Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ ALAM BINA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

CTU552 (552S-AP02)
PHILOSOPHY AND CURRENT ISSUES (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

ASSIGNMENT 1:
ARTICLE REVIEW (ULASAN ARTIKEL)

TAJUK:
WANITA MENDEPANI CABARAN SOSIAL PASCAMODEN

DISEDIAKAN UNTUK:
IKMAL HAFIZ BIN JAMAL

TARIKH HANTAR:
17th NOVEMBER 2023

DISEDIAKAN OLEH:

NO. NAMA NOMBOR PELAJAR


1. NUR ZARIN IZZATI BINTI MOHD ZULFIKAR 2023609856
2. NURUL NAJWA BINTI MOHD RIDZUAN 2023836516
3. SITI NUR ALIAMAISARAH BINTI JAILANI 2023606742
ISI KANDUNGAN:

NO KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. SINOPSIS 2-4

3. KUPASAN 4-5

4. ANALISA KRITIS 6-7

-5. KESIMPULAN 7

6. RUJUKAN 8
PENGENALAN

Artikel yang digunakan dalam ulasan artikel ini bertajuk “WANITA MENDEPANI
CABARAN SOSIAL PASCAMODEN”. Artikel ini telah ditulis oleh Nor Saleha Mohd. Salleh
dan telah dibentangkan di Konvensyen Wanita Islam Nasional di Dewan Wawasan, Politeknik Port
Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Julai 2010.(Nor saleha Mohd Salleh, 2010)

Tema utama yang telah difokuskan dalam artikel ini adalah berkaitan dengan pasca moden
yang telah memberi tekanan atau cabaran khususnya kepada kaum wanita. Cabaran pasca moden
yang telah dihadapi kaum wanita dalam konteks ini adalah dari segi sosial.

Ulasan artikel ini bertujuan untuk mengkaji keburukan dan bahaya pasca moden pada masa
kini kepada wanita serta mempelajari impak negatif pasca moden, baik dari segi ideologi mahupun
akhlak terutamanya terhadap wanita yang beragama Islam.

Artikel ini bertujuan untuk menyiasat masalah yang dihadapi oleh wanita dalam
menghadapi era pasca moden, serta menyoroti bahaya dan cabaran yang terkandung di dalamnya.
Pernyataan tesis menegaskan bahwa wanita, terutama yang beragama Islam, menghadapi cabaran
dan bahaya pemikiran pasca moden pada masa kini.

1
ISI DAN HURAIAN
1.0 SINOPSIS ARTIKEL

Artikel “WANITA MENDEPANI CABARAN SOSIAL PASCAMODEN” ini telah ditulis


oleh Nor Saleha Mohd. Salleh dan telah dibentangkan pada 24 Julai 2010 di Konvensyen Wanita
Islam Nasional di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson. Beliau merupakan Ketua Wanita
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan merupakah seorang pensyarah kanan di Jabatan Usuluddin,
Akademi Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Artikel ini merupakan salah satu
dari pelbagai karya hebat beliau yang harus kita ambil dan teliti penulisannya. Artikel ini
mempunyai 15 muka surat yang membincangkan beberapa topik seperti falsafah pasca moden,
pasca moden menolak fitrah manusia, pasca moden pada era globalisasi, bahaya pemikiran pasca
moden kepada wanita, kegawatan sosial pasca moden, wanita mendepani cabaran sosial pasca
moden, dan kembali kepada Tuhan.

Secara keseluruhannya, penulis artikel ini menjelaskan tentang bagaimana cabaran sosial
pada zaman pascamoden ini mempengaruhi kehidupan wanita Islam. Penulis turut menjelaskan
bahawa pasca moden adalah era baharu daripada empat era yang sedia ada iaitu era silam, era
pertengahan dan era moden. Penulis turut membahas tentang definisi pasca moden yang merujuk
kepada sesuatu pembebasan, perpecahan atau perpindahan atau pemikiran falsafah yang
menyerang moden. Di mana, pemikir pasca moden adalah golongan yang menuntut hak mereka
sebagai seorang manusia dan menuntut kebebasan dalam kehidupan mereka tanpa ingin terikat
dengan tradisi, keagamaan dan lain-lain yang berkaitan.

Di dalam artikel ini,pasca moden adalah dari kalangan sampah yang terpinggir dan ditindas
seperti gay, feminist, black, seniman pop dan golongan etnik minority. Golongan-golongan ini
menerima kritikan hebat dari penulis kerana kelompok ini menolak naratif besar yang merujuk
kepada agama, sains, fahaman-fahaman seperti positivisme, sosialisme, demokrasi liberal,
strukturalisme dan feminisme. Menolak naratif besar bermaksud menolak agama dan segala apa
yang diterapkan dalam agama. Disebabkan penolakan ini, munculnya naratif-naratif kecil yang
membentuk agama baharu, gaya hidup baharu, golongan gay, homoseksual, lesbian yang menuntut
hak mereka secara terang-terangan dari segi pengiktirafan undang-undang dan perkahwinan. Hal

2
ini terjadi juga kerana, golongan ini tidak mahu ideologi yang menyekat kebebasan mereka sebagai
seorang manusia.

Golongan pasca moden ini juga takut dengan konsep fitrah manusia kerana fitrah manusia
mementingkan semangat kewarganegaraan dan kebersamaan yakni ancaman kepada fahaman
pasca moden. Konsep fitrah manusia merangkumi fitrah dunia, fitrah kebenaran dan juga fitrah
Tuhan. Pemikir pasca moden mengkritik dan menolak konsep metafizik yakni ghaib kerana bagi
mereka konsep ini hanya akan membuat manusia lari dari reality kehidupan dan ia bukan faktor
kemajuan yang akan dicapai oleh manusia.

Globalisasi dan media seperti televisyen adalah faktor fahaman pasca moden semakin
berkembang dan terbuka. Buktinya, pada era globalisasi segala maklumat adalah berada di hujung
jari dan mengalir dengan cepat ke seluruh dunia. Meskipun teknologi ICT banyak memberikan
manfaat kepada masyarakat, namun ia adalah platform untuk golongan pasca moden menyebarkan
kesedaran global mengenai kepelbagaian budaya di dunia ini.

Implikasi daripada kemunculan pasca moden ini adalah munculnya Gerakan feminisme
yakni golongan yang menuntut hak asasi persamaan gender(Muhammad Ariffin bin Ismail, n.d.).
Gerakan feminisme di Malaysia telah dipengaruhi oleh feminisme di barat, yang lebih bermotif ke
arah reformasi sosial dan politik. Ia memberi tumpuan kepada keadilan sosial, kesetaraan, hak
asasi manusia, hak-hak wanita, pembebasan hak wanita, dan pelbagai pendekatan yang
mempromosikan hak dan keadilan wanita. Selain itu, pasca moden ini juga mengakibatkan
pelbagai masalah sosial seperti, pembunuhan, kes ragut, kes pembuangan bayi, penderaan kanak-
kanak, dan banyak lagi. Hal ini berlaku kerana semakin hilangnya nilai-nilai kasih sayang dan
akhlak di dalam diri sesama manusia.

Artikel ini juga menyebut betapa tingginya dan bernilainya kedudukan wanita. Rasulullah
s.a.w mengangkat martabat Wanita dengan berpesan kepada para sahabat sebelum baginda
mengerjakan haji wida’ supaya melayan kaum Wanita dengan baik dan jika sahabat baginda
berpegang dengan al-Quran dan Sunnah, nescaya kita semua tidak akan sesat. Dalam menghadapi
cabaran sosial hari ini, kaum wanita terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama, wanita
yang terlibat dengan masalah sosial dan pengaruh dakyah barat, Kumpulan kedua golongan wanita
yang tidak kisah dengan orang lain selain daripada keluarganya sendiri dan yang terakhir, wanita

3
yang sangat prihatin dengan masalah kaum mereka walaupun masalah itu bukan masalah keluarga
mereka sendiri.

Akhir sekali, penulis juga menyentuh bahawa kita perlulah menjadikan Islam sebagai
pengatur kehidupan kita agar kita tidak sesat atau kehilangan identiti diri. Islam bukanlah hanya
berkenaan ibadat dan kerohanian semata-mata malah Islam mencakupi segala segala aktiviti
kehidupan kita termasuklah sosial, politik, ekonomi, budaya dan lain-lain.

2.0 KUPASAN ARTIKEL

Dalam artikel yang telah dipilih ini adalah berkaitan dengan pascamoden. Pasca moden ini
merupakan dua makna yang berbeza. Dimana “Pasca” membawa maksud selepas, sesudah atau
setelah. Moden pula membawa maksud dari segi sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang
terbaru, cara (kaedah) baru dan mutakhir. Pascamoden ini ialah fahaman yang bersifat antiagama
dan anti tuhan kerana pasacamoden ini lanjutan dan edisi baru faham sekularisme barat moden.
Pascamoden ini juga merupakan satu istilah yang merujuk kepada perkembangan dalm ilmu teori
kritikal, falsafah, seni bina, seni, kesusateraan dan budaya yang berkembang tetapi tidak
menggantikan modensime. Pascamodensime merupakan fenomena bahru kesan daripada
ketidakpuasan dan ketidakadilan terhadap gagasan modensime yang dilihat gagal dan menindas
manusia (Hajah Siti Fatimah binti Abdul Rahman, 2000). Golongan pascamodenisme ini tidak
menolak modenisme tetapi cuba untuk membuat penelitian dan tinjauan semula tentang konsep
dan prinsip asas sebelumnya (Kamal et al., 2021).

Selain dari itu, kemunculan pascamodenisme ini adalah faktor darpada modenisme.
Kemunculan pascamodenisma ini berkait rapat dengan perubahan dan perkembangan dalam
persejarah masyarakat barat. Perkataan modenisme ini telah digunakan sejak kurun ke-16 lagi
dimana penemuan-penemuan baru sains dan kecenderungan untuk menghormati zaman moden
lebih utama berbanding zaman lampau. Selepas zaman modenisme barulah muncul zaman
pascamodenisme yang mula dirasai pada tahun 70-an dan pada pertengahan 80-an. Dalam kajian
yang dijalan oleh Micheal Koehler, beliau menjelaskan bahawa kemunculan pasamodenisme
adalah sekitar pada tahun 1970. (Riezwan Nasrullah, 2020)

4
Seterusnya, terdapat beberapa tokoh pascamoden ini anatranya ialah Ziauddin Sardar,
Zygmunt Bauman, Jacques Derrida, Huston Smith, dan Jean Francois Lyotard. Menurut Ziauddin
Sardar beliau telah menggariskan bahawa zaman moden dianggap langsung tidak benar dan tidak
boleh dipakai pada era pascamodenisme ini (Sharifah Sofiah Yusof). Begitu pula dengan Zygmunt
Bauman yang menyatakan dalam buku beliau bahawa pascamoden ini merupakan kemenangan ke
atas budaya moden dan objektifnya adalah untuk menggantikan dengan nilainya tersendiri.
Berdasarkan tokoh-tokoh lain juga, dapat dilihat mereka telah mencipta falsafah mereka tersendiri
dan itulah yang dinamakan kebesaan dalam membuat falasah.

Dengan berkembangnya pasca moden di era globalisasi ini, maka gerakan golongan ini
semakin merebak dan berleluasa serta menyebabkan banyak implikasi buruk terhadap agama dan
masyarakat Islam (Mastura binti Mohd Zain, 2011). Kesan pascamoden moden terhadap agama
islam adalah, hubungan barat dan islam menjadi lebih tidak selari Muhammad Ariffin bin Ismail,
(n.d.) serta berlaku salah faham antara mereka kerana falsafah yang berbeza. Manakala kesan
terhadap masyarakat pulak adalah golongan wanita yang berpendidikan tinggi sudah mulai
menutut hak sosial mereka dan beranggapan bahawa pascamodenisme ini hanya mengekalkan para
wanita dalam dunia yang kolot. Perkara ini sangat tidak wajar kerana membuat institusi
kekeluargaan semakin rapuh, serta majoriti anak-anak terjebak dengan gejala sosial tanpa sebarang
sempadan agama dan akhlak kerana mereka lebih mengejar kebebasan, kemewahan dan berbuat
dengan sesuka hati mereka (Riezwan Nasrullah, 2020).

5
3.0 ANALISA KRITIS

Tajuk tentang artikel yang dipilih ini adalah tentang “Wanita Mendepani Cabaran Sosial
Pasca Moden”. Melalui artikel penulis telah mengetengahkan dan memperincikan lagi pendapat
tentang isu-isu yang telah dibangkitkan serta menghuraikan dengan lebih mendalam tentang
kandungan-kandungan yang terdapat dalam artikel yang telah dipilih ini. Isu utama yang
diketengahkan dan dinyatakan oleh penulis adalah cabaran dalam menghadapi sosial pasca moden
kepada wanita.

Lain daripada itu, isu yang telah diperincikan oleh penulis ini sangat menarik kerana
melalui isu yang dibangkitkan, pembaca dapat mengetahui apakah cabaran yang dihadapi dan
Langkah-langkah penyelesaian yang boleh dilakukan dan boleh diamalkandalam kehidupan
seharian supaya pembangunan masyarakat yang harmoni, Sejahtera dan berjaya dapat dicapai. Isu
yang telah dibangkitkan ini dapat membuka mata pembaca untuk terus menyebarkan kebaikan
kepada semua.

Seterusnya, isu yang dibangkitkan oleh penulis ini sangat relevan bagi seorang penyelidik
dan pelajar. Hal ini demikian kerana, isu yang diketengahkan sangat berkaitan dengan masalah
pada zaman sekarang ini. Antara contoh masalah yang ada ialah kemunculan golongan-golongan
feminis atau hak asasi persamaan gender, kelahiran bayi sebelum berkahwin, kes pembuangan bayi
dan sebagainya (Hajah Siti Fatimah binti Abdul Rahman, 2000). Hal ini tetapi, gerakan ini
didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan. Bagaimanakah masalah ini
dapat dibendung juga masalah ini didukung oleh orang yang elit seperti ini. Walaubagaimanapun
masalah ini masih lagi boleh dikawal di Malaysia kerana di negara ini mempunyai undang-undang
dan rukun yang tersendiri untuk membendung daripada masalah terus berleluasa.

Pada pendapat saya, sebagai seorang pelajar kita perlulah sentiasa beringat-ingat dan
sentiasa berfikir dalam membuat segala keputusan adakah perkara tersebut baik atau buruk untuk
dilakukan. Perkara-perkara seperti ini boleh mengundang kepada fitnah dan akan memberi
pandangan yang tidak baik kepada agama Islam itu sendiri. Selain dari itu juga, kita perlu juga
fikir tentang keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

6
Dalam masa yang sama, artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara
saya berfikir tentang perkara yang dibangkitkan dalam artikel tersebut. Hal ini demikian, penulis
telah menerangkan dengan secara menyeluruh dan juga telah memberi penerangan tentang cabaran
dan juga cara penyelesaiannya. Sebagai contoh, saya dapat mengetahui apakah cabaran bagi
wanita dalam menghadapi sosial pasca moden ini yang semakin merisaukan dalam kalangan
pelajar. Selain itu juga, saya juga dapat mengetahui apakah yang perlu dilakukan supaya cabaran
-cabaran ini dapat diatasi. Secara konklusinya artikel tersebut sangat membuka mata dan memberi
kesan dan juga mengubah cara saya berfikir sebagai seorang pelajar untuk terus lebih berhati-hati.

ِ ‫شدِي ُد ٱ ْل ِعقَا‬
٢٥ ‫ب‬ َّ َّ‫صة ۖ َوٱ ْعلَ ُم ٓوا أَن‬
َ َ‫ٱّلل‬ َ َ‫َوٱتَّقُوا فِتْنَة َّّل ت ُ ِصيبَنَّ ٱلَّ ِذين‬
َّ ٓ ‫ظلَ ُموا ِمن ُك ْم َخا‬

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan
sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa
kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya (Surah Al-Anfal - 25
- Quran.Com, n.d.)

KESIMPULAN
Dalam mendalami cabaran sosial yang dihadapi oleh wanita dalam era pasca moden, artikel
ini telah menunjukkan kompleksitas dan tekanan yang dialami. Analisis mendalam terhadap impak
pasca moden pada wanita, terutama yang berpegang teguh pada nilai-nilai Islam, membuka mata
kita terhadap perubahan signifikan dalam konteks sosial. Artikel ini ditekankan bahawa wanita
menghadapi cabaran pasca moden perlu refleksi dan tindakan. Dengan mendalami artikel ini kita
seharusnya bersama menjaga nilai keagamaan dan sosial yang baik. Pentingnya ilmu dan
pemahaman yang mendalam tentang ilmu agama bagi wanita muslim kini dalam mendepani
cabaran pasca moden ini. Masyarakat masa kini seharusnya menggembleng tenaga bersama-sama
bagi mencari solusi permasalahan yang dihadapi wanita pasca moden ini terutamanya bagi
menjaga nilai keagamaan. Natijahnya, artikel ini adalah untuk memberi kesedaran terhadap
cabaran yang telah dihadapi kaum wanita dalam menghadapi pasca moden. Dengan adanya ulasan
artikel ini, pemahaman yang jitu dalam menyokong perkembangan wanita muslim dalam
menghadapi cabaran pada zaman kini sambil menjunjung tinggi nilai keagamaan.

7
REFERENCE

Hajah Siti Fatimah binti Abdul Rahman. (2000, January 1). Islam Sebagai Kekuatan
Menghadapi Naratif Kecol Postmodernisme – Official Website: Institute of Islamic
Understanding Malaysia (IKIM). https://www.ikim.gov.my/new-
wp/index.php/2000/01/01/islam-sebagai-kekuatan-menghadapi-naratif-kecol-
postmodernisme/
Kamal, M., Aziz, A., Pengajian, J., Visual, B., Lukis, F. S., & Reka, S. (2021). Era Modenisme
dan Pascamodenisme: Suatu Transformasi Seni Visual dalam Konteks Sosio-Budaya.
International Journal of Art & Design, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka,
5(02). https://melaka.uitm.edu.my/ijad/index.php|eISSN|59
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). (2015). pasca modenisme dan kelangsungan islam.
Mastura binti Mohd Zain. (2011, May 26). Cabaran Era Pasca-Modenisme Kepada Umat Islam
– Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Utusan Malaysia.
https://www.ikim.gov.my/index.php/2011/05/26/cabaran-era-pasca-modenisme-kepada-
umat-islam/
Muhammad Ariffin bin Ismail. (n.d.). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - Gerakan Feminisme,
Persamaan Gender dan Pemahaman Agama (Bahagian 1). Retrieved November 16, 2023,
from https://www.muftiwp.gov.my/ms/media-menu/penerbitan/suara-pemikir/2155-
gerakan-feminisme-persamaan-gender-dan-pemahaman-agama-bahagian-1
Mohd. Azhar Abd. Hamid Mohd. Koharuddin Balwi Muhamed Fauzi Othman Othman A.
Kassim. (2004). Wajah_moral_masyarakat_Melayu_pascamoden_Antara_re.
Nor saleha Mohd Salleh. (2010). Wanita mendepani cabaran sosial pascamoden. Konvensyen
Wanita Islam Nasional, 1–15.

Riezwan Nasrullah. (2020, July 20). Pascamodenisme.


https://prezi.com/p/khndsb5bowsm/pascamodenisme/
Sharifah Sofiah ‘Atiqah bt. Syed Ibrahim Ismail Yusof. (n.d.). TEORI PASCAMODEN DAN
KRISIS SOSIAL: PENJELASAN TEORI KE ATAS FENOMENA SOSIAL.
Surah Al-Anfal - 25 - Quran.com. (n.d.). Retrieved November 16, 2023, from
https://quran.com/ms/al-anfal/25

Anda mungkin juga menyukai