Anda di halaman 1dari 20

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TERENGGANU
CTU 263
(ISLAM DAN PENGURUSAN)
KONSEP HALAL DAN HARAM DALAM PEMAKANAN
ISLAM
NAMA PENSYARAH
DZULKEFLI BIN MAMAT
KUMPULAN
AM1103D
NAMA PELAJAR
NURUL SYAZWANI BINTI YAZID
2014668898
NUR FATIN SYAZWANI BINTI ADANAN
2014291996
ZULAIHA BINTI ABDUL LATIP
2014438204

PENDAHULUAN
Sebagai umat Islam yang merupakan antara kumpulan pengguna terbesar di dunia
hari ini, kita harus mempunyai beberapa prinsip tetap lagi jelas tentang apa yang digunakan
setiap hari terhadap pemakanan. Oleh itu halal dan haram prinsip dan dasar itu amat penting
kerana akan menentukan masa hadapan dan nasib orang Islam sebagai kumpulan pengguna yang
tidak harus diambil mudah, diperlekeh dan tidak dihormati. Tambahan lagi sebagai masyarakat
Islam yang berkongsi sebuah Negara dengan masyarakat bukan Islam yang lain perlu lebih
prihatin dan mampu memilih makanan yang halal mengikut syarak. Secara langsung, masyarakat
bukan Islam di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep halal haram
makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya.
Selain Itu, garis panduan tentang konsep halal dan haram dalam pemakanan
Islam sangat penting sebagai rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi
menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan
penjelasan kepada pengusaha dan orang awam, sama ada Islam atau bukan Islam tentang aspek
halal haram mengikut syarak yang merangkumi dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Mengikut
Islam, makanan haram akan menjejaskan ibadat umat Islam kepada Allah s.w.t kerana setiap kali
berhadapan dengan-Nya ketika menunaikan solat, umat Islam hendaklah berada dalam keadaan
bersih dan suci. Seringkali umat Islam terlupa tentang apa yang dimakan dan bagaimanakah
penerimaan Allah s.w.t terhadap ibadah serta doa sekiranya umat Islam tidak menjaga
pemakanan mereka. Kesucian batin amat dititikberatkan oleh Islam kerana perkara ini
memudahkan seseorang itu untuk mendapat petunjuk serta membentuk peribadi mulia sebagai
seorang muslim.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali r.a, Nabi ada bersabda
yang bermaksud: Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal maka cerahlah fahaman
agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah. Dengan memiliki hati
yang bersih juga memudahkan seseorang itu untuk menerima ilmu yang akan membimbing
kehidupannya kearah jalan yang diredai Allah s.w.t. dengan memiliki hati yang bersih juga
memudahkan seseorang itu untuk menerima ilmu yang akan membimbing kehidupannya kea rah
jalan yang diredai Allah s.w.t. Justeru itu, beberapa langkah efektif perlu diambilperhatian oleh

pihak berkenaanuntuk memastikan masyarakat bukan Islam memahami dengan jelas apa
sebenarnya konsep halal dan haram pemakanan dalam Islam.
DEFINISI TAJUK
Pengertian Halal
Kata halal berasal dari bahasa arab ( ) yang berarti disahkan, diizinkan, dan
dibolehkan. Suatu makanan/minuman tersebut dinyatakan sah (boleh) dikonsumsi. Adapun yang
berhak menghalalkan atau mengharamkan suatu makanan/minuman hanyalah Allas SWT dan
Rasul-Nya.

Hai orang-orang yang beriman makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan
kepadamu. [QS.Al Baqarah : 172]1.
Halal ada dua, iaitu halal zatnya dan halal cara memperolehnya. Berikut ini penjelasan
tentang keduanya.
a.

Halal zatnya
Halal zatnya berarti makanan dan minuman tersebut memang berasal dari yang halal. Seperti
daging sapi, Ayam, Sayur dan lain-lain.

b.

Halal cara memperolehnya


Halal secara memperolehnya berarti makanan/minuman yang dikonsumsi diperoleh dengan cara
yang sah dan dibenarkan menurut syarak, seperti yang diperoleh melalui berdagang, bertani,
saling memberi sesama, dan lain sebagainya.
Jenis jenis makanan minuman yang dihalalkan

1 Surah Al-Baqarah :ayat 172

Menurut islam, hukum asal semua makanan dan minuman adalah halal, kecuali apabila
agama menyatakan haram. Dengan kata lain, sema jenis makanan halal dikonsumsi, kecuali ada
ayat Al-Quran dan hadist yang menyatakan haram.


Dialah yang telah menjadikan segala sesuatu yang ada di bumi ini untuk kamu
[QS. Al Baqarah:29].2
Manfaat Makanan dan Minuman Halal
Keberadaan manusia di dunia ini dikehendaki oleh Allah SWT sebagai penciptanya. Allah
SWT telah memberlakukan aturan aturan bagi Makhluk-Nya, termasuk manusia. Salah satu
aturan-Nya ialah manusia dapat bertahan hidup karena makan, minum dan bernafas 3. Dengan
demikian, dapat diketahui bahwa manfaat dihalalkannya makanan/minuman antara lain seperti
berikut:
1.

Manusia dapat bertahan hidup di dunia sampai batas yang ditentukan Allah SWT

2.

Manusia dapat mencapai ridho Allah SWT dalam hidup.

3.

Manusia dapat memiliki akhlaq karimah karena makanan dan minuman halal mempengaruhi
watak dan perangai manusia.

4.

Manusia dapat terhindar dari akhlaq mazmumah


Makanan dan minuman haram

1.

Pengertian Haram
Haram berarti larangan (dilarang oleh agama). Makanan dan minuman haram adalah makanan
dan minuman yang dilarang oleh agama untuk dikonsumsi manusia.

2.

Jenis-jenis makanan dan minuman yang diharamkan


2 Surah Al-Baqarah :ayat 29
3 Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi (1980);Halal dan Haram dalam Islam halaman
53

Islam telah menetapkan bahwa ada beberapa makanan dan minuman yang diharamkan.
a.

Makanan
Hampir semua makanan nabati halal dikonsumsi, kecuali yang membahayakan manusia. Seperti
makanan yang telah busuk.

b.

Minuman
Minuman yang diharamkan ialah minuman yang membahayakan manusia seperti:

1.

Khamar dan segala jenisnya (cair maupun bubuk)


Khamar adalah minuman yang memabukkan.
Rasulullah bersabda :
( )
Setiap barang yang memabukkan dinamakan khamar, dan setiap khamar itu haram hukumnya
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim).

2.

Minuman yang jelas beracun


Meminum minuman yang membahayakan sama saja bunuh diri, itu dilarang oleh Allah SWT.
MEMILIH MAKANAN YANG HALAL
Pilih makanan yang halal kerana ini menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan berasa
gerun
-Imam Syafii-4
Nabi Muhammad S.A.W berkata,
Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang Kami kurniakan
kepada kamu.

4 Khairul Ghazali(1965); 30 Wasiat Imam SyafiI ,halaman 9

Dalam hadith yang dinyatakan oleh Imam At-Tarmidzi, Nabi S.A.W berkata,
setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak
umtuk dirinya.
Ibadat adalah asas agama iaitu solat, aspek yang paling penting yang ditekankan adalah
kebersihan diri. Allah S.W.T tidak menerima solat hamba-Nya yang berada dalam kotor dan
hina. Ini sesuai dengan maksud hadith Nabi Muhammad S.A.W yang dinyatakan Ibnu Hibban,
iaitu
Jadilah bersih kerana islam itu bersih
Nabi Muhammad SAW menyarankan supaya perut manusia diisi dengan satu per tiga air, satu
per tiga makanan, dan satu per tiga lagi udara5
ADAB MEMILIH MAKANAN
Setiap umat manusia perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama
terbuka daripada tin yang berkarat, makanan yang sudah layu, dan sebagainya. Islam juga
melarang amalan berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman.
Malah, apa yang digalakkan adalah sifat bersederhana semasa makan. Nabi Muhammad SAW
menyebut,
Tiada bahaya yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan
makanan yang halal
Kebanyakan penyakit bermula daripada tabiat salah memilih makanan, termasuk makan
secara melampaui batas. Dalam hadith Nabi Muhammad SAW, Baginda berkata,
Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakan setiap tubuh
dengan apa yang lazimnya.
Oleh itu, makanlah sekadarnya seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu
makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Apa yang tersirat di sebalik nasihat
5 Khairul Ghazali (1965) 30 Wasiat Imam SyafiI; halaman 12

Baginda itu adalah kita hendaklah bersederhana. Berhenti sebelum kenyang pula membawa
hikmah iaitu apabila makan dengan gelojoh dan lahap, pasti sukar berhenti. Hal in berlaku
kerana seleranya yang tidak dapat dikawal. Apabila sudah sendawa, ini menunjukkan perut sudah
cukup dengan isi yang diperlukan oleh tubuh untuk diprosesdan ditukarkan menjadi tenaga
kepada badan.

DALIL HALAL DAN HARAM DALAM PEMAKANAN ISLAM


(Surah Al Muminun: 51)

Artinya: Makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh

Dalam ayat diatas kita diperintah untuk makan dari apa apa yang baik saja. Mengenai arti apa
apa yang baik baik itu dikatakan yakni apa apa yang halal, sebab apa apa yang haram itu tentulah
tidak baik namanya.

(HR. Bukhari dan Muslim)


Diriwayatkan oleh Numan bin Basyir: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda -Numan
menunjukkan kedua jarinya ke kedua telingannya-: Sesungguhnya sesuatu yang halal itu sudah
jelas, dan sesuatu yang haram itu sudah jelas, di antara keduanya terdapat sesuatu yang samar
tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Siapa yang mencegah dirinya dari yang samar maka ia
telah menjaga agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam hal yang samar itu
berarti ia telah jatuh dalam haram. Seperti seorang penggembala yang menggembala hewan
ternaknya di sekitar daerah terlarang, dikhawatirkan lambat laun akan masuk ke dalamnya.
Ketauhilah, setiap raja memiliki area larangan, dan area larangan Allah adalah apa-apa yang
telah diharamkannya. Ketahuilah, bahwa di dalam tubuh terdapat segumpal daging, bila ia baik
maka akan baik seluruh tubuh. Namun bila ia rusak maka akan rusaklah seluruh tubuh,
ketahuilah ia adalah hati. (HR. Bukhari dan Muslim)
Kriteria makanan halal.
Hal ini dijelaskan dalam hadis Nabi SAW ketika ditanya tentang bersuci dengan air laut, beliau
menjawab: Laut itu suci airnya dan halal bangkai binatangnya. (HR. Bukhari, Muslim, Abu
Daud, Tirmidzi, Nasai).
Kriteria makanan haram.

Makanan dan minuman yang pelarangannya dijelaskan oleh al-Quran dan al-Hadis adalah
haram. Al-Quran maupun hadis menjelaskan kriteria makanan haram itu adalah khabitsah dan
rijs, seperti khamr yang dinyatakan rijs min amal asy-syaithan (QS. al-Maidah: 90). Rijs kata
ulama berarti najis secara fisik dan manawi. Dalam Shahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
Harga anjing itu khabits, mahar pelacur itu khabits dan upah bekam itu khabits.

KONSEP HALAL DAN HARAM DALAM PEMAKANAN ISLAM


DARI ASPEK EKONOMI
Pada asasnya dari segi makanan itu tidak terlepas dari konsep halal dan haram
yang telah ditentukan panduannya oleh Allah S.W.T didalam kandungan al-Quran. Bagi makanan
yang halal secara mutlak, kita dibolehkan oleh Allah S.W.T untuk memakannya, manakala
makanan yang haram kita disuruh untuk menjauhinya. Jika ada makanan yang syubhah pula
umat muslim diperingatkan agar meninggalkannya bagi mengelakkan dari terjebak ke dalam
makanan yang haram.
Umat manusia secara am dan umat Islam secara khusus diperintah supaya
memakan hanya yang halal. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang
bermaksud: Wahai manusia makanlah apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi
bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh
yang nyata.6 Ianya jelas menunjukkan kepentingan makanan yang halal dan haram telah disebut
oleh Allah dalam al-Quran untuk membuktikan kepentingan konsep pemakanan halal yang
sempurna. Malah Allah s.w.t menegaskan juga bahawa makan dan minum adalah tanda
keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan
nilai iman seseorang.
Setiap masyarakat mempunyai sistem ekonomi yang khusus yang telah
menjadi panduan dan pandangannya terhadap individu serta masyarakat dan juga tugasnya
termasuk idea terhadap agama, dunia, kekayaan, dan kemiskinan. Semua ini secara langsung
telah mempengaruhi manusia dalam hubungannya terhadap penghasilan kekayaan, cara
memperolehi serta cara mengagih dan menggunakannya. Dari situlah maka terbentuknya Konsep
Halal dan Haram dalam pemakanan Islam dari aspek ekonomi.
Antara aktiviti yang melibatkan aspek ekonomi yang diharamkan oleh
Islam antaranya yang pertama ialah Riba, Islam mengharamkan riba, kerana didalam riba
6 Rabiatul Nalawiyah Jusoh dan Intan Suraya Halim, Isu Halal dan Haram. MS 5.

terdapat hal yang membahayakan masyarakat dan ekonomi. Risiko ekonomi menunjukkan
bahawa riba merupakan kegiatan ekonomi yang tidak sesuai kerana Riba adalah diharamkan
didalam Islam kerana bersikap menindas terhadap manusia serta pemakanan yang dijual juga
bersifat tidak halal dan tiada keberkatan daripada Allah S.W.T, ianya menyebabkan ramai umat
muslim tidak membelinya menjadikan keuntungan ekonomi menurun. Tambahan lagi, melalui
sistem riba, pelaku riba mengeksploitasikan keperluan peminjam dengan mengenakan ke atasnya
lebihan yang diambil dalam bentuk kerja atau sumbangan pemikiran.
Oleh itu, al-Quran amat keras dalam mengharamkan riba menjadikannya sebagai
salah satu dosa besar yang membinasakan. Allah telah mengancam para pelaku riba dengan
firmanNya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah sisa riba, jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak
melakukannya, maka ketahuilah bahawa Allah dan RasulNya akan memerangi kamu. Dan jika
kamu bertaubat, maka bagimu modal hartamu, kamu tidak menganayai dan tidak pula dianayai.
( al-Baqarah: 278-279 ).7
Kaitan antara konsep halal dan haram dalam pendekatan Islam dari segi
aspek ekonomi ialah sebagai umat Islam yang merupakan antara kumpulan pengguna terbesar di
dunia hari ini, kita harus mempunyai beberapa prinsip tetap lagi jelas tentang apa yang mahu
digunakan setiap hari dan seharusnya ianya hendaklah selaras dengan ekonomi dan ada
kaitannya dengan halal dan haram dalam pemakanan Islam. Seterusnya ialah Jual beli tidak jelas
iaitu Gharar merupakan jenis benda yang ditransaksikan tanpa ada kejelasan ukuran dan sifat
ketika pertukaran berlangsung. Kerelaan sebagai unsur penting dalam jual beli tidak terdapat
dalam transaksi ini. Bentuk transaksi ini termasuk transaksi yang mengandung unsur batil.
Malaysia merupakan pusat bagi makanan halal dan dikatakan sedang berusaha untuk
menjadi pusat pertauliahan dan Standard serta menjalankan penghantaran dan pengeluaran
makanan halal. Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ( MATRADE ),
kepakaran Malaysia dalam bidang pensijilan halal adalah diiktiraf di peringkat dunia.
Suruhanjaya

Alimentaris

Kodeks

Bangsa-bangsa

Bersatu

yang

bertanggungjawab

7 Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan.
M/S 322

memperkenalkan Program Standard Makanan FAO/WHO, menyebut Malaysia sebagai contoh


terbaik di peringkat dunia bagi makanan halal. Ini memberi satu kelebihan terhadap kredibiliti
untuk menerokai, menyedia dan mengendali produk makanan halal dan secara langsung ianya
berkisarkan kaitan antara halal dan haramnya dalam pemakanan islam.
Promosi Eksport ada kaitannya dengan ekonomi dan seharusnya dilaksanakan menerusi
penyertaan dalam pesta perdagangan antarabangsa, penganjuran program-program Misi
pembelian Dalaman dan menghubungkan pedagang asing kepada syarikat-syarikat di Malaysia
tentang produk halal serta menyediakan kepada bakal pembeli tentang profil pengeluarpengeluar Malaysia.8Tambahan lagi Matrade juga mengambil langkah-langkah proaktif untuk
menerokai pasaran baru makanan halal menerusi pejabat-pejabat rangkaian di luar Negara, untuk
mencari pasaran berpotensi untuk barangan keluaran Malaysia.
Selain itu, JAKIM juga merupakan satu-satunya pihak yang berkuasa dalam
pengeluaran sijil halal untuk pasaran eksport. Terdapat lebih 100 syarikat tempatan yang
mendaftar dengan JAKIM dan aktif mengeksport produk masing-masing. Pada peringkat awal
penubuhan Malaysia ekonomi Negara banyak bergantung kepada dua sumber utama yang
menjadikan Malaysia terkenal di serata dunia sebagai pengeluar terbesar getah dan biji timah.
Produk makanan yang dihasilkan Negara ialah makanan Halal bagi memenuhi keperluan umat
Islam serta usaha kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat makanan halal dunia
dari aspek ekonomi menerusi eksport dan import.
ISU SEMASA ASPEK EKONOMI
Isu semasa yang berlaku dalam aspek ekonomi tentang halal dan haram dalam
pemakanan Islam ialah isu halal Secret Recipe, kenyataan yang diberikan oleh Pengarah
Bahagian Hab Halal Jakim mengenai sijil Halal Jakim ditarik dari rangkaian restoran Secret
Recipe ialah disebabkan telah berlaku pelanggaran terhadap Manual Prosedur Pensijilan Halal
Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan GMP ( Good Manufacturing
Practice ) yang serius. Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terlibat dan syarikat
8 Rabiatul Nalawiyah Jusoh dan Intan Suraya Halim, Isu Halal dan Haram. M/S 46

berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan
sehingga mengakibatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia mereka ditarik balik.
Tambahan lagi, Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terlibat dan
syarikat berkenaan telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang
dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia mereka ditarik balik. Selain
itu, kenyataan JAKIM mengenai Sijil Halal Secret Recipe ditarik balik boleh disimpulkan
bahawa syarikat terbabit melanggar manual prosedur pensijilan Halal Malaysia, tidak patuh
GMP , Penyediaan makanan oleh Secret Recipe adalah tidak bersih mengikut GMP dan prosedur
Halal Malaysia. Seterusnya, penilaian semula oleh Jakim akan dibuat semula jika Secret Recipe
memohon semula sijil Halal Malaysia.
Justeru itu, seharusnya umat Islam sebagai pengguna membuat pemerhatian
mengenai sesuatu isu terutama berkaitan dengan persijilan Halal Malaysia. Rakyat Malaysia
agak lalai dan mengendahkan dengan produk-produk tempatan yang tidak ada sijil halal, walhal
ada produk import seperti biskut pepero yang tiada sijil sah halal, dibeli dan dimakan oleh umat
Islam tanpa rasa ragu-ragu. Malahan, menjadi produk yang sangat popular dikalangan mereka.
LANGKAH ATASI DAN CADANGAN
Langkah mengatasi bagi aspek ekonomi ialah dengan mematuhi garis panduan
ditetapkan kepada premis yang mempamerkan logo halal, kerajaan sepatutnya menggubal akta
halal dan haram yang merangkumi semua aspek berkaitan penganugerahan sijil halal dan kuasa
penguatkuasaan kepada semua pihak yang berkenaan. Saranan itu tepat kerana ketiadaan
undang-undang khusus tentang halal dan haram menyebabkan penguatkuasaan yang benar-benar
berkesan tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, penggubalan akta halal dan haram dijangka dapat
mengatasi masalah-masalah tersebut kerana penggubalannya pasti akan dituruti dengan enakmen
yang serupa di peringkat negeri.
Tambahan lagi antara langkah lain untuk mengatasinya ialah risalah-risalah juga
perlu diedarkan kepada peniaga buka Islam untuk memberi kefahaman sepenuhnya kepada

mereka agar menyedarkan mereka tentang konsep pemakanan hal dan haram dalam
Islam.Seminar tentang konsep halal dn haram pemakanan Islam juga perlu dijalankan kepada
wakil setiap peniaga restoran dan syarikat pemprosesan makanan setiap negeri.
Selain itu, dari segi politik pula pemantaun yang lebih bagi memastikan logo halal yang
digunakan tidak disalah guna oleh pihak yang tidak beranggungjawab. Cadangan logo halal
berkonsepkan hologram perlu dipraktikkan dengan serius. Secara langsung, peniaga yang ingin
mengaut keuntungan lebih tidak dapat meniru logo halal keluaran JAKIM. Antara langkah lain
ialah untuk meningkatkan standard halal kita menjadi satu benchmarking di peringkat dunia. Ini
memerlukan beberapa strategi iaitu mendapat pengiktirafan daripada beberapa buah Negara
Islam yang utama.
Tambahan lagi, cara mengatasinya dari segi pendidikan pula ialah melalui didikan
yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka iaitu dengan memberitahu dan memberi
tunjuk ajar kepada anak mereka agar memakan dan memilih pemakanan yang berdasarkan
konsep pemakanan Islam iaitu memilih yang halal sahaja dan meninggalkan pemakanan yang
haram yang dilarang oleh Allah s.w.t. Dengan cara ini secara langsung anak anak mereka akan
terdedah dengan persekitaran menitikberatkan soal pemakanan yang berdasarkan konsep halal
dan haram dalam Islam. Justeru Ibu Bapa sebenarnya memainkan peranan yang paling penting.

KONSEP HALAL DAN HARAM DALAM PEMAKANAN ISLAM


DARI ASPEK POLITIK
Isu halal dan haram meliputi pelbagai aspek kehidupan seharian, termasuklah urusan
ibadah dan juga politik. Sebagai umat islam yang diberi petunjuk yang benar, kita hendaklah
sentiasa mengikut hukum- hukum dan batas batas yang telah digariskan oleh syariat islam.
Dalam berpolitik, kita dilarang menzalimi orang, khianat, menipu, dan menindas hak orang lain.
Manakala, peranan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, dan haji adalah untuk dijadikan
persiapan untuk seseorang individu menghadapi ibadah umum yang mesti dilakukan di
sepanjang kehidupan sekali gus sebagai bekalan di akhirat nanti.

Kita selaku umat Islam yang tinggal di sebuah Negara Islam dan mempunyai pemikiran
yang maju selaras dengan konsep Islam Hadhari seharusnya tidak boleh mengabaikan konsep
halal-haram pemakanan. Meskipun kita mungkin melihat agak remeh untuk memikirkan tentang
isu ini, namun apa yang membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri dan kerukunan
bangsa kita pada masa akan datang. Memang diketahui umum bahawa iman merupakan teras
pembentukan jiwa dan peribadi diri yang suci lagi murni. Oleh itu, adalah amat penting
pemakanan halal yang mampu menjana pembikinan Muslim yang hakiki dan sempurna dari
semua segi keperibadian manusia. Umat manusia secara am dan umat Islam secara khusus
diperintah supaya memakan hanya yang halal.
Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud:
Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi
bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh
yang nyata.9
Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400
tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna.
Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah
tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu
membuktikan nilai iman seseorang.
Namun, kita sebagai masyarakat Islam yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat
bukan Islam yang lain perlu lebih prihatin dan mampu memilih makanan yang halal mengikut
syarak. Masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam tentang
konsep halal-haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya. Kita perlu mengubah
tanggapan mereka bahawa makanan yang halal bukan makanan daripada babi sahaja tetapi juga
meliputi pelbagai konsep lain yang perlu dijelaskan dengan lebih mendalam.

ISU POLITIK HALAL DAN HARAM DALAM PEMAKANAN

9 Surah Al-Baqarah ayat 168

Keputusan analisis mendapati dua sampel dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat
susu dengan kacang hazel, nombor kelompok 200813M01H I2 yang tarikh luput pada 13
November 2014 dan coklat susu dengan buah badam, nombor kelompok 221013N01R I1
yang tarikh luput pada 15 Januari 2015.

Laporan ujian makmal yang bertarikh 27 Februari 2014 itu kini tersebar meluas mulai
jumaat 23 Mei 2014 menerusi laman sosial.

Cadbury Malaysia Turut Mengeluarkan Hebahan Media (Press


Release) Bagi Meyakinkan Pengguna Terhadap Integriti Dan
Ketelusan Mereka Dalam Menyediakan Produk Yang Halal Untuk
Dimakan10
Mengambil contoh isu DNA babi dalam coklat Cadbury baru-baru ini, isu kebocoran maklumat
di peringkat pengurusan perlu diberi perhatian yang lebih serius kerana ia boleh mempengaruhi
kredibiliti/ integriti pengendali analisis di makmal.
Kerahsiaan sesuatu analisis adalah penting bagi mendapatkan pengesahan tepat dan keputusan
mengenainya perlu keluar dari sumber rasmi kerajaan dan bukannya dari portal laman sosial atau
penyebaran melalui media elektronik individu tertentu.
Perkara ini adalah wajar untuk mengelakkan timbul isu-isu lain kerana ia melibatkan pihak-pihak
berkepentingan sama ada pengguna, industri dan kerajaan. Sebagai contoh, sekiranya maklumat
yang disebarkan tidak tepat, pihak industri dan konsumer mungkin boleh menyaman sesama
sendiri kerana tiada pihak yang memikul tanggungjawab isu yang dibangkitkan.

10 Petaling Jaya, Malaysia-3 Jun 2014-Menurut laporan berita yang lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Dr Maszlee Malik seorang pensyarah Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) antara yang menyeru umat Islam di Malaysia supaya yakin dengan autoriti yang telah diberikan
kepada JAKIM yang merupakan pihak berkuasa dalam hal seumpama ini di Malaysia.

CARA ATASI
Isu Kesepakatan dalam Menangani Permasalahan Halal
Perlu ada gerak kerja yang teratur dan koordinasi antara agensi-agensi terlibat dalam menangani
permasalahan halal dengan cepat. Sebagai contoh, analisis penentuan halal mungkin dijalankan
lebih daripada sebuah makmal berakreditasi, maka perlu ada satu pelan tindakan khusus
sekiranya ada di antara makmal berkenaan menemukan keputusan positif pada sesuatu sampel
yang diuji. Pihak terlibat perlu memikirkan apakah tindakan selanjutnya yang perlu dijalankan?
Perlukah pengesahan dijalankan sekali lagi oleh makmal lain? Kepada siapa perkara ini perlu
dibawa?
Bidang kuasa dan sistem sedia ada belum menjamin kecekapan sepenuhnya. Proses pemantauan,
penguatkuasaan boleh diperkemas. Amalan semasa ialah urusan ini ditangani oleh banyak agensi
kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia
dan Jabatan Agama Negeri.
Kewajaran kerajaan memikirkan perlunya memberikan kuasa mutlak Akta KPDNKK 2011
kepada Jakim agar mempunyai bidang kuasa melaksanakan urusan proses penguatkuasaan audit
dan pemantauan yang sepenuhnya.
Satu contoh yang wajar difikirkan ialah untuk jaminan pengurusan kualiti, kita mengguna pakai
MS 9001:2008, untuk analisis sampel di makmal kita menguna pakai ISO 17025. Ini piawaian
khusus untuk memenuhi tuntutan kualiti pengurusan secara konvensional. Ada juga piawaian
patuh syariah MS 1500:2009, tetapi untuk analisis di makmal (ISO 17025) yang patuhi keperluan
syariah, tiada klausa untuk syubhah, yang sedia ada hanyalah klausa sampel yang ada (positif)
DNA babi, iaitu haram, atau tiada (negatif) DNA babi, iaitu halal. Untuk industri halal,
sepatutnya wujud sistem piawaian yang patuhi tuntutan syariah dalam menangani isu
kontaminasi atau pencemaran secara tidak sengaja, serta kaedah menangani sampel haram dan
syubhah.

KONSEP HALAL DAN HARAM DALAM PEMAKANAN ISLAM


DARI ASPEK SOSIAL
Dari aspek sosial, kita sebagai umat Islam yang tinggal di sebuah negara Islam dan mepunyai
pemikiran yang maju selaras dengan konsep Islam Hadhari seharusnya tidak boleh mengabaikan
konsep halal dan haram dalam pemakanan seharian kita. Kita perlu mengambil serius terhadap
topik pemakanan halal dan haram kerana ianya akan memberikan kesan serta natijah kepada diri,
keluarga, dan keturunan kita pada masa akan datang. Seperti yang sudah kita sedia maklum,
Iman merupakan teras pembentukan jiwa yang suci. Oleh itu, bagi memperoleh Iman yang suci,
adalah amat penting pemakanan halal dalam kehidupan seorang Muslim.
Sejak dahulu lagi, persepsi umat islam dalam menilai masalah makanan adalah berbeza.
Pemakanan dari sudut tumbuh tumbuhan tidak banyak diperselisihkan kerana dalam Islam
kerana kita tidak mengharamkan tumbuhan tersebut melainkan ianya telah menjadi arak hasil
daripada korma, anggur, dan gandum sehingga benda tersebut telah mencapai kadar
memabukkan, Masyarakat akan lebih fokus terhadap pemakanan dalam bentuk binatang.
Binatang menjadi focus kerana ianya melibatkan proses penyembelihan.11

(Surah Al Maidah: 3)
Maksudnya: Diharamkan bagimu memakan bankai, darah, daging babi yang
disembelih atas nama selain Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, kecuali
yang sempat kamu sembelih. Dan diharamkan bagimu yang disembelih untuk
berhala

11 Halal dan haram dalam Islam, Syeikh Muhammad Yusuf Qardhawi, Muharram
1400H, halaman 50

ISU SEMASA HALAL DAN HARAM DALAM PERMAKANAN DARI ASPEK SOSIAL
Umumnya, penghasilan produk makanan di Malaysia sentiasa meningkat dari hari ke hari.
Keupayaan industri makanan dalam menghasilkan pelbagai jenis produk makanan telah
mencorakkan pertumbuhan ekonomi negara ke suatu tahap yang membanggakan negara kita.
Namun begitu, dalam kerancakan tersebut, para pengguna khususnya umat Islam perlu berhati
hati dalam pemilihan produk makanan yang terjamin halal dan bersih (tayyiban) daripada
sebarang elemen yang meragukan.12
Di antara aspek yang sering dibincangkan oleh para sarjana hukum Islam adalah berkaitan isu
sembelihan. Ia melibatkan haiwan yang disembelih tidak sempurna seperti tidak putus urat, mati
sebelum disembelih, penggunaan alatan sembelihan yang tidak tajam dan persekitaran
sembelihan yang kotor. Selain itu, terdapat juga isu penyembelih yang bukan Islam yang
menyembelih untuk orang Islam, haiwan yang disembelih tidak cukup sifat, tidak memperoleh
sijil tauliah daripada pihak berkuasa dan penggunaan alatan teknologi dalam penyembelihan
semasa.
Sembelihan pada zaman dahulu kebiasaannya dilakukan secara manual tanpa melibatkan
penggunaan alatan canggih. Namun begitu, perkembangan sains dan teknologi telah
memperkenalkan cara baru yang bertujuan untuk membantu proses penyembelihan dapat
dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan. Ini juga berasaskan keadaan kapasiti pengeluaran
haiwan dahulu yang tidak begitu banyak permintaanya sebagaimana sekarang. Misalnya, bagi
sebuah rumah sembelihan seperti Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd di Malaysia, purata
pengeluaran ayamnya hamper 70,000-80,000 ekor sehari. Begitu juga dengan peningkatan
permintaan haiwan haiwan lain seperti lembu, kambing dan seumpamanya.
Keraguan ini timbul apabila penggunaan kaedah stunning seperti penetrative captive bolt
dan non-penetrative captive bolt atau disebut sebagai mushroom head stunner yang digunakan
telah menyebabkan keretakan kepada tengkorak haiwan sebelum disembelih. Stunning atau
hentakkan mengejut yang tujuan asal diberikan adalah untuk pelalian berubah menjadi satu
12 Abdullah bin Muhammad bin Ahmad al-Tarifi(1992), al idtirar ila al-Atimah wa alAdawiyah al Muharramah, Riyad : Maktabah al- Maarif, Yusuf al-Qaradawi (1985),
Muhammad bin Muhammad al Ghazali (1995)

proses kematian segera kepada haiwan. Berasaskan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia
pada bulam Mac tahun 2006, penggunaan stunning yang dibenarkan hanyalah kepada pneumatic
percussive stunning dalam penyembellihan lembu dengan disyaratkan ia tidak merosakkan
tengkorak haiwan tersebut serta haiwan itu mati disebabkan sembelihan yang sempurna. Selain
itu, terdapat juga penggunaan air stunning (pelalian angin), electrical stunning (pelalian elektrik
termasuk berasaskan air) dan gas stunning (pelalian gas). Untuk kategori stunning ini, fatwa
telah mengharuskan penggunaannya dan perlu dikawal arus yang dialirkan mengikut kategori
haiwan dan saiznya. 13
Isu berasaskan sembelihan ini juga termasuklah hasilan atau sisa daripada rumah sembelihan
seperti darah, bulu, dan derivatif lainnya. Dalam industry pemprosessan produk makanan, darah
biasanya digunakan secara meluas khususnya sebagai bahan tambah (addictive food). Ia
berfungsi sebagai agen pengental, penambahbaikkan struktur, pengemulsi, perasa dan
seumpamanya. (Foodnote) Menurut laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, (Foodnote), pada
tahun 1998, plasma darah atau enzim transglutaminase telah digunakan sebagai agen tambahan
dalam makanan seperti bebola ikan, surimi, yogurt dan sebagainnya. Ia dieksploitasi oleh
pengusaha- pengusaha industry makanan bagi penyediaan produk yan lebih bermutu,
mengelakkan kerugian dengan meminimumkan kos pengeluaran oleh syarikat berkaitan rumah
sembelihan.
Begitu juga, penggunaan bulu atau lecithin yang berasaskan sumber haiwan atau
manusia. Haiwan ini boleh terdiri daripada yang halal atau haram. Ia merupakan sejenis asid
amino yang lazimnya digunakan dalam makanan seperti biskut, kerak pizza, donut dan makanan
bakar lain, ubatan dan kosmetik. Misalnya dalam pembuatan roti, ia berfungsi sebagai agen
pengurangan tempoh adunan doh,menghentikan pengecutan kerak pizza selepas dinipiskan serta
menjadikan doh idak mudah melekat. Selain itu, ia juga berperanan sebagai bahan perisa
berdaging seperti ayam dan lembu.Berdasarkan Jadual Kesebelas Peraturan Makanan 1985,
penggunaan Lecithin dalam makanan dibenarkan di Malaysia yang mana bahan ini dibenarkan
dalam penghasilan roti sebagai tepung gandum dan tepung berprotein tinggi (foodnote). Menurut
perangkaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, hampIr 80% sumber pengambilan Lecithin yang
13 www.e-fatwa.gov.my, fatwa yang diputuskan pada 24 November 1988. Muka
surat 1500:2009, Halal food-Production, preparation, handling and storage-general
guidelines (Second revision), Department of standards Malaysia halaman 13

digunakan seluruh dunia diambil daripada China secara sinetik sama ada menggunakan rambut
manusia atau bulu pelepah seperti ayam dan itik.14
CARA ATASI ISU PEMAKANAN DARI ASPEK SOSIAL
Sebagai umat Islam, kita bertanggungjawab mengatasi permasalahan pemakanan yang timbul
disekeliling kita. Selain itu, masyarakat Islam tidak boleh menunding jari kepada pihak berwajib
semata-mata. Sebaliknya harus sentiasa peka terhadap segala jenis produk makanan dan
kepenggunaan yang terdapat di sekeliling mereka. Antara cara mengatasi isu pemakanan dari
aspek sosial ialah :Maklumat tepat perlulah disampaikan kepada masyarakat.
Difahami secara umumnya, isu halal adalah sesuatu yang sensitif kepada masyarakat Islam. Oleh
itu, maklumat yang disalurkan perllulah tepat dan disahkan sumbernya sebelum disampaikan
kepada seluruh masyarakat global. Pendidikan penggunaan amat penting untuk mendidik
pengguna supaya prihatin dengan isu- isu halal sebagai contoh penggunaan bahan aditif makanan
yang halal selaku alternative aditif syubhah atau haram seperti alkohol, gelatin, enzim haiwan
tidak sembelih, kolagen khinzir dan sebagainya dalam produk makanan.15
Masyarakat perlu memilih produk makanan yang halal dan bersih.
Islam mensyaratkan pengguna Islam agar mencari makanan dan minuman yang halal dan
baik (tayyib). Firman Allah Allah Subhanahu Wataala dalam surah al-Araf ayat 157 yang
bermaksud, Dan Allah menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan
kepada mereka segala benda yang buruk (kotor & najis).
Jika diperhalusi daripada ayat di atas, ditegaskan kepada umat Islam khususnya pengguna
agar memilih semua jenis produk makanan atau minuman yang halal lagi bersih. Adalah tidak
benar, apabila terdapat segelintir pengguna merungut susahlah nak cari yang halal belaka.
Sebenarnya mereka silap. Jika diselidiki dalam al-Quran, perkara yang halal lebih banyak dari
yang haram. Kerana itu, baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat
didik oleh Allah Subhanahu Wataala agar tidak menjamah makanan yang haram atau bernajis.
14 Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006), OP. cit. halaman 70
15 Halal dan haram dalam makanan, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim (Jabatan
Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM) Petikan Majalah Al- Islam, Januari 2012

Perkara ini harus dipraktikalkan oleh seluruh umat Islam agar masalah permakanan dalam Islam
dapat diselesaikan.

PENUTUP
Kesimpulannya, soal tentang konsep halal dan haram dalam pemakanan Islam
amat sensitif kepada orang Islam. Isu halal haram bukan lagi persoalan yang membabitkan ulama
saja. Ia perlu dibincangkan secara mendalam dan menggunakan pendekatan semasa serta kaedah
penyelidikan saintifik. Persoalan halal haram, dengan kata lain tidak boleh dipandang remeh oleh
semua pihak kerana ia boleh memberi kesan kepada pembentukan sahsiah seseorang. Jika
masyarakat Yahudi begitu sensitif terhadap Kosher (halal) mereka , kita sebagai umat Islam perlu
lebih prihatin dan lebih peka terhadap isu ini.
Tambahan lagi, halal sahaja tidak mencukupi, malah makanan terbabit juga perlu
baik dan bermutu tinggi. Keadaan ini seiring dengan firman Allah yang bermaksud : Maka
makan yang halal lagi baik daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan syukurilah
nikmat Allah, jika kepada-Nya saja kamu menyembah, (Surah an-Nahl, ayat 114). Penekanan
utama dalam panduan itu ialah tentang kaedah penyediaan makanan halal yang meliputi kaedah
penyembelihan, sumber bahan mentah, sumber bahan ramuan, pemprosesan, pembungkusan,
penyimpanan, persekitaran dan sebagainya.
Tambahan lagi, seharusnya umat Islam sedar yang konsep halal dan haram dalam
pemakanan Islam ini bahkan merangkumi segala aspek kehidupan dari segi ekonomi yang
berkaitan deban riba, jual beli, sosial pula iaitu cara penyembelihan, cara pergaulan dan
perhubungan sesama manusia serta politik. Secara langsung ianya berkait rapat di antara satu
sama lain. Jelasnya konsep halal haram perlu diberi skop yang lebih luas agar ia lebih difahami
oleh masyarakat, terutama masyarakat Islam sendiri. Kemudian barulah ia boleh disebarkan
kepada masyarakat lain tantang konsep halal dan haram dalam pemakanan Islam.

Anda mungkin juga menyukai