Anda di halaman 1dari 5

3.0 TEORI PASCA-MODENISME.

Pada awalnya pasca-modenisme berfungsi untuk menentang sepenuhnya


pemikiran pada zaman Enlightment di Eropah dan kemegahan tamadun, budaya
masyarakat Eropah yang merendahkan tahap dan cara pemikiran dan budaya lain.
Kini pasca-modenisme telahpun ditransformasikan menjadi sistem yang sepenuhnya
sehingga boleh mengganti sistem moden dan tradisi dalam kehidupan.

Mengikut Ziauddin Sardar (1995), teori asas pasca modenisme ialah:

I. Semua perkara yang benar pada masa moden dikira tidak boleh diguna pada
era pasca-modenisme. Idea besar seperti Grand Narratives memberi asas
rasa dan arah tuju kepada kehidupan yang betul, moral, ketuhanan, adat
tradisi dan sejarah merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dianalisa
sedalam-dalamnya. Sama juga dengan sains dan agam, Marxism adalah
citaan buatan manusia yang bercirikan paksaan. Kebenran adalah bandingan
dan tiap aspek kehidupan merupakan kontigensi. Mengikut Rorty,
postmodernisme menyangkal semua bentuk kebenaran dan tidak menerima
apa-apa sebagai absolute.

II. Apa yang akan terjadi kepada pengetahuan sekiranya kebenaran dan
pemikiran menjadi mati? Tokoh postmodernism memandang tiap
pengetahuan, dan semua sumber pengetahuan sebagai perkara yang tiada
kewujudan. Seperti misalnya, soalan tentang apakah kehidupan, mengapa
perlu kewujudan itu perlu punyai benda dan berat daripada kewujudan yang
tidak punyai berat dan benda. Dan mengapa fossil spesis kuno masih
berkeadaan elok walau selepas juta tahun. Hasil penemuan saintifik
membawa kepada peresapan nilai-nilai kontigensi dan tidak kepada jawapan
makna kehidupan sebagai ultimate reality. Tokoh postmodern memandang
kebenaran sebagai sesuatu yang kurang dipercayai sehingga antara magis
dan sains tiada beza. Pengetahuan adalah sesuatu imaginasi, menurut
mereka, untuk mengerti tingkah laku manusia perlulah menggunakan cereka
dari ilmu falsafah, penceritaan dan teori.

III. Simulacrum merupakan pemikiran postmodern mengenai kewujudan, dimana


tiada beza antara imej dan reality material. Hidup seorang manusia adalah
watak seperti dalam permainan yang mana berperang di alam siber. Era ini
melihatkan symbol dan imej tiada hubungan dengan kenyataan. Kehidupan
manusia di dalam teater berubah secara tiadakepastian hingga menjadi
punca realiti diserap yang disebut hyperreality. Dimana kehidupan sosial
disusun oleh simulasi, model,imej suci dan watak dibuat.

Proses simulacrum terbahagi kepada 4 fasa:

1) Gambaran terhadap asas kebenaran


2) Gambaran ini menjadi pelindung dan menyesatkan asas realiti
3) Menyamar sebagai seseorang walautiada asas realiti
4) Gambaran tiada kaitan secaran langsung dengan asas sebenar yang
wujud. Maka, ramai manusia yang menghadapi kenyataan kehidupan
dalam bentuk rajah yang direka.
4.0 CABARAN PASCA-MODENISME KEPADA UMAT ISLAM

Umat Islam pada masa kini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
pemikiran pada hari ini, seperti fahaman pasca-modenisme.  Perubahan nilai
terhadap keseluruhan aspek dalam kehidupan manusia di era pasca-modenisme
menyaksikan perubahan nilai terhadap keseluruhan aspek dalam kehidupan
manusia. Ia adalah edisi baru untuk fahaman sekularisme Barat modern.

Proses globalisasi melalui kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat


menyebarkan fahaman ini. Manusia mempunyai kebebasan diri tanpa harus
memikirkan pendapat orang lain, seperti fahaman pasca-modenisme. Pasca-
modenisme merupakan cabaran karena ia mempengaruhi Islam.

Pada ketika pasca-modenisma berkembang di era globalisasi, gerakan


kebebasan turut sama berkembang. Globalisasi mewujudkan dunia yang berpegang
kepada kepenggunaan atau consumerism. Pertumbuham budaya ini, menjadi teras
latar belakang fahaman pasca-modenisme.

Berpunca dari system kapitalis, ketamakkan manusia semakin melampau,


kekayaan dari kurniaan Allah semakin disalah gunakan. Nilai-nilai sivik dak moral
dalam diri seseorang digantikan dengan sifat harta dan benda yang melupakan nilai
agama dan keluarga.

Tanpa umat islm sedari, penyerapan pasca-modenisme ke dalam diri


seseorang umat islam sedang berlaku dalam keadaan halus dan tersusun mengikut
kehidupan seharian mereka. Rakyat Malasysia juga tidak terlepas dari terkena
pengaruh idea pasca-modenisme yang berleluasa diseluruh dunia.

Rakyat bergolongan Wanita tidak terlepas dari meneria corak pemikiran


sebegini. Kesan dari kewujudan pasca-modenisme menunjukkan kemunculan
kumpulan-kumpulan feminis dan hak asasi persamaan jantina. Kumpulan ini disokog
oleh golongan Wanita elit dan juga menegah atasan yang berpengetahuan tinggi.

Perjuangan mereka adalah berkaitan dengan keadilan social, kesaksamaan,


hak manusia liberasi kaum Wanita dan lain-lain perkara yang lebih berpihak kepada
mengutamakan Wanita. Pengaruh dan pemikiran yang kuat berkaitan pasca-
modenisme mejadikan mereka berfikir syarat, rukun dan peraturan agama
menjadikan Wanita dalam dunia kolot secara terus-terusan.

Fahaman feminis yang sebenarnya bercanggah dengan fakta sebenar


tentang darjat Wanita dalam agama islam. Kaum Wanita didalam islam diangkat
daripada lembah perhambaan. Mereka adalah nilai asset yang sangat tinggi serta
menjadi sumber pembinaan Wanita penyayang. Nasihat Rasullulah SAW Ketika Haji
Wida’ “aku berpesan agar kamu melayan kaum Wanita dengan baik.”

Zaman pasca-modenisme juga melihatkan institusi kekeluargaan semakin


regang dan tidak mampu lagi membentuk masyarakat yang mempunyai nilai-nilai
moral yang tinggi. Ini adalah kesan dari arus kemajuan globalisasi yang menjanjikan
dunia tanpa had.

Seperti misal yang diberikan oleh Prof Ulung Negara. Tan Sri Prof. Dr. Mohd.
Kamal bin Hassan, salah satu contoh kumpulan yang berbahaya dan mencabar
budaya manusia bertamadun dan nilai-nilai agama tradisional dan moral yang murni
ialah perjuangan masyarakat liberal barat untuk menjayakan konsepsi keluarga yang
tidak terdiri dari lelaki dan perempuan, suami dan isteri dan anak-anak yag sah.
Konsep ini diperjuangkan pertama kalinya dalam persidangan United Nations
Conferences on Population and Development yang berlangsung di Cairo pada tahun
1994 dan kemudian Beijing pada tahun 1995. Seiring dengan hubungan seks
sebelum nikah dihalalkan kerana hal ini sudah menjadi kebiasaan di negara-negara
luar yang kian maju dalam teknologinya.

Struktur kehidupan social masyarakat pada era pasca-modenisme kini


didapati telah berubah. Ia menjadikan masyarakat bersikap sendiri dan tidak
menghiraukan sesame mereka. Malah antara jirang juga tidak mengenal antara satu
sama lain.

Akhir sekali, untuk mengatasi masalah pasca-modenisme ini mengambil


masa lama, namun setiap usaha untuk memeranginya perlu dimulakan dengan
mengambil kira dan sesuai dengan pasca-modenisme. Urusan dakwah perlu
diteruskan dan mempunyai peningkatan agar masyarakat mudah rasa tertarik dan
tidak bosan. Isu-isu berkaitan umat islam juga perlu dibincangkan dari semasa ke
semasa.
Rujukan

1) Cabaran Era Pasca-Modenisme Kepada Umat Islam. (2021). Retrieved

June 13, 2021, from Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM) website:

http://www.ikim.gov.my/index.php/2011/05/26/cabaran-era-pasca-

modenisme-kepada-umat-islam/

2) Syed Ibrahim, Sharifah Sofiah 'Atiqah, & Yusoff, I. (2017). Teori

pascamoden dan krisis sosial: Penjelasan teori ke atas fenomena sosial -

UUM Repository. Uum.edu.my.

https://doi.org/http://repo.uum.edu.my/1860/1/34.pdf

Anda mungkin juga menyukai