Anda di halaman 1dari 84

Konsep Dan Falsafah Produk Halal

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan Halal Dan Haram3

1.1 Konsep, definisi dan pengertian Halal dan Haram.3

1.2 Kepentingan makanan halal menurut perspektif Islam..7

2.0 Asas-Asas Penting Fiqh Halal dan Haram.14

2.1 Peringkat dan kategori halal.14

2.2 Peringkat dan kategori haram.18

2.3 Peringkat dan kategori syubhat.18

2.4 Penentuan halal dan haram mengikut Qawaid Fiqhiyyah..21

3.0 Fiqh Halal dan Haram Menurut Maqasid Syariah..29

3.1 Memelihara agama.29

3.2 Memelihara akal..29

3.3 Memelihara harta29

3.4 Memelihara nyawa.29

3.5 Memelihara keturunan29

4.0 Makanan dalam Islam.32

4.1 Takrif makanan menurut bahasa dan istilah.32

4.2 Penentuan hukum mengenai makanan dalam Islam.33

4.3 Penentuan hukum makanan halal dan haram.34

4.4 Sumber bahan makanan dan minuman..43

5.0 Produk dalam Islam..46

5.1 Penentuan hukum mengenai produk dalam Islam..46

5.2 Penentuan produk halal dan haram..46

5.3 Sumber-sumber produk tidak halal..49

1
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

6.0 Perkhidmatan Dalam Islam.61

6.1 Penentuan hukum mengenai perkhidmatan dalam Islam..61

6.2 Penentuan perkhidmatan halal dan haram..63

6.3 Perkhidmatan moden Perubatan, pelancongan dan hospitality, seni dll66

2
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

1.0 Pengenalan Halal Dan Haram

1.1 Konsep, definisi dan pengertian Halal dan Haram

Pendahuluan

Halal dan haram adalah garis pemisah penggunaan sesuatu produk dalam syariat Islam.
Kemajuan dan perubahan persekitaran tidak mempengaruhi prinsip-prinsip halal dan haram
yang telah digariskan Islam. Tiada sesiapa yang berhak mengubah ketentuan yang telah
ditentukan oleh Allah s.w.t. Justeru, setiap individu wajib memastikan aspek halal dan haram
dalam segala aspek kehidupan mereka secara umumnya dan aspek makanan secara khususnya
kerana ianya melibatkan darah daging yang akan tumbuh melaluinya.

Banyak ayat al-Quran dan al-Sunnah menjelaskan isu-isu berkaitan halal dan haram. Ia menjadi
pengukur tahap keimanan dan tahap kepatuhan seseorang mukmin. Pengharaman sesuatu
perkara kerana sifat negatif yang ada padanya melibatkan kemerbahayaan kepada individu dan
juga masyarakat. Perlanggaran terhadap peraturan-peraturan ini akan menimbulkan implikasi
negatif kepada masyarakat secara umumnya. Islam turut menggariskan beberapa etika
berkaitan penghasilan dan penggunaan sesuatu produk.

Makanan memberi kesan kepada perkembangan fizikal dan spiritual manusia. Negara yang maju
dan bertamadun lahir daripada keluarga yang terjaga pemakanannya yang menekankan halal
dan bermanfaat untuk tubuh badan. Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam
menentukan proses pemakanan keluarga mereka.

Halal dan Haram adalah terminologi dalam ilmu fiqh bagi menentukan status sesuatu perkara.
Halal bermaksud sesuatu yang tidak ditegah ataupun sesuatu yang diharuskan oleh syarak. Pada
dasarnya, sumber hukum yang berkaitan dengan status halal dan haram makanan dan minuman
dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian pertama, sumber yang disepakati oleh ulama' iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan
Qiyas. Manakala sumber yang kedua ialah sumber yang tidak disepakati oleh ulama seperti al-
urf, al-istishab, al-istihsan, al-masalih al mursalah, syar'u man qablana dan mazhab as-sohabiy.
Sumber yang kedua inilah yang menjadi faktor utama wujudnya perbezaan pendapat yang
ketara dalam kalangan fuqaha ketika mengeluarkan sesuatu hukum.

Halal Dari Segi Bahasa

Halal dari segi bahasa bermaksud dibenarkan. Perkataan 'halal' adalah berasal daripada
perkataan Arab, daripada kata akar 'halla', 'yahillu', 'hillan'. Manakala dari segi terminologi,
perkataan halal bermaksud keluar daripada hukum haram. Kebiasaaannya, halal diertikan
sebagai sesuatu yang harus, yang dibolehkan dan juga sesuatu yang tidak ditegah atau dilarang

3
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

melakukannya. Menurut Ensiklopedia Hukum Islam, halal ditakrifkan sebagai membebaskan,


melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Dalam bahasa Inggeris,
perkataan halal diterjemahkan sebagai permitted, allowed, lawful, legal, licit, dan legitimate

Halal Dari Segi Istilah Syarak

Manakala menurut istilah syarak, halal bermaksud sesuatu yang dibolehkan dan tidak diseksa
kerana melakukannya. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mentakrifkan halal sebagai perkara yang
dibolehkan atau perkara yang diharuskan dan sudah terlepas daripada ikatan atau simpulan
bahaya. Ia adalah perbuatan yang dibenarkan oleh syarak.

Halal Dari Segi Perspektif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)

Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 1975 ialah apabila
digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan
perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada
suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu. Perbahasan-perbahasan yang berkaitan
dengan Halal, Ditanggung Halal, atau Makanan Islam atau apa-apa perbahasan lain yang
menunjukkan bahawa orang Islam dibenarkan oleh agama mereka bagi memakan sesuatu
makanan.

Ini bermaksud, makanan yang dikategorikan halal perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Makanan yang tidak mengandungi sebarang bahagian ataupun benda daripada binatang
yang ditegah oleh syarak memakannya ataupun yang tidak disembelih mengikut hukum
syarak.
2. Tidak mengandungi benda-benda yang dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
3. Tidak disedia, diproses, ataupun dikilang dengan menggunakan alat-alat yang tidak
bebas daripada benda-benda najis mengikut hukum syarak.
4. Semasa proses penyediaan, pemprosesan ataupun penyimpanan, ia tidak bersentuhan
ataupun berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-
kehendak di atas perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai
najis mengikut hukum syarak.

Dalam soal penyediaan makanan terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu:

1. Punca makanan tersebut iaitu seperti daging yang digunakan. Kebanyakan masyarakat
bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang haram dalam Islam tetapi mereka
perlu dijelaskan tentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam seperti
binatang yang bertaring serta binatang yang hidup dua alam dan binatang yang jijik
seperti cicak dan sebagainya.

4
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

2. Kaedah penyembelihan haiwan. Masyarakat bukan Islam tidak tahu konsep


penyembelihan haiwan dalam Islam. Lebih menakutkan adalah sekiranya mereka sendiri
yang menyembelih haiwan tersebut dan menjual di pasaran terbuka. Sedangkan antara
syarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilah orang Islam. Selain itu,
peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di
pasaran dibeli daripada peniaga Islam atau dari syarikat penyembelihan yang mendapat
pengiktirafan halal oleh badan bertanggungjawab.
3. Cara pengurusan makanan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan. Adakah tempat
untuk mereka proses terhindar daripada sebarang najis. Adakah tempat penyimpanan
makanan tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang haram di sisi Islam seperti
daging khinzir yang dicampur dengan ayam dalam sebuah lori.
4. Ramuan dalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yang dicampur dengan
alkohol, minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah terdapat restoran yang
memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti
alkohol dan sebagainya. Ini sering berlaku di kebanyakan restoran-restoran dan hotel
yang menggunakan khidmat chef dari luar negara.
5. Peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses sesuatu bahan makanan.
Pihak berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan
sebagainya tidak pernah digunakan untuk memasak bahan makanan yang haram
mengikut syariat Islam. Kita tidak mahu kuali yang pernah digunakan untuk memasak
daging khinzir digunakan pula untuk memasak makanan bagi orang Islam pula.
6. Penjagaan kebersihan makanan dari benda-benda yang dianggap mengotorkan dalam
Islam dan tidak suci. Mungkin pelanggan tidak menyangka restoran yang memaparkan
logo halal dan mempunyai persekitaran yang bersih di luar tetapi di bahagian dapur
berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak memenuhi ciri-ciri konsep halal
dalam Islam.

Oleh itu, semua makanan adalah halal melainkan terdapat tegahan atau larangan yang jelas
dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam surah Al-Maidah, ayat 87 dan ayat 88, Allah s.w.t.
berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang
dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan jangan kamu melampaui batas (pada apa yang ditetapkan
halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas,
dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah pada kamu, iaitu yang halal lagi baik
dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman

5
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Haram Menurut Perspektif Islam

Haram adalah istilah ilmu fiqh, iaitu salah satu daripada hukum yang lima. Perkataan haram
adalah lawan kepada perkataan halal yang bermaksud ditegah oleh syarak, berdosa sekiranya
dilakukan dan mendapat pahala apabila meninggalkannya.

Haram Daripada Segi Bahasa

Haram dari segi Bahasa adalah terbitan Bahasa Arab yang berasal daripada kata kerja haruma,
yahrimu haraman atau haruma, yahramu, hurman wa hurmatan wa haraman. Manakala istilah-
istilah yang sinonim dengan perkataan haram adalah sesuatu yang dilarang, ditegah, buruk, keji,
dicegah melakukannya, maksiat, dosa dan seksaan yang kesemua itu membawa kepada
pengertian haram.

Dalam Bahasa Inggeris, perkataan haram diterjemahkan sebagai prohibited, forbidden,


unlawful, interdicted dan unpermitted.

Haram Daripada Segi Istilah Syarak

Menurut Yusuf Al-Qaradhowi, haram ialah sesuatu yang dilarang oleh syarak daripada
melakukannya dengan larangan yang pasti. Sesiapa yang mengingkarinya akan menerima
seksaan Allah s.w.t. di akhirat kelak dan boleh mengakibatkan seseorang itu menerima seksaan
semasa di dunia lagi.

1.2 Kepentingan Makanan Halal Menurut Perspektif Islam

Makanan dan minuman adalah keperluan fisiologi yang perlu dipenuhi untuk hidup. Ini kerana,
tenaga yang diperoleh melalui makanan dan minuman digunakan untuk bekerja, membesar,
membiak dan melaksanakan segala proses kelangsungan hidup. Apabila keperluan makanan dan
minuman sudah dipenuhi, barulah manusia melihat kepada keperluan lain seperti pakaian dan
tempat tinggal.

Manakala menurut Islam, kepentingan makanan mempunyai tujuan yang lebih murni iaitu
untuk tujuan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Selain itu, kesihatan dan kekuatan tubuh
badan bergantung kepada makanan dan minuman yang diambil. Justeru itu, Islam
menganjurkan umatnya supaya makan sekadar yang mencukupi bagi melaksanakan
tanggungjawab terhadap diri mahupun terhadap Penciptanya supaya terhindar diri daripada
sebarang kemudaratan yang berpunca daripada makanan.

Bagi menjamin keselamatan jiwa dan jasad manusia, Islam menetapkan prinsip-prinsip asas
dalam memilih makanan, sebagaimana yang diterangkan dalam surah Al-Baqarah ayat 168:

6
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

"Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi,
dan jangan kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah
musuh yang nyata bagimu".

Ayat ini menjelaskan, konsep makanan yang perlu diambil menurut Al-Quran adalah makanan
yang halal dan baik (Toyyib). Terdapat empat ayat yang menggabungkan dua sifat tersebut di
dalam Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah ayat 168, Al-Maidah ayat 88, Al-Anfal ayat 69 dan An-
Nahl ayat 114.

Berdasarkan kepada ayat Al-Quran ini, dapat difahami bahawa ungkapan "wahai sekalian
manusia" yang digunakan adalah seruan yang melibatkan semua golongan manusia. Ia tidak
dikhususkan kepada orang-orang yang beriman sahaja. Ini bermaksud, kurniaan nikmat Allah
s.w.t. meliputi seluruh golongan manusia, dan kekufuran tidak menghalang seseorang daripada
menerima nikmat-nikmat Allah s.w.t. yang banyak.

Ungkapan halalan toyyiban disebut dalam ayat di atas berkait rapat dengan soal pemakanan
yang menjadi keperluan harian manusia. Pemakanan yang baik menurut Islam bukan sekadar
berkhasiat tetapi mematuhi kriteria halal yang ditetapkan. Halalan tayyiban bermaksud
makanan itu halal, bersih serta selamat untuk dimakan.

Allah s.w.t. juga melarang kita mengambil makanan yang haram lagi kotor seperti bangkai, babi
dll. Ini kerana perbuatan ini boleh memudaratkan kesihatan dan merosakkan akal. Seterusnya,
Allah s.w.t. mengingatkan manusia agar tidak mengikuti jejak langkah syaitan-syaitan yang
pastinya berusaha untuk menyesatkan manusia seperti menghalalkan yang haram dan
mengharamkan yang halal.

Dalam ayat di atas digambarkan manusia yang gagal mematuhi prinsip halal Islam dalam
pemakanan sebagai menuruti jejak langkah syaitan. Syaitan selaku musuh yang nyata akan
mudah mempengaruhi manusia yang tidak memberi perhatian dalam soal pemakanan halal. Ia
berusaha mempengaruhi manusia agar mengharamkan kebaikan-kebaikan yang telah dihalalkan
oleh Allah s.w.t. dan menjerumuskan manusia ke dalam kesesatan. Orang yang memilih yang
haram bermakna bersekutu dengan syaitan dan menentang hukum Allah s.w.t.

Konsep halalan toyyiban ini juga turut mengambil kira sumber kewangan bagi mendapatkan
makanan tersebut. Selain itu kaedah penyediaannya meliputi penggunaan peralatan, cara
memproses, penyimpanan, pembungkusan dan kawasan persekitaran hendaklah bebas
daripada najis serta mematuhi tahap amalan kebersihan yang ditetapkan. Adalah satu kesilapan
jika menganggap makanan halal sekadar ianya bukan binatang yang diharamkan atau binatang
tersebut disembelih secara Islam.

7
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Salah tanggap ini menjadi penyebab tindakan sesetengah orang yang tidak mempedulikan
persoalan kebersihan ketika mengunjungi premis perniagaan umat Islam. Mereka tidak
mempedulikan keadaan jijik dan kotor di premis perniagaan tersebut dan sudah tentu perkara
ini bercanggah dengan prinsip halalan toyyiban yang wajib dipatuhi oleh umat Islam.

Bagi umat Islam yang terdahulu, sekarang dan akan datang, mencari rezeki yang halal adalah
kewajipan yang dituntut ke atas setiap individu Muslim. Ianya sebagaimana yang disabdakan
oleh Baginda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: "Mencari yang halal itu adalah wajib kepada setiap individu Muslim"

Di dalam Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. banyak menyentuh berkenaan dengan makanan.
Contohnya, peraturan ataupun adab-adab makan dan minum, tujuan makan dan minum,
makanan baik dan berkhasiat. Begitu juga, ciri-ciri atau konsep makanan halal dan haram,
hubungan makanan dan kesihatan iaitu bagi menghindarkan diri daripada mengambil makanan
yang memudaratkan diri dan makan benda-benda yang diharamkan kerana darurat.

Di dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. memberikan panduan cara pemakanan yang sihat dan
seimbang. Sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya : "Janganlah manusia mengisi perutnya dengan sesuatu yang buruk. Cukup baginya
beberapa suap makanan bagi menegakkan sulbinya (tulang punggung). Sekiranya ia tidak
melakukannya, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu
pertiga lagi untuk udara".

Makanan dan minuman bukan sahaja bertujuan untuk menjaga kesihatan dan kesinambungan
hidup, bahkan ianya juga memberi pengaruh dalam membentuk keperibadian dan karakter
seseorang. Ibrahim bin Umar yang mengambil pendapat Al-Hirrali, seorang ahli tafsir
mengatakan, orang yang suka makan makanan yang kotor biasanya mempunyai tabiat yang
kasar, keras dan sukar menerima kebenaran.

Islam juga memperkenalkan prinsip makan dan minum secara sederhana kerana Allah s.w.t.
tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Makan dan minum secara sederhana
membawa maksud kita mengambil makanan yang diperlukan oleh tubuh badan kita sahaja
tanpa berlebih-lebihan dan membazir. Selain itu, kita juga mengambil makanan yang paling baik
demi menjaga kesihatan tubuh badan.

8
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Menurut tinjauan Dr Saadan Man dan Zainal Abidin Yahya iaitu penulis buku Halalkah Makanan
Kita, mereka mendapati kesedaran masyarakat terhadap konsep halalan toyyiban masih di
tahap rendah dan ianya dianggap remeh oleh masyarakat. Sebahagian umat Islam hanya
memahami makanan halal adalah makanan yang bersumberkan haiwan, tumbuh-tumbuhan,
ataupun ramuan-ramuan yang tidak mengandungi lemak babi.

Kesan daripada itu, ramai peniaga yang menjual makanan yang halal tetapi premis, kedai atau
gerai dan persekitarannya tidak bersih dan menjijikkan. Pinggan mangkuk, tempat memasak
serta alatan memasak tidak dicuci dengan baik sehingga meninggalkan kesan kepada rasa
masakan tersebut. Ini termasuklah juga tidak menjaga kebersihan pakaian dan diri peniaga.
Keadaan ini benar-benar bercanggah dengan konsep halalan toyyiban itu sendiri.

Secara umumnya, konsep halalan toyyiban bermaksud makanan itu halal, bersih, baik dan
selamat dimakan. Ia mengambil kira status sumber makanan, peralatan, cara pemprosesan,
penyimpanan, pembungkusan, pengangkutan dan kawasan yang bebas daripada najis dan
sebarang keracunan atau pencemaran serta mematuhi standard amalan kebersihan yang
ditetapkan. Justeru, kefahaman yang jelas, tepat, komprehensif dan kontemporari tentang
konsep halalan toyyiban dalam pemakanan adalah begitu penting bagi memastikan makanan
harian yang diambil menepati tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

Pengharaman sesuatu benda kerana masalah yang terdapat padanya dan bukan satu bentuk
penderaan Allah s.w.t. terhadap umat Islam. Yang diharamkan adalah sesuatu yang kotor dan
keji. Umat Islam dianggap termasuk golongan yang berjaya jika mereka menjauhi segala kekejian
tersebut sebagaimana yang disebutkan dalam firmanNya:

Terjemahan: Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi,
yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi
mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka
daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda

9
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga
menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka.
Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta
mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang
berjaya.

Kesan Makanan Yang Haram Kepada Muslim

Kesan Pertama: Dihilangkan keberkatan pada makanan tersebut

Allah s.w.t. akan menghilangkan keberkatan makanan yang mempunyai unsur haram seperti
makanan daripada harta riba atau makanan yang diperolehi melalui penipuan. Allah s.w.t.
berfirman:

Terjemahan: Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia
pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan
Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan
dosa. (Al-Baqarah:276)

Di dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahawa kesan bermuamalat dengan harta riba akan
menyebabkan harta tersebut tidak lagi berkat. Keberkatan harta itu penting bagi menjadikan
seseorang muslim itu bersyukur dengan apa yang dia perolehi. Jika tidak, dia akan berasa tidak
cukup dengan apa yang dia nikmati.

(( ))

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menyatakan seorang peniaga yang memperolehi keuntungan
perniagaannya dengan menipu pembeli dengan cara menyembunyikan aib barang yang dijual
juga akan hilang berkat harta tersebut. Akan tetapi, jika dia menyatakan hal yang sebenar dan
mengurangkan harga disebabkan kekurangan barang tersebut maka Allah akan memberkati
harta tersebut.

Kesan kedua: Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

10
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

:))
.[ !(( ]

Hadis di atas menunjukkan bahawa barang siapa yang memakan makanan yang haram,
meminum minuman yang haram dan memakai pakaian yang haram atau salah satu antaranya,
maka Allah tidak akan memakbulkan segala hajatnya.

Sesiapa pun perlukan pertolongan Allah, sama ada orang yang soleh mahupun orang yang selalu
melakukan maksiat kepada Allah. Apabila mereka ditimpa musibah, mereka mula menadahkan
tangan dan memohon pertolongan Allah. Namun, Allah hanya menerima doa orang yang soleh
dan menjaga sumber makanan mereka dan menolak permintaan orang yang tidak menjaga
sumber makanan mereka.

Kesan ketiga: Ibadah yang dilakukan dengan harta yang haram tidak akan diterima oleh Allah

Sedekah, zakat, haji dan umrah yang dilakukan dengan harta yang haram tidak akan diterima
oleh Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

...

Dalam hadis yang lain:

: ((
: .
[ )) ]

Setiap ibadah yang kita kerjakan hanyalah bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
Justeru, kita tidak sepatutnya melakukan maksiat ketika menuju kepada Allah kerana kedua-
duanya saling berlawanan. Sebenarnya, orang yang menggunakan harta haram untuk menuju
jalan Allah ini, mereka sedang ditipu oleh syaitan yang tidak lain hanyalah ingin menjauhkan
mereka daripada Allah.

Kesan keempat: Kerosakan hati

Sabda Nabi s.a.w.:

] )) ] ((

Kata Ibnu Hajar dalam menjelaskan makna hadis ini: Di dalam hadis ini mengingatkan tentang
kemuliaan hati dan menggalakkan supaya kita menjaga keelokannya dan isyarat kepada sesuatu
usaha yang baik akan memberi kesan kepada hati.

11
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Imam Ahmad pernah ditanya: Apakah cara untuk melembutkan hati? Kata Imam Ahmad:
Makan makanan halal.

Kesan kelima: Hidup dalam keadaan hina dan gelisah

Kehidupan yang terbina di atas harta yang haram akan membuatkan seseorang itu hina kerana
mereka hidup di atas penderitaan orang lain. Sebagai contoh pencuri membina kehidupannya
dengan hasil curiannya dan hidup di atas titisan air mata orang yang teraniaya. Kehidupan
seperti ini akan membuatkannya lebih hina apabila beliau memerlukan pertolongan orang lain
seperti majlis kenduri kahwin dll. Ketika pencuri ini hidup hanya menyusahkan orang lain dan
tidak pernah membantu orang lain, bagaimana kalau dia susah dan perlukan bantuan orang
lain?

Kesan keenam: Dijanjikan dengan azab yang pedih

Allah s.w.t. berfirman:

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim,
sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan
masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala. (An-Nisa: 10)

Dan Allah s.w.t. berfirman:

Terjemahan: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana
sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-

12
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya
peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah
diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya
terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu)
maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah: 275)

Peranan Kementerian Dan Agensi-Agensi Kawalan Makanan Di Malaysia

Terdapat dua kementerian yang bertanggungjawab memantau penghasilan makanan di


Malaysia, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kementerian Kesihatan Malaysia dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan Program Kawalan


Mutu Makanan Malaysia yang bertujuan melindungi dan mengawal semua aspek yang
berkaitan dengan makanan sama ada dari segi keselamatan, kebersihan, pencemaran, piawaian,
pelabelan dan penipuan.

Kuasa melaksanakan diberikan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan
1985.

Objektif Program Kawalan Mutu Makanan adalah bagi melindungi orang ramai daripada
masalah kesihatan yang berhubung dengan makanan, di samping menggalakkan dan
mempromosi penyediaan, pengendalian, penjualan, dan pengambilan makanan yang selamat
dan bermutu.

Sekiranya didapati makanan yang telah dianalisis oleh pegawai yang terlibat tidak mematuhi
undang-undang makanan, apabila sabit kesalahan, denda maksimum yang ditetapkan di bawah
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah tidak lebih daripada RM5000.00 atau penjara
selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) ditubuhkan
pada Oktober 1990. Bermula pada 11 Jun 2009, ia dikenali sebagai Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Matlamat penubuhannya bagi menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang


beretika di samping melindungi kepentingan pengguna.

13
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Antara hak pengguna yang perlu dilindungi ialah hak bagi mendapatkan keperluan asas, hak
mendapatkan keselamatan, hak mendapatkan maklumat, hak membuat pilihan, perlindungan
harta intelek dan pendaftaran serta penyeliaan perniagaan.

Dalam konteks kawalan makanan, KPDNKK dengan kerjasama JAKIM dan JAIN secara konsisten
menjalankan pemeriksaan bagi menentukan kesahihan logo halal yang digunakan oleh
pengusaha atau pengilang makanan.

Dalam menjalankan tanggungjawab mereka, KPDNKK menggubal dan mengkaji dasar yang
berkaitan perdagangan dalam negeri, memantau harga barang-barang keperluan, dan
menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi mewujudkan suasana perdagangan dalam negeri
yang sihat.

KPDNKK juga bertanggungjawab menyelaras dasar perlesenan, peraturan dan aktiviti-aktiviti


berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Pada tahun 1968, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia memutuskan satu badan diperlukan
bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia. Ini selaras
dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat
perhatian dunia antarabangsa. Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan
kemajuan Islam yang bertambah baik di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
ditubuhkan bagi mengambil alih kuasa dan peranan Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS)

Peranan dalam pemantauan halal

Sejarah penglibatan JAKIM dalam memberi pengesahan status halal kepada makanan dan
barangan gunaan Islam di negara ini bermula pada tahun 1974. Apabila Pusat Penyelidikan
Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri memberikan pengesahan halal
kepada beberapa produk makanan utama yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar makanan
tempatan dalam bentuk surat pengiktirafan.

Bermula pada tahun 1994, pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil pengesahan halal beserta
logo halal. Bagi memenuhi keperluan semasa yang pesat di negara ini, pada tahun 2002 Jakim
telah mewujudkan satu jawatankuasa baru yang diberi nama Bahagian Makanan dan Barangan
Gunaan Islam.

Pada November 2003, logo halal baru digunakan oleh JAKIM dan JAIN yang bertujuan
menyeragamkan satu standard logo halal di Malaysia. Pihak yang tidak bertanggungjawab yang
menyalahgunakan logo halal boleh dikenakan tindakan undang-undang menurut Akta Cap
Dagangan dan Peraturan Cap Dagangan 1977.

14
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Fungsi JAKIM

1. Memberikan garis panduan makanan, minuman dan barang gunaan orang-orang Islam.
2. Mengeluarkan fatwa mengenai isu-isu yang berkaitan dengan makanan, minuman dan
barang gunaan bagi melindungi kepentingan orang-orang Islam.
3. Menguatkuasa undang-undang melalui akta-akta yang berkaitan dengan prosedur
Pensijilan Halal seperti berikut:
a. Akta Perihal Dagangan 1972, (Akta 87), iaitu Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan
Perbahasan Halal) 1975 (PU (A) 237/75).
b. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559)
yang berkenaan penyalahgunaan tanda halal.
c. Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
d. Akta Binatang 1953 (semakan 2006), Akta Rumah Penyembelihan (penswastaan)
1993 dan Animals Rules Ordinant 1962.
e. Akta Kastam 1967 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998.
f. Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan
g. Akta Cap Dagangan 1976 oleh Kementerian Dalam Negeri, Koperasi, Dan
Kepenggunaan (KPDNKK)

Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)

Pada 2 April 2008, HDC telah dilantik oleh pihak kerajaan bagi mengambil alih tugas
mengeluarkan sijil halal daripada JAKIM kepada para pengedar makanan di dalam dan di luar
negara.

Objektif HDC:

1. Mempertahankan integriti proses pengiktirafan halal Malaysia melalui pemerhatian


berterusan, rangka peraturan, piawaian dan proses audit.
2. Membangunkan infrastruktur analisa dan latihan bagi mereka yang terlibat dalam
pengeluaran produk halal.
3. Memudahkan pengeluaran produk halal domestik melalui kapasiti yang lebih baik serta
kebolehan perkhidmatan sokongan halal.
4. Mempromosikan halal sebagai alternatif menyeluruh dan mempercepatkan
pertumbuhan Taman Halal bagi menyediakan satu rangkaian meningkatkan efisiensi
pengeluaran dan penyajian produk-produk halal.
5. Membangunkan imej global Malaysia sebagai pengeluar produk dan perkhidmatan halal
yang bermutu tinggi.

Tugas Dan Tanggungjawab HDC

1. Mengarah dan menyelaras pembangun industry halal Malaysia daripada pihak yang
mempunyai kepentingan sama ada pihak kerajaan ataupun swasta.

15
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

2. Mengurus kapasiti membangunkan pengeluar-pengeluar halal dan perkhidmatan


sampingan.
3. Menjadi pemimpin dalam pembentukan piawaian halal, audit, dan pengesahan prosedur
bagi melindungi integriti halal.
4. Membangun, mempromosikan dan memasarkan jenama halal Malaysia di samping
memperkenalkan konsep halal bagi barangan dan perkhidmatan.
5. Memudahkan pembangunan dan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia dalam pasaran
global halal.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif menjaga, membela hak dan mengembalikan maruah
pengguna Islam.

Di samping itu, ia turut berperanan menyebarkan maklumat dan pendidikan yang terancang
tentang permasalahan kepenggunaan Islam.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Ditubuhkan pada tahun 1970. CAP mula terlibat dalam isu berkaitan halal dan haram pada
permulaan tahun 1977. CAP adalah sebuah organisasi kepenggunaan yang berperanan dalam
memperjuangkan pelbagai isu hak pengguna seperti isu berkenaan harga patut, isu
perkhidmatan, dan kualiti barangan.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

FOMCA adalah pertubuhan sukarela yang tidak mementingkan keuntungan, bukan badan politik
dan bukan pertubuhan sivik.

Berperanan menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di
Malaysia.

Nutrition Society of Malaysia

Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1985. Ia bukan organisasi berasaskan keuntungan dan
bertanggungjawab menganjurkan beberapa program pendidikan secara besar-besaran yang
tertumpu kepada pemakanan kanak-kanak, wanita dan keluarga.

16
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Selain itu, NSM mendorong jaringan dalam kalangan 500 ahli profesionalnya, menganjurkan
persidangan saintifik tahunan, membuat sesi kemaskini saintifik, serta menerbitkan jurnal
saintifik.

Malaysian Dietitians Association (MDA)

MDA didaftarkan pada 1994 yang merupakan organisasi professional yang terdiri daripada 350
pakar diet yang terlibat dalam penilaian makanan, diagnosis, preskripsi serta memberi nasihat
kepada pengguna tentang terapi pemakanan perubatan bagi rawatan penyakit.

Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO)

Didaftarkan pada tahun 1994 yang mempunyai 150 orang ahli professional yang terlibat dalam
penyelidikan asas dan kajian tentang obesiti. MASO juga menumpukan kepada kajian punca,
manifestasi serta pencegahan obesity dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

2.0 Asas-Asas Penting Fiqh Halal dan Haram

2.1 Peringkat dan kategori halal

Di dalam hukum halal ini terdapat empat hukum syara iaitu wajib, sunat, harus dan makruh.

Wajib

Wajib bermaksud: Tuntutan syarak supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan pasti.
Tuntutan wajib ialah sesuatu perbuatan yang diberi pahala apabila melakukannya dan berdosa
jika meninggalkannya, contohnya puasa di bulan Ramadhan.

Segala hukum wajib mesti dilaksanakan, disiksa jika meninggalkannya dan dikira kafir jika
mengingkarinya kerana ianya sabit melalui dalil qatI seperti Al-Quran.

Wajib dan Fardhu adalah dua perkataan yang sama mengikut jumhur ulama melainkan ulama
hanafi.

Wajib terbahagi kepada empat bahagian:

Bahagian pertama: Wajib berdasarkan masa menunaikannya

17
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Bahagian ini pula terbahagi kepada wajib mutlak dan wajib muaqqat

Wajib Mutlaq iaitu wajib yang tiada waktu tertentu melakukannya dan seseorang mukallaf itu
boleh melakukannya pada bila-bila masa, contohnya tuntutan membayar kaffarah nazar atau
sumpah.

Wajib Muaqqat ialah tuntutan wajib yang telah ditetapkan masa tertentu untuk
menunaikannya. Contohnya tuntutan melaksanakan solat lima waktu. Ulama membahagikan
pula wajib muaqqat kepada dua bahagian, iaitu;

1. Wajib Muwassa

Iaitu wajib yang terbatas atau terhad dengan tempoh masa yang luas. Contohnya: solat
Subuh bermula daripada terbit fajar Sadiq hingga terbit matahari iaitu lebih kurang satu
jam lebih. Namun begitu tempoh masa menunaikannya hanya beberapa minit sahaja.

2. Wajib Mudayyaq

Iaitu wajib yang terbatas atau terhad dengan tempoh masa terbatas. Contoh berpuasa di
bulan Ramadhan yang bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dan
masa menunaikannya pun sepanjang tempoh masa tersebut.

Bahagian kedua: Wajib Berdasarkan Kadar Yang Telah Ditentukan Oleh Syara'

Wajib ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu;

1. Wajib Muhaddad

Iaitu wajib terhad atau yang ditentukan kadanya. Di mana tanggungjawab tidak terlepas,
keduali ditunaikan mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak. Contohnya solat lima
waktu.

2. Wajib Ghair Muhaddad

Iaitu wajib yang tidak terhad atau tidak ditentu kadarnya oleh syarak. Contohnya,
memberi makan kepada orang kelaparan.

Bahagian Ketiga: Wajib Berdasarkan Mesti Melakukannya

Bahagian ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu;

Wajib Ain ialah perkara yang dituntut oleh syara' melakukannya oleh setiap orang Mukallaf
tanpa terkecuali dan tidak dikira melakukannya jika orang lain melakukannya. Justeru itu, orang
yang meninggalkannya diberi balasan dosa dan balasan azab daripada Allah.

18
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Wajib Kifayah ialah perkara yang dituntut oleh syara' melakukannya oleh sekumpulan orang
Mukallaf seperti berjihad, mengeluarkan fatwa, melakukan kehakiman, mencipta peralatan-
peralatan baru yang diperlukan masyarakat dll. Wajib Kifayah melibatkan maslahah ummah
yang perlu didirikan oleh sekelompok mukallaf dan semua akan menanggung dosa jika tiada
yang melakukannya.

Bahagian Keempat: Wajib Berdasarkan Perkara Yang Telah Ditentukan

Bahagian ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu;

Wajib Muayyan ialah perkara yang dituntut oleh syara' melakukannya dengan perkara tertentu
tanpa boleh memilih perkara lain seperti perintah menunaikan solat yang tidak boleh digantikan
dengan ibadah lain.

Wajib Mukhayyar ialah kewajipan yang tidak mempunyai satu jenis tuntutan sahaja. Namun, ia
mempunyai dua atau tiga pilihan lain. Contohnya seorang pemimpin boleh memilih samada
membebaskan tawanan perang atau mengambil tebusan.

Mandub

Mandub atau sunat ialah perkara yang dituntut oleh syarak supaya melakukannya tetapi dengan
tuntutan secara tidak putus, pelakunya diberikan pahala dan tidak berdosa jika ditinggalkan.
Contohnya, sembahyang sunat dhuha, sembahyang malam dll. Sunat juga dikenali dengan istilah
nafilah, mustahab, tathowwu', murghiban fih, ihsan dan hasan.

Secara umumnya, jumhur ulama tidak membahagikan sunat kepada bahagian-bahagian.


Berbeza pula dengan Imam Abu Hanifah yang telah membahagikan sunat kepada 3 bahagian:

1. Sunat Muakkad: Iaitu sesuatu amalan dan perkara sunat yang mana Nabi s.a.w. selalu
melaksanakannya. Hanya kadang-kadang sahaja Nabi meninggalkannya untuk
menunjukkan bahawa ia tidak wajib hukumnya. Contohnya: Sembahyang Hari Raya.
2. Sunat Ghair Muakkad : Iaitu sesuatu amalan atau perkara yang tidak selalu atau kadang-
kala sahaja Nabi s.a.w. melaksanakannya. Sebagai contoh: berpuasa pada hari isnin dan
khamis.
3. Sunat Zawaid: Iaitu amalan-amalan sunat yang mana dengan mencontohi perbuatan,
adab dan cara hidup seharian Baginda s.a.w. sebagai manusia biasa, contohnya cara
berjalan dan berpakaian.

19
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Harus

Harus atau Mubah dikenali juga sebagai Jaiz dan Halal. Harus iaitu sesuatu perkara yang sama
sahaja sama ada melakukannya atau meninggalkannya, kerana syarak tidak memerintahkan kita
supaya meninggalkannya dan tidak juga memerintah kita supaya melakukannya. Bahkan
diberikan kebebasan memilih sama ada melakukannya atau meninggalkannya. Oleh itu
perbuatan tersebut tidak diberi pahala atau dosa atas apa pilihan kita.

Contohnya firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi
(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah
kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu
berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al-Jumuah:10)

Ayat di atas memberi makna bahawa bekerja selepas solat adalah harus. Oleh itu terpulang
kepada individu sama ada ingin melakukannya atau tidak.

Makruh

Ianya bermaksud Khitab Allah yang meminta supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan
tuntutan tidak pasti. Hal itu disebabkan kerana tiada dalil yang menunjukkan perbuatan
tersebut ditegah.

Antara lain, makruh ialah sesuatu perkara diberi pahala jika meninggalkannya dan tiada apa-apa
dos ajika melakukannya. Contohnya; makan bawang mentah.

Ulama Hanafi membahagikan makruh kepada dua bahagian:

i)Makruh tahrim

ii)Makruh tanzih

i) Makruh tahrim

Makruh tahrim ialah apa yang dituntut oleh syarak supaya ditinggalkan dengan suatu tuntutan
secara putus. Tetapi tuntutan tersebut tahapnya kurang daripada tuntutan meninggalkan yang

20
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

haram; diberikan pahala jika ditinggalkan semata-mata mematuhi perintah Allah dan dikenakan
balasan jika dilakukan tetapi tidak sama dengan balasan jika melakukan perkara yang hukumnya
haram.

Contohnya: Solat sunat mutlak ketika terbit atau ketika terbenam matahari. Solat sunat ini
dihukum dengan makruh tahrim. Selain itu, jual beli seseorang di atas jual beli orang lain
dihukum sebagai makruh tahrim.

ii) Makruh Tanzih

Makruh tanzih ialah apa yang dituntut oleh syarak supaya meninggalkan dengan suatu tuntutan
secara tidak putus; diberi pahala apabila ditinggalkan kerana mematuhi arahan Allah, dan tidak
dikenakan balasan azab jika dilakukan.

Contohnya: berpuasa pada hari Arafah bagi jemaah haji. Sekiranya puasa ditinggalkan kerana
mematuhi perintah Allah, ia akan diberikan pahala dan tidak akan dikenakan balasan dosa jika
ditunaikan puasa tersebut.

2.2 Peringkat Dan Kategori Haram

Haram atau Tahrim bermaksud tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan
dengan tuntutan pasti. Dalam erti kata lain, haram ialah sesuatu perbuatan diberikan pahala
apabila menjauhinya dan berdosa serta mendapat seksa jika dilakukan.

Sebagai contoh, minum arak dan mendedahkan aurat.

Para fuqaha membahagikan hukum haram kepada dua bahagian:

1) Haram li dhatihi iaitu perkara yang diharamkan kerana terdapat kemudaratan dan
kerosakan yang tidak dapat berpisah daripadanya. Contohnya, mencuri, berzina, dan
minum arak. Ini berdasarkan ayat Al-Quran dalam surah Al-Maidah, ayat 3:

Diharamkan kepada kamu memakan bangkai binatang yang tidak disembelih, dan darah (yang
keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih
kerana selain daripada Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati
dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih sebelum habis nyawanya, dan yang
disembelih atas nama berhala; dan diharamkan juga kamu bertenung nasib dengan undi
batang-batang anak panah. Itu adalah perbuatan fasik.

21
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

2) Haram li ghayrihi bermaksud setiap perkara atau perbuatan yang tidak disandarkan
kepada zat perkara atau perbuatan itu, tetapi disebabkan oleh faktor-faktor luaran yang
bercampur dengan zat itu. Perbuatan itu pada asalnya dibenarkan syarak, sama ada
dalam bentuk wajib, sunat atau harus tetapi menjadi haram disebabkan wujudnya
sesuatu yang memudaratkan. Contohnya; jual beli ketika dan selepas berkumandang
azan Jumaat.

2.3 Peringkat Dan Kategori Syubhah

Syubhah menurut syarak ialah sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan kedudukan
hukumnya, sama ada halal ataupun haram. Syubhah juga dikategorikan sebagai sesuatu yang
tidak diyakini status hukumnya, sama ada halal ataupun haram.

Menurut Imam Al-Ghazali, syubhah ialah sesuatu perkara yang samar dan tidak jelas disebabkan
terdapat dua bentuk keyakinan yang bertentangan yang disebabkan terdapat dua faktor yang
berbeza.

Contohnya: ragu-ragu dengan masakan orang bukan Islam atau ragu-ragu makan makanan di
restoran bukan Islam kerana percampuran dalam penggunaan alatan memasak. Selain itu, ia
juga sama seperti hukum membeli ketika azan Jumaat ataupun membeli daging yang disembelih
dengan menggunakan pisau curi.

Dalam hal ini, apabila seorang mujtahid itu mentarjihkan sesuatu perkara dengan hukum halal
yang berdasarkan kepada ijtihadnya, dengan mengemukakan dalil-dalil yang diharuskan oleh
syarak tentang kehalalannya. Maka, hukum halal terhadap perkara itu adalah dikategorikan
sebagai musytabihah atau syubhah. Berbeza, jika mujtahid itu berijtihad dengan ijtihad yang
jelas tentang hukumnya, sama ada halal ataupun haram, maka seseorang itu boleh berpegang
dengan hukum itu tanpa keraguan lagi.

Sebahagian ulama berpendapat, maksud syubhah adalah perkara-perkara harus yang dihiasi
dengan sifat tawarru kepadanya. Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bersifat zuhud dalam
perkara-perkara syubhah. Mereka memilihi bagi hidup dalam keadaan sederhana dan menolak
bagi bermewah-mewah dalam seluruh aktiviti kehidupan.

Kategori Syubhah

Terdapat perbezaan yang besar dalam pembahagian hukum syubhah di kalangan ulama.

Dalam Fath Al-Bari, para ulama mengkategorikan syubhah kepada empat perkara iaitu:

1. Apabila berlaku pertembungan dua hukum.

22
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

2. Perselisihan antara dua hukum dan yang mana lebih utama.

3. Syubhah adalah makruh iaitu perkara yang lebih baik ditinggalkan.

4. Harus

Selain itu, ulama juga membahagikan syubhah kepada dua bahagian, iaitu syubhah pada hukum
dan syubhah pada perbuatan.

Syubhah Pada Hukum

Syubhah pada hukum ialah sesuatu perkara atau perbuatan yang tidak mempunyai dalil yang
jelas daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Walaupun para mujtahid sudah melakukan ijtihad,
namun mereka masih tidak dapat menentukan hukumnya.

Contohnya, dalam bab sembelihan, menurut pendapat sebahagian fuqaha Syafie, daging
haiwan yang tidak jelas status sembelihannya, sama ada sembelihan itu dilakukan oleh Muslim
ataupun Majusi tidak boleh dimakan kerana terdapat padanya syubhah. Manakala sebahagian
yang lain pula berpendapat, sembelihan itu halal dimakan sekiranya daging itu diambil ataupun
dibeli oleh majoriti penduduk yang beragama Islam

Syubhah Pada Perbuatan

Syubhah pada perbuatan ialah hukum halal dan haram itu sudah dijelaskan oleh Allah s.w.t.
tetapi status perbuatan itu tidak dijelaskan secara terperinci. Contohnya, seperti seorang yang
menemui buah di sempadan kebun miliknya dan jirannya, namun tidak dapat dikenal pasti buah
itu milik siapa. Oleh itu, buah itu dianggap syubhah.

Sebahagian ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie mengatakan bahawa meninggalkannya
adalah lebih baik dan terselamat daripada terjerumus kepada sesuatu yang haram.

Bagi menghindari umat Islam daripada terjerumus kepada perkara haram, para fuqaha telah
memberikan garis panduan berdasarkan kaedah fiqh yang bermaksud : Sekiranya halal dan
haram berkumpul, maka dimenangkan yang haram .

Manakala Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin membahagikan syubhah kepada
beberapa bahagian. Pertama, syubhah yang berkaitan dengan sebab yang menghalalkan dan
sebab yang mengharamkan iaitu sesuatu yang dimaklumi tentang pengharamannya sebelum
itu. Kemudian, wujud keraguan tentang status halalnya. Maka, ini dinamakan syubhah yang
wajib dijauhi dan hukumnya adalah haram. Begitu juga, sesuatu yang sudah dimaklumi tentang
kehalalannya, kemudian wujud keraguan tentang status haramnya disebabkan terdapat bukti

23
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

tentang pengharamannya. Maka, dalam situasi ini ia dihukumkan sebagai halal berdasarkan
kepada konsep asalnya, iaitu halal.

Sesuatu yang asalnya memang dianggap haram tetapi tiba-tiba wujud alasan yang kukuh yang
mewajibkan penghalalannya. Ia menjadi sesuatu yang meragukan, namun hukumnya
dimenangkan kepada halal dan begitulah sebaliknya. Dimenangkan hukum halal kerana hukum
asalnya lemah dan terhapus apabila terdapat kecenderungan yang kuat terhadap
pengharamannya.

Kedua, syubhah yang disebabkan percampuran yang menimbulkan keraguan, disebabkan


terdapat bahan tambahan. Ini termasuk dalam bahan yang diberi istilah saintifik seperti animal
fat, animal shortening, gelatin, collagen dan sebagainya. Keadaannya serupa dan tidak dapat
dibezakan. Ini juga dinamakan musytabihah (kesamaran). Ia dapat menjadi halal ataupun haram
bergantung kepada sumber yang diambil.

Ketiga, syubhah yang disebabkan terdapat percampuran antara kemaksiatan dan sebab yang
menghalalkan. Contohnya, berjual beli ketika azan pada hari Jumaat, menyembelih dengan
pisau yang dicuri, memotong kayu api dengan kapak yang dicuri, menjual barang yang sudah
dibeli orang, dan tawar menawar dalam tawaran orang lain. Kategori ini termasuk dalam
perlanggaran jual beli yang tidak sampai membatalkannya. Meninggalkannya adalah bersifat
warak walaupun hukumnya bukanlah haram yang pasti.

Manakala yang keempat adalah syubhah yang disebabkan terdapat perselisihan tentang dalil.

2.4 Penentuan Halal Dan Haram Mengikut Qawaid Fiqhiyyah

Dalam kajian fiqh, terdapat pelbagai kaedah hasil daripada cara berfikir induktif. Kaedah fiqh ini
berfungsi sebagai generalisasi terhadap perkara furu atau cabang fiqh daripada masalah yang
serupa. Para sarjana hukum Islam telah mengelompokkan masalah yang serupa di bawah satu
kaedah fiqh. Kaedah ini sifatnya ringkas tetapi rangkuman maknanya luas.

Terdapat lima kaedah asas fiqhiyyah dan daripadanya dipecahkan kepada kaedah kecil lain yang
banyak.

Namun begitu, kita tidak akan mengupas secara terperinci lima kaedah asas ini kerana
perbincangannya sangat luas. Justeru, huraian akan dilakukan berdasarkan pengaplikasiannya
dalam bidang gunaan Islam sama ada melibatkan produk makanan dan bukan makanan. Lima
kaedah asas fiqh tersebut adalah seperti berikut:

Kaedah Pertama

24
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Setiap Perkara Dinilai Dengan Niat

Dalil yang menjadi asas kepada kaedah ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w.:

Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya yang
sabit bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya.

Sebagai contoh dalam urusan penyembelihan haiwan yang halal, niat mestilah dilakukan hanya
kepada Allah s.w.t. tidak kepada yang lain sehingga boleh berlaku syirik. Begitu juga dalam
urusan jual beli, niat perlu jelas apabila melakukan transaksi tersebut supaya tidak berlaku
penipuan, riba dan seumpamanya.

Dalam konteks semasa, niat juga perlu jelas apabila menjalankan sebarang aktiviti perniagaan
khususnya yang berkaitan industri halal. Sebaagai contoh, jika tujuan membuka perniagaan
adalah untuk menjual barangan gunaan yang halal seperti jus minuman anggur dan barli tidak
boleh berlaku unsur percampuran niat lain untuk menghasilkan arak atau minuman
memabukkan lain yang haram. Ini kerana percampuran niat tersebut menyebabkan timbulnya
syubhah dan mengelirukan pengguna khususnya Muslim.

Niat yang baik itu dapat menjadikan seluruh perkara harus sebagai ibadah dan jalan
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Justeru, sesiapa yang makan dengan niat untuk
memastikan kelansungan hidup dan memperkuat tubuh badan supaya dapat melaksanakan
kewajipannya untuk berkhidmat kepada Allah dan masyarakat, maka makan dan minumnya itu
dapat dinilai sebagai amal ibadah dan taqarrub kepada Allah s.w.t.

Begitu juga, barangsiapa yang melepaskan syahwatnya kepada isterinya dengan niat untuk
mendapatkan anak, atau karena menjaga diri dan keluarganya daripada perbuatan maksiat,
maka melepaskan syahwat tersebut dapat dinilai sebagai ibadah yang berhak mendapat pahala.
Justeru itu, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Pada kemaluanmu itu ada sodaqah. Para
sahabat kemudian bertanya: Apakah kalau kita melepaskan syahwat juga memperolehi pahala?
Jawab Nabi s.a.w: Apakah kalau dia lepaskan pada yang haram, dia juga akan memperolehi
dosa? Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada yang halal, dia pun akan
memperolehi pahala."

Dan dalam satu riwayat direkodkan: "Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk
menjaga diri supaya tidak meminta-minta, dan berusaha untuk mencukupkan keperluan

25
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

keluarganya, serta supaya dapat membantu jiran tetangganya, maka kelak dia akan bertemu
Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama."

Begitulah, setiap perbuatan harus yang dikerjakan oleh orang yang beriman, di dalamnya
terdapat unsur niat yang baik dan tujuan yang mulia, maka ia dapat mengalihkan perbuatan
tersebut menjadi ibadah dan taat.

Adapun masalah haram tetap dinilai haram, walaubagaimana baik dan mulianya niat dan tujuan
itu. Sebab Islam selamanya menginginkan tujuan yang suci dan pelaksanaannya pun harus suci
juga. Di dalam Islam tidak menerima prinsip al-ghayah tubarrirul wasilah (untuk mencapai
tujuan, apapun cara dibenarkan), atau suatu prinsip yang mengatakan: al-wushulu ilal haq bil
khaudhi fil katsiri minal bathil (untuk dapat memperoleh sesuatu yang baik, boleh dilakukan
dengan bergelumang dengan kebatilan).

Bahkan yang ada adalah sebaliknya, setiap tujuan baik, harus dicapai dengan cara yang baik
juga. Oleh karena itu, barangsiapa mengumpulkan wang yang diperoleh dengan jalan riba,
maksiat, permainan haram, judi dan sebagainya yang dapat dikategorikan haram, dengan
maksud untuk mendirikan masjid atau untuk terlaksananya perancangan-perancangan yang
baik, maka tujuan baiknya tidak akan menjadi syafaat baginya, sehingga dengan demikian dosa
haramnya itu dihapus. Haram dalam syariat Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat.

Demikian seperti apa yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang
disebutkan: "Sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak mahu menerima kecuali yang baik pula. Allah
pun memerintah kepada orang mu'min sama seperti halnya perintah kepada para Rasul."
Kemudian Rasulullah membacakan ayat: "Hai para Rasul! Makanlah dari yang baik-baik (halal)
dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya aku Maha Mengetahui apa saja yang kamu perbuat."
(al-Mu'minun: 51) "Hai orang-orang yang beriman! Makanlah dari barang-barang baik yang
telah Kami berikan kepadamu." (al-Baqarah: 172) "Kemudian ada seorang laki-laki yang datanq
dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus penuh dengan debu, dia mengangkat kedua
tangannya ke langit sambil berdoa: yaa rab, yaa rab (hai Tuhanku, hai Tuhanku), padahal
makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan barang
yang haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu dikabulkan?" (Riwayat Muslim dan
Tarmizi)

Dan sabdanya pula: "Barangsiapa mengumpulkan wang dari jalan yang haram kemudian dia
sedekahkan harta itu, sama sekali dia tidak akan memperolehi pahala, bahkan dosanya akan
menimpanya"

Dan sabdanya pula: "Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan
jalan haram kemudian ia sedekahkan, bahwa sedekahnya itu akan diterima; dan kalau dia
infaqkan tidak juga mendapat barakah; dan tidak pula ia tinggalkan di belakang punggungnya

26
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

(sesudah ia meninggal), melainkan dia itu sebagai perbekalan ke neraka. Sesungguhnya Allah
tidak akan menghapuskan kejahatan dengan kejahatan, tetapi kejahatan dapat dihapus dengan
kebaikan. Kejelekan tidaklah dapat menghapuskan kejelekan." (Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Kaedah Kedua

Maksudnya: Keyakinan tidak akan dihilangkan dengan adanya keraguan

Dalil yang mendasari kaedah ini adalah firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja,
(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu
dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka
lakukan.

Dalam tafsiran terhadap lafaz al-haq, ia memberi maksud hakikat yang sebenar sama seperti
yakin. Selain itu Nabi s.a.w. juga bersabda:

"

Maksudnya: Apakah salah seorang kamu telah timbul syak dalam solatnya, tidak diketahui lagi
berapa rakaatkah yang telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan yang syak
itu dan tunaikanlah atas apa yang telah diyakininya.

Dalam konteks aplikasi kaedah ini terhadap persoalan penyucian, apabila seseorang berada
dalam bersuci dan meragui status kesuciannya setelah melalui beberapa fasa masa dan keadaan
maka ia tetap dianggap masih suci. Hal ini berlaku selagi mana masih berkeyakinan dengan
status tersebut.

Begitu juga dalam konteks masa kini apabila timbul permasalahan dalam pemilihan barangan
gunaan halal. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab membimbangkan apabila terdapat
sebilangan pengusaha dan pengeluar makanan yang mencampurkan bahan-bahan yang

27
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

meragukan atau bersumberkan yang haram ke dalam produk mereka. Tambahan pula, tertera
penggunaan logo halal daripada badan yang diiktiraf. Dalam hal ini, keraguan tersebut dapat
dihilangkan apabila pengguna meyakini barangan gunaan tersebut dikeluarkan oleh pihak
berkuasa yang berautoriti seperti JAKIM, JAIN dan badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Kaedah Ketiga

Kaedah ini bermaksud kesukaran memberi ruang kepada kemudahan. Kelonggaran ini
dibenarkan apabila masyaqqah tersebut melampaui had batasan biasa manusia dan tidak
mampu menanggungnya. Sehinggakan jika tidak dilakukan boleh membawa kepada
kemudaratan diri seseorang atau kepentingan kemaslahatan ummah. Hal ini ditegaskan oleh
firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

(Al-Baqarah: 185)

Begitu juga dalam firman Allah s.w.t. yang lain:

28
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Maksudnya: dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah
dalam perkara agama (Al-Hajj: 78)

Kaedah ini juga berasaskan kepada beberapa hadis Nabi s.a.w. Antaranya, Nabi s.a.w. bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah s.w.t. menggugurkan daripada ummatku (hukum) tersalah,


terlupa dan sesuatu yang dipaksa mereka melakukannya.

Tambahan pula, Nabi s.a.w. bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mensyariatkan agama Islam, maka jadikannya
mudah dan tidak menyusahkan dan Dia tidak menjadikannya sempit.

Berdasarkan contoh klasik, para sarjana hukum Islam mengharuskan meminum air arak bagi
orang yang tercekik kerongkong kerana ketiadaan air halal. Kaedah ini juga terpakai bagi mereka
yang kehabisan sumber makanan sewaktu dalam keadaan keterpaksaan atau darurat. Misalnya,
sewaktu berada dalam peperangan atau sesat di dalam hutan.

Pada waktu tersebut, bahan makanan yang dijumpai hanyalah bahan makanan yang haram
seperti daging khinzir, bangkai atau haiwan lain yang diharamkan. Dibolehkan mengambil
daging tersebut dalam kuantiti yang kecil dengan tujuan untuk penerusan hidup, bukan dengan
sengaja mengambilnya untuk berlebih-lebihan. Ini bersesuaian dengan kaedah furu daripada
kaedah asas ini iaitu, yang membawa maksud sesuatu perkara itu apabila tersepit
ia menjadi luas.

29
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Begitu juga penggunaan bahan yang diharamkan dalam barang gunaan semasa. Misalnya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-6 pada 10 Oktober 1983 telah
mengharuskan penggunaan suntikan insulin (higly purified insulin) daripada najis khinzir bagi
perubatan penyakit kencing manis. Namun begitu, fatwa tersebut tidak lagi diaplikasikan
apabila terdapat alternatif lain yang menggunakan bahan sintetik insulin yang bukan lagi
bersumberkan khinzir.

Kaedah Keempat

Kaedah ini bermaksud: Kemudaratan mesti dihapuskan. Ia berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

Maksudnya: Tidak boleh (iaitu diharamkan segala benda atau usaha yang memberi
kemudaratan (kepada diri sendiri mahupun orang lain) dan tidak boleh (juga diharamkan)
membalas kemudaratan (terhadap orang yang menyakiti kita).

Hadis ini dapat difahami bahawa dharar bermaksud melakukan kerosakan atau kemudaratan
kepada orang lain, walhal dirar adalah perbuatan membalas atau melakukan perkara yang sama
iaitu kemudaratan terhadapnya. Berdasarkan kaedah ini, syarak berpandangan keadaan
kemudaratan mengharuskan perkara tersebut untuk dilakukan.

Ia dapat diaplikasikan dalam perkara yang berkaitan dengan darurah. Sarjana hukum Islam
berpendapat bahawa darurah adalah sesuatu yang tidak mungkin tercapai dalam maqasid
syariah yang asasi bagi seseorang Muslim itu melainkan dengannya. Hal ini bersesuaian dengan
kaedah yang bermaksud darurat mengharuskan perkara yang dilarang.

Dalam ilmu usul fiqh, keharusan membolehkan perkara darurat ini disebut sebagai ar-rukhsah.
Namun begitu, ia akan berubah menjadi haram kembali apabila hilang penyebab dharurah
tersebut.

Sebagai contoh, kaedah ini diaplikasikan terhadap keharusan memakan bangkai dan binatang
yang diharamkan ketika dalam keadaan terdesak dll.

Kaedah Kelima

30
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Kaedah ini bermaksud: adat atau urf diguna pakai dalam memutuskan hukum (dalam kes tiada
hukum asal). Adat bererti berulangnya sesuatu berkali-kali dan berubah menjadi kebiasaan
sehingga meresap ke dalam jiwa manusia serta menerimanya sebagai amalan harian.

Manakala urf difahami sebagai sesuatu yang telah dikenali manusia atau masyarakat sehingga ia
menjadi kebiasaan mereka mematuhinya sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan dan
juga perkara-perkara yang tidak mereka lakukan.

Daripada takrifan tersebut, adat yang am atau khusus akan menjadi sumber penentuan dalam
penetapan hukum dalam Islam. Namun begitu, kaedah fiqh ini bersifat sementara apabila tiada
dalil daripada sumber asas dan sekunder sebagai sumber hukum. Apabila terdapat nas yang
pasti, penggunaan kaedah ini tertolak.

Dalil yang mendasari kaedah ini ialah firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Terimalah apa yang mudah dilakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik

(Al-Araf: 199)

Nabi s.a.w. juga bersabda:

Maksudnya: Apa-apa yang didapati dan yang dilihat oleh orang-orang Islam sebagai suatu yang
baik maka ia juga adalah baik di sisi Allah s.w.t

31
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

3.0 Fiqh Halal dan Haram Menurut Maqasid Syariah

Ilmu Maqasid Syariah bukanlah ilmu baru dalam Islam secara khususnya dan dunia umumnya.
Bahkan ilmu ini merupakan satu juzu daripada ilmu falsafah yang menjawab persoalan
mengapa. Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa segala yang disyariatkan oleh Allah
s.w.t. adalah sesuatu yang baik dan bermanfaat bagi kita sama ada kita tahu atau jahil
mengenainya. Begitu juga perkara yang ditegah daripada melakukannya, ianya mempunyai
mudarat terhadap kita. Ini adalah prinsip umum yang perlu kita percaya.

Takrif Dari Sudut Istilah

Maqasid Syariah bermaksud ilmu yang menjelaskan hikmah-hikmah di sebalik hukum hakam
seperti memperkasa perpaduan masyarakat adalah satu daripada hikmah di sebalik membayar
zakat.

Maqasid juga adalah tujuan-tujuan baik yang mahu dicapai oleh syariat menerusi pengharaman
sebahagian daripada perkara ataupun dengan mengharuskannya.

Kategori-Kategori Maqasid

Maqasid terbahagi kepada tiga kategori utama, iaitu;

32
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Ad-Dharuriyyat
Al-Hajiyyat
At-Tahsiniyyat

Ad-Dharuriyyat

Matlamat Ad-Dharuriyyat secara umumnya bermaksud: perkara-perkara yang semestinya


dititikberatkan demi memenuhi tuntutan juga kepentingan agama dan dunia. Di mana jika
perkara utama tersebut tidak diraikan atau tiada, ia menyebabkan kehidupan manusia
menempuh kesengsaraan, kebinasaan serta kemelaratan.

Dalam erti kata lain, semua syariat Islam semuanya menekankan dan meraikan perkara-perkara
tersebut. Keperluan manusia yang perlu dititikberatkan dapat dikategorikan kepada lima
perkara, iaitu:

Menjaga agama (hifz ad-din)


Menjaga Nyawa (hifz an-nafs)
Menjaga Harta (hifz al-mal)
Menjaga Akal (hifz al-aql)
Menjaga Keturunan (hifz an-nasl)

Sebahagian ulama pula menambah menjaga maruah (hifz al-irdh) dalam senarai lima keperluan
itu. Keperluan-keperluan ini dianggap sangat penting dalam kehidupan manusia.

Menjaga Agama

Menjaga agama merupakan perkara paling utama bagi setiap individu. Justeru, demi menjaga
agama Syariat Islam telah menetapkan beberapa perkara, antaranya hukuman bunuh terhadap
orang murtad serta kewajipan berjihad memerangi kafir harbi.

Hal itu juga sekaligus untuk mempertahankan agama, maruah diri, menyebarkan dakwah Islam
yang maha suci juga untuk menjaga hak kebebasan beribadat dan beragama. Ia selaras dengan
firman Allah yang mengizinkan memerangi orang kafir yang menceroboh:

Diizinkan berperang bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh, kerana
sesungguhnya mereka telah dianiaya (Al-Hajj: 39)

Menjaga Jiwa

Nyawa manusia milik mutlak Allah s.w.t. yang wajib dihargai serta dilindungi. Sebarang tindakan
membunuh diri, sama ada diri sendiri atau orang lain berdosa besar dan haram sama sekali.

33
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Untuk membuktikan betapa prihatin Syariah Islam meraikan perkara tersebut ialah penetapan
hukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja serta tindakan mencederakan atau memotong
anggota orang lain. Ianya berdasarkan firman Allah s.w.t.:

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu bahawa jiwa dibalas dengan
jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas dengan seimbang

(Al-Maidah: 45)

Menjaga Akal

Akal merupakan anugerah istimewa yang wajib dipelihara dan disyukuri. Menerusi akal waras
telah mengangkat kedudukan dan keistimewaan manusia berbanding makhluk-makhluk lain.

Demi menjaga akal daripada disalahgunakan atau dirosakkan, syariat Islam mengharamkan
perbuatan meminum arak serta segala jenis minuman yang memabukkan. Hal itu dijelaskan
menerusi firman Allah s.w.t.:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan
mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor (keji) dari perbuatan
syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya (Al-Maidah:90)

Justeru, menurut pendapat Imam As-Syafie peminum arak yang sabit kesalahannya dikenakan
hukuman sebat sebanyak 40 kali. Hal itu berdasarkan hadis riwayat Ali Bin Abi Talib:

Nabi s.a.w. menyebat terhadap kesalahan meminum arak 40 sebatan dan Abu Bakar juga
menyebat 40 sebatan (Al-Nasai)

Menjaga Keturunan

Pemeliharaan terhadap zuriat keturunan merupakan suatu yang wajib dalam syariat Islam.
Justeru Islam mengharamkan zina dan segala perbuatan seumpama dengannya seperti
homoseks, lesbian dan rogol.

Islam menetapkan hukuman hudud kepada kesalahan yang berkaitan dengannya seperti
hukuman 80 sebatan terhadap mereka yang melakukan qazaf, rejam sampai mati terhadap
penzina muhsan serta 100 sebatan terhadap penzina bukan muhsan atau teruna dan dara.

Sebagaimana yang ditetapkan menerusi firman Allah terhadap penzina bukan muhsan:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari
keduanya serratus kali sebatan (An-Nur: 2)

34
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Manakala penzina muhsan dikenakan hukuman rejam sampai mati berdasarkan hadis riwayat
Zaid Bin Thabit, baginda s.a.w. bersabda:

Orang tua lelaki dan perempuan yang berzina, rejamlah kedua-duanya (Riwayat Ibn Majah dan
Ahmad)

Menjaga Harta

Harta merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia dan ia menjadi wasilah
menuju akhirat. Justeru, mencari rezeki yang halal wajib hukumnya samada nafkah untuk diri
sendiri atau ahli keluarga.

Sebaliknya pula, Islam mengharamkan segala kegiatan menceroboh hak orang lain seperti
mencuri dan merompak. Islam menetapkan hukum mana-mana pencuri yang sabit
kesalahannya dikenakan hukuman potong tangan. Hal itu dijelaskan menerusi firman Allah
s.w.t.:

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka hukumnya
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,
juga sebagai suatu hukuman pencegah dari Allah (Al-Maidah:38)

Selanjutnya penyamun dan perompak dikenakan hukuman yang lebih berat. Hal itu kerana
jenayah yang dilakukan lebih besar dan lebih merbahaya dengan cara terang-terangan,
kekerasan, mengugut, bersenjata dan kadang-kalanya mangsa dicederakan atau dibunuh.

Secara asasnya, hukuman hudud yang dikenakan terhadap perompak dijelaskan menerusi
firman Allah s.w.t.:

Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan
bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja
dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau
dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang
negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu
adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa
yang amat besar. (Al-Maidah: 33)

Hajiyyat

Hajiyyat ialah demi memenuhi keperluan kelapangan sekali gus melepaskan belenggu
kesempitan. Kepentingan al-hajiyyat lebih rendah daripada ad-dharuriyyat dalam kehidupan
manusia.Contohnya, perkahwinan, perniagaan dan pengangkutan. Islam menggalakkan dan
mengatur semua kehendak ini. Walaubagaimanapun, ketiadaan apa-apa daripada kehendak ini

35
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

bukanlah persoalan hidup dan mati, khasnya pada peringkat individu. Kehidupan manusia
secara amnya tidak terancam, jikalau seseorang itu tidak berkahwin atau melakukan perjalanan.

Walaubagaimanapun, apabila ketiadaan kehendak-kehendak ini terus tersebar dalam


masyarakat, ia berpindah dari peringkat al-hajiyyat kepada ad-dharuriyyat. Kaedah fiqh ada
menyebutkan: Sesuatu kehendak (al-hajat) apabila tersebar, bertukar menjadi satu keperluan
asas (ad-dharurat). Apabila sesuatu hajat merangkumi bilangan besar dalam masyarakat, maka
kita wajib menunaikannya seperti hajat itu adalah perkara ad-dharuriyyat.

Secara lebih khususnya, aspek utama yang berkaitan dengan perkara tersebut ada 4, iaitu:

Ibadat

Aspek hajiyyat juga perlu ditekankan khususnya demi memenuhi keperluan ibadat. Sebagai
contohnya disyariatkan rukhsah dalam ibadat puasa dan sembahyang. Di mana orang sakit dan
bermusafir boleh berbuka puasa. Hal itu dijelaskan melalui firman Allah s.w.t.:

Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain (Al-Baqarah:
184)

Seterusnya, pensyariatan rukhsah sembahyang qasar telah dipraktikkan oleh Nabi s.a.w. sendiri
sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis daripada Anas r.a.:

Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. dari Madinah ke Mekah, baginda s.a.w. mengerjakan
sembahyang dua rakaat dua rakaat sehinggalah pulang ke Madinah (Muslim)

Sehubungan dengan itu, ketika musafir diharuskan qasar sembahyang 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
Selari dengan perkara tersebut Imam As-Syafie ada berfatwa: Apabila kesempitan pada sesuatu
perkara, hendaklah diperluaskan.

Adat

Ia merupakan segala perkara yang diharuskan oleh syarak serta selaras dengan adat dan
keperluan kebiasaan sebagai contohnya pengharusan berburu serta makan binatang buruan,
makan segala makanan, minuman, pakaian dan segala kenderaan yang baik dan halal juga apa-
apa yang seumpama dengannya. Antara dalilnya ialah firman Allah s.w.t.:

Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai
bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam
pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang

36
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan. (Al-
Maidah: 96)

Dan firman Allah s.w.t.:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi
mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat
serta baik (Al-Maidah: 4)

Muamalat

Perkara berkaitan muamalat juga penting, khasnya demi memenuhi keperluan hajiyyat. Justeru,
syariat Islam mengharuskan sesetengah akad tertentu yang tidak dinyatakan secara jelas di
dalam nas. Hal tersebut demi merealisasikan kemaslahatan serta memenuhi keperluan orang
ramai. Sebagai contohnya ialah jual salam dan upah mengupah.

Hukuman

Syariat Islam juga menetapkan dasar beberapa hukuman berdasarkan kes. Di mana hukuman
tersebut ada berkaitan jenayah dan denda. Contoh hukuman yang berkaitan dengan denda
ialah ketetapan membayar diat terhadap pembunuh serta ahli keluarga pembunuh dalam kes
pembunuhan tidak sengaja.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah:

Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain,
kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak
sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang
beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga
si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya) (An-Nisa: 92)

Tahsiniyyat

Hukum untuk menjaga keperluan tahsiniyyat adalah kembali kepada prinsip untuk memperbaiki
keadaan mereka supaya menjadi sesuai dengan maruah, adat dan akhlak mulia. At-Tahsiniyyat
pula adalah sesuatu yang mencantikkan kehidupan atau tujuan seperti wangi-wangian, pakaian
yang kemas dan rumah yang cantik. Islam menggalakkan semua perkara ini dan menganggap ia
sebagai tanda dan bukti kasih sayang serta kemurahan Allah s.w.t. terhadap para makhlukNya.
Namun, Islam turut memberi penekanan, manusia sepatutnya menjadikan ini sebagai
keutamaan yang lebih rendah dalam kehidupan mereka.

37
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Keperluan Tahsiniyyat dapat dibahagikan kepada 4, iaitu:

Ibadat

Banyak aspek yang ditumpukan dalam syariat Islam berkaitan dengan ibadat. Hal itu adalah
selaras dengan konsep asal penciptaan manusia ialah supaya mereka mengabdikan diri kepada
Allah sebagai pencipta mutlak dalam apa jua keadaan.

Sebagai contohnya ialah ketetapan supaya bersuci daripada segala bentuk najis, menutup aurat
serta mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan amalan sunat.

Contohnya kewajipan menutup aurat dijelaskan menerusi firman Allah s.w.t.:

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka; (An-Nuur: 31)

Adat

Salah satu daripada tujuan utama perutusan Baginda Rasulullah s.a.w. kepada sekalian umat
manusia ialah untuk membentuk akhlak serta adat kebiasaan mereka kea rah sifat mulia.

Baginda s.a.w. menunjukkan model menerusi akhlak mulia sebagai ikutan umatnya seperti
ketika makan dan minum, bergaul dan juga berkomunikasi dengan orang ramai. Semua itu
bertujuan membawa kebaikan dan juga kesempurnaan hidup manusia sejagat.

Sebagai contohnya ialah syariat Islam menetapkan kewajipan terhadap umatnya supaya
meminta izin terlebih dahulu sebelum memasuki mana-mana rumah atau tempat tinggal orang
lain. Untuk itu, jika diizinkan bolehlah ia memasukinya. Sebaliknya pula, seandainya ia tidak
dibenarkan hendaklah berundur diri dengan hati terbuka.

Perkara ini telah dijelaskan di dalam Al-quran melalui firman Allah s.w.t.:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang
bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada
penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi
cara dan peraturan yang sopan itu). (An-Nuur: 27)

Muamalat

38
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Muamalat secara umumnya membawa maksud peraturan yang ditetapkan untuk mengatur
hubungan sesama manusia, khasnya untuk memenuhi keperluan masing-masing.

Antara perkara dan urusan muamalat ialah jual beli, gadaian dan juga sewaan.

Sehubungan dengan itu, syarak telah menetapkan supaya mereka bertanggungjawab dan
amanah. Sebarang bentuk penipuan diharamkan sama sekali. Firman Allah s.w.t.: Wahai orang-
orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan
jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu (An-Nisa: 29)

Hukuman

Seterusnya pula, aspek tahsiniyyat dititikberatkan juga oleh syariat Islam dalam perkara yang
menyentuh hukuman jenayah untuk memperbaiki keadaan manusia agar selari dengan maruah
dan kemuliaan.

Untuk itu, apabila tercetusnya peperangan, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya
melakukan pembunuhan dengan sewenang-wenangnya terhadap musuh seperti kanak-kanak,
wanita, orang tua serta ahli ibadat. Ianya berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

Terdapat seorang wanita yang terbunuh dalam salah satu siri peperangan bersama Rasulullah
s.a.w. lalu Rasulullah menegah membunuh wanita dan kanak-kanak (Al-Bukhari dan Muslim)

Peringkat-peringkat dalam maqasid saling bertindih dan berkait antara satu sama lain.
Demikianlah menurut Al-Imam As-Shatibi. Selain itu, setiap peringkat seharusnya berkhidmat
kepada peringkat-peringkat di bawah. Contohnya, perkahwinan dan perniagaan (hajiyyat) yang
berkait dengan kepentingan (ad-dharuriyyat) menjaga keturunan dan harta. Untuk itu, apabila
berlaku kelompongan besar satu daripada kedua-dua perkara itu, ia menjadikannya naik ke
peringkat yang lebih tinggi iaitu ad-dharuriyyat.

Contohnya, keruntuhan perniagaan pada tahap global semasa berlakunya krisis ekonomi dunia,
menjadikan perniagaan yang pada asalnya berada di peringkat al-hajiyyat kepada ad-
dharuriyyat. Ini adalah sebab sesetengah ulama lebih memandang ad-dharuriyyat sebagai
kitaran yang bertindih berbanding hanya sebagai hierarki yang ketat. Lihat carta di bawah:

39
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Tahsiniyyat Hajiyyat Dharuriyyat

4.0 Makanan dalam Islam

Pendahuluan

Memelihara jiwa manusia adalah antara perkara yang dijamin oleh Syariat Islam. Manusia
dilarang memusnahkan kehidupan diri sendiri dan juga orang lain. Pemeliharaan jiwa berlaku
melalui beberapa keperluan antaranya adalah pemakanan. Manusia memerlukan makanan dan
minuman untuk meneruskan kehidupan. Justeru kita melihat manusia menumpukan sebahagian
besar usaha seharian mereka untuk memenuhi keperluan tersebut dan Islam mengiktiraf usaha
tersebut serta meletakkan beberapa garis panduan yang diterjemahkan melalui konsep halal,
haram dan syubhah. Umat Islam diminta menjauhkan diri daripada perkara-perkara haram dan
syubhat. Selain fizikal, makanan turut mempengaruhi perkembangan spritual dan tingkah laku
manusia.

40
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Takrif makanan menurut bahasa dan istilah

Makanan dalam Bahasa Arab disebut sebagai at'imah iaitu kata jamak kepada to'am yang
bermaksud segala yang dimakan bagi mendapatkan kekuatan badan. Manakala perkataan
makan, ta'am pula bermaksud merasai sesuatu sama ada manis, pahit, masam, manis dan
sebagainya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makanan bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan
seperti roti, nasi dan lain-lain. Menurut Mohamed Bin Jusoh, makanan boleh diertikan sebagai
memamah atau mengunyah sesuatu benda yang bukan berbentuk cecair. Ini bermaksud,
makanan pada kebiasaannya merujuk kepada perbuatan memakan benda yang berketul, berbiji,
berbuku dan dapat dikunyah seperti nasi, roti, buah-buahan dan sebagainya. Manakala minum
pula ialah perbuatan meneguk atau menghirup sesuatu yang cair seperti susu, air ataupun
madu yang tidak perlu dikunyah atau dimamah.

Phuah Kooi Ean mendefinisikan makanan sebagai bahan yang boleh dimakan dan digunakan
oleh badan bagi melaksanakan fungsinya. Manakala Dorland's Illustrated Medical Dictionary
mentakrifkan makanan sebagai apa sahaja yang diambil oleh badan bagi membina tisu ataupun
membekalkan badan dengan kehangatan, pencernaan dan zat makanan.

Menurut Bender's Dictionary of Nutrition and Food Technology, makanan adalah suatu bahan
yang dimakan oleh mulut bagi memantapkan kehidupan dan pertumbuhan, membekalkan
tenaga serta memperbaiki tisu. Sementara bagi Nancy J. Peckepaugh dan Charlotte M. Poleman
pula, mereka berpendapat, makanan adalah apa-apa bahan, samada pepejal ataupun cecair
yang apabila diambil, dicerna, dan diserap dapat digunakan bagi membina dan mengekalkan
tisu badan, mengawal atur proses badan serta membekalkan tenaga. Manakala dalam istilah
sains, tiada perbezaan antara makanan dan menimun kerana kedua-duanya tergolong dalam
proses pemakanan.

Daripada pengertian-pengertian yang telah dinyatakan di atas, maka pengertian yang lebih
tepat dan dipilih bagi perbincangan kita di dalam buku ini ialah pengertian daripada Nanjy J.
Peckepaugh dan Charlotte M. Poleman kerana ianya takrif yang komprehensif dan merangkumi
semua definisi yang lain.

Penentuan hukum mengenai makanan dalam Islam

Terdapat dua jenis makanan yang dimakan oleh manusia iaitu tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Adapun tumbuh-tumbuhan semuanya halal kecuali yang najis, memudaratkan dan


memabukkan. Najis atau sesuatu yang bercampur dengan najis maka tidak boleh dimakan
kerana Allah s.w.t. telah berfirman:

41
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Maksudnya: dan mengharamkan kepada mereka segala yang buruk (Al-


Araf: 157)

Dan najis ialah perkara-perkara yang buruk. Manakala sesuatu yang bercampur dengan najis,
ianya terbahagi kepada dua keadaan: jika pepejal, maka dibuangkan tempat yang terkena najis
dan sekelilingnya dan dimakan yang selebihnya. Jika cecair, maka dibuang kesemuanya. Ianya
bersandarkan kepada hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Maimun
r.a.h berkenaan seekor tikus yang mati di dalam mentega, lalu dijawab oleh Nabi s.a.w.:

Dan adapun sesuatu yang memabukkan maka hukum memakannya adalah haram kerana firman
Allah taala:

Sebab pengharamannya adalah ianya dihukumkan kotor.

Dan adapun sesuatu yang memudaratkan maka tidak halal memakannya seperti air mani, tanah
dan batu kerana firman Allah taala:

Dan larangan Allah dalam ayat yang lain:

Namun menurut mazhab Maliki dalam bab memakan tanah, ada dua pendapat, satu pendapat
mengatakan makruh dan satu pendapat yang lain mengatakan haram dan itulah pendapat yang
paling rajah.

Manakala, sifat-sifat makanan selain daripada yang telah disebutkan adalah halal dan boleh
dimakan. Antaranya, segala jenis buah-buahan dan bijirin yang memberikan manfaat kepada
tubuh manusia.

Seterusnya, jenis makanan yang kedua ialah haiwan. Ianya terdapat dua jenis: haiwan darat dan
haiwan laut.

Adapun haiwan laut, maka halal semua jenis ikan dengan sepakat para fuqaha. Melainkan
mazhab Hanafi yang mengharamkan ikan yang mati dalam keadaan terapung. Ianya

42
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

bersandarkan kepada hadis daif daripada Jabir yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn
Majah yang bermaksud: Haiwan yang tiba di daratan disebabkan air pasang surut, maka
makanlah ia, tetapi yang mati di dalam laut dan terapung, jangan kamu memakannya . Dan
Imam Malik telah menghukumkan makruh makan anjing laut dan babi laut.

Dan tidak halal juga memakan katak di sisi jumhur ulama kecuali Malikiyyah kerana Nabi s.a.w.
menegah daripada membunuh katak. Jika halal memakannya maka sudah tentu Nabi tidak
melarang membunuh katak. Manakala, fuqaha Malikiyyah membenarkan makan katak kerana
tidak dinyatakan dalil yang jelas tentang pengharamannya.

Manakalah haiwan darat, diharamkan memakan bangkai, darah, daging khinzir, binatang yang
disembelih disebut dengan nama selain Allah s.w.t., Al-Munkhaniqah, An-Nathihah, Al-
Mauquzah, Al-Mutaraddiyah melainkan yang sempat disembelih dan ianya masih hidup maka
haiwan ini halal untuk dimakan.

Diharamkan makan haiwan buas seperti singa, harimau dan serigala menurut jumhur ulama.
Manakala, makruh di sisi Malikiyyah. Begitu juga haram memakan burung yang mencederakan
seperti burung helang dan burung rajawali. Manakala Malikiyyah mengatakannya harus
dimakan kecuali kelawar, hukumnya makruh.

Dan haram makan anjing, baghal dan keldai kerana Nabi melarang sahabat makan keldai dan
baghal pada peperangan Khaibar.

Dan diharamkan haiwan yang tidak mempunyai darah seperti belalang, lalat, semut, lebah,
cacing, kumbang, lipas, kala-jengking, serangga yang mempunyai racun, dan yang seumpama
dengannya, tidak halal dimakan kecuali belalang sahaja. Ini kerana binatang-binatang tersebut
terdiri daripada binatang yang kotor , dan jiwa yang suci sudah tentu akan menjauhinya.

Dan diharamkan juga binatang yang lahir daripada haiwan yang dimakan dengan haiwan yang
tidak boleh dimakan seperti baghal yang lahir daripada keldai dan kuda, keldai yang lahir
daripada kuda belang dan keldai kerana kaedah fiqh ada menyatakan: Taqdimu al-hazir ala al-
mubih ( didahulukan perkara haram ke atas perkara harus ).

Dan halal makan kuda dengan jenis-jenisnya di sisi Mazhab Syafie dan Hambali kerana izin Nabi
s.a.w. pada peperangan Khaibar. Manakala, Imam Abu Hanifah memakruhkannya sebagai
makruh tanzih dan masyhur dalam mazhab Maliki adalah haram kerana ianya adalah binatang
tunggangan.

Dan ulama syafie dan hanbali mengharuskan makan dhob (biawak pasir) dan dubuk. Dan di sisi
ulama Syafie, halal makan musang dan haram di sisi ulama Hanbali. Dan haram di sisi Imam
Hanafi semuanya. Dan makruh di sisi Imam Malik.

43
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Dan harus makan al-anam (haiwan berkaki empat) seperti unta, lembu dan kambing kerana
keharusannya dinyatakan di dalam Al-Quran. Begitu juga harus segala jenis burung selain
daripada yang mencederakan seperti burung merpati dan lain-lain.

Dan harus makan arnab dan belalang kerana telah dijelaskan di dalam hadis Nabi s.a.w. Dan
haram makan ulat kecuali ulat buah, ulat makanan kerana sukar untuk membezakannya ketika
makan.

Terdapat tiga prinsip untuk menentukan halal atau haramnya makanan mengikut ayat 145
dalam surah al-anam, ayat 157 dalam surah Araf dan ayat 4 dalam surah al-Maidah seperti
berikut:

Prinsip pertama:

Semua binatang yang dianggap elok oleh orang Arab semasa hidup senang dan pada zaman
Rasulullah s.a.w. adalah halal. Berdasarkan prinsip tersebut antara binatang yang halal ialah:

1. Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang demikian
kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang Arab.
2. Binatang ternakan iaitu unta, lembu, biri-biri, kambing, seladang, kijang, arnab dan lain-
lain yang dianggap elok oleh orang Arab yang kemudiannya diakui halal oleh syarak.

Prinsip Kedua:

Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah
haram. Binatang tersebut seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing, gajah, singa, harimau
bintang dan seumpamanya. Manakala burung yang haram dimakan ialah yang mempunyai kuku
yang kuat yang boleh melukakan seperti burung helang dan burung rajawali.

Prinsip Ketiga:

Semua jenis binatang yang sunat dibunuh adalah haram dimakan. Binatang tersebut seperti
ular, kala jengking, gagak, tikus dan semua binatang yang memudharatkan.

Ulama banyak membincangkan isu pemakanan berdasarkan surah al-Maidah ayat 3 yang
menyebut tentang binatang-binatang yang diharamkan secara terperinci dengan menetapkan
10 jenis binatang yang haram. Ayat ini menjadi panduan dalam menentukan kehalalan sesuatu
makan dan produk di samping ayat-ayat lain yang hanya menjelaskannya secara umum yang
menetapkan 4 jenis binatang yang haram.

44
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih),
dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang
yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan
yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan
binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang
disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi
batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang
kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat
perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan
bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah
redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan
(memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa
(maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.

Makanan Pertama: Bangkai

Bangkai iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang
memang sengaja disembelih atau dengan berburu.

Makanan Kedua: Darah yang mengalir

45
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang
kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu
hanyalah darah yang mengalir.

Makanan Ketiga: Daging Babi

Daging babi telah diharamkan kerana makanan babi itu yang kotor-kotor dan najis. Maka
tepatlah apa yang ditegaskan Allah s.w.t. dalam firmannya yang bermaksud:

Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor (Al-Araf: 156)

Makanan Keempat: Binatang yang disembelih bukan kerana Allah

Binatang yang disembelih bukan kerana Allah, iaitu binatang yang disembelih dengan menyebut
nama selain Allah, misalnya nama berhala. Kaum penyembah berhala (watsaniyyin) dahulu
apabila hendak menyembelih binatang, mereka menyebut nama-nama berhala mereka seperti
Laata dan Uzza. Ini bererti suatu taqarrub kepada selain Allah dan menyembah kepada selain
asma Allah yang Maha Besar.

Jadi sebab (illah) diharamkannya binatang yang disembelih bukan kerana Allah di sini ialah
semata-mata illah agama dengan tujuan untuk melindungi aqidah tauhid dan kemurnian
aqidah.

Makanan Kelima: Al-Munkhaniqah

Al-Munkhaniqah iaitu binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit leher
binatang tersebut ataupun meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit dan
sebagainya sehingga binatang itu mati.

Makanan Keenam: Al-Mauqudzah

Al-Mauqudzah iaitu binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya.

Makanan Ketujuh: Al-Mutaraddiyah

Al-Mutaraddiyah iaitu binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati. Contohnya
binatang yang jatuh dalam perigi.

Makanan Kelapan: An-Nathihah

An-Nathihah iaitu binatang yang ditanduk oleh binatang lain sehingga mati.

46
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Makanan Kesembilan: Maa akalas sabu

Maa akalas sabu iaitu binatang yang diterkam oleh binatang buas dengan dimakan sebahagian
dagingnya sehingga mati.

Sesudah menyebutkan lima jenis binatang dan makanan dari bilangan 5 sampai bilangan 9 ini,
kemudian Allah menyatakan : Kecuali binatang yang kamu sembelih . Yakni apabila binatang-
binatang tersebut kamu dapati masih hidup, maka sembelihlah. Oleh itu, binatang-binatang
tersebut menjadi halal sekiranya ia disembelih.

Makanan kesepuluh: Binatang yang disembelih untuk berhala

Binatang yang disembelih untuk berhala (maa dzubiha alan nusub). Nushub sama dengan
Manshub ertinya: yang ditegakkan. Maksudnya iaitu berhala atau batu yang ditegakkan sebagai
tanda suatu penyembahan selain Allah. Orang-orang jahiliah biasanya menyembelih binatang
untuk dihadiahkan kepada berhala-berhala tersebut dengan maksud bertaqarrub kepada
Tuhannya. Binatang-binatang yang disembelih untuk maksud di atas termasuk salah satu
daripada jenis penyembelihan yang dilakukan bukan kerana Allah.

Ulama berselisih pendapat bagi haiwan yang tergolong dalam golongan binatang-binatang no 5
hingga no 9 yang hukumnya seperti bangkai.

Pendapat yang masyhur daripada mazhab Shafie dan Mazhab Hanafi, sekiranya binatang itu ada
menunjukkan tanda-tanda masih lagi hidup seperti pergerakan kaki dan seumpamanya
kemudian disembelih, maka sembelihan itu adalah halal.

Sebahagian daripada pengikut mazhab Hanafi dan Shafie, mereka mensyaratkan bahawa
binatang itu hendaklah dalam keadaan hayat mustaqirrah. Diriwayatkan daripada Malik
sekiranya binatang tersebut lebih hampir kepada mati, maka tidak diharuskan penyembelihan
tersebut dan sembelihan itu tidak halal dimakan.

Kesimpulannya, ulama semua bersetuju bahawa semua binatang yang disebutkan di atas adalah
haram dimakan, walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang 5 jenis binatang iaitu
Al-Munkhaniqah, Al-Mauqudzah, Al-Mutaraddiyah, An-Nathihah dan Maa akalas sabu.
Sebahagian berpendapat selagi mana binatang tersebut menunjukkan tanda-tanda hidup maka
diharuskan menyembelihnya dan halal dimakan, manakala pendapat lain pula mengatakan
walaupun binatang itu ada menunjukkan tanda-tanda hidup tetapi lebih hampir kepada mati
maka tidak diharuskan menyembelihnya dan tidak halal di makan.

Kaedah Sembelihan Menurut Syara

47
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Sembelihan dalam bahasa arab disebut dengan al-zakah atau al-tazkiah. Ini berdasarkan ayat al-
Quran Surah Al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud:

. melainkan yang kamu sempat sembelih

Al-Zakah dari segi bahasa bermaksud kesempurnaan (Ibn Arabi, 2007). Istilah al-zakah
(sempurna) digunakan kepada sembelihan halal kerana sembelihan itu menyempurnakan syarat
bagi membolehkan haiwan itu dimakan (Muhammad Taqiyyu al-Uthmani, 1997).

Al-Husaini (1993) dalam Kifayatul Akhyar dan Al-Qurtubi (1996) dalam Jami Al-Ahkam al-Quran
pula memberikan makna al-zakah sebagai membaikkan (memperelokkan), kerana haiwan
apabila dikeluarkan darahnya daripada badan maka ia akan menjadi baik (bersih dan selamat
untuk dimakan).

Dari segi istilah syara, Ibn Arabi (2007) mentakrifkan al-zakah sebagai mengalirkan darah
dengan memutuskan urat leher pada binatang sembelihan, al-nahr pada binatang yang diharus
dibuat nahr dan al-aqr pada binatang yang tidak mampu dikuasai, disertai dengan niat (untuk
menyembelihnya) dan menyebut nama Allah.

Dengan kata lain, al-zakah bermaksud mengeluarkan roh haiwan dengan cara yang disyariatkan,
yang menjadikan dagingnya halal bagi orang Islam (Muhammad Taqiyul Uthmani, 1997), di
mana al-zakah boleh juga dikatakan bermaksud sebab yang membawa kepada keharusan
memakan binatang darat yang dihalalkan (Ibrahim Fadhil al-Rubuw, 1997).

Hukum Penyembelihan

Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal dimakan.
Manakala, haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai
dan najis. Ianya berdasarkan surah Al-Maidah, ayat 3.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya Allah s.w.t. mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu,
jika kamu membunuh, maka perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih
maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah
penyembelihannya itu ( Riwayat Muslim )

Rukun Sembelihan

48
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Terdapat empat rukun sembelihan:

1. Penyembelih
2. Binatang yang disembelih
3. Alat untuk menyembelih
4. Penyembelihan

Rukun Pertama: Penyembelih

Penyembelih mestilah seorang yang beragama Islam yang sudah mencapai tamyiz ( umur yang
mampu membezakan perkara yang haq dan yang batil ). Penyembelih juga mesti terdiri
daripada kalangan lelaki dan wanita yang sudah baligh dan berfikiran waras (berakal). Orang
yang menyembelih juga mestilah berniat untuk menyembelih dan bukan sebaliknya. Ini
berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

Setiap amalan itu bergantung kepada niatnya ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Penyembelih juga boleh terdiri dalam kalangan Ahli Kitab baik lelaki mahupun wanita. Ahli Kitab
merujuk kepada orang Yahudi dan Nasrani seperti yang disebut di dalam al-Quran:

Al-Anam: 5

Penyembelih juga hendaklah menyebut nama Allah s.w.t. dan tidak menyebut nama selain
daripada itu. Ini menjadi syarat utama dan jika tidak dilakukan maka sembelihan tersebut
menjadi haram untuk dimakan. Allah s.w.t. berfirman:

Al-Anam: 121

Rukun Kedua: Binatang Yang Disembelih

Terdapat dua syarat pada haiwan yang halal disembelih:

1. Binatang darat yang halal dimakan


2. Sangkaan terhadap binatang bahawa adanya hayah mustaqirrah pada awal
penyembelihan dan bukannya berada pada harakah mazbuh

Hayah mustaqirrah itu adalah keadaan binatang yang masih bernyawa yang boleh melihat dan
bersuara serta boleh bergerak menurut kehendaknya. Di antara tanda-tandanya adalah
mempunyai pergerakan yang kuat, pancutan darah, suatu rengekan kerongkong dan yang
seumpama dengannya apabila disembelih.

49
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Adapun yang dimaksudkan dengan harakah mazbuh pula adalah keadaan binatang itu yang
tidak lagi terdapat pergerakan, penglihatan, suara teriakan dengan kehendaknya ataupun
keadaan binatang yang apabila dibiarkan dalam keadaan tersebut akan mati dengan serta
merta. Jika semeblihan dilakukan pada binatang yang berada pada keadaan harakah mazbuh
maka tidak sah sembelihan dan ianya tidak halal untuk dimakan.

Rukun Ketiga: Alatan Untuk Menyembelih

Alatan yang digunakan mestilah tajam seperti pisau, parang, tombak, busur panah atau
sebagainya. Alatan-alatan tajam itu tidaklah termasuk gigi, kuku, dan segala jenis tulang seperti
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu
menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada
kamu sedemikian itu, kerana gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Dan dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. mengingatkan tentang ihsan di dalam menyembelih atau
membunuh haiwan: Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh
itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu
menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta
selesakanlah haiwan sembelihannya itu
(Hadis riwayat Muslim)

Rukun Keempat: Penyembelihan

Pada umumnya sembelihan boleh dibahagikan pada dua jenis bergantung pada jenis dan
perilaku haiwan sama ada ia mampu dikuasai/jinak atau tidak mampu dikuasai/liar:

i. Sembelihan idhtirariyyah
ii. Sembelihan ikhtiyariyyah

Sembelihan Idhtirariyyah

Sembelihan Idhtirariyyah ialah sembelihan yang dilakukan ke atas binatang yang tidak mampu
dikuasai dan tidak mampu untuk disembelih di leher. Sembelihan idhtirariyyah boleh berlaku
dalam dua keadaan:

Pertama, binatang yang jinak pada asalnya tetapi bertukar menjadi liar dan ganas kerana sebab
tertentu (Wizaaratu al-Awqaf wa Syuun al-Islamiyyah, 1983). Ini berdasarkan dalil:

Satu peristiwa, kami bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu perjalanan, seekor unta dari jagaan
kami telah melarikan diri sedang tiada kuda untuk mengawalnya. Lalu beberapa orang lelaki

50
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

melemparkan panah dan unta tersebut rebah dan mati. Rasulullah s.a.w. bersabda, binatang
itu ada sifat liarnya seperti binatang liar yang lain. Lain kali jika berlaku lagi seperti ini maka
lakukanlah cara yang sama.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua, sembelihan idhtirariyyah juga boleh dilakukan ke atas binatang yang dalam keadaan
yang tidak membolehkan ia disembelih di leher seperti ketika binatang terjatuh dalam perigi,
gaung dan sebagainya.

Dalam kedua-dua keadaan yang disebutkan di atas, jumhur ulama yang terdiri daripada
Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali berpegang bahawa sembelihan boleh dilakukan dengan
melukakan mana-mana anggota binatang asalkan ia mengeluarkan darah dan mati disebabkan
oleh luka berkenaan. Sembelihan jenis ini dinamakan al-aqr.

Syaratnya adalah alat yang digunakan adalah tajam, boleh meluka dan mengalirkan darah keluar
dari darah binatang. Ulama mazhab Syafie mensyaratkan bahawa perbuatan tersebut hendaklah
secara langsung boleh menyebabkan kematiannya (al-zuhaily, 1999) dan kematian itu hendaklah
berlaku ketika itu juga (JAWI, 2003). Jika kepala haiwan tenggelam di dalam air maka tidak boleh
dimakan kerana mungkin haiwan itu mati kerana kelemasan (Ibrahim Fadhil al-Dubw, 1997).

Tetapi bagi fuqaha mazhab Maliki, mereka tidak menerima sembelihan dengan kaedah al-Aqr,
bagi mereka tidak harus memakan binatang jinak yang bertukar menjadi liar dan ganas
melainkan dengan disembelih dengan cara al-zabh (Wizaratul al-Awqaf wa Syuun al-Islamiyyah,
1983).

Sembelihan Ikhtiyariyyah

Sembelihan ikhtiyariyyah ialah sembelihan yang dilakukan ke atas binatang-binatang yang jinak
atau mampu

Syarat Sah Sembelihan

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih


2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk
disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang

51
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh
dalam perigi ketika disembelih.

Cara-Cara Penyembelihan

Terdapat tiga cara penyembelihan yang disebutkan oleh ulama fiqh tradisional iaitu:

1. Az-Zabh (memotong) menyembelih dengan cara memotong halqum bagi haiwan


seperti kambing dan lembu.
2. Al-Nahr (menusuk) Menyembelih dengan cara memotong di labbah bagi haiwan
berleher panjang seperti unta dan burung unta.
3. Al-Aqr (darurat) Menyembelih dengan cara melukai mana-mana bahagian haiwan
dengan kecederaan yang membawa kematian haiwan yang disembelih.

Sumber Bahan Makanan Dan Minuman

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan
semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan
ada yang diharamkan. Garis panduan tersebut adalah berdasarkan pembahagian di bawah:

1. Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Haiwan Darat dan Haiwan Air.

Semua Haiwan Darat halal dimakan kecuali haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum
syarak, babi, anjing, haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk
membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing
dan seumpamanya, burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar
(burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya. Selain daripada
itu haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking,
burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya, haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya
seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.

Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya,
haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan
seumpamanya dan semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh
bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu
keturunan dari babi atau anjing juga adalah haram dimakan.

Haiwan Air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah
halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan
manusia.

52
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

2. Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa,
beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh
bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.

3. Minuman

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan
kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.

4. Bahan Semulajadi

Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur
dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

5. Bahan Kimia

Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan
dan membahayakan kesihatan.

6. Bahan Tambahan

Bahan Tambahan atau dikenali sebagai aditif makanan adalah semua bahan kimia yang
dimasukkan ke dalam makanan bagi meningkatkan kualiti, keenakan, keunikan makanan dan
lain-lain.

Mengikut Peraturan 19(1), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, aditif ialah bahan yang selamat
dimakan, dimasukkan secara sengaja ke dalam atau pada makanan dalam kuantiti yang kecil
bagi mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensi, rupa, bau, rasa dan kealkalian
ataupun keasidan sesuatu makanan.

Bahan tambahan makanan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu:

Bil Jenis
1 Bahan aditif yang diperolehi secara asli
2 Bahan aditif serba sama bahan asli iaitu sama dengan yang asli, tetapi dihasilkan secara
tindak balas kimia atau sintetik
3 Bahan aditif tiruan. Iaitu bahan yang tidak wujud secara asli dan terbahagi kepada dua:
1. Menggunakan bahan mentah yang sememangnya asli dalam makanan seperti kanji
ubah suai.
2. Menggunakan bahan mentah yang tidak asli dalam makanan atau bahan kimia
yang tidak terdapat dalam makanan seperti pencelup tiruan yang dihasilkan
daripada hasil petroleum.

53
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya
adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang
diharamkan oleh hukum syarak.

Namun begitu, terdapat kesan negatif akibat daripada pengambilan bahan tambahan makanan
seperti alahan, asma dan hiperaktif. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan bagi mengharamkan
penggunaannya.

7. Bahan Pengawet

Mengikut Peraturan 20 (1), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah mentakrifkan bahan awet
ialah:

Apabila ditambah pada makanan, boleh menyekat merencat atau menahan proses penguraian,
fermentasi atau menyembunyikan apa-apa tanda pembusukan tetapi tidak termasuk herba,
rempah, cuka dan asap kayu atau apa yang dimaksudkan oleh Peraturan 20 (1), Peraturan-
Peraturan Makanan 1985, ialah bahan antimikrob yang membunuh secara perlahan. Bahan ini
berbeza dengan antiseptik seperti Dettol yang terus membunuh organisma apabila digunakan.

8. Bahan Pewarna

Dalam Peraturan-Peraturan 21 (1) ini, bahan pewarna didefinisikan sebagai apa-apa bahan yang
apabila ditambah pada makanan, boleh memberi warna pada makanan tersebut dan
termasuklah sediaan warna.

9. Bahan Perisa

Bahan perisa biasanya digunakan bagi memberi rasa dan identiti makanan tersebut. Selain itu,
bahan perisa dapat menambah, mengubahsuai rasa dan menutup rasa yang tidak diperlukan
sama ada dalam bahan mentah atau dalam pemprosesan. Ia juga bagi memastikan makanan
yang diproses adalah sama sepanjang masa dan boleh menggantikan perisa buah-buahan yang
mahal.

10. Kondisioner Makanan

Menurut perkara 25(1) dalam Peraturan-Peraturan ini, kondisioner makanan bermaksud apa-
apa bahan yang ditambah pada makanan bagi maksud teknologi bagi mendapatkan makanan
yang dihasratkan dan termasuklah pengemulsi, agen anti buih, penstabil, pemekat, kanji
diubahsuai, agen penggelan, pengawal asid, enzim, pelarut, dan agen anti pergerakan.

54
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Tetapi ini tidak termasuk bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa, penambah perisa dan
anti pengoksida.

Secara keseluruhan, apa yang dapat dirumuskan disini bahawa ulama telah menentukan garis
panduan makanan halal itu berdasarkan ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Quran.
Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut juga pihak Jakim telah memperincikan garis panduan
tersebut untuk mengelakkan kesangsian masyarakat terhadap kehalalan dan keharaman
sesuatu produk itu.

5.0 Produk dalam Islam

Produk Dari Sudut Istilah

Produk telah ditakrifkan sebagai: A product is the item offered for sale. A product can be a
service or an item. It can be physical or in virtual or cyber form.

Mengikut takrifan ini, produk itu berkait dengan barang yang dijual secara fizikal dan juga
perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurut Kotler (2009) produk ialah segala sesuatu yang dapat ditawarkan ke pasar untuk
mendapatkan perhatian, dibeli, dan digunakan yang dapat memuaskan keinginan atau
keperluan (manusia).

55
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Justeru, dalam bab ini akan dibincangkan berkenaan dengan produk yang berbentuk produk
fizikal yang boleh disentuh dan digunakan oleh pengguna. Manakala, produk berbentuk
perkhidmatan akan dijelaskan dalam bab seterusnya.

Penentuan hukum mengenai produk dalam Islam

1. Gunakan produk yang bersih dan suci

Islam adalah agama yang sangat mementingkan soal kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh
Islam tidak terhad kepada kebersihan lahiriah semata-mata, malah turut membabitkan
kebersihan batiniah. Kebersihan lahir dan batin perlu diutamakan dalam kehidupan setiap
muslim, kerana kedua-dua factor ini amat disukai oleh Allah s.w.t.

Ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud : Sesungguhnya
Allah mengasihi mereka yang banyak bertaubat dan mengasihi mereka yang mensucikan diri
(Surah Al-Baqarah : 222)

Rasulullah s.a.w. juga menekankan soal kebersihan seperti dalam sabda baginda yang
bermaksud: Hendaklah kamu bersikap bersih kerana agama Islam itu bersih.

Seterusnya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Kebersihan itu mengajak kepada
beriman dan iman itu pula bersama-sama tuannya dalam syurga.

Pernah seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
bagaimanakah untuk memastikan doa diterima oleh Allah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
makanlah yang baik, nescaya terkabul doamu.

Imam Al-Ghazali pernah menyebut tentang kesan makanan yang haram kepada zuriat iaitu
anak-anak: Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia
makanan daripada rezeki yang halal sejak lahir. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita
berguna, boleh menjadikan mental mereka pintar dan cergas. Sebaliknya, anak akan menjadi
derhaka terhadap kit ajika ia diberi makanan yang haram dan kotor.

2. Tidak mengandungi arak atau alkohol yang berlebihan

Arak (khamr) disebut dengan jelas pengharamannya dalam al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya
hadis riwayat At-Tirmizi yang menjelaskannya: Setiap yang memabukkan adalah arak (khamr)
dan setiap memabukkan adalah haram. Barangsiapa yang meminum arak di dunia dan
kemudiannya mati, dia tidak akan meminumnya di akhirat.
(Riwayat al-Tirmidhi)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. melaknat orang-orang yang terlibat dalam urusan jual
beli arak. Rasulullah SAW melaknat tentang arak sepuluh golongan iaitu yang memerahnya,

56
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

yang diperah untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang dibawa kepadanya, yang
menuangkannya, yang menjualnya, yang memakan harganya, yang membelinya dan yang
dibelikan untuknya.

Manakala alkohol tidaklah dilarang melainkan jika memabukkan kerana tidak semua alkohol itu
arak dan semua arak itu pasti mempunyai alkohol.

Dalam Islam, penentuan kadar alkohol yang dibenarkan dapat diteliti berdasarkan sebuah hadis
baginda Nabi SAW berkaitan pemeraman nabidh.

Dalam hadis tersebut dijelaskan bahawa: Daripada Yahya bin Ubaid. Abu Umar al-Bahrani, dia
berkata: Aku mendengar Ibnu Abbas berkata: "Biasanya Rasulullah SAW dibuatkan nabidh pada
permulaan malam dan Baginda meminumnya di waktu pagi, hari itu dan malamnya, pada pagi
(esoknya) dan malam berikutnya, serta keesokannya lagi sampailah Asar. Jika masih berbaki,
maka Baginda berikan kepada khadam (pelayan) atau Baginda suruh membuangnya. (Riwayat
Muslim)

Perkataan nabidh asalnya dari perkataan nabadha yang bermaksud air rendaman dari buah
kurma, kismis ataupun anggur. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Yahya bin Ubaid RA.,
nabidh yang diperam oleh Rasulullah SAW pada hari ketiga petang selepas asar akan dibuang
atau diberi kepada khadam Baginda SAW kerana didapati akan memabukkan dan
memudaratkan peminum (Mawsuah, 2000). Ini kerana, kandungan alkohol (etanol) yang
terhasil pada hari ketiga proses fermentasi telah mencapai tahap kandungan yang boleh
memudaratkan peminum. Berdasarkan kiraan jam, tempoh masa pemeraman tersebut adalah
72 jam.

Berdasarkan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, kadar alkohol yang dibenarkan
dalam produk minuman hendaklah tidak melebihi 1% (www.e-fatwa.gov.my, 2013). Walaupun
terdapat sebahagian penyelidik yang lain mencadangkan kadar yang dibenarkan adalah 0.78%
dalam produk makanan dan minuman (Anis Najiha et al., 2010).

Jika prinsip ini diaplikasikan dalam fermentasi tersebut, produk daripada fermentasi tahap
pertama yang tidak melebihi 1% dianggap halal seperti jus. Hal ini kerana kandungan etanol
produk tersebut tidak melebihi tahap memabukkan seperti sebahagian produk minuman
beralkohol yang lain seperti wain, wiski dan bir. Malah, produk minuman seperti ini perlu dilabel
dengan kadar alkohol yang tertentu sekiranya kadar alkoholnya melebihi 2% mengikut Peraturan
Makanan 1985.

Bagi minuman cider, ia termasuk juga dalam kategori minuman beralkohol jika kandungan
alkoholnya melebihi 1% mengikut tafsiran sesetengah amalan di Barat dan boleh memabukkan.

57
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Misalnya, di Sepanyol cider adalah minuman beralkohol atau wain epal yang mempunyai kadar
etanol di antara 4-8 %.

Manakala Sweden, cider mestilah jus epal yang mempunyai kandungan etanol sekurang-
kurangnya 15%. Oleh itu, jika minuman cider melebihi kadar alkohol dibenarkan ia dikategorikan
sebagai haram.

Manakala, produk penghasilan cuka mestilah memenuhi kadar asid asetik yang minimum, 4%
dan kandungan alkoholnya adalah 0.1%. Takrifan cider cuka adalah sama dengan cuka
memandangkan penggunaan nama produknya merujuk kepada produk yang komersial. Walhal
cider sendiri adalah produk bersumberkan epal yang diperam. Justeru, status cuka atau cider
cuka adalah halal sekiranya bukan bersumberkan penghasilan wain.

3. Bukan produk berasaskan khinzir

Sebagaimana yang diketahui bahawa Islam mengharamkan daging khinzir ke atas umat Islam
dan ianya najis mughallazah (berat). Namun, terdapat banyak produk yang menggunakan hasil
daripada binatang ini kerana ianya mudah didapati dan kos membelinya lebih murah.

Bahan Ramuan Sumber Kegunaannya


Lelemak binatang Campuran pelbagai jenis lemak Biskut, kraker, kerak pai sedia
seperti lemak babi dimakan.
Kalsium stearat Galian yang biasanya diperolehi Garam berperisa, perisa
daripada lembu atau babi. vanila, pelembut daging,
campuran hiasan salad.
Gelatin Protein daripada tulang, tulang Gula-gula marshmallow,
rawan, tendon dan kulit binatang. dadih, dan makanan pencuci
Banyak gelatin komersial adalah mulut bergelatin.
hasil sampingan kulit babi
Lemak babi Lemak yang diproses (drpd perut Makanan bakar
babi atau daripada buah pinggang
Pepsin Enzim perut babi Dicampur bersama rennet
untuk menghasilkan keju

Sumber-Sumber Produk Tidak Halal;

1. Produk yang berasaskan najis dan kotoran,


2. Produk yang berasaskan arak atau alkohol,
3. Produk yang berasaskan darah haiwan,
4. Produk yang berasaskan sumber daripada manusia,
5. Produk yang berasaskan serangga,
6. Produk yang berasaskan elemen khinzir dan derivatifnya,

58
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

7. Produk yang berasaskan bangkai.

Sumber Pertama: Produk Makanan yang Berasaskan Najis dan Kotoran

Najis dan kotoran merupakan sebahagian daripada elemen yang diharamkan oleh syariat Islam.
Hal ini kerana setiap najis adalah sesuatu yang diharamkan tetapi tidak semua yang diharamkan
oleh Allah SWT adalah najis.21 Allah SWT menghalalkan segala yang baik dan mengharamkan
segala yang buruk. Sesuai dengan firmanNya yang bermaksud: Menghalalkan bagi mereka
segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang kotor.

Mengulas ayat tersebut, Ibn Taymiyyah menjelaskan setiap perkara yang memberi manfaat
adalah suci manakala setiap yang mendatangkan kemudharatan adalah kotoran. Sesuai dengan
kaedah fiqh:

Ertinya: Sesungguhnya pengharaman berkitar seiring dengan kewujudan dan ketiadaan


kemudaratan.

Berdasarkan kaedah tersebut, pengharaman berkait rapat dengan wujudnya kemudaratan;


contohnya pengharaman bangkai, darah, khinzir dan seumpamanya. Namun apabila tiada lagi
kemudaratan tiada pengharaman, misalnya halal binatang al-anam, susu, tumbuhan serta
sayuran dan sebagainya.

Al-Imam al-Ghazali mengklasifikasikan najis kepada tiga kategori. Kategori pertama najis ialah
benda. Semua benda adalah suci atau halal melainkan berlaku percampuran atau bersumberkan
najis dan kotoran seperti pallet berasaskan darah, arak dan seumpamanya.

Kategori yang kedua ialah haiwan. Semua haiwan adalah suci melainkan anjing dan khinzir serta
apa-apa yang lahir daripada kedua-duanya. Sekiranya haiwan itu mati, semuanya bersifat najis
dan bangkai melainkan lima perkara iaitu anak Adam atau manusia, ikan, belalang, ulat buah-
buahan dan setiap haiwan yang darahnya tidak mengalir seperti lalat dan kumbang. Ini
termasuklah dua bahagian anggota haiwan, iaitu anggota yang terputus, hukumnya bangkai dan
bendalir-bendalir yang keluar daripada perutnya, dihukumkan najis.

Kategori ketiga ialah tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan seperti daun ganja atau kanabis yang racun
dan mengkhayalkan juga diklasifikasikan sebagai najis.

Tumbuhan dan sayuran yang dibajai dengan najis dan kotoran

59
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Secara umumnya, tiada perbezaan status hukum terhadap penggunaan baja yang
bersumberkan najis dan kotoran sama ada berasaskan khinzir atau selainnya. Hasil proses
penguraian baja, tumbuhan dan sayuran tersebut adalah halal dimakan.

Hal ini kerana bahan najis tersebut hanya berperanan sebagai agen penguraian pada tanah
sahaja dan tidak memberi kesan negatif terhadap hasil tanaman. Bahan asal iaitu tumbuhan
telah mengalami percampuran dengan agen perubahan daripada baja organik dan berlaku
proses perubahan yang melibatkan penguraian kepada baja tersebut. Seterusnya proses ini
menghasilkan bahan akhir iaitu buah yang suci dan dihukum sebagai halal.

Pandangan ini selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan bagi Hal
Ehwal Agama Islam yang mengharuskan penggunaan baja tahi khinzir.

Tumbuhan yang ditanam dalam air kumbahan khinzir

Selain tumbuhan dan sayuran yang dibajai dengan najis secara luaran, terdapat juga tumbuhan
al-Jallalah yang ditanam di dalam air kumbahan khinzir. Sebagai contoh, tumbuhan seperti
Spirulina platensis. Pada asalnya, spirulina ialah alga yang ditanam di dalam air laut masin dan
digunakan sebagai makanan tambahan kepada manusia. Status penggunaannya adalah halal
kerana tidak mengandungi elemen yang haram.

Namun begitu, selepas beberapa kajian dijalankan, alga ditanam secara komersial di dalam
kolam kumbahan khinzir untuk merawat air tersebut. Hal ini disebabkan tumbuhan tersebut
berperanan sebagai agen pencuci air. Tumbuhan ini disemai dan dibesarkan di dalam kolam
penguraian biogas baja khinzir dalam tempoh 30 hari. Nutrien dalam Spirulina semakin
bertambah dan kualiti air semakin baik selepas penanaman tumbuhan tersebut. Kaedah ini
dihasilkan di Thailand. Dalam persoalan ini, status tumbuhan Spirulina tersebut kekal halal dan
dapat dikategorikan sebagai Istihalah Sahihah. Hal ini kerana ia sama dengan proses pembajaan
secara luaran.

Haiwan al-Jallalah Bersumberkan Khinzir

Walaupun haiwan al-Jallalah yang diberi makanan najis dan kotoran selain khinzir dikategorikan
sebagai halal, namun ternakan yang diberi makanan bersumberkan khinzir diklasifikasikan
sebagai Istihalah Fasidah.

Contohnya ternakan ikan. Ikan tersebut telah bercampur dengan makanan yang bersumberkan
kotoran dan najis khinzir sehingga merubah struktur dagingnya. Walaupun haiwan tersebut
melalui proses pengkuarantinan, sifat asal daripada bahan yang kotor atau najis khinzir tersebut
kekal. Ini menyebabkan ikan tersebut tetap dikategorikan sebagai haram.

60
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Dalam hal ini, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
memutuskan:43 Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram
dimakan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara di dalam air najis atau sengaja diberi
makanan najis seperti daging babi, bangkai dan seumpamanya.

Ternakan Herbivor yang Diberi Makanan Karnivor

Selain haiwan al-Jallalah dalam industri penternakan, terdapat isu lain yang berhubungkait
dengannya iaitu ternakan yang secara asasinya memakan makanan berasaskan rumput dan
tumbuhan (herbivor) telah diberi makanan yang bersumberkan daging (karnivor).

Perubahan pemakanan ternakan tersebut telah menimbulkan implikasi yang negatif terhadap
ternakan serta manusia. Kesannya timbul penyakit lembu gila atau Bovine Spongiform
Encephlopathy (BSE). Penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia. Justeru, walaupun lembu
tersebut membesar dengan baik tetapi hakikatnya ia berpenyakit yang berbahaya.

Bahan asal iaitu lembu yang diberi makanan berasaskan daging mengalami proses tumbesaran
yang cepat. Pengubahsuaian pemakanan tersebut menyebabkan timbulnya penyakit yang
berisiko. Proses perubahan ini bersifat haram kerana mengubah Sunnatullah. Justeru, bahan
akhir yang terhasil menyebabkan haiwan ini haram.

Sumber Kedua: Produk Makanan yang Berasaskan Arak atau Alkohol

Arak (khamr) atau alkohol merupakan antara bahan yang diharamkan dalam Islam. Semua jenis
minuman yang memabukkan yang dihasilkan daripadan apa-apa juga bahan seperti perahan
anggur, nira, barli, beras, ubi kentang, jagung, gandum dan buah-buahan atau biji-bijian yang
lain dikategorikan sebagai arak.

Bahan-bahan ini menyebabkan hilang kewarasan akal. Manakala alkohol ialah nama yang
digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (OH).

Secara asasnya, tidak semua alkohol memabukkan. Namun demikian, terdapat dua sebatian
yang memberi kesan memabukkan daripada alkohol iaitu etanol dan metanol. Kebiasaannya,
metanol tidak digunakan dalam minuman sebaliknya etanol digunakan sebagai campuran yang
terdapat dalam minuman keras seperti bir (6%), wiski (35%) dan wain (10-20%).

Terdapat dua jenis penggunaan arak atau alkohol, sama ada penggunaan dalaman (internal)
atau penggunaan luaran (external). Hal ini kerana wujud perbezaan terhadap pengklasifikasian
tersebut apabila bahan ini diproses dalam industri alkohol.

61
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Penggunaan dalaman atau unnatured alcohol (tidak dinyah-aslikan) termasuklah sebagai bahan
minuman atau bahan campuran. Para ulama telah berijma tentang pengharaman meminum
arak.

Kedudukannya adalah najis sama seperti darah. Begitu juga pendapat ulama yang lain seperti
Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali. Justeru, dari aspek penggunaan dalaman atau sebagai
minuman, ulama bersepakat mengharamkannya.

Manakala penggunaan luaran atau dinature alcohol (dinyah-aslikan) pula melibatkan sapuan,
semburan dan seumpamanya. Dalam keadaan ini, ulama berselisih pendapat kepada dua
pandangan utama.

Sebilangan ulama mengharuskan penggunaan luaran. Pandangan ini selaras dengan mereka
yang berpendapat arak adalah suci. Ini kerana asal sesuatu bahan adalah suci sehingga terdapat
dalil yang menunjukkan ianya najis. Selain itu, pandangan ini disokong juga oleh Rabiah, al-
Layth bin Sad, al-Muzani salah seorang ulama mazhab Syafii berpandangan arak adalah suci
melainkan jika untuk diminum.

Pendapat ini turut disokong dengan resolusi yang dikeluarkan oleh Nadwah Fiqh Perubatan:

Bahan alkohol tidak bersifat najis dari segi SyarakOleh itu tidak menjadi kesalahan untuk
menggunakan alkohol dari sudut perubatan sebagai bahan pencuci kulit, kecederaan, ubat-
ubatan dan pembunuh kuman. Begitu juga dengan penggunaan minyak wangi.

Pandangan kedua pula berpendapat penggunaan luaran turut haram disebabkan sifat arak yang
najis. Menurut Imam al-Nawawi, arak adalah tidak suci atau haram penggunaannya walaupun
bersifat luaran. Pendapat ini selari dengan pandangan Imam al-Ghazali dengan menyatakan
pengharaman alkohol atau arak adalah secara mutlak sama ada dalaman atau luaran.

Dalam industri pemprosesan makanan, alkohol merupakan di antara bahan pelarut yang
penting selain air. Ia banyak digunakan sebagai perasa tambahan dalam makanan seperti kek,
masakan makanan laut dan seumpamanya. Dalam penghasilan perasa makanan, bahan yang
dipanggil sebagai minyak essential dilarutkan dalam alkohol dengan tujuan supaya tahan lebih
lama serta mampu mengekalkan bauannya.

Selain itu, dalam penghasilan produk makanan seperti kek biasanya ia disapu atau dicampur
untuk menghasilkan kek yang lebih bermutu. Begitu juga dalam industri penternakan, alkohol
juga digunakan untuk menambah kualiti daging. Contohnya, lembu Kobe.

Sumber Ketiga: Produk Makanan yang Berasaskan Darah Haiwan

62
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Darah merupakan cecair merah yang mengalir dalam urat darah. Ia dikategorikan sebagai najis
dan mendatangkan kemudharatan. Ini kerana pengharamannya telah jelas di dalam al-Quran
dan al-Sunnah. Firman Allah SWT:

Ertinya: Katakanlah: Tiadalah Aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu
yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai atau
darah yang mengalir atau daging babi. Ini kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang
yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang dia
tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas. Maka sesungguhnya Tuhanmu Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.

Secara umumnya, ulama secara ijma telah mengharamkan darah yang mengalir kerana ia najis.
Pengharaman ini tidak termasuk darah haiwan air seperti ikan, jantung, limpa dan hati serta
sumber darah yang berada dalam saraf binatang selepas ia disembelih selama mana ia tidak
mengalir dan darah yang masih kekal selepas dibasuh. Namun para ulama berselisih mengenai
kadar yang dimaafkan.

Dalam huraian yang lebih lanjut, menurut pandangan mazhab Maliki dan Syafii, darah yang
mengalir daripada ikan, lalat dan kutu anjing adalah haram. Imam al-Ghazali juga berpandangan
sama. Namun begitu, Imam Hanafi dan Ibn Arabi daripada kalangan mazhab Maliki tidak
menajiskan darah yang keluar daripada badan ikan. Mereka berpendapat ia bukan darah, tetapi
bahan lembapan. Oleh itu ia dihukum bersih. Perselisihan pandangan mereka selari dengan
pengkategorian darah ikan termasuk dalam pengharaman darah secara umum. Golongan yang
memasukkan darah ikan sebahagian daripada keumumannya, ia adalah haram. Sebaliknya
golongan yang tidak memasukkannya, ia dikategorikan sebagai halal.

Penggunaan enzim transglutaminase dan serbuk plasma bersumberkan darah

Enzim transglutaminase dan serbuk plasma adalah di antara bahan penambah makanan
(additive food) yang bersumberkan daripada darah. Ini kerana enzim transglutaminase
mempunyai kemampuan melarut dan mengemulsi yang tinggi, kelikatan yang rendah serta
kemampuan untuk membentuk gel-gel yang kuat, mudah melentur serta dapat mengekalkan
ciri-ciri tersebut. Selain itu, ia boleh menambah tekstur dalam produk makanan diproses seperti
daging dan ikan.

Manakala penggunaan protein plasma darah bersumberkan bekalan darah dari rumah
sembelihan diempar (centrifuged) untuk menyingkirkan platelet darah (yang memberikan

63
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

warna merah kepada darah). Seterusnya yang tinggal adalah plasma darah iaitu cecair berwarna
kuning air yang kemudiannya dikeringkan secara semburan dan digunakan sebagai sumber
protein. Sumber darah ini datangnya daripada haiwan seperti lembu, kambing dan sebagainya.
Secara umumnya, kedua-dua bahan ini banyak digunakan dalam penghasilan makanan seperti
bebola ikan, sosej, keju, yogurt dan sebagainya. Nama komersial bagi produk seumpamanya
ialah Surimi. Pada dasarnya, surimi dihasilkan daripada rencah isi ikan. Namun oleh kerana
tahap kekentalannya yang rendah, isi ikan tersebut kekurangan untuk mengental. Disebabkan
kekurangan ini, pengusaha industri mencampurkannya dengan bahan pengental berasaskan
serbuk protein plasma darah atau enzim transglutaminase.

Secara Secara asasnya, terdapat beberapa pandangan berhubung penggunaan enzim dan
serbuk ini. Jumhur menegaskan penggunaan darah adalah haram secara mutlak sama ada
sedikit atau banyak dan ia tetap dikira sebagai najis. Ia selari dengan pengharaman darah secara
umum.

Penggunaan enzim transglutaminase rekombinan

Dengan perkembangan bioteknologi, terdapat alternatif yang lain untuk menggantikan enzim
transglutaminase yang bersumberkan darah iaitu berasaskan teknologi rekombinan. Secara
umumnya, enzim rekombinan ialah enzim asing yang bukan berasal daripada organisma. Enzim
tersebut boleh diwujudkan dengan memindahkan gen yang mengkodkan enzim asing daripada
sesuatu organisma asal kepada gen organisma berlainan jenis. Ia juga menghasilkan enzim asing
yang berfungsi di dalam organisma baru. Proses ini memainkan peranan yang sama dengan
enzim transglutaminase yang asal sebagai agen pengenyal. Ia dikategorikan sebagai halal kerana
bahan asalnya iaitu doh penyediaan bebola ikan telah bercampur dengan enzim tersebut dan
berubah menjadi bahan akhir, bebola ikan yang halal.

Sumber Keempat: Produk Makanan yang Berasaskan Sumber Daripada Manusia

Dalam penghasilan produk makanan, sumber berasaskan manusia biasanya digunakan sebagai
bahan tambahan. Di antara sumber yang digunakan ialah ekstrak daripada kolagen, uri, janin,
air tetuban, sebatian Hidroklorida Lecithin yang diperolehi daripada rambut dan sebagainya.

Penggunaannya sebagai ramuan tambahan menimbulkan persoalan hukum terutama kepada


pengguna Muslim. Secara umumnya, terdapat dua pandangan berhubung sumber berasaskan
manusia.

64
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Pertama, ulama berijma haram menggunakan organ utama manusia seperti jantung, hati, kulit,
daging dan seumpamanya sebagai sumber atau bahan makanan. Ini kerana anggota manusia
tersebut diklasifikasikan sebagai bahan yang dihormati hatta dalam keadaan dharurah sekalipun
tidak dibenarkan untuk memanfaatkannya.

Kedua, ulama berselisih pendapat berkenaan dengan bahan yang bersumberkan manusia
seperti uri, air tetuban, rambut, kuku dan seumpamanya. Sebilangan mereka menyucikannya
atau mengharuskan penggunaannya kerana ia bukan sebahagian organ manusia. Ketiadaannya
tidak menjejaskan fungsi anggota badan manusia.

Sebagai contoh dalam persoalan rambut. Rambut tidak dianggap sebagai organ manusia kerana
ia apabila terpisah daripada badan manusia tidak menyakitkan malah boleh gugur dan dapat
tumbuh kembali. Jumhur ulama berpandangan rambut adalah suci.

Manakala, sebilangan ulama yang lain seperti al-Syafii tetap mengharamkannya atas dasar
kehormatan manusia dan ia merupakan sebahagian daripada anggota manusia. Pandangan ini
selari dengan firman Allah SWT tentang manusia diciptakan dengan penuh kehormatan dan
kemuliaan.

Sehubungan dengan itu, organ manusia atau sumber berasaskannya adalah haram. Walaupun
rambut adalah suci dari segi fizikalnya, namun untuk digunakan sebagai sumber bahan tambah
dalam penghasilan produk makanan ataupun penggunaan secara dalaman adalah haram.

Sumber Kelima: Produk Makanan yang Berasaskan Serangga

Bagi haiwan di darat, al-Quran tidak menjelaskan secara terperinci tentang pengharaman
sesuatu daripadanya melainkan haiwan seperti khinzir secara khusus, bangkai, darah dan
binatang yang disembelih bukan kerana Allah SWT.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa persoalan berhubung status haiwan tersebut.


Misalnya, haiwan yang darahnya tidak mengalir seperti serangga umpamanya semut, kumbang,
lalat, pijat, kala, lipas dan sebagainya, ulama berselisih pandangan.

Mazhab Syafii dan Hanbali menyatakan bahawa haiwan seperti belalang, ikan dan
seumpamanya kedua-duanya adalah suci. Manakala, darahnya yang tidak mengalir seperti lalat,
pijat, kumbang, kala, lipas dan seumpamanya adalah najis menurut pendapat mazhab Syafii
dan suci bagi pandangan mazhab Hanbali.

Pada pandangan mazhab Hanafi, haiwan akuatik yang menjadi bangkai dan haiwan yang
darahnya tidak mengalir, hukumnya adalah suci. Ini kerana mereka berpandangan bangkai
serangga seperti lalat apabila terjatuh ke dalam minuman tidak mengubah air tersebut menjadi
najis.

65
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Manakala pada pandangan mazhab Maliki, hukum memakan bangkai binatang akuatik dan
bangkai binatang yang tidak mengalir darah statusnya suci dan bersih. Selain itu, al-Zuhayli juga
berpandangan sama bahawa serangga seperti semut adalah halal dan suci.

Secara umumnya, penggunaan bersumberkan serangga dalam bahan-bahan ramuan makanan


tidak dimaklumkan oleh pengusaha industri makanan. Ini kerana kebanyakannya tersembunyi di
sebalik label-label tertentu seperti istilah asli (pure).

Dalam penghasilan produk makanan, biasanya terdapat sumber diekstrak daripada serangga.
Misalnya, produk makanan seperti dadih strawberi yang dilabel dengan perkataan carmine iaitu
sejenis pewarna yang diekstrak daripada serangga.

Penggunaannya memberikan warna merah, merah jambu dan ungu kepada produk-produk
seperti aiskrim dan gincu bibir. Carmine dihasilkan daripada pigmen yang dipanggil cochineal. Ia
diekstrak daripada serangga betina kering yang memakan kaktus di Peru, Canary Island, Mexico
dan beberapa tempat yang lain.

Pigmen tersebut terbina dalam badan serangga selepas ibu serangga menyimpan telur-telurnya
pada pokok kaktus sebelum mati. Bangkainya yang mereput bersama-sama telur dan larva yang
sudah menetas dipisahkan daripada tumbuhan tersebut. Seterusnya dihancurkan dan direbus
atau dikukus kembali untuk menghasilkan cochineal. Justeru, pengkaji berpandangan
penggunaan carmine dalam penghasilan produk makanan adalah Istihalah Sahihah.

Proses percampuran tersebut menghasilkan bahan akhir yang lebih kilat dan berwarna yang
terang seperti kemerah-merahan. Oleh yang demikian, ia dikategorikan sebagai bahan akhir
yang halal.

Sumber Keenam: Produk Makanan yang Berasaskan Elemen Khinzir dan Derivatifnya

Secara umumnya, khinzir merupakan binatang yang diharamkan dalam Islam. Pengharamannya
jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah serta ijma para ulama.

Pengharaman ini berdasarkan beberapa kemudharatan sama ada dari aspek kimia, mikrob dan
sikap (psikologi). Dalam mengulas ayat tersebut tentang perkataan (lahm al-khinzir), al-
Zamakhsyari menyatakan dalam tafsirnya, lemak juga termasuk sebahagian daripada daging
khinzir.

66
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Walaupun al-Quran hanya menyebut daging sahaja, namun baki anggota dan bahagian lain
turut haram. Pandangan ini disokong oleh al-Qurtubi dalam al-Jami li Ahkam al-Quran yang
berpandangan lemak juga sebahagian daripada daging.

Selain itu, Ibn Hazm al-Zahiri berpendapat bulu dan tulang bersumberkan khinzir haram
semuanya melainkan kulit kerana ia suci apabila disamak. Pandangan Ibn Hazm agak berbeza
dengan pandangan Dawud al-Zahiri. Sebagaimana dinukilkan Ibn Hayyan, Dawud berpendapat
hanya daging sahaja yang diharamkan, tidak lemaknya.

Sehubungan dengan itu, para ulama telah berijma tentang pengharaman semua anggota
khinzir kerana Allah SWT menyebut perkataan daging (lahm) disebabkan kebanyakan manfaat
diambil daripada dagingnya. Justeru, baki yang lain lebih utama.

Dalam realiti penghasilan produk makanan semasa, khinzir dan derivatifnya merupakan di
antara bahan paling banyak digunakan. Contohnya gelatin, rennin (rennet), sodium stearoyl
lactylate, lelemak (shortening), kolagen, whey, kalsium stearat, asid kaprik (asid dekanoik), asid
miristik (asid tetradekanoik), asid oleik (asid oleinik), pankreatin (ekstrak pankreatik), suet, abu
tulang, lard (lemak) berasaskan khinzir dan seumpamanya.

Terdapat pandangan yang pro dan kontra dalam penggunaan bahan-bahan ini. Majoriti ulama
mengharamkan hasil percampurannya walau berlaku proses perubahan. Namun begitu, ada
ulama yang menghalalkannya disebabkan berlakunya perubahan terhadap bahan asal.

Perubahan bahan dan zat tersebut kepada bentuk yang baru, yang berbeza sekali dengan yang
asal sama ada dari segi nama, kriteria dan juga sifatnya.

Selain Selain itu, terdapat juga pandangan yang membezakan di antara penggunaan dalaman
atau sebagai makanan (orally) dengan penggunaan bentuk luaran, contohnya sebagai bahan
pencuci. Segala bentuk yang bersifat dalaman adalah haram. Manakala luaran adalah suci. Ini
kerana ayat al-Quran hanya mengharamkan untuk memakannya sahaja tidak penggunaan lain
bersifat luaran.

Walaupun demikian, penggantungan terhadap sumber berasaskan khinzir ini dapat di atasi
melalui sumber dari haiwan halal yang disembelih menurut piawaian Syarak. Ia dapat menjamin
produk-produk yang dihasilkan melalui proses Istihalah Sahihah dan halal dimakan.

Sumber Ketujuh: Produk Makanan Yang Berasaskan Bangkai

Pada dasarnya, semua sumber makanan yang berasaskan haiwan yang tidak disembelih atau
disembelih selain Allah SWT adalah diharamkan. Pengharaman ini jelas dalam firmanNya:

67
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih
atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam
binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu)yang
disembelih untuk berhala. dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah,
(mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.

Dalam ayat tersebut, Allah SWT menyebut tentang pengharaman menghasilkan makanan
bersumberkan haiwan yang tidak disembelih seperti al-Munkhoniqah, al-Mauquzah, al-
Mutaraddiyah, al-Natihah dan Ma akala al-sabu. Pengharaman jenis-jenis haiwan ini jelas
kerana ini membawa kemudaratan sekalipun ia binatang yang halal.

Dalam penghasilan produk makanan, terdapat juga produk yang bersumberkan bangkai.
Bangkai ini terdiri daripada daging, organ, kulit, lemak dan sumber lain berasaskan haiwan sama
ada yang mati tidak disembelih atau disembelih selain Allah SWT. Sebab pengharamannya
adalah kerana darah yang membeku boleh menimbulkan kemudaratan kepada kesihatan
manusia.

Begitu juga, haiwan yangharam dimakannya tetapi disembelih turut menjadi najis. Ini kerana
statusnya sama seperti sembelihan Majusi. Pada prinsipnya, penggunaan daging haiwan yang
disembelih serta organnya adalah halal dan suci dan tidak timbul sebarang persoalan hukum.
Namun, sekiranya haiwan yang tidak disembelih atau menjadi bangkai, timbul beberapa
polemik.

Para ulama bersepakat mengharamkan penggunaan daging serta organ dalaman bangkai.
Namun, mereka berselisih berhubung dengan anggota luaran dan tulang. Anggota luaran
termasuklah bulu, kuku, tanduk, rambut, kulit, gigi dan sebagainya. Sebahagian menyatakan ia
suci, manakala segolongan yang lain menegaskan ianya najis.

Ulama selain mazhab Hanafi menyatakan semua bahagian bangkai selain mayat manusia adalah
najis. Bahagian-bahagian bangkai yang keras dan tidak mengandungi darah seperti tanduk,
tulang dan gigi, termasuklah gading gajah, kesemua jenis kuku seperti kuku kuda, kuku kaki unta
dan kuku kaki lembu dan juga termasuk semua jenis bulu dan rambut, urat putih dan juga al-
infahah yang keras; semuanya dihukum bersih menurut pendapat ulama mazhab Hanafi kerana
semua benda tersebut bukanlah bangkai.

Manakala, jumhur ulama selain mazhab Hanafi berkata bahagian badan bangkai kesemuanya
najis melainkan kulit yang disamak. Menurut al-Alusi, haram menggunakan bangkai yang mati
tanpa disembelih menurut Syarak dalam semua bentuk keadaan melainkan kulit yang disamak.

Berbeza dengan pandangan al-Naysaburi bahawa tulang, bangkai, tanduk, kuku, kaki (kuda atau
lembu), rambut atau bulu, bulu burung, bulu roma, susu adalah suci kerana asal segala

68
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

semuanya adalah suci dan tiada dalil menunjukkan ianya najis. Pandangan ini selari dengan
pandangan al-Qurtubi yang menjelaskan bulu bangkai dan rambutnya harus diambil manfaat
dalam apa cara sekalipun.

Sejajar dengan polemik tersebut, Ibn Taymiyyah menyimpulkan terdapat tiga pandangan ulama
iaitu yang pertama, pandangan Syafii yang masyhur dan satu riwayat pada Ahmad semua
bahagian tersebut adalah najis. Pandangan kedua, mazhab Maliki dan Hanbali bahawa tulang
dan seumpamanya adalah najis manakala rambut dan seumpamanya adalah suci. Ketiga,
pendapat Abu Hanifah dan satu pandangan daripada mazhab Maliki dan Hanbali bahawa
semuanya adalah suci.

Dalam industri makanan, organ haiwan merupakan di antara sumber utama seperti limpa dan
hati daripada lembu dan kambing atau whey daripada renet161 sama ada haiwan yang
disembelih atau tidak disembelih. Penggunaan organ haiwan seperti limpa dan hati daripada
haiwan yang disembelih dibenarkan di sisi Syarak kerana melalui proses Istihalah Sahihah.

Namun, timbul persoalan apabila berasaskan sumber pengambilan daripada organ haiwan yang
tidak disembelih atau bangkai sebagai bahan ramuan makanan. Misalnya, pengambilan whey
daripada proses membuat renet yang diperolehi daripada organ binatang yang tidak disembelih
dalam penghasilan produk makanan seperti susu rumusan bayi, cracker, kek dan keju. Whey
adalah bahagian berair daripada susu yang dikeluarkan selepas keju mengental. Ia merupakan
hasil sampingan yang sepatutnya dibuang.

Namun begitu, ia banyak digunakan dalam industri penghasilan makanan kerana lebih jimat dan
kos perolehannya yang murah berbanding ramuan sebenar. Whey digunakan sebagai agen
perisa dalam biskut, dalam campuran tepung, hiasan atas makanan, sup, sos dan sebagainya.

Malah, ia juga terkandung dalam sesetengah makanan seperti makanan bakar dan sosej. Selain
itu, asid oleik, asid olenik dan asid palmitik daripada lemak binatang yang tidak disembelih turut
diguna sebagai perisa berempah untuk makanan bakar, gula-gula, aiskrim dan minuman. Selain
itu, suet daripada lemak binatang yang tidak disembelih juga digunakan dalam daging cincang
dan pastri serta penggunaan sodium stearoyl lactylate dalam kek, puding atau adunan pancake
dan makanan bakar yang lain.

Di samping itu, dalam penghasilan barangan gunaan yang lain bersumberkan tallow (lemak
lembu) digunakan dalam sabun, krayon, lilin dan kosmetik. Malah penggunaan gliserin162 atau
monogliserida dalam makanan dan kosmetik, haruman serta losyen digunakan sebagai bahan
pengemulsi. Penggunaan bahan yang bersumberkan haiwan yang tidak disembelih ini dapat
diklasifikasikan sebagai Istihalah Fasidah.

69
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Doh sebagai bahan asal dalam penghasilan cracker, kek dan keju telah bercampur dengan whey
yang dikategorikan sebagai haram. Pada asasnya, whey dibenarkan sebagai ramuan tambahan
makanan kerana ia bersifat susu yang berair atau serbuk sebagai agen perasa.

Namun, apabila whey diperolehi daripada organ haiwan yang tidak disembelih, ianya haram.
Seterusnya bahan akhir dihasilkan dalam keadaan yang lebih baik dari segi perasanya di
samping dikategorikan sebagai haram. Justeru itu, proses perubahan ini juga dapat diaplikasi
terhadap isu-isu lain seperti lelemak binatang (shortening), asid kaprik (asid dekanoik), asid
miristik (asid tetradekanoik), asid oleik (asid olenik) dan seumpamanya yang banyak digunakan
dalam industri makanan.

6.0 Perkhidmatan Dalam Islam

Pengertian Perkhidmatan

Perkhidmatan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai service ialah Intangible products
such as accounting, banking, cleaning, consultancy, education, insurance, expertise, medical
treatment, or transportation. Sometimes services are difficult to identify because they are
closely associated with a good; such as the combination of a diagnosis with the administration
of a medicine. No transfer of possession or ownership takes place when services are sold, and

70
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

they (1) cannot be stored or transported, (2) are instantly perishable, and (3) come into
existence at the time they are bought and consumed.

Justeru, produk perkhidmatan bukanlah produk fizikal yang boleh disentuh tetapi hanya boleh
dirasai oleh pelanggan tersebut apabila melanggannya.

Penentuan Hukum Mengenai Perkhidmatan Dalam islam

Islam bermaksud selamat dan sejahtera. Apabila ingin mengaitkan sesuatu perkara itu dengan
Islam, maka perlulah diperhalusi apakah ianya membawa kepada keselamatan dan
kesejahteraan manusia.

Dari sudut perkhidmatan Islam ianya bermaksud perkhidmatan yang berkualiti. Dalam
menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti, Islam telah meletakkan asas yang kukuh
bersandarkan dalil naqli. Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah menyukai seseorang jika apabila kamu melakukan sesuatu tugasan, maka
kamu akan melakukannya dengan itqan.

Berdasarkan hadis di atas, maka kita dapat melihat bahawa suruhan dari Nabi Muhammad
s.a.w. sendiri amat menggalakkan tuntutan itqan. Itqan bermaksud melakukan sesuatu dengan
penuh komitmen, sempurna dan sentiasa menjadikan kecemerlangan sebagai kayu ukur. Konsep
itqan ini amat berkait rapat dengan pembudayaan kualiti diri. Istiqamah dan tekun dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan akan memberikan impak positif iaitu akan
diredhai dan disukai oleh Allah S.W.T.

Allah s.w.t. berfirman: Kamu (umat Muhammad S.A.W.) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh berbuat baik dan melarang daripada segala
perkara yang salah (mungkar) serta kamu pula beriman kepada Allah.

Menerusi ayat ini Allah s.w.t. telah memperakui bahawa umat Muhammad s.a.w. adalah umat
yang terbaik yang sentiasa berusaha mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran
dalam keadaan mereka beriman kepada Allah s.w.t. Sifat yang tidak mengenal penat lelah dalam
menyeru kebaikan inilah yang patut dicontohi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada
pelanggan. Setelah sesebuah syarikat berusaha menyedarkan pelanggan tentang kelebihan
perkhidmatan yang ditawarkan, mereka juga perlu berusaha memberikan perkhidmatan yang
terbaik selepas pelanggan tadi bersetuju menggunakan perkhidmatan mereka.

Hassan (1996) berpendapat bahawa pandangan Islam terhadap kualiti adalah menyeluruh iaitu
kualiti adalah proses yang membawa natijah positif untuk kecemerlangan prestasi dalam
kesemua aspek kehidupan manusia. Usaha serius hendaklah dilakukan untuk mencapai bukan

71
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

sahaja standard kualiti yang memuaskan hati pelanggan, tetapi juga individu, organisasi dan
masyarakat.

Perkhidmatan yang berkualiti juga membawa kepada kepuasan pelanggan, keinginan untuk
mencadang atau mengesyorkan kepada orang lain, pengurangan aduan serta tahap kesetiaan
pelanggan yang lebih baik (Zeithaml dan Bitner, 1996).

Perkataan kualiti berasal dari bahasa Latin iaitu qulitas yang bermaksud of what. Ia
menunjukkan pertimbangan, sikap dan tingkahlaku yang berkaitan dengan perkhidmatan yang
baik (Avkiran, 1999).

Asubonteng et. al., (1996) mendefinisikan kualiti perkhidmatan sebagai perbezaan antara
persepsi pelanggan terhadap prestasi perkhidmatan sebelum menerima perkhidmatan tersebut
dengan persepsi mereka selepas menerima perkhidmatan itu.

Berdasarkan definisi-definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kualiti adalah merujuk


kepada apa yang pelanggan mahu dan harapkan daripada sesuatu produk atau perkhidmatan.
Ianya merupakan darjah atau tahap sesuatu produk atau perkhidmatan yang mencapai
kehendak dan jangkaan pelanggan serta memenuhi keperluan pelanggan. Oleh itu, setiap
organisasi yang ingin bertaraf dunia dan kekal wujud dalam era globalisasi perlulah bersifat
anjal, bertindakbalas segera dengan perubahan pasaran dan peka terhadap keperluan
pelanggan.

Kualiti perkhidmatan dilihat sebagai aset organisasi dan pengukur utama terhadap pemasaran
korporat dan prestasi kewangan (Mahmoud Yasin et al., 2004).

Apabila membicarakan tentang kualiti perkhidmatan, ia turut berkait rapat dengan layanan yang
bernilai kepada pelanggan. Kerapkali terdengar pelanggan membuat aduan tentang masalah
layanan yang diberikan kepadanya. Antaranya adalah masa menunggu yang lama, masalah tidak
diselesaikan dengan segera, layanan yang tidak mesra dan pelbagai lagi. Oleh itu, adalah penting
untuk setiap organisasi mengawal ahli-ahlinya terutamanya dari segi memberi perkhidmatan
kepada pelanggan. Perkara ini boleh dikawal dengan memberi latihan kepada pekerja, memberi
motivasi, menerapkan nilai-nilai positif kepada pekerja dan juga memberi insentif supaya
pekerja dapat menjalankan tugas dengan baik dan cekap (Hussin et. al, 2004).

Negara Jepun adalah contoh negara yang mengutamakan konsep kualiti. Pada pandangan
mereka, produk dan perkhidmatan yang berkualiti boleh mendatangkan keuntungan kepada
syarikat. Walaupun untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti adakalanya memerlukan
kos yang tinggi, tetapi ia boleh menjamin keuntungan yang lebih besar dan lebih lama. Untuk
mengekalkan prestasi kualiti, morning market diadakan. Di mana pengurus akan bertemu
dengan pekerja untuk membincangkan masalah jika ada berkaitan dengan peningkatan kualiti

72
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

perkhidmatan. Masalah itu dikenal pasti dan dicari jalan penyelesaiannya. Kualiti sentiasa
dipertingkatkan dan pada pandangan masyarakat Jepun, kualiti itu tiada batasnya. (Daud, 2001).

Persoalan kualiti dalam Islam ini berkait rapat dengan mencapai kecemerlangan. Dalam Islam,
kecemerlangan ini merujuk kepada keredhaan Allah. Ianya bukanlah hanya diukur mengikut
pertimbangan utilitarian semata-mata yang berasaskan konsep sekular bahkan meliputi nilai-
nilai Islam yang bersifat subjektif (Ab. Ghani & Mansor, 2006). Utilitarian ini merujuk kepada
aspek-aspek yang dilihat secara kuantitatif seperti pengurangan kos, peratusan produktiviti,
peratusan kadar pulangan dan sebagainya. Teras kepada kualiti dan kecemerlangan ini adalah
pembinaan sahsiah yang unggul (Wan Omar, 1996). Oleh itu segala amal dan ibadah
termasuklah kerja seseorang Muslim itu mestilah memenuhi kod etika keagamaan selain
daripada memenuhi etika kerja yang telah ditetapkan oleh majikannya agar diterima oleh Allah
(Fadzil, 1992; Tengku Kasim & Mansor, 2007)

Kualiti kerja dalam Islam adalah jelas berdasarkan perintah Allah SWT. dalam firman-Nya yang
bermaksud: Sebaik-baik umat yang dikeluarkan di kalangan manusia di mana mereka mengajak
manusia berbuat baik dan mencegah perbuatan mungkar serta beribadat kepada Allah.
(li-Imrn 3:110)

Kerja berkualiti yang menjadi amalan kerja bersama apabila diperkukuhkan dengan sistem,
proses, prosedur dan peraturan yang jelas akan membentuk budaya kerja murni dan cemerlang
(Salleh, 1991). Ia juga merujuk kepada tatacara dan etika kerja yang baik di kalangan kakitangan
pengurusan atasan dan pekerja bawahan (Haji Daud, 1994). Di antara tatacara yang baik itu
termasuklah rajin, gigih, berdaya cipta, kreatif, inovatif, semangat kerjasama, kerja berpasukan,
integriti, berdisiplin dan bersikap berusaha untuk meningkatkan prestasi diri dan kerja. Namun,
ia perlulah dimulakan oleh peringkat atas pentadbiran organisasi seterusnya diturun dan
diimplementasikan di kalangan pengurusan eksekutif atau pertengahan dan seterusnya
diamalkan dan dihayati oleh para pekerja (subordinates). Budaya kerja yang cemerlang inilah
yang diharapkan sebagai manifestasi dari pengurusan kualiti kerja (Tengku Kasim & Mansor,
2007).

Untuk menjadikan sesuatu kerja itu berkualiti, konsep dan nilai yang dianjurkan dalam ajaran
Islam perlu disemai dan dipraktikkan dalam urusan seharian supaya akhirnya ia dapat diserap
dan diaplikasikan sebagai budaya kerja yang berkualiti dalam pengurusan.

Nilai-nilai tersebut ialah:

i. Setiap perbuatan yang baik hendaklah disertakan dengan niat yang suci dan ikhlas kerana
Allah SWT.

73
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

ii. Islam mengehendaki penganutnya melakukan sesuatu lebih daripada apa yang dikehendaki
mengikut peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. melalui konsep ihsan.

iii. Nabi Muhammad s.a.w. adalah qudwah hasanah yang par-excellence.

Justeru itu, tanggungjawab setiap orang Muslim adalah melakukan tugas secara cemerlang,
cekap dan mahir.

iv. Seseorang Muslim hendaklah bermuhasabah tentang kerja yang telah dilakukan dan sentiasa
berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri serta melakukan yang terbaik pada masa akan
datang (Wan Omar, 1996).

Apabila membicarakan tentang kualiti perkhidmatan menurut Islam, seharusnya kita melihat
dahulu konsep kerja di dalam Islam. Konsep kerja di dalam Islam boleh di dasarkan kepada
konsep manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk
memakmurkan muka bumi ini.

Termasuk di dalam konsep ini adalah dengan bekerja untuk mencari nafkah dan kelangsungan
hidup dimuka bumi ini. Konsep ini dapat di lihat di dalam ayat suci Al-Quran seperti mana
firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dan tuntutlah dengan kurniaan yang telah dilimpahkan
Allah kepadamu itu kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalan) dari dunia. (Al-Qaa 28:77)

Dari maksud ayat di atas boleh kita simpulkan bahawa bekerja di dunia bukan hanya sekadar
untuk mencari nafkah dan kesenangan di dunia tetapi boleh dijadikan sebagai ibadah untuk
mendapat pahala dan keredhaan dari Allah swt. Dalam ertikata lain, Islam tidak hanya
mementingkan akhirat, kerana sebelum menuju ke akhirat, manusia bermula dengan
penghidupan di dunia, di mana dunia ini adalah sebagai sebuah ladang untuk bercucuk tanam di
mana hasilnya akan di pungut atau dirasai di akhirat.

Kepentingan bekerja sebagai satu ibadah boleh dilihat dalam hadis Rasullullah yang di
riwayatkan oleh at-Thabarani seperti berikut: Sedang Rasullulah berbual-bual dengan para
sahabat, seorang lelaki berbadan tegap dan kuat lalu di hadapan meraka, lalu salah seorang
sahabat pun berkata: Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika orang itu berjuang untuk membela
agama Allah. Lalu Rasulullah pun menjawab dengan sabdanya: Jika lelaki itu keluar dari
rumahnya untuk mencari nafkah untuk anak-anaknya yang masih kecil, itu juga fisabilillah
namanya. Mencari rezeki untuk kedua orang tuanya yang sudah tua, juga dinamakan fisabilillah.
Mencari rezeki untuk dirinya supaya tidak meminta-minta juga dikira fisabilillah. Tetapi jika
dilakukan kerana niat bongkak dan menunjuk-nunjuk, ia dikira sebagai fisabililissyaitan
(mengikut jalan syaitan). (HR: At-Thabarani)

74
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Oleh itu, kaitan antara konsep kerja ini dan perkhidmatan berkualiti boleh dilihat dari sudut
bahawa setiap pekerjaan itu boleh dijadikan sebagai ibadat seandainya ia mematuhi syarat-
syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Maka dengan itu, sekiranya kakitangan yang berurusan
dengan pelanggan mempunyai pegangan bahawa perkhidmatan yang diberikan adalah landasan
untuk mereka mendapat pahala dan keredhaan Allah, maka mereka akan memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang mengunjungi tempat mereka. Apabila ini
berlaku, maka pelanggan akan sentiasa suka untuk mengunjungi premis perniagaan tersebut.
Hasilnya, bukan sahaja perniagaan untuk mendapat untung yang banyak tetapi juga akan
mendapat keredhaan dari Ilahi.

Dalam urusan khidmat pelanggan yang berkualiti ianya berpunca daripada kualiti diri pelayan
atau pegawai yang terlibat dengan para pelanggan. Dari sudut pandangan Islam, kualiti diri
berpunca dari rasa takut kepada Allah SWT. Ini adalah kerana mereka tidak akan mengambil
ringan tugas yang diamanahkan kepada mereka lantaran kesedaran bahawa setiap gerak-geri
mereka adalah dalam pemerhatian Allah yang Maha Kuasa. Amalan ini secara tidak langsung
akan membina akhlak yang terpuji yang berlandaskan nilai-nilai Islam yang telah ditunjukkan
oleh Rasulullah SAW.

Dalam aspek pengorganisasian pula, kualiti perkhidmatan adalah strategi yang penting untuk
mencapai kejayaan dalam setiap organisasi termasuk institusi perbankan Islam (Othman dan
Owen, 2001; Abu Bakar Hamed et. al., 2005). Mewujudkan strategi dalam organisasi merupakan
satu saranan Islam seperti yang telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. melalui satu peristiwa yang
berlaku pada zaman Nabi Yusuf a.s.. Ia dinukilkan melalui firman Allah S.W.T. di dalam al-Quran
yang bermaksud :

Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya): Sesungguhnya aku bermimpi
melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang
kurus-kurus dan tujuh butir gandum yang hijau dan tujuh butir lainnya yang kering. Hai orang-
orang yang terkemuka: Terangkanlah kepadaku tentang mimpiku itu jika kamu memang orang
yang pandai mentafsir mimpi. (Yusuf 12:43)

Apabila diajukan persoalan tersebut kepada Nabi Yusuf a.s., maka Nabi Yusuf a.s pun menjawab
seperti dalam ayat al-Quran yang bermaksud : Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam
bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuaikan biarkanlah
dia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan
menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit dari apa yang kamu
simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya
orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun
dan sebagainya). (Yusuf 12:47-49)

75
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Kisah yang dirakamkan oleh Allah ini telah memberikan satu konotasi yang amat menarik iaitu
Nabi Yusuf a.s. telah meminta supaya pemerintah kerajaan perlu bersiap sedia dengan bekalan
dan sumber makanan yang mencukupi untuk menghadapi satu musim nanti yang akan
menyebabkan sumber pertanian dan ekonomi setempat beroleh kerugian. Ini menunjukkan
bahawa perancangan dan strategi dalam menentukan halatuju dan persiapan adalah amat
penting. Maka kesimpulannya, perancangan dalam pengorganisasian adalah amat perlu dan
sebenarnya ia telah dibahaskan oleh Allah S.W.T. melalui al-Quran dan kisah para anbiya.

Kualiti perkhidmatan yang cemerlang akan turut melahirkan individu yang prihatin terhadap
masyarakat sekitarnya. Kesan daripada kualiti perkhidmatan yang diamalkan di dalam
organisasi, mereka akan mudah membantu golongan yang memerlukan bantuan dalam apa
bentuk yang termampu. Oleh itu, penekanan terhadap kualiti perkhidmatan amatlah penting
supaya amalan itu dapat diteruskan dalam kehidupan seharian. Jika di dalam organisasi, pekerja
akan membantu para pelanggan menyelesaikan urusan dengan baik, maka amalan bantu-
membantu itu akan diteruskan di luar organisasi. Pekerja-pekerja ini akan terlibat dalam
organisasi masyarakat untuk saling bantu-membantu sesama mereka. Amalan ini diistilahkan
sebagai infaq. Infaq amat digalakkan dalam Islam sebagaimana dinyatakan dalam hadis berikut
yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Hai anak Adam,
belanjakanlah hartamu di jalan kebaikan, maka Aku akan membelanjaimu! (HR Bukhr)

Perbankan Islam di Malaysia

Sistem perbankan Islam membawa maksud institusi kewangan yang beroperasi dengan
matlamat mengimplementasikan prinsip ekonomi dan kewangan Islam dalam bidang
perbankan.

Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) mendefinisikan perbankan Islam sebagai:19


...An Islamic bank is a financial institution whose statute, rules and procedures expressly state
its commitment to the principle of Syariah and to the banning of the receipt and payment of
interest on any its operations...

Merujuk kepada definisi ini, dapat disimpulkan bahawa sistem perbankan Islam adalah sistem
berteraskan prinsip Syariah yang tidak mengandungi elemen riba (faedah), ketidaktentuan
(gharar), risiko dan spekulasi di samping berpegang pada prinsip keadilan. Selain itu, perbankan
Islam juga merupakan konsep normatif yang ditakrifkan sebagai pengurusan bank yang
bersesuaian dengan sistem nilai Islam.

Sebelum berlakunya krisis kewangan global, tidak dapat dinafikan bahawa sistem perbankan
konvensional adalah satu sistem yang unggul dan menjadi sandaran utama dalam

76
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

menyelesaikan permasalahan krisis kewangan dunia. Bagaimanapun, apabila berlaku krisis kali
ini, ahli-ahli serta tokoh-tokoh perbankan dan kewangan barat mulai memberi perhatian
terhadap sistem perbankan Islam sebagai penyelesai alternatif kepada permasalahan yang
melanda ini.

Ini memandangkan institusi perbankan Islam di seluruh dunia dilihat kurang terkesan serta kalis
dengan tempias krisis yang melanda ini. Mereka merasakan sistem perbankan seperti yang
disarankan oleh Islam memiliki keunikan tersendiri yang membolehkannya menghadapi krisis
yang berlaku dengan begitu cekal.

Sistem perbankan Islam boleh dianggap sebagai satu sistem yang masih baru jika dibandingkan
dengan sistem perbankan konvensional di Malaysia. Sekalipun tempoh pelaksanaan Skim
Perbankan Islam (SPI) telah menjangkau lebih daripada 20 tahun, namun sistem perbankan
konvensional yang telah bertapak lebih lama di negara ini iaitu sejak sebelum kemerdekaan
telah sebati dengan aktiviti harian masyarakat Malaysia.

Rangkaian cawangan bank mula berkembang di negara ini dengan bertambah pesatnya
pembangunan ekonomi yang didorong oleh perusahaan bijih timah dan getah. Beberapa
cawangan bank asing telah dibuka, antaranya di Kelang (1909), Seremban (1910), Kota Bharu
dan Melaka (1911) dan Ipoh (1912). Ini diikuti kemudiannya oleh pembukaan bank-bank
tempatan yang hanya bermula pada tahun 1913 di Kuala Lumpur (Bank Negara Malaysia, 1992).

Sejarah perbankan dan kewangan Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan Lembaga
Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada tahun 1963, iaitu dalam tahun yang sama dengan
penubuhan Mit Ghamr Local Saving di Mesir. Aktiviti utama LUTH pada masa itu hanyalah untuk
memberi perkhidmatan simpanan kepada bakal-bakal haji dan aktiviti pelaburan. Penubuhan
LUTH telah memberi impak yang besar kepada penubuhan perbankan Islam yang sebelumnya
masih lagi menemui jalan buntu. Hasilnya, bank Islam yang pertama di Malaysia berjaya
ditubuhkan iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada 1 Mac 1983. BIMB ini turut
menawarkan produk dan perkhidmatan yang sama dengan bank-bank konvensional tetapi ianya
berlandaskan kepada kepatuhan syariah.

Sistem Perbankan Islam terus mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat di Malaysia.
Bank Negara Malaysia (BNM) di dalam Laporan Tahunan 2001, menyebut bahawa SPI berjaya
mengekalkan perkembangan yang memberangsangkan dalam tempoh pertumbuhan ekonomi
negara yang perlahan. Pencapaian yang positif ini memberi keyakinan bahawa sistem perbankan
Islam mempunyai prospek yang begitu cerah untuk terus berkembang pada masa depan dalam
arus perdana sistem perbankan Malaysia.

Di Malaysia kini terdapat 16 buah bank perdagangan yang beroperasi secara Islam iaitu Bank
Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Affin Islamic Bank Berhad, Al Rajhi

77
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad, Alliance Islamic Bank Berhad, AmIslamic
Bank Berhad, Asian Finance Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank
Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad, Maybank
Islamic Berhad, OCBC Al-Amin Bank Berhad, Public Islamic Bank Berhad, RHB Islamic Bank
Berhad dan Standard Chartered Saadiq Berhad. (Bank Negara Malaysia, 2012)

Pada 2002 sahaja saham aset perbankan Islam mencecah 8.9% daripada total aset bank
berjumlah RM68 billion dan pada tahun 2004 ia mencapai ke RM89 billion bersamaan 9.9%
daripada total aset bank dan pada Mei 2005 asset perbankan Islam telah mencecah RM113.5
billion. Industri perbankan Islam juga telah menjadi penyumbang besar kepada perkembangan
keseluruhan ekonomi negara iaitu hampir 25% daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara
Kasar.

Sektor perbankan Islam meneruskan pertumbuhannya dengan mencatatkan pertumbuhan dua


angka sebanyak 13.8 peratus dalam jumlah aset, mencakupi 23.8 peratus daripada jumlah
dalam keseluruhan sistem perbankan. Dengan peralihan sistem kewangan Islam Malaysia
kepada sistem yang lebih berorientasi antarabangsa, jumlah perniagaan mata wang asing
termasuk yang dijalankan oleh Bank-Bank Islam Antarabangsa dan Unit Perniagaan Mata Wang
Antarabangsa meningkat sejak beberapa tahun ini.

Kini, terdapat 16 institusi perbankan Islam di Malaysia yang beroperasi sebagai anak syarikat
berasingan dan 10 operasi perbankan Islam yang dijalankan melalui jendela Islam pada akhir
2012. Dalam sektor takaful pula, jumlah aset dana takaful telah meningkat 12.4 peratus kepada
RM19 bilion sementara caruman takaful mencakupi 13.6 peratus daripada jumlah premium dan
caruman dalam industri insurans dan takaful.

Meskipun menghadapi persekitaran global yang mencabar, terbitan sukuk di Malaysia kekal
kukuh dengan beberapa terbitan sukuk berbilang mata wang yang penting oleh syarikat
multinasional, korporat dan agensi multilateral. Hasilnya, Malaysia terus menjadi peserta utama
dalam pasaran sukuk global dengan sukuk yang diterbitkan di Malaysia pada tahun lalu
mencakupi 74 peratus, berbanding 71.6 peratus pada 2011, daripada jumlah terbitan sukuk
global. Malaysia juga kekal sebagai pemilik satu daripada pasaran sukuk yang didenominasi
dalam dolar AS yang terbesar pada peringkat global (Bank Negara Malaysia, 2013).

Yang jelas sistem kewangan yang dipandu oleh syariat lebih diberkati Allah. Mengikut laporan
yang dikeluarkan oleh badan antarabangsa iaitu Islamic Financial Services Board (IFSB) dan Bank
Pembangunan Islam (IDB) pada April 2010, sektor kewangan Islam secara umumnya dilihat lebih
stabil dan kental menghadapi krisis kewangan global.

Penentuan Halal Dan Haram Dalam Perbankan Islam

78
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Elemen yang penting yang membezakan perbankan Islam dengan perbankan konvensional ialah
riba. Urusan yang melibatkan riba ini banyak berkait rapat dengan pinjaman perumahan, sewa
beli kenderaan, pinjaman wang dan pinjaman pelajaran. Selain riba, ia lebih dikenali dengan
istilah faedah.

Riba dari sudut bahasa adalah pertambahan dan peningkatan. Manakala dari sudut istilah
adalah: Sebarang tambahan dalam item-item tertentu dan tambahan ke atas hutang akibat
tempoh.

Ia merangkumi riba yang terhasil daripada jual beli barangan ribawi dan juga terhasil daripada
hutang. Riba terbahagi kepada empat jenis iaitu riba al-qard dan riba al-jahiliah ( terhasil
daripada pinjaman dan hutang ) serta riba al-fadhl dan riba an-nasiah ( terhasil daripada jual
beli item ribawi ).

Riba Al-Qardh iaitu kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah
pinjaman pokok yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman yang dikenakan oleh
pemberi pinjaman kepada peminjam. Contohnya duit berbalas duit yang lebih banyak, atau duit
berbalas duit beserta manfaat, manfaat berbalas manfaat yang lebih atau hadiah duit berbalas
hadiah duit yang lebih banyak.

Riba Al-Jahiliah kadar atau sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman
atau hutang yang dikenakan ke atas peminjam kerana gagal membayar hutang pada masa yang
ditetapkan. Akibatnya, si pemberi pinjaman mengenakan kadar denda ke atas si peminjam
kerana meminta penangguhan bayaran hutang atau gagal membayar hutang pada masa yang
ditetapkan.

Riba Al-Nasiah iaitu jual beli item ribawi yang sama jenis secara bertangguh. Item ribawi ada
tujuh sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis iaitu emas, perak, gandum, garam, tamar
dan barli. Menurut mazhab as-syafie, semua jenis makanan samada makanan asasi atau tidak
adalah termasuk dalam item ribawi jika ditukarkan dengan sama jenis.

Riba Al-Fadhl iaitu bertukar di antara dua item ribawi yang sama jenis dengan kadar berat yang
berbeza bagi timbangan atau kuntiti bagi bilangan.

Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman

Dalam Islam kontrak pinjaman tidak boleh dijadikan alat perniagaan ataupun untuk meraih
keuntungan. Justeru, sebarang caj untuk meraih keuntungan di atas pinjaman adalah
diharamkan kecuali jika ianya kos pengurusan yang sebenar.

Majlis Syariah dan hasil keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia berpendapat boleh
mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal

79
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

sahaja. Selain itu, mereka tidak boleh memasukkan kos membayar gaji pekerja, sewaan tempat
dan tanggungan lain-lain di dalam kos mengurus pinjaman.

Kos juga tidak boleh dikaitkan dengan kadar pinjaman. Contoh kos pengurusan yang meletakkan
2%, 3% dll daripada pinjaman sedangkan mereka menggunakan kos yang sama walaupun
pinjaman itu sedikit atau banyak.

Faktor Penolakan Bank Islam

Terdapat segelintir umat Islam yang menolak penggunaan produk di Bank Islam atas beberapa
alasan. Antaranya;

Faktor politik kepartian

Ianya menjadi isu apabila perbankan Islam ini dikuasai oleh kerajaan dan dikatakan tidak
amanah dalam melakukan pekerjaannya. Ini adalah persepsi yang dangkal dan melampaui
batas. Perbankan Islam bukan soal politik, bahkan ianya adalah soal agama. Segala
permasalahan perlu dibahaskan dalam kerangka hukum syariat dan bukannya politik.

Kos yang lebih mahal

Ada sebahagian yang membandingkan perbankan Islam dan perbankan konvensional


berdasarkan kos yang perlu dibayar. Apabila kos daripada perbankan Islam dianggap mahal,
maka secara automatiknya mereka memilih perbankan konvensional.

Permohonan di Bank Islam ditolak

Apabila permohonan mereka di Bank Islam ditolak, mereka cuba memohon pinjaman di Bank
Konvensional. Alasan seperti ini juga tidak patut kerana penolakan itu bermaksud peminjam tadi
tidak berkelayakan untuk menambah hutang atau hutang yang baru itu melebihi kemampuan
kewangannya.

Pelancongan Dalam Islam

Islam adalah agama yang sempurna kerana ia bukan sekadar ajaran agama, malahan ia adalah
cara kehidupan manusia di bumi ini di jalan yang benar.

Dalam Bahasa Arab, melancong disebut as-siyahah dan sinonim dengan perkataan ini ialah ar-
rihlah, al-safar, al-ziarah, al-haj dan al-umrah.

Pelancongan kini menjadi satu gaya hidup yang diperlukan oleh kelompok manusia.
Pelancongan merujuk kepada aktiviti melibatkan pergerakan fizikal individu daripada tempat

80
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

bermukim keluar ke tempat yang lain (Jamudin, 2012). Keperluan kepada pelancongan dilihat
sejajar dengan gaya hidup manusia yang memerlukan pergerakan untuk pelbagai tujuan.

Menurut Goeldner, Ritchie, dan McIntosh (2000) tujuan mengembara ialah untuk urusan
perniagaan, memenuhi kepentingan urusan peribadi, menziarahi rakan dan saudara mara, serta
merehatkan diri daripada aktiviti kebiasaan. Perkembangan industri pelancongan ini turut
melibatkan penganut Islam. Segmen pelancongan Islam mula mendapat perhatian ramai.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh sebuah agensi pemasaran, pelancongan dikelaskan
sebagai sektor ketiga terbesar dunia mempunyai permintaan produk dan perkhidmatan halal
selepas industri makanan dan kosmetik (Sarah, 2012).

Senario ini bertepatan dengan data yang menyatakan menjelang tahun 2025, satu pertiga
daripada penduduk dunia ialah dari kalangan umat Islam (Navid, 2012). Manakala rujukan
kepada statistik pelancongan ke dalam negara mendapati 22 peratus daripada keseluruhan
pengunjung adalah daripada kalangan pelancong Muslim (Abdul Ghani, 2013).

Data-data dirujuk merupakan antara gambaran awal kepada pengembangan semula


pelancongan Islam. Konsep pelancongan Islam yang dibugar semula ini banyak mendapat
perhatian dan galakan daripada banyak pihak agar dikembangkan. Al-Hamarneh dan Steiner
(2004) menyarankan agar negara Islam terutamanya memfokuskan kepentingan pemasaran
kepada pelancongan intra-Muslim sebagai sasaran pasaran dan destinasi pelancongan.

Manakala Raja Muda Perlis menyarankan agar pelancongan Islam dapat diperkasakan agar
mampu menjana ekonomi negara (Raja muda Perlis mahu sektor pelancongan Islam diperkasa,
2012) dan terdapat kemudahan kemudahan yang dipelukan oleh pelancong Muslim seperti
makanan halal, masjid dan hotel mesra pengguna Islam (Zainul Azhar, 2012)

Pelancongan Islam sehingga kini mempunyai pelbagai definisi mengikut kefahaman berdasarkan
penyelidikan masing-masing. Mengikut Shakiri (2006), pelancongan Islam tidak hanya terhad
kepada pelancongan berbentuk motivasi agama semata-mata tetapi merangkumi semua bentuk
pelancongan yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Henderson (2009) berpendapat ia
merujuk kepada pelancong yang meletakkan pertimbangan agama sebagai suatu kepentingan
walaupun ia bukan motif perjalanan yang utama.

Manakala Duman (2011) pula berpandangan, segala aktiviti yang dilakukan orang Islam semasa
melancong berpunca daripada kepercayaan dan kepatuhan kepada prinsip syarak. Ada yang
berpendapat, pelancongan Islam merujuk kepada pelancong Islam yang mengembara ke
destinasi atas tujuan keagamaan (Zamani-Farahani & Henderson, 2010).

81
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

Kesimpulan berpandukan definisi daripada pendapat pelbagai sarjana, pelancongan Islam


merangkumi elemen berbentuk kegiatan, destinasi, produk, dan nilai berlandaskan motivasi
ajaran Islam yang melibatkan pengendali dan pelancong.

Konsep Pelancongan Dalam Islam

Pelancongan Islam pada asasnya tidaklah jauh bezanya dengan pelancongan yang dijalankan
pada hari ini. Perbezaan yang boleh didapati ialah dari segi prinsip terutamanya dari segi
kepatuhan kepada sistem dan nilai yang ditetapkan oleh syarak

Ini dilihat berbeza dengan pelancongan sedia ada yang dilihat tidak menitik beratkan apa yang
boleh diistilahkan sebagai mesra pelancong Islam. Di samping itu perbezaan dapat diperhatikan
dari segi proses sepanjang pelancongan mestilah diisi dengan kegiatan yang mendapat keredaan
Allah. Ia bukan sekadar aktiviti santai semata-mata.

Prinsip yang juga penting dalam konsep pelancongan Islam ialah kesan yang diperoleh hasil
kegiatan pasca pelancongan. Kesan daripada pelancongan Islam ialah dapat membentuk ke arah
insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Pelancongan Islam boleh berlaku di mana sahaja destinasi hatta melibatkan pengusaha dan
pelancong bukan Islam tetapi ia berbeza dari segi tujuan, nilai, kegiatan, dan produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan.

Dari segi tujuan, pelancongan Islam lebih menjurus kepada lawatan yang mempunyai motivasi
Islami seperti menunaikan haji atau umrah tetapi ia tidak terhad kepada perkara tersebut. Ia
juga boleh melibatkan tujuan-tujuan seperti perubatan, sukan, kesengganan diri atau
pendidikan seperti yang digesa dalam ayat Al Quran.

Perbezaan dari segi nilai Islami berbeza dengan pelancongan sedia ada hanya mestilah bersifat
patuh syariah. Nilai berbentuk pegangan teguh kepada apa yang dilarang perlulah dijaga
dengan sebaik mungkin sebagaimana arahan Allah dalam Al Quran dan Sunah Rasulullah SAW.
Manakala dari segi kegiatan, perkataan ibadah adalah arahan Allah yang jelas dalam menyeru
untuk melancong dan meneroka di luar tempat tinggal sedia.

Pelancongan akan dikira kegiatan ibadah jika semua yang berlaku sepanjang tempoh
pelancongan atas dasar mendapat keredhoan Allah SWT. Dalam pelancongan Islam, penawaran
produk dan perhidmatan tidak jauh bezanya dengan apa yang ditawarkan oleh pelancongan
sedia ada tetapi ia mestilah digabungkan bersama dengan nilai kepatuhan syariah juga. Untuk
penjelasan ringkas, contoh yang sesuai ialah kewujudan hotel dalam pelancongan yang sedia.
Penawaran produk dan perkhidmatan Islam boleh mengambil pendekatan hotel tetapi dengan

82
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

tambahan hotel patuh syariah atau halal hotel dengan mengambil kira isu atau masalah yang
timbul di hotel-hotel pada masa kini.

Komponen Pelancongan Islam

Pelancong Muslim menginginkan perkhidmatan yang membolehkan mereka berjalan tanpa


meninggalkan perintah Allah SWT. Daripada dapatan yang telah dijalankan dan pemerhatian
terdapat beberapa komponen pelancongan yang perlu diambil perhatian dalam menjayakan
konsep pelancongan Islam itu sendiri. Antara komponen yang dapat digariskan ialah keupayaan
destinasi dalam memadankan dengan kehendak pelancong Islam, kesesuaian tempat
penginapan, makanan halal dan baik, kegiatan yang patuh syarak serta layan tamu berbentuk
Islami.

Keupayaan Destinasi

Pelancong akan memilih destinasi yang mempunyai tarikan yang bersesuaian untuk dijadikan
pilihan sebagai tempat pelancongan. Begitu juga dengan kehendak pelancongan Islam.
Keunikan masyarakat atau kebudayaan di suatu destinasi boleh menjadi taruhan kepada
pelancongan Islam. Kewujudan warisan Islam seperti masjid atau tempat ibadah samada dari
segi kehalusan seni atau keunikan mampu diketengahkan sebagai tarikan untuk
memperkenalkan pelancongan Islam kepada umum.

Kemudahan Makanan Halal Dan Baik

Makanan merupakan perkara yang amat dititik beratkan dalam Islam. Ia dijaga sebaik mungkin
walaupun ketika bermusafir. Dalam konteks pelancongan Islam, makanan yang dihidangkan
perlulah halal iaitu tidak mengandungi unsur yang haram atau meragukan. Kesukaran yang
sering diperhatikan terutamanya apabila melancong ke negara minoriti umat Islam ialah
kesukaran mendapatkan makanan halal. Kesediaan pengendali makanan untuk menyediakan
makanan halal kepada pelancong Islam merupakan satu kelebihan kerana ia menarik lebih
ramai pengunjung samada yang Muslim ataupun sebaliknya berbanding hanya menumpukan
sasaran kepada kelompok tertentu sahaja

Kesesuaian Penginapan

Penginapan juga merupakan elemen penting dalam pelancongan. Setiap pelancong


memerlukan penginapan bagi tujuan untuk berehat dan lain-lain. Dalam konteks pelancongan
Islam, penginapan mestilah bersifat mesra pengguna Muslim dari segi fasiliti dan
perkhidmatan.ia memberikan nilai tambah dalam menarik minat penginap Muslim Fasiliti untuk
pelanggan seperti terjemahan al-Quran, arah kiblat, sejadah dan lain-lain keperluan. Manakala
dari segi perkhidmatan dan operasi juga mestilah patuh kepada syarak. Contoh seperti kolam

83
Konsep Dan Falsafah Produk Halal

renang yang berlainan jantina, bilik khas untuk pengguna Muslim, irama nasyid atau lagu-lagu
kemanusiaan dikumandangkan atau laungan Azan ketika masuk waktu. Perkara penting dalam
penginapan Islam ialah bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Kegiatan Patuh Syariah

Segala bentuk kegiatan dalam pelancongan mestilah tidak bercanggah dengan ketetapan syarak.
Lawatan ke masjid, tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan Islam, monumen berciri
Islam atau persidangan halal adalah antara bentuk kegiatan yang boleh disi dalam acara
pelancongan Islam. Aktiviti yang sedia ada boleh diteruskan selagi ia mematuhi ajaran Islam.
Ianya dianggap sebagai satu ibadah kepada Allah SWT.

Layan Tamu Islami

Islam mengajar umatnya agar melayan tetamu dengan mesra. Hos seharusnya mengambil
perhatian dari aspek spiritual, emosi, intelektual, dan fizikal. Aspek spritual yang perlu dijaga
oleh tuan rumah ialah menyediakan kemudahan untuk solat dan makanan halal. Emosi
melibatkan menyambut tetamu dengan mesra dengan semangat setiakawan dan budiman. Tuan
rumah juga harus memberikan pengalaman pelancongan Islam yang bersifat intelek dengan
pengalaman yang bermaklumat dan berpengajaran.

84

Anda mungkin juga menyukai