Anda di halaman 1dari 17

KANDUNGAN

PERKARA M/S

ISI KANDUNGAN 1

PENDAHULUAN 2

ANALISIS

DEFINISI 4

ELEMEN NEGARA BANGSA 6

FAKTOR-FAKTOR PEMBINAAN NEGARA 8

CADANGAN 12

KESIMPULAN 15

RUJUKAN 16

1
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM PEMBINAAN

NEGARA

PENDAHULUAN

Malaysia yang merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi

berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dan Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara terkenal di mata dunia sebagai sebuah

negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Walaupun dalam negara kita terdapat

pelbagai bangsa, etnik dan agama, kita masih lagi dapat mengekalkan keharmonian yang

selama ini kita kecapi kerana kehamonian dan kemakmuran yang kita kecapi untuk

pembinaan negara selama ini bukan melalui satu proses yang mudah. Dengan

kepelbagaian kaum memperlihatkan negara kita sebagai salah satu keistimewaan yang

dan merupakan sesuatu kekuatan untuk membentuk identiti budaya dalam negara kita.

Penghayatan etika dan peradaban dalam pembinaan negara perlulah

dijiwai oleh setiap lapisan masyarakat supaya dapatlah bersama-sama

membina negara ini yang tercinta. Keunikan negara kita berlandaskan

semangat intergrasi antara kaum kerana peranan pihak kerajaan dan pihak

bukan kerajaan sentiasa memainkan peranan demi memastikan kesejahteraan

terpelihara. Kehidupan rakyat negara kita ini pernah diuji dengan tragedy 13 Mei yang

merupakan titik hitam keharmonian negara kita. Keharmonian hidup kita ini tidak akan

bertahan lama sekiranya tidak dijaga dan dipelihara kerana pastinya akan dicemburui

banyak pihak. Negara kita pernah dijajah semenjak sejak dari zaman penjajahan Portugis
2
lagi dan sejak dari itu, segala hasil bumi tanah melayu ini ditarah dengan rakusnya oleh

bangsa penjajah. Justeru, rakyat Malaysia kini, golongan muda khususnya perlulah

sentiasa ingat dan sentiasa menghargai serta menjaga keamanan yang dilalui oleh kita

selama ini.

Pembangunan dalam negara kita perlulah seiring dengan pembangunan sahsiah

dan moral rakyatnya, oleh itu, penghayatan etika dan peradaban dalam pembinaan

negara seharusnya menjadi satu tunjang yang kukuh dalam generasi kita pada masa kini.

Etika merupakan satu elemen yang sangat penting dan utama yang menjadi suatu

indentiti kepada masyarakat berperadaban dunia termasuklah Malaysia. Namun, dewasa

ini dalam suasana dalam kontek negara kita pada ketika ini, adakah masyarakat kita

secara keseluruhannya boleh dikategorikan sebagai masyarakat yang beretika dan

beradab?. Secara umumnya, sekarang ini kita disajikan dengan masalah salah laku

intergriti yang sering dilaporkan dalam media masa sama ada media cetak mahupun

media elektronik. Perkara ini sewajar tidak seharusnya berlaku dalam kita mengecapi

tranformasi pembangunan dalam negara kita. Untuk menangani masalah tingkah laku

yang tidak beretika, pendedahan mengenai konsep etika dan peradaban merupakan

suatu jalan penyelesaian atau strategi yang terbaik yang perlu diisi dan dipupuk dalam

jiwa setiap lapisan masyarakat khususnya, supaya negara kita yang sedang pesat

membangun ini dapat melahirkan individu yang berkualiti.

3
ANALISIS

DEFINISI

Apakah itu ‘etika’?. Istilah etika merupakan satu perkataan yang berasal dari perkataaan

Yunani kuno iaitu ethos yang memberi erti kebiasaan, akhlak, keperibadian serta watak.

Ethos juga membawa pengertian adat serta kebiasaandan perkataan ini juga membawa

maksud karakter atau tingkah laku. Perkataan ethos ada terdapat dalam kamus bahasa

inggeris yang bermaksud sifat dan moral dalam sesuatu bangsa. Dalam kamus bahasa

Inggeris, ethic juga bererti akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. Manakala pula ethics

adalah bermaksud satu prinsip akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. Dalam erti kata lain

ethic bermaksud sistem prinsip akhlak, peraturan-peraturan perilaku. Manakala ethics

pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak.

Menurut Dr Hamzah Yaakub dalam buku Etika Islam Pembinaan Akhlaqulkarimah

suatu pengantar, Etika juga boleh dikatakan satu sifat yang merupakan salah satu

cabang khusus yang paling utama dalam falsafah yang merangkumi kelakuan,

perbuatan, tindakan dan pemikiran yang betul dalam kehidupan yang baik dan sempurna.

Etika juga merupakann suatu perkara yang menyeluruh dan luas dalam menganalisis

perkara yang betul dan salah terhadap sesuatu tindakan atau perbuatan. Ia juga boleh

dikaitkan dengan suatu kepercayaan, rasional moral dan akhlak dalam kehidupan. Dalam

kata lain etika ini adalah yang berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan

dan kejahatan, betul atau salah, tanggungjawab, keadilam dan suatu perkara untuk

dipertimbangkan dan difikirkan secara rasional.

4
Etika dalam Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya

daripada etika menurut perspektif barat. Ciri-cirinya yang istimewa ini tidak terkandung di

dalam etika mengikut falsafah dunia barat. Antara ciri-cirinya khasnya adalah seperti

indeks untuk menentukan etika dalam konteks islam ini diukur berdasarkan Al-Qur’an dan

As-Sunnah dan bukannya akal semata-mata. Etika dalam Islam bersifat universal dan

komprehensif serta dapat diterima oleh seluruh manusia di setiap masa dan tempat

termasuk dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika Islam berkait rapat dengan hukum

halal dan haram, pahala dan dosa. Termasuk dalam konsep ibadah. Ia tertakluk kepada

konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

Istilah peradaban (civilization) atau tamadun berasal dari perkataan maddana

yang membawa maksud peradaban atau perbaiakn dalam budaya sosial. Peradaban

juga merujuk kepada kahalusan tatasusila serta keluhuran kebudayaan suatu

masyarakat. Perkataan peradaban menurut Ibnu Manzur (1988) membawa erti adab,

kesopanan, kesusilaan, kesantunan dan kebaikan sesuatu perkara. Perkataan

peradaban juga membawa maksud keadaan serta tingkatan kemajuan pada suatu

kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masayarakat mengikut kategori

perkembangan pemikiran sosial, budaya, politik, ekonomi dan lain-lain. Pada peringkat

awal istilah peradaban atau civilization dikaitkan dengan permulaan kemunculan

pembuatan suatu proses undang-undang, kehakiman, ketenteraan, institusi polis atau

peradaban yang menjadi kearah masyarakat yang beradab.

5
Menurut Taylor (1958), civilization merupakan suatu kajian etnografi kearah suatu

penerangan yang meluas mengenai suatu budaya mengenai adat, kepercayaan,

pengetahuan, dan tingkah laku, yang kebiasaanya terdapat dalam anggota masyarakat.

Melco (1969) juga menyatakan bahawa peradaban adalah satu budaya yang tinggi dan

kompleks yang sangat berbeza dangan budaya yang sederhana.

Syed Muhammad Naquib (1978) menyatakan bahawa peradaban ialah keadaan

kehidupan manusia bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan

kebudayaan yang luhur dan telus bagi suatu masyarakat. Justeru, peradaban adalah

suatu gambaran bentuk kemajuan dari segala aspek. Boleh dirumuskan bahawa

peradaban ialah pencapaian sebuah masyarakat yang merangkumi atau meliputi aspek

kerohanian dan jasmani dalam masyarakat itu.

ELEMEN NEGARA BANGSA

Pembinaan suatu negara pada asasnya terdiri daripada eleman-eleman dengan

adanya tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan, kerajaan dan undang-

undang. Kesemua eleman ini perlu ada dan saling melengkapi antara satu sama lain

serta mengesahkan tentang suatu kuasa dan authority. Kesemua eleman ini boleh

ditakrifkan sebagai satu konsep asas dalam pembinaan suatu negara bangsa. Abdul

Rahman Embong (2001) menyatakan bahawa, konsep negara bangsa sebagai contoh di

Eropah, pembinaan negara bangsa di sana bermula apabila lahirnya kelompok bangsa

yang sentiasa menentang kuasa Feudal dan penentangan kuasa ini telah melahirkan

6
satu proses pembentukan sistem baru yang dipanggil kapitalis. Kejayaan sistem kapitalis

ini membolehkan mereka berkuasa dan membentuk sebuah negara moden yang

mempunyai sempadan atau wilayah serta terdiri dari bangsa yang tertentu.

Kesinambungan negara bangsa dengan peradaban adalah dimana adanya budaya

majoriti rakyatnya memiliki kesedaran kesatuan, mempunyai indentiti nasional,

perkongsian budaya serta perkongsian sejarah yang sama dan bertindih dengan politik

wilayah asalnya. Negara bangsa merupakan sebuah intitusi politik yang merujuk kepada

sebuah negara yang didiami oleh sekumpulan atau sekelompok manusia yang

memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah bangsa yang berlandaskan perkongsian

budaya, sejarah, bahasa, serta faktor-faktor yang lain yang difikirkan logik dan waras.

Di Malaysia, apabila kita telah diistiharkan merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957,

kemerdekaan yang terhasil melahirkan sebuah negara dan bukannya sebuah bangsa.

Dalam sebuah negara pula terdiri daripada pelbagai jenis bangsa yang sentiasa akan

memelihara kemerdekaan yang dikecapi. Menurut Abdul Rahaman Embong (2001)

apabila Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, yang terlahir selepas pembentukan

Malaysia ialah negara Malaysia bukannya bangsa Malaysia. Setiap negara bangsa yang

ada dalam dunia ini termasuk Malaysia memiliki kumpulan etnik asal yang membina

destinasi, empayar dan negara bangsa yang tersendiri. Walaubagaimanapun, apabila

masyarakat yang ada dalam negara melakukan penghijrahan dari satu tempak ke satu

tempat, maka sistem kapitalisma berkembang dan penjajahan juga berlaku serta struktur

geo-politik negara juga akan mengalami perubahan melalui pelbagai perjanjian, piagam

dan penaklukan. Konsep negara pula merujuk kepada sebuah masyarakat yang

7
menduduki sebuah lokasi kawasan tertentu dengan adanya sebuah kerajaan yang

memerintah. Konsep negara ini merupakan sebuah kerajaan yang terbina yang merdeka

serta berdaulat, mentadbir urus negara tersebut di setiap wilayah negara itu yang

diperakui oleh negara-negara lain. Ozkrimili (2017). Rakyat dalam setiap negara telah

terikat dengan perlembagaan dan kerakyatan sesebuah negara serta meraka perlulah

taat setia kepada tanah air.

FAKTOR-FAKTOR PEMBINAAN NEGARA

Terdapat lima faktor atau elemen utama yang mendorong pembinaan negara.

Faktor pertama ialah nasionalisma. Nasionalisma bermaksud satu ideologi atau

kefahaman (Kamus dewan,2010) yang meletakkan negara dan bangsa pada satu aras

yang tertinggi. Ia merupakan suatu perasaan jiwa mempertahankan kedaulatan negara

dengan mewujudkan satu eleman indentiti bersama dengan sekumpulan masyarakat

dalam negara itu. Pada asasnya, semangat ini muncul di eropah dan mula berkembang

keserata dunia. Di negara kita Malaysia, semangat nasionalisme ini menjadi satu unsur

yang penting dalam jiwa untuk menentang sang penjajah. Setelah kita merdeka,

semangat nasionalisma ini tetap berfungsi dalam jiwa disetiap lapisan masyarakat dan

menjadi sebuah identiti bagi masyarakat di Malaysia. Beberapa nama tokoh nasionalisma

di Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam kewujudan semangat

nasionalisma. Antara nama tokoh-tokoh yang terkenal dalam sejarah negara kita

terbukti dalam sejarah nasionalisma di Malaysia adalah seperti Haji Ibrahim Yaakob, Dr

8
Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Dato’ Onn Jaa’far dan Tunku Abdul Rahman

Putra. (Mohd Faiz Mohd Zain, 2011). Nasionalisma ini juga boleh dirumuskan sebagai

satu gerakan kesedaran dalam diri yang menumpukan sepenuh perhatian bagi

penentuan nasib diri sendiri, bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan dan

kesejahteraan dalam identiti keperibadian yang sejati. Tokoh-tokoh diatas terlahir apabila

dalam sejarah kemerdekaan Malaysia, orang melayu khususnya, dibelengu oleh

penjajahan Inggeris. Tokot-tokoh seperti diataslah yang meniupkan semangat

nasionalisma untuk memberi kesedaran kepada orang melayu mengenai kepentingan

hak mereka dan menuntut bela keatas semua hak mereka yang telah dirampas serta

menebus kembali maruah dan negara yang telah sekian lama tergadai. (Ku Hasnan,

2013).

Faktor seterusnya ialah patriotisma. Patriotisma berasal daripada perkataan

Greek iaitu patriotes (fellow countrymen) (Billig, 1995; Griffin, 2005) atau individu ataupun

sekumpulan masyarakat yang berada di hadapan dalam usaha untuk membela tanah air.

Patriot boleh dikatakan sebagai seorang yang cintakan negara dan akan membuat apa

sahaja untuk mempertahankan tanah air mereka. Menurut Gomberg (2002) dan

MacIntyre (1995), patriot bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan)

kebebasan, hak tanah air atau pembela negara. Seseorang itu dianggap patriot apabila

tindakannya berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nordin Kardi, 2003).

Konsep patriotisma ini menurut Archard (1999) mengelaskan bahawa patriotisma ini

merupakan cinta terhadap negara atau bangsa dengan bertindak secara tertentu dengan

cara mengorbankan diri atas dasar demi mempertahankan negara atau bangsa.

9
Semangat patriotism dalam diri masyarakat muda pada masa kini semakin

membimbangkan dan semakin kurang dipupuk dalam diri dan jiwa mereka. Perkara ini

perlulah dipandang serius dan penelitian serta kajian yang menyeluruh perlu diambil

dengan tindakan yang segera mengikut konteks keilmuan. Dalam situasi penyusutan

ideologi patritisma dalam negara kita ini, setiap golongan bukan sahaja kerajaan, malah

pertubuhan bukan kerajaan juga seharusnya memainkan peranan dalam memupuk

semangat patriotisma ini demi jaminan menjaga kedaulatan negara dan bangsa ini

sepanjang zaman.

Intergarasi merupakan faktor yang ketiga dalam pembentukan sebuah negara.

Shamsul Amri (2007) mendifinasikan bahawa intergrasi merupakan satu proses yang

penting untuk mewujudkan suatu indentiti nasional dalam kalagan kumpulan masyarakat

yang terpisah dari segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah masyarakat. Berlainan

pula dengan perpaduan, perpaduan pula merupakan satu proses untuk menyatukan

seluruh masyarakat dan negara supaya setiap lapisan masyarakat dapat memastikan

terbentuknya satu indentiti dan nilai moral yang murni bersama serta melahirkan dan

menanamkan semangat perasaan cintakan negara serta banggakan tanah air kita.

Intergrasi ini terdiri daripada beberapa elemen iaitu intergrasi wilayah, intergrasi ekonomi,

kebudayaan, sosial pendidikan dan politik. Perkara ini merupakan perkara asas bagi

sesebuah masyarakat dalam pembinaan atau pembentukan negara untuk proses

pengukuhan perpaduan dan penyatuan masyarakat supaya mereka dapat bersatu atau

berpadu dalam pembinaan sesebuah negara. Disini amat jelas bahawa intergrasi ini

bermatlamat untuk menghilangkan perasaan perkauman, kenergerian, kekitaan atau apa

10
sahaja fahaman sempit. Proses untuk mencapai sesebuah masyarakat yang intergrasi

bukan lah satu proses yang mudah, dan proses ini merupakan suatu proses yang

kompleks dalam perlaksaannya. Sebagai contoh, dalam negara kita segelintir untuk

setiap kaum membawa fahaman masing-masing dari pelbagai sudut seperti sejarah dan

sosial mereka. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berakar umbi bagi menjamin intergrasi

dalam negara kita. Ting Chew Peh (1987).

Faktor atau elemen seterusnya ialah nasionaliti. Secara umumnya boleh diertikan

sebagai kewarganegaraan. Ia merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin

kepada terbentuknya sesebuah negara bangsa. Elemen ini mewujudkan suatu

pembentukan identiti kepada semua orang di dalam negara tersebut iaitu sebagai

penduduk atau warganegara tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan suatu pengenalan

identiti seperti kad pengenalan yang sama kepada semua warganegara dan ‘pasport’

sebagai pengenalan yang sama bagi keperluan antarabangsa bagi penduduk negara

tersebut. Konsep asas di sini ialah pemilikan nilai-nilai bersama akan mengikat seorang

warganegara yang baik menjadi suatu bangsa yang mempunyai kesetiaan, sayang dan

sanggup berkorban jiwa dan raga untuk negara. Faktor kebersamaan dan perasaan

untuk berkongsi hak milik dalam setiap perkara atau hal seperti budaya kebangsaan,

sistem politik dan bahasa boleh dijadikan sebagai faktor penyatuan rakyat yang diktiraf

sebagai suatu bentuk nasionaliti kebangsaan yang mewakili semua orang yang menjadi

asas kepada penyatuan.

11
Elemen terakhir ialah demokrasi. Demokrasi boleh ditakrifkan sebagai daripada

rakyat untuk rakyat kepada rakyat. Ayat ini jelas menunjukkan peranan demokrasi itu

sendiri sebagai satu alat untuk mewujudkan keutuhan sistem pentadbiran yang direstui

oleh rakyat atau masyarakat secara keseluruhannya. Perkara ini wujud kerana

terdapatnya rakyat yang tercipta untuk kesejahteraan rakyat dan pembinaan negara itu

sendiri. Sesebuah negara itu wujud apabila terdapatnya kewujudan kesefahaman yang

tinggi mengenai elemen demokrasi itu sendiri yang memberikan ruang kepada semua

lapisan masyarakat untuk terlibat dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan. Konkrit

demokrasi itu sendiri dalam pembentukan sesebuah negara bangsa ialah dari sudut

pemberian hak kepada semua warganegara untuk berkongsi ideologi yang memilih

dalam sistem pemerintahan dalam negara. Keadaan ini semestinya akan memberi

jaminan keamanan dengan adanya sistem politik yang positif dalam sesebuah

pemerintahan negara yang berdemokrasi. Sudah pasti rakyat akan bersatu hati dalam

penerimaan sistem pentadbiran yang memenangi proses demokrasi yang dilaksanakan

secara adil dan saksama.

CADANGAN

Hasil kajian dan analisis mengenai kursus penghayatan dan peradaban dalam

pembinaan negara ini dapatlah disimpulkan bahawa, dalam pembinaan sesebuah negara

berkait rapat dengan pembangunan sahsiah masyarakat itu sendiri. Dalam konteks

negara kita sendiri Malaysia yang tercinta ini banyak lagi perkara yang perlu kita hayati

dan fahami dengan lebih dekat kerana sejarah pembinaan negara bangsa dalam negara

12
kita juga mempunyai banyak unsur-unsur atau pendekatan dalam pembinaan negara.

Seharusnya penghayatan etika dan peradaban dalam pembinaan negara kita ini dalam

konteks pembinaan negara bangsa bukan lah satu perjalanan yang mudah untuk

membinanya. Penghayatan ini seharusnya diterapkan dalam diri jiwa masyarakat dalam

Malaysia itu sendiri agar kita sama-sama dapat membangunkan sebuah negara yang

harmoni dan berdaya saing seiring dengan pembangunan sahsiah, moral dan rohaniah

serta sama-sama dapat menjiwai hasil pengorbanan titik peluh, keringat air mata dan

darah ang pejuang tanah air yang dahulunya berkeringat utnuk kemakmuran kita pada

masa kini.

Faktor-faktor pembinaan sesebuah negara adalah antara faktor yang merupakan

hasil penyelidikan yang akan sentiasa menjadi sumber-sumbar kajian untuk kita pada

kini. Eleman tersebut perlulah menjadi tunjang utama hasil kajian dalam mendalami isu

penghayatan etika dan peradaban dalam pembinaan negara. Faktor nasionalisma,

patriotisma, intergrasi, nasionaliti dan demokrasi adalah faktor atau elemen-elemen

dalam pembentukan dan pembinaan sesebuah negara. Faktor nasionalisma ini

merupaka satu ideologi yang perlu diterapkan dan difahami dalam diri seseorang anggota

masyarakat sesebuah negara. Sekiranya ideologi ini tidak dipupuk dalam diri mereka

impaknya pasti akan menjadi perkara yang negatif kerana dalam diri mereka kurangya

kefahaman dan sudah pasti identiti mereka sebagai seorang anggota masyarakat

sesebuah negara yang dahulunya para peniup ideologi nasionalisma menentang

penjajah akan terkubur begitu sahaja. Begitu juga dengan patriotisma, semangat

patriotisma ini merupakan semangat yang penting dalam memperjuangkan pembinaan

13
negara. Tanpa semangat ini pastinya golongan muda sekrang tidak akan dapat merasai

kenikmatan sebuah negara yang merdeka. Malaysia sudah pastinya tidak ketinggalan

dalam bersama-sama melahirkan generasi yang berpatriotisma ini bagi menjamin

kelestarian generasi muda pada masa akan datang. Intergrasi antara sesebuah

kelompok masyarakat sesebuah negara seharusnya menjadi jitu dengan kesefahaman

dalam pembinaan negara itu dapat direalisasikan. Dalam konteks ini, pembinaan negara

bangsa yang berdaya saing menjadi isu nasional dalam masyarakat yang majmuk seperti

negara kita. Matlamat penghayatan dan etika dalam pembinaan negara untuk generasi

akan datang perlulah faham tentang isu intergrasi ini dan intergrasi dalam sesebuah

negara perlulah menjadi satu isu nasional supaya sebarang pertelingkahan antara

masyarakat yang bebilang kaum ini berada dalam keadaan suasana hidup yang positif.

Nasionaliti dalam pembinaan negara perlulah menjadi isu pokok yang menjadi

keutamaan dan tidak boleh diambil mudah. Sebagai analogi, dalam proses negara kita

menuju kemerdekaan, kesefahaman orang melayu berjuang menentang Kesatuan

Tanah Melayu atau Malayan Union (MU) pada tahun 1945 sengga 1946 terserlah dan

dizahirkan. Pada masa itu kebanyakan orang melayu cuba mempertahankan hak

ketuanan sebagai pribumi Tanah Melayu. Kerajaan British pada masa itu cuba

menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan mencabuli hak Bumiputera Melayu.

Suasana pada masa itu British cuba memberikan kerakyatan menerusi prinsip Jus Soli

kepada penduduk bukan melayu. Zainal Abidin (1978). Sekiranya tiada penentangan

darapada pejuang kebangsaan pada masa itu sudah pastinya ia menjadi suatu isu pokok

14
mengenai nasionaliti pada negara kita pada hari ini kerana dengan sewenang-

wenangnya Kerajaan British menentukan hak kerakyatan negara kita.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan hasil pembelajaran isu penghayatan etika dan peradaban

dalam pembinaan negara dapatlah dirumuskan bahawa nilai etika dan peradaban saling

berkait rapat dengan pembinaan negara atau negara bangsa itu sendiri yang menjadi

pemangkin tunjang utama setiap insan yang beridentiti serta bermaruah. Masyarakat

yang bertamadun bermula dari tahap penghayatan dan pengamalan individu atau

masyarakat mengamalkan etika dan akhlak yang terpuji dan pekerti dalam kehidupan

mereka merangkumi setiap perkara yang berkaitan dengan sosial, Pendidikan, politik,

ekonomi secara keseluruhannya. Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban ini

merupakan satu bidang prasyarat untuk menamatkan pengajian selaras dengan hala tuju

pendidkan peringkat universiti. Bidang ini bukan sahaja perlu dipelajari dan dididik dalam

jiwa mahasiswa malah ia perlu menjadi satu haluan dan panduan yang jelas dalam

kehidupan. Penghayatan etika dan peradaban dalam pembinaan negara memerlukan

penyertaan dari setiap lapisan anggota masyarakat kerana setiap perkara pastinya

terdapat halangan yang akan terjadi kerana dalam proses pembinaan negara ini sudah

pastinya melalui proses yang panjang demi memastikan identiti nasional ini dapat dijiwai

oleh segenap masyarakat.

15
RUJUKAN

Abdullah, M. R. (2010). CABARAN INTERGRASI ANTARA KAUM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF


SEJARAH , KELUARGA DAN PENDIDIKAN. Jurnal Hadhari Bil. 3 , 61-84.

Ahmad Zamil Abd. Khalid, M. A. (2021). Penghayatan Etika dan Peradaban. Kedah: UUM PRESS.

Daud, M. H. (1996). Etika Pengurusan. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Dzuhailmi Dahlan, Haslinda Abdullah, Sulaiman Md. Yasin. (2015). Keadilan Polisi ke Arah
Intergrasi Nasional di Malaysia: Persepsi generasi Baharu. Malaysia Journal of Society
and space, 78-86.

Hafizuddin Sham Shul Bahri & Razali Musa. (2021). SOROTAN PENJUANGAN NASIONALISME
MELAYU MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM. Internasional Journal of Contemporary
Education, Religous Studio and Humanities (JCERAH) Volume 1, 17-21.

Jazimin Zakaria, Sity Daud. (2018, May 20). Menelusuri Pendemokrasian di Malaysia : Impak
Terhadap Pencapaian Intergrasi Nasional. e-Academia Journal, 1-14.

Mohd Anuar Ramli, Mohammad Aizad Jamaludin. (2011). URUF MAJMUK : kONSEP DAN
AMALANNYA DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA. Journal of Fiqh No. 8.

Nawi, N. H. (1985). Konsep Insan Moral Menurut Acuan Malaysia. Jurnal Perspektif Jil.2 Bil.1,
108-125.

Noor, P. D. (2018, Disember 18). Perlembagaan Persekutuan Satukan Bangsa. Retrieved from
Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/12/510462/perlembagaan-
persekutuan-satukan-bangsa

Rashid, A. R. (2004). Patriotisme: Agenda Pembinaan Bangsa. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.

16
Thye, T. S. (2018, September 04). Memupuk Semangat Perpaduan dan Patriotisme. Retrieved
from Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/amp/renc%20ana/surat-
pembaca/2018-09/469640/memupuk-semangatperpaduan-%20dan-
patriosme%201.%202.%203.%204.%205.%206.%20Downloaded%20by

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Shamsul Anuar Nasarah, Zaheruddin Othman. (2016).
Pembinaan Bangsa Malaysia (1): Kajian Empirikal Tahap Patriotisme Belia. Malaysian
Journal of Society and Space, 159-170.

WAHID, Z. A. (1978). SEMANGAT PERJUANGAN MELAYU. SEJARAH INTELEKTUAL DAN


PERJUANGAN KEBANGSAAN MELAYU (pp. 1-9). Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan
Sejarah Universiti Malaya.

Yaakub, D. H. (1983). Etika Islam : Pembinaan Akhlaqulkarimah ( Suatu Pengantar). Indonesia:


Bandung : Diponegoro.

Zakaria, P. M. (2008, November 02). Liberalisme dan Pluralisma Agama Ancaman Baru Islam di
Malaysia. Retrieved from AIDC : http://aidc-editor.blogspot.com/2008/11/liberalisma-
dan-pluralisma-agama.html

Zarkasyi, H. F. (2015). Tamadun Sebagai Konsep Peradaban Islam. TSAQAFAH JURNAL


PERADABAN ISLAM, 3-5.

17

Anda mungkin juga menyukai