kata,
menonton filem aksi 18 ke atas ini boleh menyebabkan segelintir rakyat Malaysia yang mudah
terjebak ingin mencuba perkara yang dilihatnya dan ia boleh menyebabkan ketagihan yang
berlarutan hingga peratus kes harian meningkat. Menurut laporan media massa pada hari Selasa
yang bertarikhkan 8 Februari 2022, mempunyai kes pembuangan bayi dan membunuh bayi tersebut
di Kuala Lumpur. Apa yang dapat kami sampaikan di sini ialah kes pembuangan bayi sangatlah
berleluasa pada masa ini. Penbolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan
Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti
Kamsiah Hassan memberi ulasan yang kes pembuangan bayi pada masa itu sangat tiada
kesudahannya dan merekod 443 Kes Buang Bayi. Menurutnya, kes buang bayi pada tahun 2018
mencatatkan 128 kes diikuti 129 kes pada 2019, 104 kes pada 2020 dan 86 kes pada tahun 2021.
Berdasarkan statistik PDRM, sekurang-kurangnya purata 10 kes buang bayi berlaku dalam tempoh
sebulan sejak empat tahun lalu, 2018 hingga 2021. Jika perfileman aksi lucah ini ditayangkan dan
tiada sudahnya untuk mengambil tindakan boleh menyebabkan purata kes hamil luar nikah ini
semakin meningkat pada tahun seterusnya. Hal ini, remaja sekarang mengambil mudah tentang
perkara ini, remaja sekarang juga hanya berfikir keseronokan mereka dan tidak memikir apa
akibatnya.
Punca seterusnya ialah masyarakat kini mudah terikut dengan aktiviti yang dilakonkan di
dalam filem. Antara contoh yang dapat kita buktikan ialah perfileman aksi ganas, apabila remaja dan
kanak-kanak yang masih bersekolah menonton filem beraksikan ganas ini mereka akan mudah
terjebak dengan jenayah ini. Selalunya kita akan mendengar tentang kes buli di sekolah malahan di
luar sekolah juga. Kes buli ini agak hangat diperkatakan kerana hampir setiap sekolah mempunyai
kes buli ini. Kes buli ini bukan sahaja lelaki dengan lelaki malah ada lelaki dengan perempuan juga
perempuan dengan perempuan. Mereka yang terbabit dalam kes buli ini, kebiasaannya terjebak
dengan filem dan mereka merasakan mereka dapat ilmu pertahankan diri daripada filem itu sendiri
tetapi mereka menyalahguna pakai ilmu pertahankan diri itu. Tidak semestinya mereka ini terjebak
dengan filem ganas akan tetapi daripada memasuki kelab-kelab yang mempertahankan diri daripada
musuh. Ini kerana boleh menjadikan kes buli kerana mereka menyalahguna pakai ilmu yang diberi.
Segelintir mereka ingin memasuki kelab pertahan diri bukan sebab untuk pertahankan diri malah
untuk menunjuk hebat kepada rakan-rakan lain. Oleh itu yang demikian, punca ini dapat
meningkatkan lagi kes buli di Malaysia.
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULAN

Kajian ini memfokuskan persepsi masyarakat di Malaysia terhadap pengaruh filem keganasan
dan seksual , bentuk-bentuk jenayah dan Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan
keamanan negara. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan bagaimana ancaman normalisasi filem
keganasan terhadap masyarakat di dalam negara kita. Di samping itu, semua jawapan responden yang
telah diambil melalui Google Form telah dianalisis.

Berdasarkan maklum balas daripada responden kajian soal selidik, kami dapat merumuskan ialah
para pelajar juga merasakan pengaruh filem keganasan memberi impak yang negatif dalam kehidupan
mereka. Dapatan deskriptif mendapati bahawa majoriti responden tidak bersetuju dengan unsur-unsur
keganasan di dalam filem tempatan kita Sewajarnya, filem harus mampu dijadikan alat penyebaran
yang baik kualitinya untuk membentuk dan melahirkan generasi yang baik. Hal ini demikian kerana
ingin mengelakkan dari memecah belahkan rakyat dan menyemarakkan lagi keharmonian kaum
antara satu sama lain agar dapat mengukuhkan lagi keamanan negara.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah lebih cakna terhadap perkara ini dengan sentiasa
mentransformasikan diri menjadi lebih baik dengan menerapkan ilmu pengetahuan dalam diri dan
tidak terlibat di dalam unsur-unsur yang mengundang jenayah mahupun keganasan.Kita
bertanggungjawab untuk membina masa depan negara yang lebih maju, makmur dan dinamik yang
berteraskan konsep peraturan dan perundangan negaraa yang telah ditetapkan. Justeru itu,adalah
menjadi satu Amanah dan tanggungjawab yang besar buat kita untuk menyebarkan kebaikan dalam
menolak filem keganasan yang berunsurkan jenayah dan seksual yang berfungsi dalam menjamin
keamanan negara mahupun dunia dan akhirat.

5.2 CADANGAN

Antara cadangan yang boleh diketengahkan ialah penggiat filem perlulah mematuhi
prosedur penapisan terlebih dahulu sebelum tayangan dilakukan. Walaupun filem tersebut
telah diuji tayang dan mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk
tayangan, namun filem itu perlulah diuji sekali lagi agar tiada lagi unsur-unsur keganasan dan
sewajarnya. Kerajaan perlulah lebih utamakan lagi dalam menguatkuasakan undang-undang
dan akta di dalam negara agar pengarah dan penerbit filem lebih menitikberatkan isi
kandungan dan mesej yang ingin disampaikan bagi mengelakkan hiburan semata-mata.
Kecenderungan kerajaan dalam menetapkan prosedur penapisan ini dapat menghindari
dari mengancam keselamatan negara sekiranya akta dan sistem perundangan negara dipatuhi.
Pendedahan kepada media ganas sama ada media hiburan atau media baharu mendapati
bahawa pendedahan kepada media ganas mempunyai beberapa kesan yang memudaratkan.
Oleh itu, keganasan yang merupakan tema yang dominan dalam media hiburan dan berita
tidak menghairankan memberi kesan yang negatif terhadap masyarakat. Sebagai ibu bapa dan
keluarga yang prihatin terhadap anak-anak mereka ditemani oleh mereka terus dan
menekankan norma agama yang kuat. Remaja dapat membezakan antara baik dan buruk dan
dapat membuat penapisan dalam bertindak balas terhadap filem ketika ditonton. Dari
persekitaran keluarga, seseorang individu itu dapat membantu mereka dalam berfikir dengan
lebih relevan dan baik akhirnya dapat membuatkan remaja atau masyarakat menyedari apa
yang harus dilakukan semasa menonton filem.
RUJUKAN

Abdul Samad Ibrahim. (2014a, November 28). Kewujudan Pembangunan Spiritual dalam
Agihan Dana Zakat Asnaf Fakir dan Miskin (Temu bual).
Akhtar Sahari. (2008). Pembangunan Insan Bangunkan Jiwa Asnaf. Asnaf. Bil 1/2008, 4.
Akhtar Sahari. (2004). JIWA Formula PZS Rawat Masalah Kemiskinan. Asnaf. Mei 2004.
Ahmad Shahir Makhtar. (2011). Cabaran dan Transformasi Agihan Zakat Dalam
Pembasmian Kemiskinan. Dalam Muhammad Syukri Salleh, Mohamad Salleh
Abdullah dan Zahri Hamat (pnyt.). Transformasi Zakat Daripada Zakat Saradiri
Kepada Zakat Produktif. 47-78. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Ahmad Syafi’i Khatib. (2005). Siri Keajaiban Rukun Islam. Hikmah Zakat. cet 1. Kuala
Lumpur: Jasmin Enterprise.
Buchanan, Michael, T. (2009). The spiritual dimension and curriculum change. Dalam
International Jurnal of Children’s Spirituality, 14:385-394.
Campbell, Karen, P. (2010). Transformative Learning and Spirituality: A Heuristic Inquiry
into the Experience of Spiritual Learning. Tesis Doktor Falsafah. Capella University.
Che Zarrina Sa’ari. (2007). Peranan Penyucian Jiwa (Tazkiyah al-Anfus) Terhadap
Pembangunan Insan dalam Masyarakat Bertamadun. Kertas Kerja. Seminar Tasawuf
Negeri Sembilan Tahun 2007: Tarbiyah Ruhiyyah sebagai Asas Kesatuan Ummah.
Jabatan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. 22 Disember.
Che Zuina Ismail. (2011). Pengantar Asas-Asas Islam. cet.6. Shah Alam: UPENA, UiTM.
Fadzilah Azni Ahmad. (2013). Konsep Pengurusan Institusi Pembangunan Berteraskan
Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norfadilah Abdul Rahman dan Zakaria Stapa. (2014). Pembangunan kerohanian berasaskan
al-Muhasibi dalam Menangani Gejala Sosial Masa Kini. Kertas Kerja. e-Proceeding
of the International Conference on World Conference of Integration Knowledge
(WCIK 2014), 15-16 September 2014, Bandung, INDONESIA. Diakses pada 21 Mei
2016 dari (http://worldconferences.net/proceedings/wcik2014/wcik%20paper
%202014/014%20-%20PEMBANGUNAN%20KEROHANIAN%20BERASASKAN
%20AL-MUHASIBI%20DALAM%20MENANGANI%20GEJALA%20SOSIAL
%20MASA%20KINI%20-%20Norfadilah%20Binti%20Abdul%20Rahman.pdf
Yuseri Bin Ahmad, Sapora Binti Sipon dan Marina Munira Abdul Mutalib. (2007). Peranan
Kerohanian dalam Menangani Gejala Dadah. Dalam Jurnal Anti Dadah Malaysia.
137-154. Diakses atas talian pada 26 April 2013 dari
http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2007/2-9.pdf
Zaharudin Bin Salim. (2014a, September 17). Kewujudan Pembangunan Spiritual dalam
Agihan Dana Zakat Asnaf Fakir dan Miskin (Temu bual).
Format TUGASAN BERTERUSAN
Frontpage Tajuk bagi TUGASAN KERTAS KERJA
Kajian Kertas Kerja: ……………..

Citation Contoh:
……awareness of zakah payers, the amount of zakat funds that
distributed to asnaf is not yet be able to embil sufficient needs.
(Hussain, 2009, hal.2). For example, zakat funds in four states
(sembilan, negeri sembilan, between 1990 and 2001 were not
fully distributed (Zulkefly Abdul Karim, 2019) meanwhile for perak
and kedah, …. (hussin, 2020), . On average only 69% of zakat’s
funds in all four states fully distributed to asnaf. Selangor
recorded a high percentage of distribution during the period as
much of 80%. Meanwhile, the period of 2003-2007, there has
been an increase in the percentage distribution of zakat in most
states, especially in four states, which recorded the percentage
of zakat distribution over 100% (Hussain, 2009).

1. Nama pengarang, tahun, halaman. (Hussain, 2009. Hal.


2)
2. Contoh :
• … Abdul Razak dan Abu Osman (2009) telah memberi
takrif …
• … seperti yang telah dibuktikan (Abdul Rahman & Arsmah
2009)
• Shafaratul et al. (2011) menerangkan secara terperinci
tentang…
• … telah menurunkan kerosakan DNA Oksidatif (Siti
Balkis et al. 2011)

Pastikan setiap citation perlu ada di rujukan


Bahasa Bahasa Melayu
Font Arial 11 / times new roman 12 – boleh ikut template
Spacing Spacing 1.5 dan justify
Rujukan Gaya penulisan rujukan adalah mengikut American
Psychological
Association (APA) Citation Style 6th atau 7th edition.

https://libguides.library.usyd.edu.au/ld.php?
content_id=47913440

• Nama pengarang, tahun, nama buku, tempat terbit, penerbit


• Contoh : Mohd Asri Abdullah. 2016. Islam dan Pengurusan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Panduan Ringkas Menulis Rujukan Menggunakan Kaedah APA  


a. Rujukan daripada Jurnal Artikel.  
Roberts, A. B. (1991). Education for future. Journal of Science
Education, 13(2), 53-65.  
b. Artikel surat khabar.  
Samad Ali & Samy Arumugam (1999, March 15). Masalah buli: Satu
Cadangan. Harian Metro, p. A3.  
c. Rujukan daripada buku.  
Basri Abd Ghani. (1993). Manhaj Tauhid Dalam Ekonomi Islam.
Kangar: Percetakan Perlis Sdn. Bhd.  
d. Rujukan daripada artikel atau tajuk dari buku.  
Marie, J, J & Wise, R. E. (2007). The crisis of human education. In N.
Elizabeth (Ed.), Social concern for education. (pp. 219-223). New
Jersey: Wileys  
e. Rujukan daripada laman web.  
JAKIM (2013). Takrif Muallaf Dan Had Kemuallafan. Diakses dari
http://www.e- fatwa.gov.my/fatwa-negeri/takrif-muallaf-dan-had-
kemuallafan pada 23 Februari 2012  
 

Tugasan kertas kerja adalah minima 3000 patah perkataan


(tidak lebih 20 halaman)
Turnitin Pastikan buat semakan Turnitin dan dihantar/disertakan
bersama laporan kertas kerja – sila rujuk instruction di MT (akan
dimaklum kelak)
SIMILARITIES INDEX TIDAK MELEBIHI 30%
Penyerahan Tugasan : MINGGU 5
LAMPIRAN

Sertakan video/audio pada asgmnt nanti dalam satu folder jika ada buat temubual
Boleh letak gambar2 spt surat bukti kelulusan utk kajian di tpt y dipilih

Anda mungkin juga menyukai